Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, November 14, 2008

Mati...

Apabila kita sembang ban mati semua orang tahu berkaitan mati, sehingga hari ini kita dikecohkan dengan tayangan alam barzakh kepada pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggkan mencetus pertelingkahan daripada pelbagai pihak baik dikalangan ilmu Islam dan juga rakyat biasa. Cendikiawanislam turut membincangakan bab mati namun bukanlah kita membicarakan berkaitan dengan azab kubur atau memberi pandangan berkaitan alam barzakh. Apabila disebut mati semua orang takut untuk menghadapinya walaupun hampir semua orang tahu bahawa mereka semua akan mati. Persoalannya kenapakah ramai yang takut untuk menghadapinya?
Kita tahu bahawa setiap yang hidup pasti akan mati namun tarikh dan masanya tidak siapa pun yang tahu kerana ia adalah perkara-perkara yang dirahsiakan hatta Malaikat Maut juga tidak tahu bahawa si fulan bin si fulan ini akan mati. Apabila diperintahkan oleh Allah swt untuk mencabut nyawa barulah Malaikat Maut tadi mengetahui si fulan tersebut sudah sampi ajalnya. Namun kita di bumi yang nyata ini akan tahu saat kematian kita. Sehinggalah apabila kita nampak semua amalan kita sama ada dosa dan juga pahala. Bagi manusia yang lain akan mengetahui bahawa ajal orang sebelahnya akan mati setelah orang tersebut sudah pergi buat selama-lamanya.
Kita sebagai insan yang dijadikan oleh Allah swt tidak perlu takut untuk menghadapi mati dan apa yang kita perlu takut ialah apakah kita telah menunaikan janji kita kepada Allah swt sewaktu kita buat di dalam rahim ibu kita dahulu. Adakah perjanjian itu kita tunai atau kita cuai. Itulah persoalan yang kita perlu takut kerana kita akan mengadap Allah swt sebagai pencipta kita dan apakah persediaan yang kita buat untuk mengadap-Nya. Adakah kita bawa pahala dan amal yang soleh untuk mengadap-Nya atau kita bahawa dosa dan maksiat. Jadi marilah kita berbanyakkan mengingati Allah swt agar kita sentiasa bersedia untuk bertemu dengan-Nya. Kita perlu tingkatkan amalan soleh dan selalu beristighfar agar kita memperolehi keampuanan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.
Kita jadikan kehidupan kita ini sebagai ibadah kepada Allah swt bermula dari bangun daripada tidur lagi sehinggalah kita hendak tidur balik dan tidur kita juga beribadah. Kehidupan kita di dunia ini adalah kehidupan yang sementara dan yang kekal adalah kehidupan di akhirat.
Sekian wallahu a'lam.

Wednesday, November 12, 2008

Kejayaan VS Kebahagiaan...

Kita selalu mendengar malah sering kali menggunakan perkataan ini, iaitu kebahagiaan dan kejayaan. Semua manusia dalam hidup ini mereka mengimpikan sebuah kebahagiaan dan kejayaan di dalam hidup mereka namun tidak semua di kalangan kita yang mengetahui pengertian yang sebenarnya. Kita hanya tahu kita inginkan kejayaan dan kebahagiaan. Kejayaan merupakan suatu ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan seseorang itu mencapai apa sahaja yang mereka inginkan. Manakala kebahagiaan pula merujuk kepada kesenangan dan ketenteraman di dalam hidup. Antara kedua-dua perkara ini semua orang di kalangan kita inginkan namun sudah menjadi sunnah kehidupan yang mana tidak semua di kalangan kita yang memperolehi kedua-duanya.
Kita perlu memahami kehidupan ini terlalu kompleks untuk kita kecapi semuanya. Kejayaan akan hadir dengan ilmu dan usaha manakala kebahagian akan hadir dengan ilmu dan amal. Ada orang yang berjaya namun hidupnya tidak bahagia, ada yang tidak berjaya tetapi bahagia. Namun ada yang berjaya dan bahagia itulah yang kita harapkan. Sepertimana yang kita tahu bahawa kejayaan akan kita capai dengan ilmu dan usaha. Setiap orang akan diperolehi mengikut apa yang diusahakannya. Manakala kebahagiaan pula berkaitan amalan dan perhubungan dengan hati dan keimanan kepada Allah swt. Orang yang bahagia selalunya beramal dengan apa yang diperintahkan oleh agama. Walaupun mereka tidak berjaya namun mereka bahagia dengan kehidupan ini kerena ketengan (al- sakinah) itu adalah milik Allah swt dan Dia akan beri kepada sesiapa yang dikehendakki-Nya.
Kejayaan akan menjadikan seseorang itu hidup senang kerana dengan berjaya mereka mampu memiliki apa yang mereka kehendaki. Namun mereka tidak mampu untuk memiliki kebahagian kerana ianya milik Allah swt yang dianugerahkan kepada hamba-Nya yang taat sahaja. Ramai yang kita dengar bahawa orang yang kaya raya tetapi hidupnya tidak tenang malah dihimpit dengan masalah kecelaruan atau kekacauan jiwa. Persoalan di sini ialah kenapa keadaan ini terjadi kepada mereka? Mungkin semua orang tahu bahawa mereka tidak mampu untuk membeli ketenangan. Tapi apa yang saya ingain kongsi di sini ialah bahawa orang yang jauh dirinya dengan Agama Allah tidak kira sama ada dia kaya atau miskin sudah pasti dia tidak mencapai ketenangan. Tetapi sekiranya dia mentaat segala suruhan agama sudah pasti dia akan memperolehi kebahagia tidak kira dia miskin atau kaya. Kebahagiaan dan ketenangan ini suatu yang dianugerahkan kepada sesiapa yang taat kepada Allah swt.
Kejayaan akan diperolehi berdasarkan usaha dan begitu juga kebahagiaan juga dicapai dengan usaha. Namun tidak semua akan mendapat kejayaan dan tidak semua akan memperolehi kebahagian. Orang yang berusaha tidak kira dia muslim atau bukan muslim dia akan memperolehi kejayaan. Namun kebahagiaan adalah milik orang yang taat kepada agama Allah swt. Walaupun dia muslim tetapi tidak taat kepada agama Allah mereka juga tidak akan tercapai atau memperolehi kebahagian. Inilah yang membezakan antara kejayaan dan kebahagiaan.
Oleh yang demikian marilah kita semua berusaha untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup sama ada di dunia dan juga di akhirat. Di saming itu kita berusaha untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Wednesday, November 5, 2008

Harga Seorang Yang Bergelar Guru.....

Apabila aku berdiri di tepi tasik Sime Darby yang dahulunya terkenal dengan nama Guthrie, di situlah aku termenung mengenangkan kejayaan yang semakain hampir aku ciptakan. Aku terfikir kejayaan ini adakah hasil usaha aku atau kejayaan yang aku capai kerana jasa orang lain yang sanggup berkorban demi kejayaan aku itu. Aku teringat guru aku bermula dari sekolah rendah lagi sehinggalah yang mengajar aku sekarang bahawa tanpa mereka, siapalah aku. Engkaulah guru yang mengajar aku erti nilai kehidupan dan nilai budi bahasa.
Guru..
Apabila aku menyebut ungakapmu itu, hampir semua manusia yang lain tahu bahawa engakulah yang menabur jasa demi kejayaan orang lain. Engkau tidak pernah berfikir untuk kejayaan dirikau, tapi apa yang engaku fikir hanyalah kejayaan anak bangsamu. Walaupun hari ini siapa yang menjadi perdana menteri yang berkuasa, seorang raja yang menaiki tahta, seorang ulama' yang mulia, seorang peguam yang menang bicara, seorang president sesebuah negara, semuanya itu adalah kerana jasa engkau wahai guru. Tanpamu aku tidak tahu di manakah kedudukan aku sekarang ini. Engkaulah yang boleh aku umpamakan seperti pokok yang dibajai subur, yang menghasilkan buah yang elok tapi hasilnya untuk orang lain. Jasamu bagaikan lilin yang sanggup berkorban diri sendiri demi menerangi orang lain. Umpama kain sehelai, hitam dan putih serta kotor dan cuci, jasamu guru yang meletakkan warna untuk membina generasi.
Wahai guru...
Aku tahu bahawa engkau tidak mementingkan kejayaan dirimu sendiri tapi apa yang engkau harapkan ialah kejayaan anak bangsamu. Engkaulah yang mencorakkan warna-warna kehidupan bangsamu. Engkau yang mengajarkan aku dari ukuran yang sejengkal sampailah cara mentadbir negara. Engkaulah yang mengajar bangsa mu mengenali hitam dan putih, mengajar bangsamu mengira sehingga mampu menghitung hari-hari kejayaan. Namun bagimu guru, engkau tidak pernah berfikir untuk menghitung kejayaan dirimu. Walaupun pada hari ini akulah profesor di peringkat tertinggi dan engkau guru di peringkat rendah, namun jika kita bersama, aku tunduk kepadamu guru kerana engkaulah yang mengajarkan aku warna-warna kejayaan.
Guru...
Namun kerana pengorbanamu itu yang menjadikan anak bangsamu berjaya sehinggakan ada yang terlebih pandai sehingga rosak iman dan punah budi kerana jasamu guru ada yang tidak pernah menilainya seperti kayu yang hangus dibakar api. Wahai guru, aku tahu bahawa engkau tidak pernah meminta untuk dibalas segala jasamu, namun andainya aku berjaya aku tahu jasamu itu tidak mampu aku membalasnya. Namun aku hanya mampu untuk mengingat dan mengenangkan sejarah pengorbanan yang engkau curahkan. Andai kata aku mampu berkawin madu, engkaulah guru yang memberi formula, inilah berkat keramat pesanan guru sehinggakan aku beroleh kejayaan. Berkat nikmat manis madu sehinggakan aku kaya sekalipun, semuanya itu adalah berkat jasamu guru dan aku tetap tidak akan melupakannya.
Guru...
Aku tahu bahawa jiwa mu memang terlalu sabar dalam mendidikku. Engkau bagaikan lilin rela dirimu hangus terbakar demi membimbingku kejalan kejayaan. Wahai guruku sekalian, bersabarlah bahawa aku sentiasa kasih dan sayang padamu, aku mengetahui jasa pengorbananmu. Penat dan sedih hatimu guru sehinggakan ke dalam hutan engkau pergi untuk menyampaikan ilmu. Aku yakin dengan pengorbananmu guru, mungkin lautan juga engkau sanggup harungi untuk melihat anak bangsamu berjaya.
Wahai guru...
Aku memohon berkat doamu dengan harapan aku beroleh kejayaan. Halalkanlah segala tunjuk ajar yang telah engkau berikan semoga segala jasamu itu hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
Wahai sahabatku..
Hargailah jasa guru-gurumu, walau hanya sedenyut urat, walau jasanya sebesar debu. Didik asuh dan tegurannya yang membuatkan kamu beroleh kejayaan sehingga jauh lebih berjaya daripada gurumu itu. Mereka tidak pernah menuntut supaya jasanya dibalas setelah engkau berjaya.
Sekian..Hargailah jasa gurumu.....

Tuesday, November 4, 2008

Senjata Israel...

Firman Allah swt di dalam Kalam-Nya yang mulia :

Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu wahai Muhammad sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"
Inilah yang dijelaskan oleh Allah swt bahawa sesungguhnya mereka orang-orang Yahudi itu akan bermusuhan dengan orang-orang Islam sampai ke hari akhirat. Namun pada hari ini kita lihat bagaimana ummat Islam ditindas dari segenap penjuru oleh musuh-musuh Allah swt ini. Kita lihat macam mana ummat Islam di Palestin dibunuh, disiksa dan sebagainya oleh orang-orang Israel laknatullah. Namun sebenarnya ummat Islam perlu sedar bahawa sebenarnya kekuatan itu berpihak kepada kita dan bukannya mereka. Mereka orang-orang Yahudi dan Nasrani ini bukannya kuat tetapi kitalah yang lemah. Mereka hebat kerana kecanggihan senjata yang mereka miliki. Ini dibuktikan oleh tentera Hizbullah yang mana mereka dapat mengalahkan tentera Israel yang jumlahnya lebih 2000 orang sedangkan tentera Hizbullah sekadar 300 orang sahaja. Namun Allah swt membantu dan memberi kemenangan kepada Hizbullah sehingga tentera Israel sampai hari ini tidak mampu untuk menewaskan tentera Hizbullah.
Antara kecanggihan senjata yang dimiliki oleh Israel yang terkini adalah seperti berikut :

Model pistol yang telah diubahsuai. Ditambah dengan sistem kamera jarak jauh dengan kepersisan tembakan yang jitu.



Model pelancar granite yang diletakkan di bawah M203 tetapi telah diubahsuai dengan sistem kamera jarak jauh.
















Antara kegunaan salah satu senjata, namun tentera berselindung tetapi hanya senjata sahaja yang keluar. Inilah bukti bahawa tentera Israel sangat bergantung kepada kelengkapan senjata yang canggih tetapi penakut.














Model pelancar roket yang ditambah dengan sistem kamera yang mampu menembak dengan tepat walaupun tentera bersembunyi.
Inilah yang dikatakan dengan kecanggihan yang mereka miliki. Oleh itu kita sebagai ummat Islam seharusnya berusaha untuk mengkaji dan mencipta senjata yang jauh lebih hebat dari mereka. Ini kerana Allah swt juga menyuruh kita bersiap sedia dengan peralatan perang bagi melawan musuh-musuh Islam. Namun hari ini ummat Islam dipandang rendah keranan kita tidak bersatu padu dalam menegakkan sinar Islam. Sekiranya kita bersatu saya yakin kita akan menang di seluruh dunia. Namun ingatlah wahai sahabat sekalian, sekiranya kita menolong Allah swt dalam menegakkan kalimah-Nya yang Maha Tinggi, Insyaallah Allah swt akan redha hidup kita dan kita akan mendapat kemenangan di dunia dan di akhirat. Ingat Allah swt pasti akan menolong sesiapa yang menolong-Nya.
wallahu a'lam.

My Picture