Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, July 30, 2010

Siri Sirah An-Nabawiyyah s02 - Kelebihan Orang Yang Berilmu..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, marilah kita sentiasa membasahi bibir kita dan hati kita agar sentiasa memuji kebesaran dan kerahmatan Allah swt atas kurniaan nikmat dan hidayah-Nya kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh ummat Islam seluruhnya.

Alhamdulillah kali ini ana ingin menyambung tentang Siri Sirah An-Nabawiyyah bersempena dengan bulan Sya'ban ini. Tajuk yang ana pilih seperti di atas adalah sambungan kepada tafsir al-Quran di dalam surah An-Naml iaitu sambungan kepada kisah Nabi Allah Sulaiman as.

Di kisahkan di dalam al-Quran bahawa ada seorang Raja di negeri Saba' yang menyembah kepada matahari (ahli-ahli sejarah menyatakan raja tersebut bernama Balqis, namun saya tiada sumber yang sahih tentang kebenaran nama tersebut). Lalu Nabi Sulaiman menyuruh burung Hud-Hud (burung Belatuk) untuk menyampai surat kepada ratu negeri Saba'.

Tuesday, July 27, 2010

Siri Sirah An-Nabawiyyah s01 - Sebahagian Dari Tentera Sulaiman Bin Daud as..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

Alhamdulillah, Alhamdulillan dan Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Allah Muhammad saw, para sahabat dan ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam. Alhamdulillah diruangan kali ini ana ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan kisah Nabi Allah Sulaiman as. Ana teringat kisah ini tatkala semasa menuntu di Maahad Syamsul Maarif (L) suatu ketika dahulu di dalam subjek "Sirah An-Nabawi" yang disampaikan oleh Ust Mustafa bin Sulaiman. Tika itu ana baru berusia 14 tahun, pendek kata 12 years ago.

Tika Aku Lemah...Dan Tika Engkau Lemah...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful




Umie dan Ayah...
Engkau tidak pernah terbanyag untuk menerima kehadiranku dalam kehidupanmu...
Begitu juga diriku ini...
Langsung tidak terfikir untuk hadir dalam keluargamu..
Namun,
Inilah ketetapan Ilahi yang telah tertulis di Luhul Mahfuz sejak azali..
Kerna diriku tidak mampu untuk memilih kehidupanku...
Begitu juga engkau tidak mampu menentukan hakikat kehadiran diriku ini...
Hadirnya diriku adalah bukti ketetapan janji pertemuan ayah dan umie...
Sebagai bukti ikatan terpetri...
Oh umie,
Aku tahu hakikat kesusahan yang terpaksa engkau tanggung selama membesarkan diriku..
Kesusahan demi kesusahn itu tidak dapat aku rasai kerna hanya engkau yang merasainya..
Namun jika engkau tidak berupaya, Allah swt tidak memberi dugaan buatmu...
Oh ayah...
Aku mengerti betapa susahnya untuk membesarkan aku..
Di kala aku masih kecil dan tidak berupaya..
Kerna kesabaran engkau membuatkan diriku mampu berdiri...
Dalam meniti keresahan hidup..
ujian demi ujian terpaksa engkau lalui..
Namun kerna engkau seorang yang beramanah...
Sebelum dipersoalkan di hadapan Allah swt suatu hari nanti..
Jika dahulu aku masih lemah...
Engkaulah yang melindungi diriku...
Tidak sudi engkau melihat aku berlapar..
Apatah lagi jika aku disakiti hatta oleh seekor nyamuk...
Jika sekarang aku sudah mempunyai daya..
Segala jasamu tidak mampu untuk aku membalasnya..
Namun sedaya upa aku menghargai dan bersyukur kepada Allah swt dan kepadamu...
Jika esok engkau telah lemah..
aku berjanji akan menjaga engkau seperti mana engkau menjaga aku dikala aku lemah...
kerna jasa engkau tidak mampu untukku membalas...
Oh ayah dan umie...
Tiada apa yang aku mampu untuk membalas jasamu..
cukuplah sekadar al-Fatihah untukmu setiap pagi dan petang dari seorang anak yang tidak mempunyai apa-apa...

sekian
(rozlan2010)

Saturday, July 17, 2010

Di Kala Hati Yang Menilai....

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Allah swt sebagai Zat Yang Wajib Disembah, dipanjatkan syukur tatkala diri masih diberi peluang untuk bersyukur sebelum diri ini diperhitungkan atas nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw di kala diri ini masih mampu berselawat ke atasnya sebelum tiba di kala hari memerlukan syafaat darinya.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang, ampunkanlah dosaku, ayah dan umieku, ahli keluargaku dan seluruh ummat Islam. Jika Engkau tidak mengampuni dosa-dosa kami, maka menjadilah kami orang yang rugi Ya Allah.."

Di kala hati merindui mahabbah (kecintaan) dari-Mu, aku banyak menghabiskan masa dan saat perjalananku di atas puncak bukit, sambil memburu aku menikmati keindahan alam ciptaan-Mu. Di kala hati memerhati setiap ciptaan-Mu, hati ini terfikir dengan keajaiban dan keagungan setiap makhluk-Mu. Betapa indahnya alam ini Ya Allah, di kala diri berada tinggi, sayup hati ini kerna betapa kerdilnya diri aku ini jika dibandingkan dengan makhluk-Mu yang lain.

Ku perhatikan setiap kejadian, dari bawah bukit, hingga ke atas langit, betapa indahnya ku perhatikan dan betapa syukurnya diri ini kerna dikurniakan nikmat mata yang mampu melihat, nikmat memikirkan hal kejadiaan-Mu hingga menginsafkan diri ini, dan nikmat yang paling besar ialah iman dan Islam yang mengenalkan diri ini pada Mu Ya Allah.

Hiasan

Hampir setiap hari itulah runtin harian setelah melawat kebun-kebun dan ladang-ladang. Bertemankan selaras senjata yang menjadi teman penghibur dikala diri kebosanan. Itulah nikmat kehidupan di kampung yang permai lagi indah.
Sekali tersilap tembak yang ni dah semalam...

Dalam kerinduan hati ini, aku berbicara dengan Allah swt di mana ayat-ayatnya amat memberi motivasi kepada diri ini. Firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat ke 216 yang bermaksud:

"Diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, sedangkan kamu tidak menyukainya. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu adalah yang terbaik bagi kamu, dan boleh jadi sesuatu yang kamu cintai itu adalah yang terburuk bagi kamu, dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Inilah ayat yang memberi semangat kepadaku untuk meneruskan setiap langkah perjuangan. Biarlah orang lain tidak menyukainya asalkan Allah swt menyukainya. Biarlah kita dihina dan dibenci asalkan Allah swt tetap menyayangi diri kita.

Ana juga menerima satu email dari seorang sahabat di facebook yang mana emailnya amat menyentuh hati dan menginsafi diri yang hina lagi kerdil ini. Antara emailnya ana ingin berkongsi di sini ialah :

"Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa..Segagah mana pun diri, bukan pahlawan namanya jika nafsu tidak mampu dilawan..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukan namanya ratu jika buruk tingkah laku..Setinggi mana pun darjat, bukan mulia namanya jika tiada iman di dada..Melangit mana pun ilmu di dada, bukan bijaksana namanya jika tidak diamal dan diguna..Selama mana pun usia, bukanlah berkat namanya jika hilang rasa syukur dan taat..."

Ana termenung dan merenungkan setiap kata-kata dari emailnya ini. Ini kerana ana cukup memahami setiap apa yang ingin disampaikannya. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian untuk mengingatkan diri ini. Sesekali fikir, betapa lemahnya, betapa kurangnya diri ini dalam meneruskan kehidupan bagi mencapai mardhatillah. Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk ke arah itu kerna diri ini masih jauh dari-Nya. Pesanan dari saya kepada sesiapa sahaja yang bersih hatinya untuk renung-renungkanlah kata-kata di atas.

Sekali ingat, alhamdulillah juga ada orang gila. Kerna kita boleh tahu tahap kegilaan diri kita ini. Sekali termenung, syukur juga ada orang bodoh kerna kita boleh mengukur tahap kebodohan kita. Dan setiap apa yang Allah swt jadikan itu ada hikmah dan kebaikkan untuk kita semua. Alhamdulillah betapa syukurnya diri ini atas apa sahaja yang dikurniakan Allah swt baik merupakan nikmat, rezeki, ujian, sakit dan sihat serta apa jua.

Akhir kata "Ya Allah, kurniakan diri ini ilmu yang bermanfaat agar dapat dijadikan amalan yang ikhlas kepada Allah swt. Ya Allah, jadikan diri ini manfaat untuk orang lain kerna tiada amalan yang lebih kekal melainkan sedekah, ilmu dan anak yang soleh. Ya Allah, jadikanlah diri ini seorang yang taat kepada setiap perintah-Mu agar diri ini menjadi hamba yang taat dalam perintah dan larangan Mu Ya Allah..amen"

sekian
"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Yang Esa"

Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

Thursday, July 15, 2010

Semakin Bertambahnya Rindu Di hati ini....

Bismillahi Rahmani Rahim. (In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful)

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ini kepada Mu Ya Allah, yang Maha Agung atas segala sesuatu. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan juga para sahabat seperjuangan. Dalam kesempitan waktu dan kesibukkan urusan dunia untuk keakhirat, aku luangkan sedikit masa untuk dikongsi bersama harap ianya juga menjadi sebahagian daripada kebajikan untuk mengadap Allah swt suatu masa nanti.

Dulu, semasa tibanya bulan Allah swt, iaitu bulan Rejab, diri ini telah tekad untuk melakukan ibadah sunat seberapa
yang mampu dan bulan Rejab adalah bulan yang sangat memenatkan bagiku kerna terpaksa menghadiri beberapa jemputan ceramah. Maklumlah, bulan Rejab adalah satu bulan yang sepatutnya diingati oleh seluruh ummat Islam kerana di dalamnya berlaku peristiwa besar iaitu Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad saw. Dari sebalik peristiwa inilah, seluruh ummat Islam wajib melakukan ibadah solat sepertimana yang diwajibkan ke atas hamba sebelum kita. Jadi pada bulan ini, setiap masjid akan membaca kisah Isra' dan Mikraj untuk memperingati hari besar di dalamnya. Para penceramah, mengulas panjang lebar dengan cerita-cerita dan kisah-kisah yang dikaitkan dengan peristiwa ini. Namun kini, Rejab berlalu pergi meninggalkan kita.

Sekarang masuk pula bulan Nabi iaitu bulan Sya'ban. Dalam bulan ini juga terdapat kisah dan peristiwa besar dan di dalamnya juga ada malam Nisfu Sya'ban yang merupakan proses pertukaran buku amalan kita untuk tahun tersebut. Pendek kata, fail tahun ini telah tutup dan buka fail baru. Apabila masuknya Sya'ban, hati ana ini semakin terasa kerinduan yang luar biasa. Iaitu mengharapkan pertemuan kembali dengan bulan kita semua iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga ada peristiwa besarnya tersendiri.


sekadar hiasan.

Peristiwa untuk seluruh ummat nabi Muhammad saw iaitu malam lailatu Qadr, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan banyak lagi peristiwa besar yang lain seperti perang Badr dan sebagainya. Pada bulan ini juga syaitan akan dibelenggukan agar tidak mengganggu umat Islam untuk menjalankan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, malah semua siksa dan azan ke atas ummat Islam di alam Barzah ditangguhkan dan digantikan dengan rahmat dari Allah swt.


hiasan

Kerinduan untuk bertemu kembali kian terasa, bagai seorang yang bercinta dengan kekasihnya yang sudah seribu tahun tidak berjumpa (penggunaan metafora ditahap yang melampau-lampau). Biarlah apa orang nak cakap sekali pun memang ana menunggu-nunggu kedatangannya. Kalau hari ini iklan raya dah mula diiklankan, hampir semua peniaga di saat ini mengfokuskan pasaran mereka untuk raya, namun bagi ana mengharapkan kedatangan Ramadhan.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesihatan,umur yang panjang untuk bertemu dengan Ramadhan. Hati ini merindui kedatangnya kembali kerana kami mengharap pelbagai kurniaan daripada Mu Ya Allah pada bulan tersebut. Sebagai hamba, apalah yang kami mampu dan mahu melainkan daripada rahmat kurnian Mu jua Ya Allah...ameen"

Persediaan awal telah ana buat untuk menunggu saat tibanya Ramadhan. Ini kerana Ramadhan tahun lepas merupakan yang terburuk dalam hidupku. Banyak rahmat dan kurniaan Allah yang aku terlepas. Banyak amalan sunat yang aku tinggalkan. Bayangkan sekiranya Allah swt menaburkan Rahmat dan kurniaan Nya kepada seluruh penduduk dunia ini, namun ana adalah orang yang sombong tidak menghiraukan rahmat dan kurnia Allah swt. Ampunkanlah jua ya Allah atas kelalaian diriku yang lalu.


hiasan

Untuk Ramadhan kali ini, tahun ini ana menulis awal memperingatkan kita semua untuk membuat persediaan awal bagi menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Atas pengalaman lalu, ana sedar akan kelalaian diri hingga tidak menghiraukan rahmat dan kurniaan dari Allah serta keampunanNya, ana ingin mengingatkan diri ana dan pembaca untuk membuat persediaan awal menyambutnya agar kita semua mendapat Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Kita tidak tahu, mungkin tahun ini merupakan Ramdhan yang terakhir untuk kita. Oleh itu, manfaatkanlah peluang yang ada agar kita semua mendapat setiap rahmat dan kurniaan Allah swt dengan melakukan amal ibadah kepada Allah swt setiap saat yang berlalu pada bulan Ramadhan nanti.

Ramdhan adalah bulan Rahmat dan Keberkatan, kerna di dalamnya kita akan temui pelbagai yang kita ingini yang mana ianya tiada di bulan yang lain. Sesiapa yang mengharapkan keampunan dan rahmat Allah swt, dia pasti akan mendapatnya dan sesiapa pula yang mengharapkan pertemuan dengan jualan kuih muih yang banyak serta pakaian yang indah-indah untuk dipakai pada hari raya, dia juga akan menemuinya pada bulan Ramadhan nanti. Maka semuanya bergantung pada diri dan usaha kita. Oleh itu, pilihlah apa yang kita inginkan sama ada berupa yang sementara untuk kemewahan dan kemegahan dunia atau yang merupakan bekalan kekal untuk di negeri akhirat nanti. Mudah-mudahan kita semua termasuk di dalam golongan orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah swt nanti insyallah..

sekian..

"Hati Yang Merindui.."

Rozlan Ibnu Al-Daudi
18500 Machang

Sunday, July 11, 2010

Kenapa Blog Skima...(Menjawab Soalan Pembaca)

In The Name Of Allah swt, The Most Gracius, The Most Merciful.

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, wabihi nasta'in, wala umuri dunia waddin. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang banyak memperjuangkan ketinggian agama Allah swt.

Kali ini ana mohon maaf kerana lama
tidak up to date blog ana ini kerana kesuntukkan masa yang ada. Walau bagai mana pun ana gagahi jua untuk manfaat semua. Alhamdulillah kali ini ana ingin menjawab soalan dari sahabat pembaca melalui surat email yang dihantarkan kepada ana. Soalannya berbunyi:

"kenapa blog saudara ni skima sgt ye, lebih kepada islamic dan kenapa tidak mcm blog org lain yg berkongsi maklumat berkenaan diri saudara. Orang lain banyak menceritakan pasal diri sendiri, tp blog saudara lebih kepada agama. Tapi apa pun tahniah kerana sudi berkongsi...sekian" (nama penghantar terpaksa ana rahsiakan).

Untuk itu ana menjawab kenapa blog ana ini skima. Perkara berkenaan skima ataupun tidak ini bergantung kepada
orang yang menilainya. Ini kerana bagi ana, jiwa ana yang juga skima menyebabkan ana menulis dalam bentuk yang skima berbanding dengan orang lain. Sifat manusia dari segi hakikinya teramat unik dan sungguh mengajaibkan. Sebagai contohnya, tiada sesiapa dapat menilai warna apa yang paling cantik dalam banyak-banyak warna dengan tepat. Ini kerana setiap orang mempunyai warna kegemarannya tersendiri dan dengan sebab itu tiada siapa yang dapat menyatakan kecantikkan warna melainkan apa yang disukainya.

Ya memang blog ana lebih kepada Islamic kerana bagi ana, ana ingin berkongsi dengan semua pembaca apa yang ana tahu, apa yang ana jumpa daripada kajian ana, pengalaman ana dan sebagainya. Ana lebih suka berkongsi yang Islamic kerana ianya benar dan mendapat manfaat untuk kita semua, baik pembaca dan juga ana. Ana tidak suka menulis benda-benda yang lain kerana mungkin kita sekadar menulis sahaja n
amun tiada manfaat yang kita perolehi di sisi Allah swt. Ana juga tidak suka sangat menceritakan tentang diri ana lebih-lebih lagi hal-hal peribadi. Ana bukan jenis suka syok sendiri dengan menulis dan menceritakan berkenaan diri dan menjadikan blog sebagai diari peribadi. Bagi ana, kemudahan teknologi yang ada seperti ini adalah untuk menyebarkan syiar dakwah kerana banyak manfaat yang ana perolehi. Ana melihat lebih kepada manfaat bersama berbanding dengan kisah-kisah yang syok sendiri yang tiada apa-apa kebaikkan dan manfaat bersama.

Berkenaan dengan orang lain lebih menceritakan berkenaan diri mereka sendiri terpulanglah pada mereka. Kerna bagi ana, ana buat apa yang ana rasa baik unt
uk diri ini dan juga baik untuk pembaca. Berkenaan orang lain, biarlah mereka kerana mungkin mereka mempunyai kebaikkan dari sudut yang lain berbanding dengan diri ana. Diri ana ini tiada apa yang terbaik dan tiada apa-apa kelebihan pun, jadi dengan sebab itu ana menggunakan peluang yang ada ini untuk membuat kebaikan dan mudah-mudahan ianya dikira sebagai kebajikkan di sisi Allah swt hendaknya, insyallah.........

Akhir kata dari ana, ana memohon jutaan maaf atas kekurangan kerana kejahilan ilmu dan sekarang ana masih lagi belajar dan mengkaji untuk meningkatkan diri dengan ilmu untuk mendekatkan diri pada Yang Esa. Mohon maaf juga kerana lama tidak menulis d
alam blog iniwalaupun banyak perkara yang ingin di kongsikan. Insyallah, ana akan cuba manfaatkan segala pengalaman dan kajian ana nanti..


sekian terima kasih


Rozlan Bin Daud
18500 Machang

Sunday, July 4, 2010

Hanya 24 Jam Sahaja Untuk Kita.....

Demi Masa..Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang saling mengingatkan tentang kebenaran dan mereka yang saling mengingatkan tentang kesabaran..
(surah al-A's)


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt di atas kurnian pelbagai nikmat-Nya. Selawat dan salam buat Rasul mulia, Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta sahabat.

Alhamdulillah, di kesempatan masa yang ada, ana ringankan jari jemari ini untuk menekan keyboad laptop ana untuk agar ianya menerbitkan satu maksud dan tujuan untuk dikongsi bersama sebagai manfaat untuk diri ana dan pembaca. Pertama sekali ana ingin memohon jutaan maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini (up to date) blog ana ini. Maklumlah, banyak kerja yang ana perlu lakukan sehingga tidak ruang dan peluang untuk menulis dalam ini. Namun ana tahu dan sedar, selepas kesibukkan sudah pasti ada ruang dan waktu ketenangan dan untuk itu ana manfaatkan ruang ini sebelum datangnya waktu sibuk.

Jadi untuk kali ini ana ingin berkongsi masa dengan pembaca sekalian. Bila kita bercakap tentang masa, kita selalu dengan beberapa ungkapan tentang masa. Ada di antaranya, saya tiasa masa, ala masa sudah tidak lama lagi, masa terluang ini kita main dan pelbagai lagi yang kita dengar ianya dikaitkan dengan masa. Namun sedar tidak sedar, setiap ungkapan masa yang ada sudah pasti ianya tidak sama antara kita semua. Ini kerana ada orang yang banyak masa freenya dan ada orang tidak ada langsung masa free. Begitu juga dengan diri ana ini yang sangat jarang ada masa free kerana bagi ana, masa yang ada untuk diri ana ini tidak cukup.

Walau bagaimana pun, hakikatnya masa setiap orang ini sama banyak sahaja. Ini kerana sifat Adil Allah swt terhadap hamba-Nya, Dia (Allah swt) memberikan masa terhadap makhluknya sebanyak 24 jam sehari. Tidak ada seorang pun yang memperolehi lebih daripada itu atau pun terkurang. Namun yang menjadikan masa tidak cukup atau terlebih itu adalah dari segi pengurusan seseorang hamba atau makhluk Allah swt itu sendiri. Jadi sesiapa yang menggunakan masanya untuk kebaikkan maka sudah pasti ianya tidak cukup dengan 24 jam. Ada pun mereka yang tidak memanfaatkan masa yang ada, mereka sudah pasti mempunyai banyak masa yang terluang. Dan bagi mereka yang memanfaatkan dengan sebaik mungkin masa yang ada, mereka cukup masa yang diberikan oleh Allah swt.

Ana mengklasifikasikan penggunaan masa untuk setiap manusia ini kepada 3 bahagian seperti mana dijelaskan di atas. Iaitu mereka yang tidak cukup masa, mereka yang cukup masa dan mereka yang terlebih masa.

1) Bagi mereka yang tidak cukup masa ini ialah mereka yang selalu menggunakan masa yang ada ini untuk berbuat kebaikkan atau ibadah kepada Allah swt. Mereka ini sudah pasti sentiasa rindu untuk membuat kebaikkan kepada makhluk Allah swt yang lain. Mereka tidak mempunyai masa yang ada kerana mereka tahu banyak kebaikkan yang mereka boleh buat sedangkan masa yang ada amat terhad untuk mereka. Mereka sering memburu masa sedangkan mereka tahu bahawa masa bergerak tanpa mengenal erti penat untuk berhenti.

2) Ada pun bagi mereka yang mempunyai masa yang cukup dengan 24 jam, mereka sebenarnya memanfaatkan masa yang ada. Ini kerana mereka tidak mengsia-siakan masa yang diberikan baik dalam pelbagai aktiviti baik yang berfaedah mahupun tidak berfaedah. Bagi mereka, mereka buat apa yang mereka ingin buat.

3) Namun ada juga mereka yang banyak masa terluang dan mereka inilah orang yang tidak memanfaatkan masa yang dikurniakan dengan sebaik yang mungkin. Hidup mereka bagaikan makhluk Allah swt yang tidak ditaklifkan khitabullah (khitabullah = ketetapan yang diperintahkan kepada Allah swt terhadap mukallaf) kepada mereka.

Bagi ana, ana tahu setiap masalah yang ana hadapi setiap hari terlalu banyak dan ana anggap ianya adalah ujian dari Allah swt kepada ana untuk ana selesaikan. Ana rasa setiap masalah yang ana hadapi tidak cukup masa yang ada untuk di selesaikan, dalam erti kata yang mudah, setiap masalah yang kita hadapi ini lebih banyak jika dibandingkan dengan masa yang kita ada.

Ana teringat semasa menjadi ahli majlis MPP UUM suatu ketika dahulu yang mana ana terlalu kesempitan masa. Suatu hari ana terfikir, macam mana orang yang mempunyai jawatan besar dalam kerajaan yang mana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dan masa mereka sudah pasti terbahagi kepada banyak cabang iaitu masa untuk kerajaan, masa untuk rakyat, masa untuk diri, masa untuk keluarga dan anak-anak. Namun apa yang ana fikir, sudah pasti minda ana akan memberi jawapan untuk diri ini lebih sabar dan meneruskan perjuangan. Fikiran ana memberi jawapan kepada diri ana bahawa, " setiap kerja yang kita lakukan tidak boleh dilakukan seorang diri, kerana masa yang kita ada tidak cukup. Tapi bekerjalah beramai-ramai atau secara berjemaah kerana setiap orang akan berkongsi masa dan sudah pasti masa yang ada akan menjadi banyak apabila ianya dikongsi". Ana pun teringat akan kelebihan berjemaah baik dalam apa jua bidang kerja yang kita lakukan. Ini kerana bukan solat sahaja banyak kelebihannya jika kita lakukan secara berjemaah, tetapi apa-apa sahaja kita perlu melakukan secara berjemaah kerana masa yang kita ada kita akan berkongsi dengan semua orang. Dan setiap orang mempuyai 24 jam dan apabila ia dikumpul secara berkumpulan ianya menjadi lebih banyak dan inilah yang saya akan aplikasikan dalam business saya.

Ana teringat juga semasa istiadat konvokesyen ke 19 UUM yang mana ana diberi peluang untuk berada di atas pentas bersama dengan ahli majlis eksekutif universiti. Semasa ana berada di pentas, ana berpeluang untuk bertanya dengan mereka yang memegang jawatan besar dalam universiti ini berkenaan dengan masa. Kerana ana tahu mereka terlalu sibuk dengan pengurusan universiti, penyelidikan, penulisan dan sebagainya. Ana bertanya kepada salah seorang dari mereka yang berada disebelah ana berkenaan dengan masa kerana beliau mengajak ana untuk main golf pada sebelah petangnya. Ana tanya adakah beliau ada masa untuk turun padang bermain golf? Dia tidak menjawab soalan ana directly tetapi dia lebih berkias dan jawapan itulah yang mengajar saya erti masa. Jawabnya : Kita diberi masa, dan kitalah yang menguruskan masa. Sebenarnya masa itu ada ditangan kita dan kitalah yang memberi ruang dan peluang untuk masa. Mereka yang tiada masa adalah mereka yang tidak memberikan kepada masa ruang dan peluang. Malah mereka yang banyak masa, sebenarnya mereka bodoh untuk menggunakan masa.

Jadi dengan jawapan yang diberikan kepada ana, ana faham tentang maksudnya iaitu kitalah yang menguruskan masa dan kitalah yang memberikan ruang dan peluang kepada masa. Ini kerana kita sebagai pengurus kepada masa dan masa itu ditangan kita. Sebagai contohnya, jika kita diberikan masa sebanyak 24 jam, 8 jam adalah untuk bekerja, 8 jam lagi untuk bersosial dan 8 jam lagi untuk keperluan. Ada pun 8 jam untuk bersosial itulah yang kita gunakan untuk bersukan, dan sebagainya. Adapun hari ini ramai yang tidak bersukan atas alasan mereka tiada masa untuk bersukan sedangkan kitalah yang memberi ruang dan peluang untuk bersukan. Sebagai contohnya, jika kita tetapkan jam 6 petang untuk bersukan, maka tepat jam 6 petang kita bersukan dan tidak kisahlah di mana sahaja untuk kita bersukan kerana kita memberi peluang dan ruang untuk bersukan. Yang menjadi tiada masa ini adalah kerana kita memberi ruang dan peluang kepada benda lain sebagai contoh jam 6 petang sepatutnya kita bersukan tetapi kita gunakan untuk tidur. Jadi ruang dan peluang tidurlah yang kita perolehi pada hari itu.

Sebagai kesimpulannya, manfaatkanlah masa yang ada agar ianya dikira sebagai ibadah oleh Allah swt dan ianya dibalas dengan sebaik yang mungkin di akhirat nanti. Kitalah yang menguruskan masa dan kitalah yang menentukan arah tuju masa kita. Jika sekarang ini saya menulis diruangan ini, ruang dan peluang untuk menulislah saya gunakan dan saya terpaksa korbankan ruang dan peluang yang lain seperti menembak dan sebagainya.

Sekian. "Erti Hidup Pada Mengabdikan Diri Kepada Allah swt"

Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

My Picture