Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Saturday, December 19, 2009

Meneruskan Saat-saat Perjalanan Hidupku...

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah sudah lama penulis tidak menukilkan lakaran simbol yang membawa sejuta maksud dan pengertian. Bukan kerana kehabisan idea, namun masa yang ada ini penulis habiskan di tempat yang lebih penting bagi diri penulis. Menulis di dalam blog ini pun suatu yang bermakna untuk dikongsi dengan sahabat pembaca, namun hidup penulis juga perlu diteruskan. Sekarang ini penilis berada di Dusun Resort (Dusun Minda) di Kuala Nerang. Salah sebuah resort di utara tanah air yang bersempadan dengan Thailand.




Seperti orang lain juga, penulis perlu mengikuti kelas, kursus dan pelbagai lagi untuk membentuk dan membangunkan diri ini supaya menjadi lebih baik dari semalam, inilah yang dikehendaki oleh ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Sesiapa yang dirinya semalam lebih baik dari hari ini, maka orang itu adalah orang yang bodoh. Sesiapa yang hari ini sama dengan semalam, maka dia adalah orang yang bodoh kerana masa yang ada tidak digunakan sebaik yang mungkin. Manakala sesiapa yang dirinya hari ini lebih baik dari semalam, maka dialah orang yang beruntung. Oleh yang demikian, marilah kita tingkatkan kelebihan yang ada pada diri kita dari setiap saat masa yang kita ada. Tingkatkanlah ilmu dan pengetahuan kita walau satu ayat.



Minggu depan, insyallah penulis akan berhijrah ke Pekan, Pahang untuk meneruskan lagi perjalanan hidup penulis ini. Tiada siapa yang dapat memilih untuk hidup, tetapi setelah hidup, kita perlu habiskan sehingga ke saat yang terakhir. Dalam perjalanan hidup kita itu, kita perlu isikan dengan sesuatu yang bermanfaat. Untuk itu, walau di mana kita berada, ingatlah manfaankanlah masa yang ada untuk kita mencapai "Mardhatillah"(redha Allah swt).

Pepatah Melayu menukilkan, "Jauh Perjalanan, Luas Permandangan". Oleh itu, nasihat penulis kepada semua sahabat pembaca, gunalah peluang yang ada untuk memerhatikan "ayat-ayat Allah swt" iaitu tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Sekiranya kita berhijrah, lihat, perhatikan dan pelajarilah tanda-tanda kekuasaan Allah swt yang Maha mencipta itu.

Sekian Terima Kasih.
Doakan kejayaan penulis dan penulis mendoakan kejayaan sahabat semua.

Rozlan Daud
Machang Kelantan.

Wednesday, November 11, 2009

Hidup Bagaikan Angin Yang Berlalu...





Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana masih memberi peluang kepadaku untuk meneruskan minatku untuk menaip menyatakan hasrat hati ini. "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu dan ayahku, rahmatilah mereka seperti mana mereka menjaga aku sewaktu aku kecil dahulu yang tidak bermaya lagi bertenaga. Ampunilah dosa orang-yang yang beriman dan berikanlah kepada kami hidayah dan petunjuk-Mu ke jalan yang diberkati lagi diredhai.

Kali ini aku memilih tajuk seperti di atas kerana aku terdengar lagu daripada kumpulan Scorpions yang bertajuk "Dust In the Wind". Aku terfikir bahawa hidup ini seperti angin yang berlalu kerana itulah indahnya hidup ini. Ada orang lain mungkin ada pandangan mereka sendiri sebab hidup ini boleh dibandingkan atau diterjemahkan dengan pelbagai bidang. Ada juga yang membandingkan hidup ini bagaikan lautan, ada juga yang mengatakan bahawa hidup ini bagaikan onak dan duri dan pelbagai lagi bandingan. Namun kali ini aku ingin membandingkan hidup ini seperti angin.




Pernahkan anda melihat angin?pernahkah anda menjangkakan arah angin datang? Adakah anda tahu angin yang datang itu adakah bayu? Atau ribut atau taufan yang melanda? Tiada siapapun yang dapat menjangkakan melainkan mereka yang arif dengan ilmu angin ini. Begitulah hidup ini, tiada siapa yang dapat melihat bagai mana hidup ini datang, namun mereka merasakan bagaimana kehidupan yang mereka lalui. Begitulah diibaratkan seperti angin kerana tiada siapa pun yang dapat melihatnya namun semua orang merasakan kedatangan angin.


Angin yang datang pula adakalanya dalam bentuk bayu yang membuatkan nyiur-nyiur melambai. Kelembutannya bagaikan sutera dan disukai ramai. Begitulah hidup ini, ada dikalangan manusia yang hidupnya penuh dengan kebahagiaan sehingga orang lain di sekelilingnya juga dapat merasai kebahagiaan tersebut. Namun angin tidak selalunya lembut, kadang kala ada juga ribut yang melanda sehingga mengancam nyawa dan harta benda. Ia juga boleh diibaratkan bahawa hidup ini adakalanya diuji dengan pelbagai ujian. Ribut itu juga mampu merosakkan jiwa dan harta dan begitulah kesan ke atas mereka yang diuji, adakalanya jika sifat sabar tidak ditanamkan di dalam diri manusia itu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Bagitulah erti sebuah kehidupan.



Walau bagaimana pun, hidup ini adakalanya diuji dengan lebih parah seperti taufan yang melanda. Kelajuannya cukup hebat dan mengganas. Sekiranya ia melalui, semua yang ada akan dihancurkannya. Begitulah erti hidup, ada manusia yang suka membuat kacau bilau di dalam kehidupan ini. Taufan biasanya datang dari laut ataupun dari gunung. Ia jarang datang dari kampung dan juga dari bandar. Air laut juga turut bergelora akibat daripada taufan. Begitu dahsyat sekali kedatangannya. Namun kehidupan ini lebih dahsyat kerana ada di antara manusia kita mengetahuinya dengan kebaikkan yang ada pandanya, namun di sebalik kebaikkan itu penuh dengan muslihat. Jika taufan yang datang kita boleh tahu kerana ada tanda-tandanya, namun manusia yang jahat di sebalik kebaikkan itu lagi sukar untuk diketahui.




Angin ini indah kerana kerana ianya bersih. Namun manusialah yang mengotorinya dengan debu-debu yang menyebabkan orang lain juga terkena debu tersebut sehingga menyebabkan ia masuk ke dalam mata dan menyukarkan pernafasan. Manusia jugalah yang mengotori angin dengan pencemaran udara dan gas-gas beracun sehingga membawa pelbagai penyakit yang merebak kepada orang lain. Manusialah yang merosak dan mencemarkan angin ini. Begitulah hidup ini. Ada manusia yang masih mengamalkan kebaikkan di dalam fitrah hidup ini dan ada manusia yang mengambil kesempatan untuk membuat kerosakkan dan pencemaran pada angin yang lalu.

Manusia hari ini suka bersangka-sangka, ada yang baik sangkaan dan ada yang berburuk sangka.



Orang yang beribadah disangka riak
orang yang rehat disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka ingin menunjuk
orang yang pakai baju buruk disangka pura-pura zuhud
orang yang banyak makan disangka pelahap
orang yang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejet
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang yang ceria disangka membela

Wahai sahabatku ingatlah

yang diam itu mungkin berzikir kepada Allah swt
mungkin yang senyum itu ikhlas dan dikira sedekah
mana tahu yang masam itu sedangkan mengenangkan dosa yang lama
mana tahu yang menawan itu kerana bersih minda dan hatinya
mana tahu yang ceria itu kerana cerdas akal dan fizikalnya

Sahabatku,...

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api, satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat......semuanya bergantung kepada bagaimana kita menilainya.

Sekian
Wallahu A'lam

Rozlan
Machang

Tuesday, November 10, 2009

Salam

Selamat Berjuang sahabatku,
semoga Allah swt merahmatimu.....
Teruskan Usahamu dan tingkatkan tawakalmu hanya pada Rabb....

Sunday, November 1, 2009

Bagaimana Untuk Mendapat Duit Lebih?????

Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt kerana dikesempatan ini dapat lagi penulis menulis di waktu yang paling kritikal sebagai seorang pelajar. Jika seorang tentera, inilah waktu untuk menghancurkan pengganas dan jika seorang guru, inilah waktu untuk melihat keberkesanannya mengajar anak-anak muridnya dan begitulah sebagai seorang pelajar, inilah waktu untuk menentukan setelah penat lelah belajar selama 5 bulan lebih.
Kali ini penulis menulis berkaitan tajuk bagaimana untuk mencari dan menambah pendapatan. Penulisan ini khusus untuk saudara Ibnu Jamal dari Sandakan, Sabah.

Saudara, lakaran sejarah perjalan hidup yang saudara terpaksa lalui teramat hebat dan memang benarlah apa yang saudara katakan yang lain manusia mempunyai lain masalah. Begitulah kita yang dinamakan sebagai manusia dan keran itulah kita diuji mengikut tahap kesabaran kita. Allah swt Maha mengetahui dan Dia menguji hamba-Nya mengikut kadar kemampuan hamba-Nya.

Nasihat saya, saudara tidak perlulah untuk berhenti daripada belajar kerana ini masa dan peluang untuk saudara belajar. Ingat bukan semua manusia diberi peluang untuk belajar. Saya yakin dengan ilmu sahaja mampu mengubah segala-galanya. Belajarlah dan bersabar seketika demi menamatkan peluang belajar yang ada ini. Saudara boleh menambah pendapatan semasa belajar dengan pelbagai cara seperti bekerja lepas waktu belajar atau semasa cuti semester. Memang susah untuk kita dapat daripada baitul mal ataul duit zakat daripada kerajaan negeri. Saya juga penah alami semasa ingin membantu rakan saya dari Kedah untuk memohon sumbangan zakat pendidikannya. Namun sedih bila pegawai yang ditemui berkata zakat untuk tahun ini tidak ada dan sekiranya ingin pohon, mohonlah untuk tahun depan kerana zakat tahun pendidikan untuk tahun ini mereka hanya peruntuk sebanyak 5 orang sahaja. Kemanakan duit zakat sehingga begitu tidak cukup? atau adakah orang kita sudah tidak lagi membayar zakat?atau duit zakat disalahgunakan? Jawablah oleh mereka yang berkenaan.... Sedih dan kecewa dengan jawapan yang diberikan.

Buat pembuka minda, saudara boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk menjana pendapatan. Hobi saya adalah suka membaca sejarah individu-individu hebat di dunia ini dan saya kagum dengan seorang yang bernama Michael Dell (pengasas komputer Dell) kerana dia membawa pulang sebanyak $650,000 dollar US selepas tamat belajar. Sebenarnya tidak susah untuk bekerja semasa belajar, cuma kesanggupan kita yang menjadi masalah. Sekiranya kita sanggup maka kita terpaksa korbankan yang lain. Sebagai contoh, sekiranya kita bekerja selepas waktu belajar, kita terpaksa korbankan masa kita bersama rakan-rakan dan sebagainya. Namun itu semua tidak penting kerana waktu kita susah, berapa ramai yang datang membantu.


Saudara bayangkan di tempat saudara ada berapa ramai pelajar lain dan apa yang penting saudara perlu fikir bagaimana untuk pindahkan hanya RM1 daripada poket diorang ke poket saudara dengan cara yang sah dan halal. Katakan di tempat saudara ada 500 orang sahaja dan saudara berjaya pindahkan hanya RM1 daripada diorang. Saudara sudah mengumpul RM500 untuk satu hari. Namun, saudara perlulah fikir macam mana hendak memindahkannya.

Saya semasa berada di semester 3 dahulu terpaksa fikir untuk memindahkan macam ini kerana saya juga pernah mengalami keadaan kekurangan kewangan dan Alhamdulillah Allah swt membantu saya. Maklumlah saya bukan dari kalangan keluarga yang berada dan pada semester tersebut dua orang adik saya masuk ke universiti. Saya tahu keadaan ayah saya penat mencari sumber kewangan dan kadang-kadang dibantu oleh umie untuk meringankan beban ayah. Saudara tahu sahajalah kerja kampung berapa sangat yang mereka dapat. Namun saya fikir untuk runner business dan Alhamdulillah saya berjaya. Lepas kelas jam 5 petang saya keluar mengambil nasi yang saya tempah dari orang kampung sekitar universiti. Pada sebelah malamnya saya menjual dari bilik ke bilik dengan memperolehi keuntungan lebih kurang RM 25 untuk satu malam. Malam juga saya menjual roti hotdog dan Alhamdulillah roti biasa habis kurang lebih 100 biji untuk satu malam dengan termasuk yang hilang dek dicuri oleh mereka yang lapar dan tiada duit untuk membanyarnya. (*inilah kenangan indah bila buat business, namun sekiranya hilang, kita kena niat sedekah sebab mungkin diorang xde duit untuk membayar). Alhamdulillah untuk satu malam pendapatan saya antara RM 65- RM 120 satu malam dan pendapatan bulanan antara RM 2000 hingga ke RM 3000 lebih. Kadang-kadang saya dapat juga bantu adik-adik di rumah untuk perbelanjaan sekolah diorang.
Namun sekarang saya tidak lagi buat business tersebut kerana sudah semester akhir, dan business saya saya minta rakan saya yang runner sekarang kerana dia juga menghadapi masalah yang sama dengan saya suatu ketika dahulu.

Oleh yang demikian, saudara ibnu Jamal juga boleh melibatkan diri dalam business sekiranya saudara ingin menambah pendapatan. Saudara jualah apa-apa produk makanan kerana keuntungan dia adalah tinggi dan semua pelajar berminat dengan produk makanan. Jualah maggie ke, roti, kacang ke apa-apa sahaja yang di fikirkan mendatang keuntungan kepada saudara. Jual topup juga boleh tapi untungnya sedikit berbanding dengan produk makanan.

Saudara fikirlah bagaimana untuk saudara memindahkan hanya RM1 daripada poket orang lain ke poket saudara dan insyallah saudara juga boleh meningkatkan pendapatan. Ingatlah setelah berjaya, jangan lupa ada lagi rakan-rakan kita yang memerlukan bantuan, bantulah mereka sama ada dari segi memberi idea atau pertolongan sumber tenaga. Jangan zalim semasa jalankan perniagaan kerana sumber keuntungan perniagaan adalah tinggi dan sekiranya berlaku zalim, perniagaan tidak kekal. Ingatlah sebaik-baik perniagaan adalah yang menjauhkan kita daripada azab api neraka Allah swt yang amat pedih. Buatlah yang terbaik. Ingat rezeki Allah swt untuk kita sudah tersedia, cuma kita sahaja yang perlu berusaha untuk menerokainya.

"Berilah walau sedikit kerana Allah swt telah memberi banyak nikmatnya kepada kita"

Wallahu A'lam.

Ibnusoleh
Machang.

Wednesday, October 28, 2009

Sambungan kepada Ku Mencari Sebuah Mahar Cinta....

Bismillahi Rahmani Rahim...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt yang Maha mencipta dari tiada kepada ada, Yang Maha menyembuh dari setiap penyakit yang dikurniakan. Setelah tiga hari terlantar di katil di hostel DPP Bank Rakyat dek diziarahi oleh makhluk Allah swt yang bernama demam, kini Allah swt memberi peluang kepadaku untuk bangkit menulis bagi menyambung kisah yang tertinggal dahulu iaitu " Ku Mencari Sebuah Mahar Cinta". Sepanjang diriku diziarahi oleh saudara demam, aku tidak dapat berbuat apa-apa, maklumlah di bawanya bersama dengan pening, batuk, dan letih serta lain-lain lagi. Namun aku bersyukur kerana itu adalah ujian yang Allah swt kurniakan kepada ku untuk membersihkan jiwaku. Mudah-mudahan Allah swt mengampuni dosa dan kesalahan aku selama ini.

Berbalik kepada tajuk perbincangan di atas, 5 aspek utama sebagai tambahan di dalam mencari pasangan hidup diperjelaskan seperti mana berikut:

1. Mereka yang memiliki kenderaan yang pantas.

Iaitu mereka yang tajam dan pantas dalam berfikir. Ini penting kepada seorang isteri dalam membantu suami apabila wujudnya kebuntuan atau suami meminta pandangan daripada isteri. Isteri perlu memberi buah fikiran yang cukup bernas dalam apa jua keadaan bagi menghasilkan suatu keputusan yang terbaik. Isteri seperti ini biasanya sedikit sebanyak mempengaruhi minda anak-anak agar mereka dibesarkan dalam keadaan yang cukup matang dalam proses penggunaan akal dan fikiran. Oleh yang demikian amat penting untuk mencari seorang isteri yang tajam dan tangkas fikirannya.

2. Mereka yang mempunyai pakain yang mewah dan megah.



Iaitu mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan terpuji seiring dengan kehendak Islam. Akhlak merupakan pakaian seorang muslim kerana dengan adanya akhlak maka terjaminlah sifat haya' (malu)nya. Sifat ini penting yang perlu ada kepada seorang isteri kerana dengan sifat malu maka maruah keluarga baik suami mahu pun anak-anak akan terjaga. Di dalam Islam sendiri menyatakan bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Maka teramat pentinglah ianya dimiliki oleh seorang perempuan yang ingin bergelar isteri.


3. Mereka yang mempunyai rumah yang besar.

Iaitu mereka yang memiliki jiwa yang besar. Berjiwa besar amat penting kepada setiap apa yang kita kerjakan kerana ia adalah sumber kepada kejayaan. Berjiwa besar dalam menjaga rumah tangga dan harta semasa suami keluar mencari rezeki, berjiwa besar di dalam sama-sama mencari rezeki bersama suami, berjiwa besar dalam usaha untuk mendidik anak-anak dan menjaga suami, berjiwa besar dalam menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan hamba kepada Allah swt.


4. Mereka yang memiliki lampu yang terang.

Iaitu mereka yang mempunyai kitab Allah swt iaitu al-Quran. Dengan lebih jelasnya ialah mereka yang ada kemahiran dalam menjelaskan ayat-ayat Allah swt kepada ahli keluarga, sahabat, masyarakat dan kepada pemimpin terutamanya. Sekiranya mereka tidak ada kemahiran, cukuplah sekadar mereka berusaha dan berminat untuk mengetahui dan memahami ayat-ayat Allah swt. Maklumlah pada masa sekarang ini, kalau kita uji berapa ramai perempuan yang minat mendalami ayat al-Quran. Yang mereka ingin mendalami adalah tentang kehidupan artis-artis pujaan mereka sahaja. So untuk mencari calon isteri atau suami, pilihlah mereka yang betul-betul boleh mengajarkan kepada kita tentang ayat-ayat al-Quran (suami yang patut mahir kerana dia adalah ketua kepada keluarga dan pemandu kepada kebahagiaan dan keredhaan keluarganya di sisi Allah swt), sekiranya sukar untuk kamu dapati, maka cukuplah sekadar mereka yang betul-betul berminat dalam mencalaminya kerana suatu hari nanti mereka juga akan menjadi seorang yang mengetahui tentang ayat-ayat Allah swt.

5. Mereka yang mempunyai kolam yang luas bagaikan lautan.



Iaitu mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang hebat tentang kehidupan di dunia dan ilmu tentang di akhirat. Maksud yang lebih jelas lagi ialah mereka yang mengetahui dalam banyak hal seperti dalam ilmu sains dan matematik, mantik, usul fiqh, sejarah, dan lain-lain lagi. Ini keran ilmu sangat penting dalam kehidupan kerana mereka yang berilmu sahaja yang dapat mengenal dan beriman kepada Allah swt manakala bagi mereka yang berpengetahuan sekadar mengetahui sahaja dan tidak beriman (sebab itu ada orang yang memiliki title Dr. (PhD) tetapi tetap tidak beriman kepada Allah swt kerana mereka mempunyai pengetauan dan bukannya ilmu. Ilmu ini adalah cahaya daripada cahaya-cahaya Allah swt. dan cahaya Allah swt ini tidak masuk ke dalam jiwa mereka yang membuat maksiat kepada Allah swt.

Oleh yang demikian, bergantung kepada kitalah untuk memilih bagaimana calon pasangan hidup kita, adakah kita ingin mereka yang hebat di pandangan mata manusia ataupun hebat di pandangan Allah swt atau di pandangan kedua-duanya. Ingatlah bahawa hidup ini adalah pentas ujian untuk kita bertemu dengan Allah swt di akhirat kelak. Hidup ini hanya sekali dan manfaatkanlah peluang itu agar kita mendapat pasangan hidup yang membawa kebahagiaan hingga kesyurga.


"Orang yang cintanya terikat kepada cinta Allah swt pasti akan mencari pasangan hidup yang juga cintakan Allah swt. Ini kerana cinta yang mereka bina itu bukan sahaja untuk kebahagiaan dunia tetapi juga untuk diabadikan di dalam syurga Allah swt."

Akhir kata penulis memohon maaf atas kelewatan menyambung artikel ini kerana kelemahan diri penulis yang bergelar manusia. Sebarang salah dan silap penulis mohon maaf kerana itulah diri penulis yang tidak lari dari sebarang kelemahan. Semua gambar adalah sekadar hiasan semata-mata.
Sekian terima kasih

el_farouq/rozlan/ibnusoleh
Machang

Wednesday, October 21, 2009

Ku Mencari Sebuah Mahar CINTA.......

Bimillahi Rahmani Rahim

Dengan nama-Mu Ya Allah, aku mulakan penulisan ini bagi menyampaikan ilmu-Mu ini supaya ianya dimanfaatkan oleh mereka yang mahu menggunakan akal, hati dan perasaan untuk mencapai redha Engkau Ya Allah.



Nabi saw bersabda;
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara . Kerana kekayaannya (hartanya), kerana kecantikkannya, kerana kemuliaan keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, nescaya akan beruntunglah kedua-dua tanganmu”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Dalam menghabiskan zaman dewasaku di universiti, aku sering ditanya berkenaan dengan erti sebuah CINTA dan hakikatnya. Dalam kesibukkan aku mencari keperluan hidup ini, sempat juga aku menjelaskan kepada mereka hakikat CINTA dan keperluannya. Namun setiap induvidu mempunyai persepsi yang berbagai-bagai berkenaan dengan cinta. Ada yang kata halal, ada pula yang mengharamkannya dan yang lebih teruk lagi adalah mereka yang tidak tahu hakikat cinta namun mereka bercinta dalam keadaan jahil dan inilah yang majoritinya berlaku di kalangan anak muda kita hari ini. Oleh kerana kejahilan berkenaan dengan cinta, maka cinta yang mereka bentuk itu tiada landasan dan panduan, dengan itu mudahlah syaitan merasuk jiwa mereka dan menjuruskan mereka ke lembah kemaksiatan dan kemurkaan Allah swt.

Cinta yang merupakan fitrah untuk diri manusia. Kerana cinta manusia ingin mengenali antara satu sama lain. Dengan cinta manusia akan bertimbang rasa, bertolah ansur dan sebagainya. Cinta itu cahaya sanubari yang lahir dari hati untuk ke hati. Ia merupakan kurniaan Tuhan dan ia tidak pernah dipinta. Namun ianya perlu memberi. Kerana itu cinta jangan diracuni dengan maksiat, dan jangan pula kerana cinta kita leka dan lupa hakikat kurniaan Allah swt sebagai rahmat untuk alam. Jangan kita kotori cinta ini dengan perkara-perkara yang menyebabkan murka Allah swt.

Kebanyakkan orang mengatakan cinta itu semuanya indah, hatta kentut orang yang kita cintai itu pun wangi baunya. Itulah uniknya cinta, mampu mengubah segala-galanya. Di dalam filem "Mohabbatein" menunjukkan kuasa cinta. Namun cinta itu adalah kejalan yang sia-sia tapi apa yang ingin dijelaskan ialah hakikat kuasa cinta. Wahai sahabatku yang sedang dilamun cinta, Ingatlah sekiranya kamu mengatakan inilah saat yang paling indah iaitu semasa bercinta sebenarnya kamu diheret oleh belenggu cinta dan ianya akan menyesatkan kamu. Ini kerana kemanisan bercinta itu kamu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap orang yang kamu cintai itu. Hatta kamu hendak berjumpa dengan orang yang kamu cintai itupun perlu kepada mahramnya, inikan pula kamu diharamkan bersentuhan. Maka di mana sebenarnya keindahan cinta itu? Oleh bagi mereka yang menganggap indahnya cinta itu ialah mereka yang dihanyut oleh arus cinta, cinta telah menguasai diri mereka menyebabkan mereka bertindak atas dasar cinta dan mereka tidak lagi bertindak atas dasar iman dan taqwa kepada Allah swt dan itulah yang kita lihat hari ini yang mana ramai yang merana dan kecewa disebabkan kerana cinta.




Cinta yang paling indah apabila telah diijabkabulkan dan dibayar maharnya (KAHWIN). Maka disitulah saat yang paling indah kerana cinta kamu telah jelas tujuannya, telah halal untuk kamu atas segala-galanya, telah sampai masanya untuk kamu buktikan yang kamu benar-benar bercinta. Cinta yang kamu bina tidak lagi sia-sia kerana ia telah menjadi milik engkau untuk sementara waktu sebelum Allah swt mengambilnya. Di situlah bukti sebuah cinta dan saat kemanisan bercinta. Namun wahai sahabatku, bukan senang untuk mencari isteri. Hendak mencari kawan yang baik pun sudah sukar, inikan pula untuk mencari isteri. Ini kerana kita mahu hidup dengannya sampai ke syurga. Silap memilih pasangan hidup, maka hancurlah impian itu. Oleh itu sebelum kamu membuat persetujuan untuk berkahwin, maka buatlah persedian demi persediaan untuk hidup bersama. Gunalah iman sebagai asas panduan kerana di situ ada kebahagiaan. Ingat, sekiranya kamu memilih kerana kecantikan, kecantikkan akan hilang dimamah usia. Sekiranya kamu memilih harta kekayaan, kamu akan jadi miskin dan kamu akan tinggalkan harta tersebut. Sekiranya kamu memilih pangkat dan keturunannya, kamu akan dihina. Maka pilihlah agamanya, kerana disitu ada kemanisan hidup.

Wahai sahabatku, ingatlah...Hidup ini Allah swt bagi hanya sekali sahaja. Buatlah pemilihan kerana jodoh kamu Allah swt telah menetapkannya, namun Allah swt tidak zalim, Dia memberi peluang untuk kamu memilih pasangan kamu. Setelah kamu jumpa, maka peganglah supaya dia tidak lari dari kamu. Pohonlah (berdoa) kepada Allah swt agar pasangan yang kamu pilih itu adalah yang terbaik bagi kamu.

Bagi kami di el-farouq menetapkan 5 aspek tambahan dalam kontek mencari pasangan hidup. Yang pertama, mereka yang memiliki kenderaan yang pantas. Ke-2, mereka yang mempunyai pakaian yang mewah dan megah. Ke-3: mereka yang mempunyai rumah yang besar. ke-4: mereka yang mempunyai lampu yang terang dirumah mereka. Dan yang ke 5: mereka yang mempunyai kolam yang seluas lautan. Mungkin sahabat akan tertanya-tanya apakah maksudnya atau mungkin tertanya kenapa....

Jawapannya...

Tunggu ke episod akan datang...Jangan ke mana-mana...

el_farouq
machang

Monday, October 12, 2009

Kerana 1 click....

Di zaman ICT dan Globalisasi ini, kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular. Kemudahan yang disediakan ini adalah untuk memudahan kerja harian kita, namun dengan kemudahan yang ada ini juga menyebabkan kita mendapat dosa dan diazab oleh Allah swt.

Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat. Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut. Mahfumnya::

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. :

“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.

Mahfumnya:Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.

Johan baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian. Johan mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Johan diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”.

Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.

Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Johan terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian. Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya. Untuk memudahkan kefahaman, katakan Johan telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredhai perbuatan Johan maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Johan jadilah sekarang dosa Johan 1+50 = 51.

Setiap kawan-kawan Johan itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi, maka sekarang dosa Johan akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Johan menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.

Johan telah meninggal dunia, emailnya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?

Berbalik kepada kisah Johan, katakan sebelum meninggal dunia, Johan telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Johan telah menyebarkan perkara yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Johan maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini.

Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang. Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredhai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Ingatlah bahawa orang yang baik itu akan mencari benda yang baik dan orang yang jahat itu akan memilih benda yang jahat. Pada hal setiap manusia difitrahkan dengan kebaikkan dan semua orang inginkan kebaikkan. Kesimpulannya, buatlah yang terbaik agar diri kita mendapat kebaikan disisi Allah swt.


Wallahhu’alam
Rozlan
Machang
Sumber Oleh:
Ismail Abu Bakar

Saturday, October 10, 2009

Tanda-Tanda Akhir Zaman.....

Bismillahi Rahmani Rahim...

Subhanallahi alaika Ya Allah.....

Gempa bumi..???




(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak
"(Hadis riwayat Thabrani)


Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:

"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu
1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).



Oleh yang demikian, marilah kita bermusahabahkan diri kita di atas petunjuk-petunjuk yang Allah swt berikan selagi mana kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk menginsafi diri.



Sumber dari


http://reformismuda.blogspot.com/2009/10/15-perkara-yang-mendatangkan-bala-dari.html

http://nasihah.blogspot.com/2005/04/renungan-gempa-bumi.html

Friday, October 9, 2009

Ku mencari Sinar Ketenangan.....

Bismillahi Rahmani Rahim...

Dengan Nama-Mu Ya Rahman aku mulakan penulisan ini, juga di dalam kesedihan hati yang disusuli dengan tangisan air mata. Aku bersyukur kerana Engkau yang mengajarkan kepadaku erti kehidupan, yang menjadikan diriku yang jahil ini menyelami hakikat kebenaran.

Dalam menghabiskan usiaku di UUM, aku banyak mencari hakikat ketenangan. Aku tahu di mana ketengan itu berada, namun aku tinggal kerana mencari keseronokkan dan akhirnya aku memperolehi keseronokkan sehinggakan ketenangan aku tergadai. Ketika aku membelek-belek sebuah kitab syair karangan el-farouq, aku teringat rangkap-rangkap syair yang berbunyi: "keseronokkan itu kamu akan perolehi dengan mudah kerana ia sangat mengikut kehendak nafsumu.... Namun ianya tidak kekal seperti apa yang diharapkan menjadi milikmu...Ketengan itu sangat sukar diperolehi kerana ia bertentangan dengan nafsu...Namun ia akan kekal di dalam hidupmu selagi hanyat menjulang dirimu..."Syair ini mengingatkan kisah diriku sebagai seorang pengembara di bumi gersang, yang sering mencari punca air ketengan...(Wahai sahabat, peringatkanlah diriku tentang hakikat ketenangan itu, kerana kelalaian diriku ini menjadi punca hilangnya rahmat ketenangan itu)...


Seringkali aku menangis mengingatkan keperitan hidupku ini. Namun kesedihan hatiku hanya terpendam di lubuk hatiku. Sesekali ia ditunjukkan di wajah manisku tentang hakikat kesedihan itu. Wahai ummie, bantulah anakmu ini yang dalam kesedihan. Kesedihan mencari erti sebuah persahabatan yang suci lagi murni yang disusuli dengan Redha Ilahi. Bantulah dengan menasihatiku agar aku mendapat sokongan daripadamu ummie.. Aku tahu, ketenangan diriku telah diragut oleh keseronokkan yang aku cari selama ini. Aku lupa ummie, aku lupa...Peringatilah diriku agar aku sering diperingatkan untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia ini dan lagi terbilang di akhirat nanti insyaallah..


Aku biasanya akan ke Perlis berjumpa dengan ibu angkat aku untuk mencari ketengan, dan biasanya insyallah ketengan itu diperolehi sedikit di atasa nasihat dan sokongan moral darinya. Jika ketenangan tidakku perolehi juga, aku akan call umie aku dan meminta nasihat darinya kerana nasihat ummieku jauh menusuk dihati dan sanubariku. Aku yakin dan bertambah yakin dengan janji Allah swt bahawa ketengan yang dinasihati oleh ibuku itu hanya terletak di dalam fitrah manusia itu sendiri, yang mana manusia itu perlu kembali kepada Allah swt kerana Allah swt lah yang menjadikan ketenangan dan keresahan. Oleh itu, kembalilah kepada-Nya kerana Dia yang maha mencipta. Kadang kala ketenangan itu akan disusuli dengan keresahan kerana ujian dari-Nya. Tidak indahlah hidup ini sekiranya hanya ketenangan sahaja yang diperolehi. Ingat wahai sahabatku, jika hari ini ketenangan menyebelahi dirimu, pasti suatu hari nanti keresehan juga akan menziarahi dirimu dan aku hari ini berada dalam keadaan resah dan pasti keresahan itu tidak berada kekal di dalam diriku. Aku akan mencapai juga ketenangan nanti. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ketenangan dalam hidupku. Agar aku dapat menjalankan ibadah kepada Mu dengan sempurna. Andaikan keresahan itu menjadi permainan hidupku, maka kurniakanlah kepadaku seorang sahabat dunia akhirat yang akan menjadi penenang di atas segala keresahan yang ku alami itu agar dengan hilangnya keresahan itu dapat aku menjalankan hidupku dengan sempurna demi mencapai matlamatku untuk menjadi hamba-Mu yang terbaik.


Ya Allah, redhailah persahabatan aku dengan semua sahabat-sahabatku, kerana dengan redha Mu itulah yang menyelamatkan aku dari azab Mu yang teramat pedih. Ya Allah, aku tidak mengharapkan sesuatu dari makhlukmu, hanya kepada Mu jua yang ku harapkan. Kurniakanlah cinta Mu kepadaku sepertimana aku menyintai diri Mu. Kurniakanlah cinta orang yang cinta kepada Mu kepadaku agar kami saling mencari redha Mu Ya Rabb.


Rozlan
Machang.

Thursday, October 8, 2009

Memang Dengki Sifat Manusia...



Bismillahi Rahmani Rahim....




Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Allah swt kerana telah menyelamatkan aku daripada kehinaan dan azab api neraka selain daripada memberi rahmat dan rezeki yang berlimpah ruah kepadaku..Kali ini aku ingin menaip dengan meluahkan kesedihan di lubuk hatiku. Namun dalam kesedihan itu aku pasrah kerana aku tahu hakikat ketentuan Ilahi... "Yang datang pasti akan pergi"...Namun cara pemergian itu yang membuatkan hatiku kelam bagaikan tiada lagi cahaya yang menerangiku hari ini.




Di kesempatan ini aku ingin berkongsi kisah "CINTKU" kepada para pembaca agar kisah ini menjadi panduan dan tauladan kepada mereka yang bercinta agar ianya tidak terjadi kepada kamu semua. Biarlah diriku sahaja yang mengalaminya dan tidak kepada anda. Kisah cintaku mula berputik sejak tahun 2008 dengan seorang pelajar di salah sebuah kampung di negeri Cik Siti Wan Kembang, biasalah diriku dari dahulu lagi inginkan seorang gadis kampung yang tinggi sopan dan santunnya malah elok pula budinya. Selama setahun aku mula bercinta dengannya dengan susuli keindahan demi keindahan yang dipagari syariat dalam arena cinta kami. Kami saling menjaga kesucian cinta kerana aku tidak mahu cintaku dikotori oleh najis-najis kemaksiatan. Memang kata orang cinta itu indah, indahnya cinta yang aku bina itu tidak dapat ku nafikan dan bagiku tiada lagi kamus di dunia ini yang mampu menafsirkan keindahan cintaku.


Sekarang usia cintaku menjangkau 1 tahun. Keindahan makin terasa bila sama-sama berjauhan demi mencapai usaha murni dalam bidang jihad mencari ilmu. Aku di salah sebuah universiti di utara mana kala si dia di universiti di selantan tanah air. Kejauhan yang membuatkan kerinduan..Memang benar kata pujangga, sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan...kerana setelah itu wujudnya kerinduan dan kasih sayang yang mendalam. Walau pun jarak yang memisahkan kami, namun tempatku dihatinya dan begitu juga tempatnya dihatiku.

Namun kini ia berlalu bagaikan mimpi yang datang tidak diundang. Peristiwa sedih ini berlaku setelah aku pulang ke kampung untuk menyambut hari raya. Sejuta mesejku tidak dibalasnya, sejuta panggilan telefon yang aku call juga tidak diangkatnya. Siapakah yang tidak risau jika begini keadaannya. Tambah-tambah saatku tengah bercinta. Maklumlah orang bercinta ini kalau dalam tandas pun dibawanya lagi telefon takut lambat membalasnya. Tapi ini kan pula diam membisu tanpa berita. Hatiku bertambah risau dan sedih....

Lepas raya, aku tidak mendapat 1 berita pun darinya. Aku bercadang untuk pergi beraya kerumahnya. Maklumlah ma dan abah dia pun memang terlalu kenal aku, so tidak kisahlah jika aku pergi beraya ke rumahnya. Setelah aku pergi kerumahnya, barulah aku dapat berjumpa dengannya dan berbincang mengenai kisah cinta antara kami. Di saat itu jugalah baru aku tahu yang mana di telah di "hasut"( perkataan yang paling sopan ku guna) oleh rakannya di universiti untuk meninggalkan aku. Katanya lelaki seperti aku tidak boleh dipercayai kerana selalu sangat bersama dengan perempuan. Maklumlah keadaan diriku yang selalu bersama masyarakat dengan menganjurkan banyak program ini sangat mudah terdedah dengan perempuan. So, kawannya cakap lebih baik tinggalkan aku. Aku tidak tahu mengapa dengki betul kawannya itu kepada aku, sedangkan aku ikhlas untuk berkawan dengan si dia ini. Namun kesudahan aku dan dia buat adalah mencari jalan untuk berjauhan kerana dia tidak mahu tersiksa. Aku sangat marah kepadanya kerana mudah percaya dengan kata-kata orang luar daripada percaya kata-kataku. Perasaan marah itu hanya di dalam hatiku dan tidak keluar sedikit pun di lidahku.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Kalau diingatkan darah muda ku dahulu, mahu sahaja aku angkat senapang patah untuk pergi tembak sahaja orang yang menghasut dan mengeruhkan kemurniaan perhubungan kami. Namun kini aku sudah berusia dan waras fikiranku dan tindak tandukku perlulah seperti mereka yang waras. Aku hanya berkata di sudut hatiku untuk aku lembutkan dan menenangkan hatiku ini dengan mengatakan ini adalah ujian dari Allah swt untuk menguji kesabaranku setelah aku berumah tangga nanti....

Pujukan demi pujukan telah aku lontarkan, namun tidak juga berkesan untuk memulihkan perasaannya. Aku bertanyakan beberapa soalan untuk melihat kejujuran hatinya. Soalan ini adalah yang aku belajar dari salah seorang ustaz ku semasa di Perlis suatu ketika dahulu. Soalan ini untuk menguji kejujuran pasangan kita dan ianya amat bagus bagi mereka yang ingin mencari kejujuran pasangan mereka. Setelah ujian dijalankan aku dapat tahu yang mana kawan dia telah memcalonkan abangnya untuk dia. Dia pun tidak tahu macam mana boleh suka pada abang kawannya itu. Jiwaku terbakar bagaikan disiram dengan petrol. Aku mengakhiri perbualan dan perbincangan dengannya sekadar aku meminta maaf di atas kesalahan dan kesilapan aku sepanjang bersahabat dengannya. Hanya Allah swt yang mengetahui hakikat kehancuran jiwaku.




Di mana aku ingin meletakkan hatiku ini. Gelora mula mengganas di muara hatiku, banjir mula terasa di sudut hujung kalisku. Lidahku kelu untuk berkata-kata....tangan lemah bagaikan tiada tenaga...Tiada perumpamaan yang sebanding untukku ungkapkan..Hanya mereka yang pernah mengalaminya seperti aku ini yang mengetahui kedukaan jiwaku..

Aku terpaksa kembali ke universiti untukku meneruskan perjuanganku. Yang berlalu aku lupakan kerana ia telah berlalu. Kesabaran hatiku dapat aku pujuk dengan janji-janji Allah swt kepadaku. Agar aku yakin dengan janjinya. Ini semua adalah hikmah dari Allah swt. Kita merasakan dialah yang terbaik bagi kita, namun Allah swt lebih mengetahui dan mungkin dia tidak yang terbaik untukku. Mungkin aku merasa yang tidak terbaik untukku itu adalah sebenarnya yang terbaik di sisi Allah swt. So aku terpaksa akur dengan kehendak yang Maha Esa. Kepulangan aku keuniversiti dengan semangat dan tekad serta azam baru. Untuk aku lebih cemerlang di dalam bidang akademikku. Aku tidak perlu bersedih kerana dunia aku ini luas lagi. Aku mampu mencari penggantinya kerana aku tahu jiwaku akan tenang dengan melupakan dia bila ada penggantiku nanti. Wahai kekasihku, aku mendoakan kamu agar kamu berbahagialah dengan si dia. Kamu pernah menyakitkan hatiku, dan suatu hari nanti Allah swt akan tunjukkan keadilan-Nya terhadapmu nanti. Kiranya jika engkau juga bersedih nanti, maka carilah aku, aku akan membantumu dan aku tidak mahu menjadi sepertimu yang membiarkan diri aku bersedih keseorangan.


Yang bersedih
Fahmiruddin Machang

Sunday, September 27, 2009

Mayat Baca Yasin Dalam Kubur.

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Ceritanya begini..
Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah. Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya, ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah. Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun dipatri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.
Sumber daripada email sahabat.
Fahmiruddin

Saturday, September 26, 2009

Sekembali Ke Medan Juang...

Bismillahi Rahmani Rahim..


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dipanjatkan lagi usiaku hingga ke saat aku menaip kata-kata yang aku terjemahkan di dalam encode yang berbentuk huruf dengan maksud yang mudah untuk difahami dan sesungguhnya aku berharap kepada sahabat pembaca memahami kod-kod huruf tulisan aku ini. Setelah sebulan diri ditarbiah di universiti Ramadhan, aku bersyukur kepada Zat Yang Maha Pemurah yang memberi ruang dan masa untuk aku bertemu dengan makhluk-Nya yang bernama Ramadhan. Bila dikenang, terasa kesedihan demi kesedihan kerana berlalunya bulan yang penuh Rahmat yang dijanjikan Allah swt kepada hamba-hamba-Nya. Aku mengharap agar aku dipertemukan lagi dengan Ramadhan untuk kali yang akan datang kerana ketidakpuasan aku menjalani ibadah pada bulan tersebut.



Setelah mengharungi tarbiah Ramadhan, seluruh ummat Islam di dunia ini di anugerahkan hari yang agung iaitu hari kemenangan pada 1 Syawal. Bagi menyambut kemenangan itu, aku diberi tempoh bertenang dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pejuang. Tempoh bertenang yang aku maksudkan adalah cuti selama 1 minggu. Kini tempoh bertenang itu sudah pergi meninggalkan aku. Aku terpaksa meneruskan hidupku sebagai seorang pejuang dan kini aku kembali ke medan jihad sebagai salah seorang yang menuntut ilmu bagi menegakkan dan mepertahankan syiar Islam. Hari ini aku kembali ke UUM dengan Buraq (hanya sabahat rapatku sahaja mengetahui Buraq aku ini). Melangkah dari Timur ke Utara tanah air dengan semangat juang yang tinggi untuk membela nasib diri, bangsa dan agama.



Semasa perjalananku ke medan jihad, banyak perkara-perkara aneh yang aku lihat dan perhati. Mungkin ini sebagai rahmat yang Allah swt ajarkan kepada aku melalui ayat-ayat-Nya yang kedua iaitu melalui makhluk-makhluk-Nya. Pepatah melayu yang sangat sinonim juga menyebut, jauh perjalan, luas permandangan. Jadi sepanjang perjalananku itu banyak yang aku temui. Perkara aneh yang pertama aku jumpa ialah sikap dan tingkah laku manusia yang rakus dijalanan. Ada antara mereka yang sanggup menindas orang lain semasa dijalan dengan membuat jalan raya seperti jalan warisan mak ayah mereka. Wal hal orang lain juga membayar cukai untuk menggunakan jalan tersebut.


sekadar hiasan

Semasa mendaki banjaran titiwangsa yang merupakan banjaran tertinggi di semenanjung Malaysia, aku berhenti di pucak bagi mengamati keindahan ciptaan Tuhan dan siapa yang pernah ke R&R titiwangsa sahaja dapat menafsirkan keindahan ciptaan Ilahi itu. Sekali ku pandang, betapa kerdilnya diri ini jika dibandingkan dengan keagungan Ilahi. Subhanallah....


Aku juga terserempak dengan seekor gajah kat tepi jalan... Besarnya!!!!Tapi nasib baik ia xganggu perjalanan aku...Bagi mereka yang sering menggunakan lebuh raya timur barat memang dh lali berjumpa dengan makhluk Allah swt yang besar ni...Kat tepi jalan pun dah letak amaran laluan gajah liar dan pengguna dilarang berhenti, bunyi horn dan sebagainya. Sesiapa yang nak lihat elephant free show, datang la ke lebuh raya timur barat. * nasihat (Mulut jangan Celupar)....hehehehe

Gajah di lebuhraya Timur-Barat


Dalam meredah perjalan di bawah sinar mentari, kehausan dileher semakin menular. Namun aku terpaksa tahan kerana aku masih jauh untuk menemui rumah atau kediaman manusia. Aku melalui lebuh raya Gerik-Baling. Semasa di tengah-tengah hutan belantara, aku berjumpa dengan seorang pemboncengn motosikal. Namun aku perhatikan motosikalnya mengalami kerosakkan iaitu tayar pancit. Dalam hatiku terdetik untuk membantunya kerana saat ini dia di dalam kesusahan. Kita yang senang ini perlulah membantu agar Allah swt permudahkan kepada kita semasa kita di ambang kesukaran. Kehausan tidak lagi dirasai kerana melihat orang lain dalam kesusahan. Aku singgah di salah sebatang pokok untuk mencari tempat teduh agar senang membaiki motosikalnya. Bila bertanya khabar dan membuat interview ringkas, dia juga merupakan salah seorang pejuang di Maktab Perguruan Kangar. Aku turut membaiki motosikalnya sehinggakan selesai dan kami berpisah. Di hatiku terdetik bahawa aku perlu banyak bersyukur kerana Allah swt mempermudahkan perjalanan hidupku.



Dihati masih lagi terasa kehausan. Akalku membuat keputusan untuk membeli air yang dijual oleh orang kampung di gerai-gerai kecil di tepi jalan. Semasa mencari gerai mana menjadi pilihan, hati aku membuat keputusan untuk berhenti di gerai yang paling hujung. Bila aku berhentikan kenderaanku di gerai tersebut, aku lihat seorang yang kurang upaya menjual air tebu. Aku membeli 2 bungkus air tebu darinya dengan niat untuk membantunya. Air tebu yang dijualnya memang manis dan aku tidak pernah merasai kemanisan seperti itu sepanjang hanyatku meminum air tebu. Di sudut hatiku, bagus sungguh si dia, walaupun kakinya cacat, namun dia tidak meminta ehsan orang lain bagi mencari sesuap nasi. Dia lebih rela bekerja membanting tenaga dengan menjual air tebu di gerai paling hujung yang jauh dari gerai orang lain yang normal. Hatiku mengatakan dia berusaha dengan kudrat yang semampu untuk menyara hidupnya dan itu lebih baik jika meminta-minta.


Aku kemudian meneruskan perjalanan sampai di Jeniang, salah sebuah pekan di daerah Kuala Muda. Di situ aku berehat untuk menunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jama'. Di masjid itu aku dapat lihat lagi satu perkara aneh iaitu masjid di diami oleh serangga yang berterbangan. Sekian lama aku perhati, walau serangga itu ramai, tapi ia tidak mengganggu manusia dan ia hanya menggunakan satu lubang di sebelah masjid sebagai laluan untuk keluar masuk ke sarangnya. Di sudut hatiku, inilah sunnatullah yang menetapkan kepada serangga tersebut supaya tidak mengganggu manusia untuk menunaikan solat. Biasanya jika serangga tersebut membuat sarang berhampiran dengan manusia, manusia akan cuba menghapuskannya kerana ia mengganggu manusia. Namun serangga tersebut menumpang masjid di Jeniang tanpa mengganggu manusia dan mereka saling berkongsi masjid dengan manusia.


Setelah itu aku meneruskan perjalanan. Buraq aku macam biasalah melompat sekadar 120 - 140 km/jam. Semasa di lebuh raya utara-selatan, aku mengikuti sebuah lori kerana angin di sepanjang lebuh raya amat kuat dan ditambahi dengan keadaan lebuh raya yang berhampiran dengan sawah padi. Kelajuan bertambah ke 150 km setanding dengan sebuah kereta BMW yang ada di sebelah aku. Tidak disangkan semasa kelajuan yang begitu tinggi dan berada di belakang lori, tayar lori tersebut meletup dan aku menyaksikan sendiri letupan itu. Dengan pantas aku memperlahankan Buraq aku dan meneruskan perjalanan dengan kadar biasa. Dalam hatiku, mungkin Allah swt ingin menunjukkan kepada aku keadaan yang pasti aku akan alami sekiranya kaki Buraq aku patah dalam keadaan kelajuan yang tinggi. Aku amat bersyukur setelah sampai ke medan jihadku dengan selamat. Setelah 50 minit berlalu dari pekan Gurun, aku tiba di medan jihad di sebuah perhutanan Sintok.


Wallahu A'lam.
Rozlan Machang

Friday, September 11, 2009

Balik Kampung Sempena Cuti Raya...


Siri Cerita-cerita nasihat untuk tatapan pemaca....


Assalamualaikum wbt..


Bismillahirahmanirahim.


Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik, kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.


Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar diluar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim jugamesti terlopongmelihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit.


Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampirinya. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.


Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga kebawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung."Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik."Cadangnya gitulah!"" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja."Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati."


Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang."Inilah! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim."Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naimterisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .


"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan " Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye!


Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayudan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam nipun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balikni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"


Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..


"Astaghfirullah!


Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya."Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiadagelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yangbertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raizpandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.


"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"

sekadar hiasan


Kenapa??


Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segeramengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah."Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?""Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dia dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.


"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nakraya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujungkaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lahrumah aku ye!"


Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naimlalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman disana !


moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar dan berdoa untuk sahabat handai dikala nak raya ni...


Di kesempatan ini juga saya Rozlan Daud, pengendali blog ini memohon jutaan maaf kepada semua sahabat handai, teman-teman dan sahabat-sahabat pembaca sekalian. Di kala penulisan ini ada juga yang menyinggung perasaan sahabat semua, tetapi ingatlah ianya adalah nasihat dari saya dan dia tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang telah kembali bertemu dengan Allah swt.


~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~

Wednesday, September 9, 2009

Islam Semakin Terfitnah

Islam Semakin Terfitnah


Dihantar oleh: nafzh

Editor: arisHa27


ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?Adakah betul? Saya pun tak pasti. Kenapa fitnah? Islam itu fitnah ke atau kita yang memfitnah islam? Apa sebenarnya?. Setelah lama berfikir, teringat filem fitna.Macam filem fitna pulak. Bagaimana Islam boleh terfitnah? Ya, Islam semakin terfitnah. Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:


"Tahukah kamu apa itu menfitnah?" Para sahabat r.hum berkata: "Allah dan RasulNya lebih mengetahui"


Baginda bersabda:


"Menfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka". Ditanya: "Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat". (Riwayat Muslim)


Bukan Islam itu fitnah tetapi kita yang telah memfitnahkan islam. Kita telah melakukan sesuatu perkara yang membelakang syariat sehingga Islam dipandang serong. Tanpa kita sedari, kita banyak melakukan perkara atau sesuatu yang membuka jalan kearah itu. Apa dia? MEMFITNAH ISLAM! Bahayanya fitnah akhir zaman. Fitnah yang dimaksudkan akhir zaman ini bahaya!Kadang-kadang, kita buat baik pun boleh jadi fitnah. Contohnya, kalau seorang jejaka ternampak kawan sekuliahnya (seorang gadis) berdiri di dalam bas dan berhimpit-himpit dengan lelaki ajnabi sedangkan dia duduk. Maka, dengan baik hatinya, dia bagi la si gadis duduk demi menjaga maruah perempuan tersebut. Kebetulan, ada beberapa 'Gossip Girl' ternampak aksi-aksi sedemikian, dan menyebarkan fitnah bahawa si gadis dan si jejaka yang budiman itu ada hubungan. Maka, kecoh satu kuliah yang bahawa mereka keluar 'berdating'. Kan dah jadi fitnah!Pdahal benda baik! Itu yang dimaksudkan buat baik pun boleh jadi fitnah. Pengalaman saya..Seperti biasa la, saya tidak percaya kalau saya tidak alami atau tengok dengan mata sendiri. Bila menjejak kaki ke UIA baru saya lihat bertapa banyaknya umat Islam memfitnahkan agama kita. Malah, saya akui kadang-kadang saya sebahagian dari mereka yang menjayakan agenda memfitnahkan islam tanpa saya sedari. Bila saya keluar MAAHAD baru saya nampak betapa ramainya kawan-kawan saya yang hanyut ditelan keseronokkan dunia tanpa mereka sedari. Mana tidaknya, hal nafsu dicampur adukkan dengan perkara agama. Agama dijadikan tiket atau dengan kata lain alasan untuk menghalalkan cara. Muda mudi kini sebenarnya semakin berani menggunakan nama agama demi untuk melaksanakan keinginan dan cita-cita mereka. Geli hati, kadang-kadang mereka menggunakan nama profesional dalam melakukan sesuatu gerak kerja. Tetapi, hakikatnya tidak. Mereka sendiri tidak memahami apa itu dikatakan profesional. Kenapa? Kerana seorang yang profesional tidak pernah mencampurkan adukkan urusan peribadi dengan kerja. Hakikatnya, ramai remaja, khususnya pelajar universiti mencampur adukkan urusan peribadi(perasaan suka atau dengan bahasa orang muda perasaan cinta) dengan urusan kerja. Sedangkan, itu adalah etika nombor satu seorang profesional yang perlu dijaga. Terlalu banyak perkara yg bercampur aduk akhir-akhir ini.. Terlalu banyak fitnah yang saya hadapi saban hari.Tidak hairan la seringkali kita di katakan hidup di zaman fitnah. Perkara yang paling saya sedih apabila pelajar-pelajar sekolah agama yang menerima tarbiyah, didikan, pengajian asas agama sejak kecik membelakang dan menggunakan nama agama demi menghalalkan cara mereka.


"TIDAK SEDARKAH KALIAN, KALIAN TELAH MEMFITNAH ISLAM DAN ISLAM SEMAKIN TERFITNAH!?'


Kata mereka, niat mereka ikhlas, suci, demi tautan sebuah ukhwah, semangat ukhwah LILLAHITAALA. Maka tak salah kita berhubung lelaki mahupun perempuan. Apa salahnya kita berjumpa. Kami tak buat apa-apa pun, hanya mahu mengeratkan hubungan silaturrahim. Menjalinkan kembali hubungan yang terputus. Melepaskan rindu.. Salahkah?


"TAUTAN UKHUWAH DISEBALIK TRANSFORMASI MINDA MALAH ANJAKAN PARADIGMA. SALAHKAN NIAT BAIK LAGI SUCI KAMI?! SALAHKAH KAMI MAHU BUAT PERUBAHAN! KITA MAHU MAJU! KENA BERUBAH! KAMI TAK MAHU JADI ORANG YANG TERPINGGIR! KAMI TAK MAHU DIKATAKAN JUMUD, THIQAH DAN BLA..BLA.. SALAH!JELAS SALAH!YANG SALAH TETAP SALAH!TAKDE TOLERANSI.. BERFIKIRAN TERBUKA MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUBAH MACAM MANA PUN KITA, MAHU BERUKHWAH MACAM MANA PUN KITA, SYARIAT TAK BOLEH DIBELAKANGI!"


Namun ingatlah. Islam itu jelas. Jalan yang ditunjuk Allah itu jelas dan syariat perlu dijaga walaupun dimana kita berada. Percampuran antara lelaki dan perempuan adalah dilarang kecuali dalam keadaan tertentu;


-KERJA
-MUAMALAT
-KECEMASAN


Jika perkara ini tak terjaga maka akan timbulnya pelbagai bahaya. Paling penting, fitnah ini perlu dijauhkan terutama perempuan. Kerana perempuan itu fitnah terbesar di dunia ini. Bahaya fitnah perempuan itu sangat perlu dihindari. Sesungguhnya, panah-panah syaitan itu datangnya melalui perempuan. Ingat! Niat tidak pernah menghalalkan cara. Cara tak boleh melanggari batas syariat. Syariat sentiasa perlu dipertahankan. Kerana zaman ini zaman fitnah. Pertahankan lah syariat agar kita terselamat dari fitnah dunia.

Monday, August 31, 2009

Marahnya.........

Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada Mu Ya Rahman kerana kasih dan sayang Mu kepadaku tanpa batasan.

Kali ini saya akan tunaikan janji saya untuk cerita persoalan marah yang telah ditanya oleh seorang sahabat saya baru-baru ini. Dalam hal ini dia teramat marah kerana telah difitnahkan oleh kenalannya sendiri. Namun kemarahannya membuak-buak dan alhamdulillah ia dapat dikawal dengan izin Allah swt. Maklumlah siapa yang tidak marah apabila difitnahkan dengan perbuatan yang terkutuk pula. Namun itulah sahabat saya. Setelah dia datang berjumpa dengan saya dan berkongsi masalahnya itu, saya memberikan jawapan dan nasihat ringkas padanya kerana maklumlah saya ini terlalu jahil dalam ilmu ini.

Nasihat yang ringkas itu ialah:





Saudaraku, inilah indahnya hidup. Ada warna keriangan, kegembiraan, kesukaan, keseronokkan dan perlbagai lagi yang indah-indah sehinggakan tiada kamus pun yang boleh menafsirkan indahnya hidup ini. Namun kena ingat, warna kehidupan tidak semuanya indah, adakalanya datang juga ribut yang melanda membawa angin kesedihan, kesukaran, keresahan dan lain-lain lagi yang menusuk kesedihan jiwa dan tangisan sekeping hati yang tidak dapat digambarkan atau disebut oleh oleh mana-mana kitab dalam dunia ini. Begitu juga dengan perasaan marah, benci, sakit hati, dengki dan sebagainya itu adalah pelangi kehidupan yang pasti akan muncul selepas hujan kematangan diri.


Namun begitu sahabat, bersedihlah dengan apa yang berlaku kerana kesedihan itu adalah sunnah kehidupan, namun janganlah sedih dengan fitnah yang orang buat kepada diri kamu itu terlalu panjang atau terlalu lama kerana ia akan memudharatkan kesihatan kamu. Sedih ada tahapnya, sepertimana juga menangis, menangis perlu untuk kesihatan diri, namun jangan menangis terlalu lama kerana ia akan memudharatkan diri. Wahai sahabat, ingatlah ini sebenarnya ujian dari Allah swt untuk menguji diri kita semua. Allah swt ingin meningkatkan darjat kita di sisi-Nya jika kita bersabar. Namun ingatlah, darjat kita akan jatuh sekiranya kita tidak bersabar dalam menghadapi ujian ini. Ingatlah sabahat, perkara yang penting bersabarlah kamu di atas setiap apa yang berlaku kerana ini adalah ujian untuk menguji kesabaran kamu. Aku tahu, ujian para nabi lebih teruk jika dibandingkan dengan apa yang kita perlu hadapi hari ini. Tidak usahlah kita bandingkan dengan nabi kerana darjatnya terlalu jauh dengan kita, kerana dia adalah nabi Allah swt. Ok, kita bandingkan pula dengan ummat Islam di Palestin yang sama tarafnya dengan kita, apakah kita mampu bersabar seperti mereka dalam menghadapi ujian peluru-peluru Yahudi? Kita baru diuji dengan fitnah yang tidak memudaratkan langsung diri kita. Yang tidak membawa kepada kematian jika dibandingkan dengan anak-anak bumi Palestin yang difitnahkan dengan taburan fitnah peluru dan bom yang membawa kepada kehancuran.




Wahai sabahat, setelah kamu ingatlah kamu ini sebenarnya diuji oleh Allah maka bersabarlah. Kemudian kamu perlu buang sifat marah yang ada di dalam hati kamu sama ada dendam atau niat untuk membalasnya. Ini kerana jika kamu menyimpan dendam bermakna kamu sengaja memberi peluang kepada syaitan untuk menguasai diri kamu. Ingat dengan perasaan marahlah diri kamu dan jiwa kamu akan dikuasai syaitan untuk menyuruh kamu berlaku lebih zalim lagi dari apa yang orang lain buat kepada kamu. Oleh itu, janganlah kamu memberi peluang kepada syaitan untuk bertapak dihati kemarahan kamu agar darjat kamu di sisi Allah swt meningkat.


Kamu boleh marah dab benci kepada perangai buruk yang orang lain buat terhadap kamu, namun kamu tidak sekali-kali boleh marah atau benci kepada orang tersebut kerana dia juga makhluk Allah swt sama seperti kamu yang juga makhluk. Hanya Allah swt sahaja yang boleh marah kepada makhluk-Nya dan makhluk tidak ada hak untuk marah kepada makhluk lain. Namun kita hanya berhak memarahi perangai buruk yang ada padanya sahaja. Itulah hak kita di sisi Allah swt.


Wahai sahabat, apakah yang sahabat faham dengan apa yang saya nyatakn tadi, saya bertanya kepada sabahat sekiranya dia benar-benar memahami nasihat saya. Namun memang dilihat sahabat saya itu benar-benar memahaminya.


Akhir perbincangan saya dengan dia, kami menjadi sahabat baik sampai sekarang.


Ibnusoleh
Machang






Thursday, August 27, 2009

Aku Lupa.....


"Alhamdulillah aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, kerana Engkau banyak membantuku dalam meneruskan perjalanan hidupku ini dan Engkau tidak sekali-kali membiarkan diriku berjalan bersendirian. Engkau amat mengetahui bahawa diriku ini terlalu lemah dalam segenap hal, sebagai hamba-Mu, aku sering lupa dan lalai dalam perjalananku, oleh itu aku amat memerlukan pertolongan Mu Ya Allah."

Sekadar Hiasan



Sejak kedatangan Ramadhan ini, dari awal lagi aku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna untuk diriku. Aku menganggapnya sebagai ramadhan ini adalah yang terakhir dalam hidupku kerana aku ingin memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin. Namun dalam pengharapan aku ini, aku sekali lagi diuji dengan perasaan sedih, sebak dan risau. Aku sering menghabiskan masa aku dengan termenung dan sekadar memerhati kejadian ciptaan Tuhan. Dalam ketermenungan aku itu, banyak yang aku belajar daripada ayat-ayat Allah swt. Mungkin itu merupakan salah satu jalan bagi Allah swt ingin mengajar aku suatu ilmu yang tidak terdapat di dalam mana-mana kitab. Aku bersyukur pada Mu Ya Rabb...


Dalam mengharungi perjalan hidup ini, semua orang pasti akan diuji termasuk juga diriku. Dalam setiap ujian, kita harus bersabar dan cara untuk bersabar itu yang membezakan antara kita. Bagiku, seperti yang aku katakan tadi, termenunglah cara untuk menghilangkan keresahan jiwa. Termenung dengan memerhatikan di mana kebesaran Allah swt. Melihat tanda-tanda kebesaran-Nya. Aku terlupa dalam ujian tersebut ada kesabaran dan solat. Aku sekadar solat fardu dan sangat sedikit solat sunat. Dalam mengharungi cabaran dan ujian ini, aku terlupa untuk meningkatkan solat sunat kerana dengannya (solat) akan menenangkan jiwa-jiwa yang resah semasa diuji.

Aku bersyukur kerana aku sempat lagi sedar sebelum keterlupaanku itu membawa parah yang bakal tumbuh mencengkam jiwa ibarat ketumbuhan kenser di dalam badan. Aku terus sujud mengharapkan bantuan Ilahi kerana kita sebagai hamba Allah swt, kita perlu bersabar. Kemudian kita perlu mengharapkan kepada Allah swt jua yang membantu kita dalam menghadapi ujian tersebut kerana kita insan yang lemah yang serba kekurangan. Di dalam sujud itulah tempat aku mengadu kepada Allah swt tentang masalah yang aku hadapi. Aku insan yang lemah, aku tidak mampu untuk menghadapinya sendiri melainkan dengan bantuan Allah swt.

Aku juga semakin hari semakin lalai daripada mengingati Allah swt. Jikalau dahulu, aku menghabiskan masaku dengan membaca dan mengkaji al-Quran. Namun sejak kebelakangan ini, jiwaku terlalu busy untuk mengejar kejayaan dunia. Aku tahu, dunia itu keperluan yang harus dicari, tetapi jangan pula aku mengejarnya. Namun aku menjadi semakin ganas dengan menjadi pemburu kepada dunia yang akan aku tinggalkan ini. Aku lupa tujuanku di dunia ini untuk mengejar persiapan akhirat sebagai bekalan untuk suatu perjalanan yang jauh. Namun aku terlupa akhiratku, setelah aku lihat indahnya dunia ini. Namun aku masih selamat kerana Allah swt mengingatkan aku yang alpa ini, mungkin ini kerana istikharah menjadi amalanku memberi ruang kepada Allah swt untuk memberi petunjuk dan panduan kepada keputusan aku.

Ya Allah, jika dikira akal yang Engkau kurniakan padaku, nescaya aku tidak mampu berfikir keputusan mana yang terbaik bagi diriku melainkan Engkaulah yang memberi petunjuk di atas kebenaran itu...

Kepada semua sahabat pembaca, kembalilah diri kita kepada Allah swt kerana kebanyakkan diri kita ini semakin hari semakin lupa dengan perjanjian ketuhanan yang kita bina semasa di alam roh lagi. Kembalilah kepada Allah swt kerana kita masih belum terlewat untuk kembali. Ingatlah sebelum ajal datang itulah peluang kita kembali kepada Allah swt, namun setelah ajal, itulah bekalan kita untuk mengadap Allah swt. Persoalannya, siapakah di antara kita yang mengetahui hakikat ajal mautnya? Fikir-fikirkan..
Wallahu A'lam.

Rozlan Daud
Machang

Thursday, August 13, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...


Alhamdulillah sekali lagi Allah swt berikan peluang kepada kita untuk menikmati bulan yang penuh dengan barakah ini iaitu Ramadhan Al-Mubaraq. Bulan ini ummat Islam diwajib untuk puasa pada siangnya dan melaksanakan ibadah solat sunat Tarawih pada malamnya, solat Tarawih ini tidak ada pada malam-malam bulan yang lain.


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (Selamat Datang Wahai Ramadhan). Aku mengharap kedatangan Ramadhan kerana Allah swt menjanjikan keampunan dan keredhaan-Nya yang terlalu banyak pada bulan ini. Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Ya Allah, kurniakanlah Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik bagiku, kerana aku tidak tahu mungkin inilah Ramadhan yang terakhir untukku. Ku mengharap keampunan-Mu dan redha-Mu ke atas diriku, keluargaku, ummat Islam seluruhnya.

"Semua amal seorang anak Adam (manusia) adalah untuk dirinya kecuali puasa, sebab puasa itu adalah untuk-Ku (Allah swt), dan Akulah yang akan memberikan pahala untuknya.” (Hadits Qudsi).

Mencermati hadits qudsi tersebut, Ibn al-Qayyim al-Jawziyah dalam kitabnya Zad al-Ma’ad fi Huda Khayr al-‘Ibad memberi penjelasan bahawa puasa itu, “…adalah untuk Tuhan sekalian Alam, berbeza dengan amal-amal yang lain. Sebab seseorang yang berpuasa tidak melakukan sesuatu apa pun melainkan meninggalkan sahwatnya, makanannya, dan minumannya demi sembahannya (ma’bud, yakni Allah swt).”

Lebih lanjut Ibn al-Qayyim mengatakan: “… Orang itu meninggalkan kesenangan dari kenikmatan dirinya kerana lebih mengutamakan cinta Allah dan redha-Nya. Puasa itu rahsia antara seorang hamba dan Tuhannya, yang orang lain tidak mampu mengetahuinya.”

Puasa merupakan "qurbah" yang utama (proses mendekatkan diri dengan Allah swt). Ini kerana puasalah yang merupakan rahsia perhubungan antara hamba dengan Allah swt. Orang lain tidak mengetahui seseorang itu sedang menjalani ibadah puasa ataupun tidak jika dibanding dengan solat yang mana orang lain melihat perbuatan rukun-rukun solat itu. Adapun puasa ia melibatkan perhubungan antara orang yang berpuasa dengan Allah swt sahaja.

Rahsia dan kelebihan berpuasa memang tidak dapat dinafikan kerana dengan berpuasalah seseorang itu dapat mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Dengan puasa juga dapat mengawal hawa nafsu yang merosakkan dan seangkatan dengannya. Selain itu, puasa juga menyihatkan kerana nabi saw pernah bersabda yang bermaksud :"Berpuasalah kamu, sesungguhnya kamu akan sihat". Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan berpausa.

Apa pun untuk kali ini penulis ingin mengatakan betapa syukurnya pada Allah swt kerana masih sayang kepada kita kerana memberi peluang sekali lagi untuk kita menunaikan ibadah puasa yang mana amalan-amalan sunat diberi pahala seperti ibadah wajib dan ibadah wajib digandakan denan tingkat yang paling tinggi. Jadi inilah peluang kepada kita untuk melaksanakan ibadah dengan sebaik mungkin agar Allah swt menilai kita dengan nilaian yang paling tinggi.

Kepada semua pembaca, jadilah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan terakhir kita, buatlah sebaik mungkin dan tingkatkan amalan-amalan yang membawa kepada redha Allah swt.

"Jadikan Bulan Ramadhan ini sebagai Universiti yang mengajar KULIAH-KULIAH IBADAH, TUTORIAL-TUTORIAL IMAN, ASSIGNMENT-ASSIGNMENT TAQWA + AMALI-AMALI AGAMA..Hope kita semua perolehi IJAZAH yang cemerlang di sisi Allah swt.

Apa pun esok jangan lupa niat puasa tau!!!!!!!!!!!!!

IbnuSoleh(Rozlan Daud)
Machang,

Kesabaran Punca As-Sakinah (Ketenangan)....


Semalam aku ditanya tentang kesabaran oleh beberapa sahabatku. Simple perkataan yang aku jawap pada mereka "Bersabarlah, kerana Allah swt sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar".


Sabar merupakan suatu perkataan yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak mengalami sesuatu musibah atau perkara kepada orang yang mengalaminya. Dengan kata lain, ungkapan sabar ini sentiasa keluar dari mulut orang yang tidak mengalami sebarang ujian daripada Allah swt kepada mereka yang menghadapinya. Perkataan sabar ini senang dilafazkan kerana ia selalunya dilafazkan oleh mereka yang dalam keadaan hidup mereka sempurna, namun ianya sukar untuk ditafsirkan kepada mereka yang diuji oleh Allah swt.


Ulama' membahagikan sifat sabar ini kepada tiga bahagian, yang pertama ialah sabar dalam menanggung penderitaan atau ujian daripada Allah swt ke atas hamba-Nya yang berupa, kesakitan, kemiskinan, kegelisahan dan bermacam-macam lagi. Dengan sifat sabar inilah Allah swt berjanji kepada hamba-Nya bahawa Allah swt sentiasa bersama mereka yang benar-benar sabar. Manakala yang kedua pula ialah sabar dalam melaksanakan perintah Allah swt. Sabar di sini amat penting kerana orang-orang yang tidak sabar sahaja yang tidak melaksanakan perintah yang wajib yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Sebab itulah kita dapat lihat hari ini ramai orang yang meninggalkan segala perintah yang telah diamanahkan kepadanya. Adapun sabar yang ketiga ialah sabar untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt atau dengan kata lain, sabar untuk tidak melakukan maksiat kepada Allah swt. Namun begitu, hari ini ramai dikalangan persekitaran kita yang kita temui bahawa mereka tidak menjadi orang yang sabar kerana sering kali kita lihat mereka melanggari atau melakukan apa yang dilarang oleh Allah swt.


Setelah dijelaskan kepada sahabat-sahabat di UUM, mereka mengerti sedikit sebanyak berkenaan dengan sabar ini. Namun ada juga yang bertanya kepada saya, patutkah kita berdiam diri dan bersabar sekiranya kita dikhianati dan patutkah kita membenci orang yang mengkhianati kita itu?


Menjawab soalan ini saya teringat kisah-kisah silam saya semasa memimpin pelajar di salah sebuah kolej suatu ketika dahulu. Kerana perbuatan sabar, saya dipersalahkan. Walau apa pun saya tidak ingin menjelaskan berkenaan apa yang berlaku dikolej dulu tetapi penjelasan saya ialah berdasarkan kepada pengalamannya sahaja. Ini kerana saya belajar daripada sejarah saya sebagai rujukkan hidup. Sekiranya kita dikhianati, pertama sekali kita bersabar dan ingatlah bahawa ini adalah ujian dari Allah swt untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar kerana Allah swt ingin memberi Rahmat-Nya. Sekiranya kita tidak sabar, ingatlah Rahmat Allah swt tidak layak diberikan kepada mereka yang tidak sabar. Selepas itu, kita dapatkan penjelasan terhadap apa yang mereka khianati itu, sama ada perbuatan itu benar atau pun salah. Sekiranya kita berada dipihak yang benar, kita jelaskan perkara yang sebenarnya agar ia tidak disebarkan dan menjadi fitnah kepada kita. Ingat sekiranya kita berdiam diri, kita akan dipersalahkan dalam hal ini. Ini kerana sifat manusia yang selalu mencari kesalahan manusia yang lain.

Sekadar Hiasan



Sekiranya kita dipihak yang benar macam mana pula? tanya sahabat saya..


Adapun sekiranya kita di pihak yang benar, perkara pertama yang kita perlu buat ialah selamatkan diri kita daripada dikuasai oleh syaitan. Macam mana tu?sahabat saya mencelah...

Jadi untuk mengelakkan diri diri kita daripada dikuasai oleh syaitan ini, kita memaafkan orang yang mengkhianati kita itu. Inilah yang paling sukar untuk setiap orang buat. Kerana disebabkan hati mereka telah dilukai, mereka sukar untuk memaafkan orang lain. Kita hendaklah selalu fikir, apakah perasaan kita sekiranya Allah swt selalu memaafkan kesilapan kita. Sudah pasti kita bergembira dan hati kita menjadi tenang. Sebenarnya penawar bagi hati yang paling mujarab ialah kita sentiasa memaafkan kesilapan orang lain terhadap diri kita. Tetapi hati kita sukar untuk memaafkan kerana itu hati kita sampai sekarang semakin parah dan berpenyakit.


Jadi dengan sifat kita yang mudah memaafkan orang lain ini banyak memberi manfaat kepada diri kita sebenarnya. Hati kita tenang, selamat daripada penyakit hati yang boleh merosakkan iman kita, selamatkan diri kita daripada penyakit terutama darah tekanan darah tinggi dan sebagainya. Jadi sentiasalah memberi maaf kepada sesiapa sahaja agar diri kita mencapai ketenangan dan keredhaan Allah swt.


Saya mendoakan kepada Allah swt supaya mereka yang membaca artikel ini diberi sifat sabar oleh Allah swt agar mereka menjadi orang-orang yang sabar seperti mana Allah swt kurniakan sifat ini kepada para sahabat-sahabat nabi, para solihin, para shuhada' dan orang-orang alim yang sabar dalam mencari pusaka nabi saw. Ini kerana orang-orang yang beriman, kamu dapati mereka amat kasih dan cintakan kepada sesama mereka dan mereka amat bengis dan ganas terhadap orang-orang yang kafir.......


sekian...

(Tunggu episod akan datang, saya akan ceritakan perbualan saya bersama sahabat berkenaan sifat marah...)


Wallahu A'lam

Rozlan
Machang

My Picture