Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, February 24, 2009

AKHLAK ANAK MENCERMIN KEIMANAN IBU BAPA

Anak merupakan permata hati bagi kedua ibubapanya. Kehadiran anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang insan yang bergelar suami isteri. Justeru itulah orang Melayu mengungkapkan anak sebagai ‘cahayamata’ yang sudah tentu melambangkan kekudusan perasaan dan ikatan jiwa antara ibubapa dan anaknya. Kelahiran cahayamata sulung biasanya ditatang dengan penuh belaian kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Kenakalan anak-anak biasanya menjadi sumber kemarahan ibu bapa dan anak-anak yang masih kecil tidak berdosa biasanya menjadi tempat melepaskan geram setelah seharian keletihan mengemaskan rumah atau sibuk di pejabat.
Hadith Rasulullah saw “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya samada meyahudikannya, memajusikannya atau menasranikannya”.
Hadith ini dengan jelasnya meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak di bahu ibubapa dan bukannya datuk, nenek, saudara mara ataupun guru. Dengan ini ibubapa tidak boleh berlepas tangan menyerahkan pendidikan akhlak ataupun hal-hal pendisiplinan anak-anak kepada pembantu rumah, pengasuh ataupun guru-guru sahaja. Sementara itu pepatah Melayu yang tidak lekang dik panas serta menjadi ingatan sepanjang zaman: Melentur buloh biarlah pada rebungnya.
Pendidikan dan pembentukan keperibadian anak anak hendaknya bernula sedari kecil lagi. Mesti dilakukan oleh kedua duanya sekali, bukan ibu seorang dan bukan juga bapa seorang. Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama sekali, ibubapa perlulah berusaha untuk memenuhi hak-hak asasi anak seperti yang telah digariskan oleh Islam. Menurut Prof Abdul Rahim Omran, terdapat 10 hak-hak asasi seorang anak iaitu;
1. hak untuk hidup
2. hak untuk mempunyai genetik yang sahih (anak yang dilahirkan dari ibubapa yang sah pernikahannya)
3. hak untuk mempunyai nama yang baik
4. hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan dan penyusuan ibu
5. hak untuk mendapat tempat tidur yang berasingan
6. hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan
7. hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam
8. hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan untuknya dari sumber yang halal
9. hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri
10. hak untuk mendapat layanan yang saksama tanpa mengira jantina atau gender
Jika diteliti dengan begitu halus, apa yang telah digariskan oleh Prof Omran mencakupi keperluan segala aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan rohani mahupun maruah diri seseorang individu. Hak yang pertama dan kedua yang digariskan di atas menuntut agar pemuda dan pemudi Islam hari ini tidak berzina sehingga menyebabkan lahirnya anak luar nikah. Anak yang dikurniakan oleh Allah kepada ibubapa adalah sebagai amanah yang memerlukan pertanggungjawaban yang besar. Anak bukanlah hakmilik mutlak ibubapa sehingga ada yang sanggup memperlakukan anak dengan sesuka hati sehingga terjadilah fenomena sumbang mahram, haruan makan anak atau ibu yang sanggup melacurkan anaknya demi mengejar kemewahan hidup. Dewasa ini kita seringkali dikejutkan dengan kes-kes anak-anak di bangku sekolah yang sudah mula terlibat dengan pelbagai perlakuan jenayah daripada mencuri dan mengugut sehinggalah kepada merogol dan membunuh. Kes-kes ini sangatlah menyayat hati kita sebagai masyrakat yang prihatin dan penyayang. Persoalannya ke manakah perginya ibu bapa kanak-kanak ini?
Kebanyakan anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang ekstrim tanpa kasih sayang yang secukupnya akan mudah terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan akhlak. Kasih sayang yang berlebihan juga boleh menyebabkan anak menjadi buta lantas tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk lantaran kehendaknya tidak pernah dibantah atau tindakannya tidak diambil peduli. Masyarakat seringkali menyalahkan ibubapa sekiranya berlaku perkara-perkara sedemikian. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya kedua-dua ibubapa adalah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Al Qur’an menjelaskan bahawa peranan mendidik anak terletak pertama-tamanya di atas bahu seorang bapa manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinukilkan di dalam surah Luqman,ayat 13: “Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya : Hai anakku, janganlah nkamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar benar kezaliman yang besar.”.
Disini Luqman sebagai seorang bapa, telah memulakan mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah swt, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Luqman ( mewakili kaum ‘bapa’) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan menasihatkan anaknya tentang beberapa tatacara akhlak yang mulia. Nah, begitulah betapa besarnya perananan kaum bapa dan ini menunjukan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak anak.
Dalam perubahan struktur keluarga di zaman ini (dimana kaum ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata tetapi harus aktif dan berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada aqidah Islam yang mantap. Keutuhan aqidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak anak-anak remaja Islam seperti mana kerapuhan aqidah boleh membawa kepada kegelinciran dari nilai hidup Islam. Di dalam hal ini Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) telah merakamkan tujuh tanggungjawab pendidikan iaitu;
1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (aqidah)
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani
4. Tanggungjawab pendidikan mental
5. Tanggungjawab pendidikan rohani
6. Tanggungjawab pendidikan sosial
7. Tanggungjawab pendidikan seks
Dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia moden hari ini, ibubapa harus juga tidak ketinggalan menyediakan diri sebagai ibubapa yang berketerampilan. Sebenarnya persiapan ini haruslah bermula semenjak seorang lelaki dan wanita itu bercita-cita hendak mendirikan rumahtangga. Persiapan yang sering ditekankan dan digembar-gemburkan oleh pihak media hanyalah bersifat superfisial iaitu persiapan fizikal seperti hantaran, maskahwin, membeli kereta, rumah dan sebagainya. Tanpa menafikan kepentingan persiapan fizikal, persiapan yang lebih penting untuk melayari kehidupan berumahtangga seterusnya ialah persiapan mental dan emosi. Ramai pemuda dan pemudi Islam yang memasuki alam rumahtangga tanpa persediaan mental dan emosi yang secukupnya menyebabkan mereka tidak berkemampuan menghadapi konflik yang timbul yang mengakibatkan perkahwinan dan keluarga bahagia yang diidam-idamkan berakhir dengan perceraian ataupun menyebabkan sebelah pihak mengalami penderitaan emosi dan mental. Ibubapa seringkali lalai dari mengingati bahawa sesungguhnya segala tindak tanduk mereka menjadi tontonan dan cerminan anak-anak. Ibubapa kerapkali leka bahawa segala tindakan mereka di hadapan anak-anak adalah sebenarnya ‘didikan’ kepada anak itu sendiri. Ini bermakna bahawa tingkahlaku ibubapa yang garang, pemurah, pemaaf dan sebagainya telah mendidik anak-anak supaya bersikap dengan sikap yang serupa di mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. Sebab itu tidak hairanlah sekiranya anak-anak meniru perkataan-perkataan yang baik mahupun buruk yang terhambur dari mulut ibubapa mereka. Ini juga merupakan satu cabaran yang besar kepada para ibubapa agar mereka membiasakan melatih diri dengan akhlak Islam yang mulia demi pembentukan generasi akan datang yang juga berakhlak mulia.
Akhirnya, semoga para ibubapa dan pendidik sekalian dapat mempertingkatkan iltizam di dalam mendidik cahayamata masing-masing dengan merenung mafhum Hadis Rasulullah s.a.w di bawah; “Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya” (Riwayat Ibnu Hibban).
RD.

Wednesday, February 18, 2009

Senjata Israel Yang Paling Hebat....

Dengan dunia teknologi yang begitu pesat membangun pada dewasa kini membuatkan sesiapa sahaja terasa hairan kerana manusia telah melepasi satu tahap yang cukup hebat untuk membantu kehidupan mereka. Apabila bercakap pasal teknologi, kita akan mendapati ada pro dan kontranya kerana ia sudah menjadi lumrah kehidupan. Ada manusia yang menyambut baik teknologi yang ada hari ini dan ada yang menolaknya dan ada juga yang tidak tahu langsung pasal teknologi. Namun dalam konteks yang sebenarnya teknologi yang dibuat oleh manusai ini adalah untuk membantu urusan harian manusia, memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan dan mempertingkatkan kualiti sesuatu barangan dan perhidmatan yang dihasilkan untuk kesejahteraan penduduk dunia. Tidak dinafikan juga bahawa dengan adanya teknologi inilah yang menjadi kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sebab utamanya ialah manusia tidak menilai erti penggunaan teknologi yang dihasilkan dan tidak mengguna teknologi tersebut di tempat yang sepatutnya.
Cuba kita lihat pada hari ini, berapa banyak teknologi yang membantu kerja harian kita. Namun tidak semua manusia menggunakan teknologi tersebut untuk membantu pekerjaan manusia tetapi telah menyalah gunakan kepetingan dan tujuan asal penciptaan teknologi tersebut. Sebagai contohnya, manusia mencipta pisau adalah untuk tujuan memudahkan kita memotong sayur di dapur atau memotong daging. Namun ada segelintir masyarakat menggunakan pisau tersebut tidak kena dengan tujuan ia dicipta seperti untuk membunuh, merompak dan sebagainya. Begitu juga dengan penciptaan senjata api, tujuan asalnya ialah untuk menjaga keselamtan manusai dari sebarang gangguan, namun hari ini senjata api tersebut telah disalah gunakan oleh sesetengah orang untuk tujuan merompak dan membunuh orang lain.
Begitu juga dengan teknolog-teknologi yang lain adalah bertujuan untuk memudahkan kerja manusia. Apabila kita menyebut tentang kecanggihan teknolgi, tidakkah kita terfikir siapakah yang banyak mencipta teknologi seperti yang ada di dunia hari ini. Adakah dari kalangan orang Islam yang banyak mencipta semua teknologi ini atau orang yang bukan Islam yang menguasai semua teknologi ini. Jadi mari kita sama-sama memikirkan apakah jawapannya dan kita sama-sama cuba untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Bagi penulis, sepanjang kajian yang dibuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapati kebanyakkan ciptaan teknologi ini adalah ciptaan orang bukan Islam terutamanya dari golongan musuh Islam yang utama iaitu orang-orang Yahudi la'natullah. Ini kerana mereka mahu menguasai dunia ini dan Allah sendiri mengiktirafkan bahawa orang Yahudi ini orang yang bijak dan orang Islam sepatutnya berusaha setanding atau jauh lebih hebat berbanding dengan mereka ini. Sepanjang pembacaan penulis terhadap golongan Yahudi ini, mereka banyak mencipta teknologi adalah untuk melawan orang-orang Islam dengan cara yang sangat halus. Ini kerana mereka tahu bahawa mereka tidak mampu untuk melawan dengan cara yang keras melalui peperangan dan sebagainya, namun mereka mencipta teknologi untuk menghancurkan orang Islam. Melalui pembacaan penulis, seorang Jewish Professor of American History at Aberdeen University in UK, Prof. Nathan Abrams menjelaskan bahawa teknologi dicipta adalah untuk tujuan kemudahan mereka menguasai dunia. Selain itu teknologi juga adalah senjata bagi mereka untuk menyerang musuh-musuh mereka terutama orang Islam. Jadi jelaslah bagi kita sekiranya kita sebagai seorang yang menggunakan teknologi ini sangat mudah untuk dihancurkan oleh orang-orang Yahudi dari segi kecanggihan, ekonomi dan sebagainya.
Apabila menyebut senjata orang Yahudi ini adalah melalui teknologi, penulis termenung memikirkan bagaimakah Yahudi menggunakan teknologi sebagai senjata untuk menyerang kita sebagai orang Islam menggunakan teknologi ini. Apabila diteliti balik betul apa yang dikatakan oleh Profesor Yahudi tersebut iaitu kebanyakan kita orang Islam mudah terpedaya dan lalai apabila banyak menggunakan teknologi ini. Antara senjata orang Yahudi yang paling canggih ialah menggunakan teknologi untuk tujuan menyebarkan gambar-gambar porno, cerita-cerita porno dan sebagainya. Ini dapat kita lihat hari ini betapa banyak cerita atau gambar porno di dalam teknologi internet dan sebagainya hatta remaja-remaja Islam hari ini ada menyimpan bahan tersebut di dalam handfon sahaja. Ini menggambarkan teknologi yang dikatakan banyak membantu urusan manusai sudah mulai menghancurkan kita kerana kita telah menyalah gunakan kemudahan teknologi yang ada.
Melalui senjata porno inilah orang Islam tertawan dan ianya adalah peperangan spiritual secara halus. Melalui senjata ini Yahudi melemahkan iman kita kepada Allah swt dan melalaikan manusai dari mengingati Allah swt dan dengan sebab itulah kita senang sahaja ditawankan oleh mereka dalam sebarang apa juga tindakan. Apabila kita lalai dengan melayani hawa nafsu dengan menggunkan tekbologi kita akan lupa segala tanggung jawab yang telah diamanahkan.
Jadi, marilah kita semua mengawal diri kita daripada tidak tertewas oleh senjata Yahudi ini. Didiklah juga anak-anak kita dan ahli masyarakat kita agar kita tidak tenggelam dalam arah maksiat. Marilah kita berganding bahu untuk tidak menggunakan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini untuk melalaikan kita, tetapi marilah kita menggunakannya untuk tujuan yang betul dan tepat dengan tujuan kewujudan teknologi tersesat.

Tuesday, February 17, 2009

Zakat dan Kegawatan Ekonomi

Islam adalah agama yang diakui oleh Allah swt sebagai agama yang benar dan syumul sebagai panduan hidup setiap insan. Ia adalah agama yang sesuai untuk dianuti dan diamalkan pada setiap zaman dan suasana. Kehebatan pada Islam terbukti kerana ia adalah agama yang sangat menyeluruh merangkumi dunia, ibadah dan muamalah, aqidah dan syariah, kebudayaan dan tamaddun.

Syariat Islam tidak hanya tertumpu kepada aqidah dan ibadah semata-mata, sebaliknya Islam juga memberi penekanan terhadap usaha-usaha positif untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kebajikan manusia seperti usaha-usaha perpaduan, kesepakatan, persefahaman dalam bidang ekonomi, dan kemasyarakatan.

Sejak akhir-akhir ini umat manusia di seluruh dunia telah merasakan kegawatan ekonomi dan perubahan kepada struktur perniagaan. Ramai yang menganggur dan menghadapi krisis kewangan. Peristiwa ini juga tidak terlepas daripada melanda negara kita, Malaysia. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan dari bilangan tersebut lebih dari dua pertiga merupakan pekerja Islam. Ramai lagi mungkin terjejas sebelum ekonomi benar-benar pulih dan struktur ekonomi menjadi mantap semula. Bagaimana dengan keadaan pelajaran anak-anak mereka, perbelanjaan harian mereka, rumah tangga mereka? Adakah kita sebagai saudara dalam Islam akan menjadi penonton dan mengucapkan kata-kata kasihan sahaja, mendengar sahaja kelohan-kelohan mereka atau menyerahkan kepada keadaan dan takdir sahaja? Apakah tida tindakan alternatifnya?

Dalam satu hadith sahih Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiyainya atau membiarkanya (teraniya).

Apa yang jelas bagi kita semua ialah kesan yang kita hadapi sekarang ialah lebih ramai keluarga menjadi fakir atau miskin, menanggung hutang, muflis, merosot kuasa membeli, program pembangunan tergendala, hasil perniagaan merosot dan tidak kurang pula badan-badan Islam seperti masjid, madrasah, persatuan dan lain-lain juga menghadapi kemerosotan dana menerusi derma yang mereka terima dari orang ramai.

Suasana yang tidak menentu ini masih belum ada sesiapa pun yang boleh menentukan bilakah ianya akan pulih, bertambah baik, atau sebaliknya. Tetapi apa yang paling penting bagi kita semua samaada individu atau badan-badan perlu mengambil iktibar daripada keadaan ini. Bagi badan-badan atau agensi-agensi yang terbabit perlulah mengatur strategi dan tindakan yang lebih berinovatif dan mempunyai nilai tambah (value added) untuk memberi khidmat yang lebih berkesan. Namun begitu, Alhamdulillah kita di Malaysia mempunyai banyak badan-badan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta (NGO) yang sudi menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan. Sama ada bantuan berbentuk kewangan, makanan, latihan pekerjaan dan lain-lain.

Allah swt telah memfardhukan Zakat sebagai salah satu ciri perekonomian Islam. Zakat merupakan satu peraturan yang tetap atau Faridhah Minallah (kewajipan yang diperintahkan Allah). Ia bukanlah merupakan satu kewajipan yang diserahkan perlaksanaannya kepada pertimbangan dan kebijaksanaan individu. Sebab jika hal tersebut berlaku, maka hanya mereka yang percaya kepada Allah dan balasan hari kiamat sahaja yang menunaikannya, manakala mereka yang lemah imannya dan tidak takut terhadap seksaan hari kiamat tentu akan mengabaikannya.

Oleh yang demikian dalam surah Al Baqarah ayat 43, Allah berfirman, yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat, tunaikanlah Zakat dan rukuklah bersama bersama orang-orang yang rukuk..”

Dari ayat-ayat tersebut Allah swt telah menentukan ibadah zakat sebagai rukun Islam ketiga yang digandingkan dengan ibadah solat. Zakat membawa pengertian yang besar sekali dalam usaha membela kepincangan masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Zakat juga merupakan jaminan Allah swt terhadap penyelesaian masalah ekonomi dan sosial masyarakat Islam. Justeru itu, kepentingan rukun Islam tersebut hendaklah difahami secara menyeluruh dalam membina dan menyusun sistem bermasyarakat. Tanpa institusi zakat penyusunan masyarakat berteraskan Islam sudah pasti akan menghadapi kepincangan.

Ini terbukti dalam Al-Quran dimana disebutkan delapan golongan (asnafs) yang berhak menerima Zakat. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud : “Sesungguhnya Zakat itu untuk orang-orang fakir, miskin, amil, muallaf, untuk memerdekakan hamba, untuk membebaskan orang yang berhutang, fisabilillah dan untuk orang yang sedang musafir dijalan Allah swt. Adalah kewajipan yang ditentukan Allah. Dan Allah Maha Mngetahui lagi Maha Bijaksana”.

Dari asnaf-asnaf yang disebutkan tadi jelas menggambarkan bahawa institusi zakat dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan ummah serta dapat meninggikan syiar agama di muka bumi. Islam telah mengajar kita cara berekonomi dan pengembelingan modal menerusi pengumpulan dana sama ada yang bersifat sukarela (derma & wakaf) atau wajib (berzakat). Sehinggakan Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar sekali kepada mereka yang melakukannya dan azab yang amat dahsyat kepada yang mengingkarinya.
Sebagaimana firman-Nya, Allah swt menegaskan yang bererti: “Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu, sebab itu akan Aku sediakan bagi mereka yang bertaqwa, mereka yang mengeluarkan Zakat dan mereka yang beriman dengan keterangan-keterangan Kami (Allah).”
(Surah Al-A’raf 156)

Walaupun sistem zakat merupakan jaminan Ilahi dalam menangani masalah masyarakat, tetapi sejauh mana ia dapat dilaksanakan untuk mencapai matlamatnya bergantung kepada ekonomi negara, keberkesanan pengurus zakat dan kesedaran oleh pembayar zakat. Zakat merupakan sumber kekuatan ekonomi masyarakat Islam. Badan yang bertanggung-jawab mengumpulkan zakat mempunyai tugas yang khusus yang telah ditentukan oleh Allah swt, iaitu untuk mengagihkan wang zakat kepada lapan asnaf sebagaimana yang ditentukan Allah swt. Jika ini tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, masalah kemiskinan akan berterusan dan kemiskinan merupakan salah satu punca utama kepada kemungkaran dan kepincangan yang sedang berlaku di sekililing kita dewasa ini.


Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Kelaparan itu hampir membawa kepada kekufuran dan segala bentuk kemaksiatan”

Hadis ini jelas menggambarkan bahawa kelaparan yang timbul daripada kemiskinan boleh mendatangkan secara langsung gejala-gejala yang buruk, seperti penipuan, pencurian, pelacuran, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu masyarakat Islam perlu mengembeling tenaganya untuk menjadi penyempurna zakat yang positif untuk menolong mereka yang memerlukan.

Dari penerangan tadi jelas kepada kita peranan institusi zakat dalam membawa masyarakat Islam kepada pembaikkan dan sekaligus menepati tuntutan Allah swt agar ummat manusia di dunia ini memperolehi pelbagai kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Islam telah mengajar kita melakukan amal jariah. Tetapi sejauh manakah kita dapat menghayati dan melaksanakannya dan dalam mencapai matlamat kita untuk mendapat keredaan Allah swt.

Akhir sekali, kita perlu sedar bahawa seseorang Muslim tidak akan terlepas daripada kewajipan berzakat kerana tanggungjawab ini perlu dilaksanakan di dunia ini agar kita semua selamat di akhirat kelak. Bahkan seorang Muslim tidak akan sempurna imannya selagi dia belum menunaikan kewajipan zakatnya.


Wallahu a'lam.

Friday, February 13, 2009

Hadis Menjelaskan Tentang Seorang Pemuda....


ISTANBUL kota yang pernah dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW yang dahulunya bernama Konstantinopel. Di Istanbul, Turki baru-baru ini telah diadakan pertemuan antarabangsa mengenai al-Aqsa dan bumi Palestin.


Tidak kurang 50,000 orang dari segenap penjuru dunia menunjukkan simpatinya pada al-Aqsa dengan menghadiri Persidangan al-Quds di kota bersejarah Istanbul. Dalam hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dengan maksud: “Abdullah bin Amru bin al’As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)


Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud: “Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad). Setelah sekian lama berita gembira mengenai kejatuhan Konstantinopel ke tangan Islam diberitahu, namun tidak juga kunjung tiba walaupun generasi sahabat telah meninggal dunia dan diikuti generasi tabi’in. Tetapi pada akhir pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kota Istanbul akhirnya jatuh juga ke tangan Islam, sebagai bukti kebenaran hadis Rasulullah SAW.


Sejak itu Istanbul akhirnya menjadi ibu kota khalifah Islamiah hingga 1924, dan menjadi benteng kekuatan umat Islam dalam menghadapi pengaruh Zionis dunia yang ingin memasuki bumi Baitulmaqdis. Setelah selesai kongres Zionis antarabangsa yang diselenggarakan di Basel, Swiss pada 1897,seorang wartawan Yahudi Austria, Theodore Hertzl terpilih mengetuai gerakan Zionis lantang menyatakan, Palestin sebagai ‘rumah’ bagi kaum Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia. Untuk tujuan itu, Hertzl menemui Sultan Abdul Hamid 11, khalifah Turki Usmaniyah, di mana pada waktu itu Palestin merupakan sebahagian daripada kekuasaan kekhalifahan Islam. Sultan Abdul Hamid 11 menolak mentah-mentah segala daya usaha Hertzl, meskipun waktu itu kekuatan kekhalifahannya sedang terancam. Beliau dikenali dengan penyataannya yang popular: “Meskipun kamu mencubik-cubik tubuhku menjadi serpihan-serpihan daging, tidak akan aku serahkan Palestin kepada kamu.” Istanbul adalah kota perjuangan mempertahankan al-Aqsa daripada pengaruh Zionis. Justeru, Persidangan al-Quds dilangsungkan di Istanbul untuk mengembalikan kegemilangan al-Aqsa.

Aal-Aqsa kini menjadi rebutan dan terdapat perancangan Zionis untuk menghancurkan Masjid al-Aqsa dan dijadikan pusat peribadatan Yahudi antarabangsa. Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Mekah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada dalam kawasan jajahan Yahudi. Jika dilihat gambar yang diedarkan sekarang, tentu ramai yang menyangka bahawa masjid itu adalah Masjid al-Aqsa. Pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjid al-Aqsa dengan putar belit dan dakyah mereka. Tujuan mereka ialah untuk meruntuhkan Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Apabila umat Islam sudah keliru dan sukar untuk membezakan Masjid al-Aqsa yang sebenarnya, maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan jahat tersebut.

Manakala mengenai Muhammad al-Fatih yang membuka dan membebaskan kota Istanbul, dalam bahasa Turki, Muhammad sering disebut dengan Fatih Sultan Mehmet. Beliau lahir pada 30 Mac 1432 dan wafat pada 3 Mei 1481. Merujuk segi kesolehannya, Muhammad al-Fatih disebutkan tidak pernah meninggalkan tahajud dan solat rawatib sejak baligh hingga waktu wafatnya. Pendekatannya kepada Allah SWT diajarkan kepada tenteranya. Sehinggakan tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu dan solat tahajud sejak baligh. Itulah barangkali kunci utama kejayaannya dan tenteranya dalam menaklukkan kota Istanbul sebagaimana dalam hadis di atas. Prestasinya menakluki kota Istanbul, beliau kemudian mendapat gelaran ‘Al-Fatih’ yang bererti penakluk atau pembebasan. Barangkali juga jolokan gelaran itu diberikan kepadanya kerana para pelaku sejarah sebelumnya tidak pernah berhasil menakluk Istanbul walaupun ada hadis mengenai hal itu. Manakala orang Barat menyebutnya The Conqueror (penakluk). Ada implikasinya bila menyebut penakluk, bahawa beliau seolah-olah pemimpin yang ganas dan kejam. Pada hal gelaran yang sebenarnya dalam bahasa Arab adalah ‘Al-Fatih’.


Di samping itu, beliau merupakan seorang yang sangat pakar dalam peperangan dan pandai berkuda. Ada yang mengatakan bahawa sebahagian hidupnya dihabiskan di atas kudanya. Lebih menarik, meskipun beliau mempunyai kedudukan tertinggi dalam struktur pemerintahan, namun kerana kepakarannya dalam ilmu strategi perang, hampir seluruh perjalanan jihadnya adalah di bawah pimpinannya. Bahkan beliau tetap berangkat berjihad walaupun sedang menderita penyakit. Beliau juga ahli di bidang pentadbiran negara, baik secara fizikal atau birokrasi dan hukum. Kehebatan beliau dalam mentadbir negaranya menjadi negara yang sangat maju diakui oleh banyak ilmuan dunia. Bahkan secara serius beliau banyak melakukan pembaikan dalam hal perekonomian, pendidikan dan lain-lain.


Dari segi kepimpinan, Istanbul dalam waktu singkat sudah menjadi pusat pemerintahan yang sangat indah dan maju serta kota ekonomi yang berjaya. Beliau juga pakar dalam bidang sains dan matematik serta menguasai enam bahasa sejak berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat namun cukup bertawaduk dan merendahkan dirinya. Maka tidaklah hairanlah tenteranya paling rajin bersolat fardu dan sunat. Setelah menakluk kota Konstantinopel, namanya diubah kepada Islambul yang bererti Kota Islam, Kemudian nama itu telah diganti oleh Mustafa Kemal Ataturk menjadi Istanbul. Sejak itu ibu kota khalifah Bani Usmaniyah beralih ke kota Istanbul dan menjadi pusat peradaban Islam dunia selama beberapa abad kemudian. Kerana kota itu dibangun dengan segala bentuk dan seni keindahannya, percampuran antara seni Eropah Timur dan Arab jelas ketara.


Gereja-gereja dan tempat ibadat bukan Muslim dibiarkan berdiri dan tidak diganggu. Sementara khalifah membangun gedung-gedung yang indah dan cantik yang dapat disaksikan hingga kini. Kejayaannya itu menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepemimpinannya serta taktik strategi peperangan yang dikatakan mendahului zamannya. Sebagai memperingati jasa Muhammad al-Fatih, Masjid al-Fatih telah dibangunkan di sebelah makamnya di Istanbul.


Apa yang ingin penulis sampaikan ialah, Muhammad Al-Fatih merupakan seorang pemuda yang paling hebat sehingga dapat menawan kerajaan Rom di Itali yang mana pemerintahan kerajaan Rom selama lebih kurang 1100 tahun jatuh ke tangan seorang pemuda. Ketika Muhammad Al- Fatih menakluk kerajaan Konstantinopel, usianya adalah 21 tahun. Seorang pemuda yang dijelaskan di dalam hadis Nabi SAW yang mana beliau adalah pemimpin yang paling hebat dan mempunyai tentera yang paling hebat.


Begitu juga seperti mana yang berlaku di Indonesia. Pemimpin Suharto telah berkata "berikan aku 10 orang pemuda, dan sudah pasti aku mampu menggongcang dunia. Apa yang penulis ingin jelaskan di sini ialah semangat dan kekuatan yang ada pada orang muda itu mampu menghancur dan membangun sesebuah kerajaan dan negara. Tetapi apa yang perlu di titik beratkan ialah pemuda yang bagaimana yang mampu untuk menggongcang dunia ini. Itulah yang menjadi persoalan. Adakah kita termasuk pemuda yang hebat atau sebaliknya. Maka fikir-fikirkanlah wahai pemuda-pemudi pejuang bangsa.


Ingatlah pemuda yang taat dengan perintah Allah swt dan Rasul serta mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta memiliki ilmu sahaja yang mampu menjadi pemuda yang terhebat seperti Muhammad Al-Fatih yang mampu menakluk kerajaan Rom yang bertapak lebih 1100 tahun lamanya.


Wallahu A'lam.

Sunday, February 8, 2009

Program Kembara Ilmu

Kelab Fasilitator Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu program Baktisiswa yang bertemakan "Kem kembara Ilmu" di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling Kedah pada 5 Feb hingga 7 Feb 2009 baru-baru ini. Program yang diketuai oleh saudara Mohd Azlan yang merupakan bekas pelajar Sek. Men. Keb. Baling dengan dianggotai oleh 23 orang fasilitator telah menjalankan tanggung jawab kepada pelajar sekolah tersebut dengan jayanya.

Baktisiswa ini merupakan program tahunan Fasilitator Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia dan pemilihan Sek.Men.Keb. Baling kali ini merupakan suatu peluang yang baru yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh barisan fasi yang melaksanakan program ini dan juga adik-adik yang yang mengikutinya sehingga hari akhir. Program ini merupakan kem motivasi kepada adik-adik yang tinggal di asrama Sek.Men.Keb. Baling. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memotivasi pelajar sekolah dalam usaha mereka mencari ilmu pengetahuan agar kejayaan yang lebih gemilang diperolehi. Di samping itu, program ini juga lebih mengfokuskan kepada pendidikan agama yang perlu di serapkan dalam diri remaja hari ini.

Antara aktiviti sepanjang tiga hari di sekolah tersebut ialah, ceramah motivasi, ceramah agama yang menekankan kepentingan solat untuk kejayaan, latihan dalam kumpulan, kuliah agama, solat berjemaah dan tahajjud, riadah dan lain-lain lagi. Aturcara program sepanjang tiga hari itu memang cukup bermakna bagi barisan fasilitator dan adik-adik Sek.Men.Keb. Baling.

Menurut Cikgu Malik yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 Sek.Men.Keb.Baling, program ini amat bermakna kepada pihak sekolah kerana motivasi amat penting kepada pelajar-pelajarnya untuk lebih berjaya lagi di dalam pendidikan. Tambah juga program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang menjadi contoh dan dorongan kepada pelajarnya untuk lebih berusaha bagi mencapai cita-cita untuk memasuki ipta suatu hari nanti. Pihak sekolah juga meminta agar sekolah program baktisiswa seperti ini dijadikan program tahunan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk lebih berjaya di dalam peperiksaan.
Perasmian penutup dirasmikan oleh Ustaz Yusnaidi Muhamad Sabri yang merupakan Pegawai Islam Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia. Beliau memberi penekanan kepada pendidikan yang cemerlang haruslah digabungkan antara kecemerlangan jasmani dan rohani di samping kejayaan akademik dan juga kejayaan dalam akhlak.

Program baktisiswa Kembara Ilmu berakhir pada jam 2.30 petang 7 Feb 2009, namun kenangannya pasti tidak dapat dilupakan oleh semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh En. Fairuz Abd. Majid


Menghayati ceramah yang disampaikan

Sesi latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator


Sesi muhasabah diri yang melimpahkan air mata sebagai kenangan kepada ibu bapa

Fasilitator kehormat di Lata Bayu, Baling Kedah.

Semasa kepulangan fasilitator, mereka menerima banyak surat cinta dari adik-adik Sek.Men.Keb.Baling yang mengenangkan sejarah dan menghargai pengorbanan semua fasilitator dan berharap berjumpa lagi selepas ini. Banyak kata-kata yang membawa maksud sejuta erti dalam memori sejarah telah diukirkan di dalam surat cinta tersebut. Kepada adik-adik SMK Baling, kami barisan fasilitator Kelab Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik. Amin...

Sekian.

Sunday, February 1, 2009

Kekejaman Manusia Abad 21

Seringkali kita mendengar kekajaman manusia yang membunuh dan menyerang negara lain sepertimana yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan yang terbaru di Palestin. Namun itu semua angkara manusia yang sememangnya dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran yang mana orang-orang kafir ini sangat memusuhi orang Islam. Sebaliknya yang berlaku dikalangan ummat Islam kita sendiri, ramai yang lupa bahawa kekejaman itu jauh lebih teruk jika dibanding dengan kekajaman orang-orang kafir, buktinya ialah ada ummat Islam yang sanggup membuang anak kecil yang tidak berdosa, yang tidak bertenaga di merata-rata tempat dan yang terbaru di dalam tanda awam di utara semenanjung tanah air.

Apa yang tersentak dijiwa penulis ialah kes pembuangan bayi yang berlaku di tandas awam di Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat Changlun, Kubang Pasu pada 14/12/2008 yang mana bayi yang baru dilahirkan ditinggal dalam keadaan bertali pusat. Penulis berasa tersentak di jiwa kerana kes ini berlaku terlalu hampir dengan tempat tinggal penulis, kerana penulis masih lagi dalam memikul amanah untuk memegang dan menyahut seruan Ilahi bagi menuntut ilmu di sini. Namun bagi penulis tidaklah hairan kerana kes pembuangan bayi boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira kawasan tersebut bandar atau pekan kecil seperti yang berlaku ini. Namun apa yang membuatkan penulis sedih ialah nasib kepada anak yang dilahirkan sudahlah tahu nasab keturunannya malah ditinggalkan tanpa ada belas kasihan daripada seorang ibu. Ibunya tidak langsung menhargai nilai kasih sayang, sepertimana dia tidak menilai harga dirinya yang sanggup memberi kehormatan dirinya kepada si lelaki yang tidak bertanggung jawab kepada anak tersebut.

Inilah gambar bayi yang dijumpai di dalam tandas awam yang mana semasa ditemui bayi tersebut masih lagi hidup dan menghisap jari berkemungkinan kelaparan. Bayi ini bersemangat untuk bertarung nasib demi menuruskan hidupnya berbanding semangat si ibu yang luntur untuk menjaganya walaupun perbuatannya itu sangat hina dan juga semangat si bapanya yang tidak wujud langsung untuk bertanggung jawap ke atas anak tersebut.

Bayi yang cukup sifat ini bernasib malang apabila ditinggalkan tanpa erti nilai kasih sayang oleh si ibunya. Penulis yakin, penulis tidak mampu untuk mengubah zaman jahiliah pada abad ke 21 ini bersendirian. Oleh itu penulis mengajak semua sahabat baik di kalangan para ibu bapa khususnya, para ilmuan Islam, alim ulama', para umarak dan juga pemerintah agar kita sama-sama membendung penyakit keruntuhan nilai ini daripada terus merebak di dalam masyarakat kita. Marilah kita banterasnya dari awal lagi kerana parahnya lebih hebat daripada kenser kerana kenser hanya merosak diri individu yang terkena sahaja tetapi penyakit ini akan merosakkan masyarakat umumnya. Kita tahu bahawa tiada ubat yang boleh merawat penyakit ini melainkan kembali kepada Agama kerana Agamalah yang mampu mengubat segala penyakit yang melibatkan kerosakkan nilai dan akhlak.

Wallahu A'lam.

My Picture