Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan Kini Di Fasa terakhir...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt atas kurniaan dan rahmat Allah swt ke atas seluruh hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw. ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam yang bertungkus-lumus dalam menghabiskan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah swt.

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik sekarang ini sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu hingga tidak sempat untuk menghitung saat-saat bermakna dalam Ramadhan yang mulia ini. Hari ini sudah masuk ke fasa terakhir di bulan Ramadhan yang mana fasa ini merupakan fasa Allah swt menjauhkan hamba-Nya daripada api neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“…وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار -

dan dia (bulan Ramadhan) itu bulan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah(pengampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api Neraka…”




Pada fasa inilah Allah swt dengan rahman-Nya mengurniakan pelbagai kelebihan dan kurniaan kepada

Monday, August 23, 2010

Ramadhan Kini Di Fasa Kedua Akhir...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah dan seterusnya Alhamdulillah.
Bersyukur kepada Allah swt di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah kerana sekali lagi kerana diberi peluang dan hidayah untuk kita semua agar meningkatkan amalan pada bulan yang mulia yang dilimpahkan segala kebaikkan padanya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh sahabat dan ummat Islam yang bertungkus lumus menyebarkan syiar Islam untuk melihat bumi Allah swt ini ditadbir dengan cara yang diredhai oleh Allah swt.

Sekarang ini, sedar atau tidak sedar kita sudah menjengah ke sukuan kedua akhir bulan Ramadhan. Dalam erti kata yang paling mudah ialah kita sudah berada separuh di bulan mulia ini. Amat beruntunglah mereka yang tidak mensia-siakan peluang dan ruang yang ada di sepanjang separuh yang lalu. Maka rugilah mereka yang tidak

Saturday, August 14, 2010

Alhamdulillah...Semakin Bertambah....

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas seluruh nikmat yang tidak terhingga . Selawat dan salam buat junjunga Mulia Nabi Muhammad saw yang membawa utusan Allah swt untuk disampaikan kepada sekalian makhluk yang ada. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, kedua ibu dan ayahku, tetapkan hatiku ini terus berada di atas kebenaran agama-Mu Ya Rahman.


Alhamdulillah, dalam menghitung saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari hinggalah tahun demi tahun. Kini ana bersyukur kepada Allah swt kerana memberi ruang waktu kepada ana untuk terus hidup di dalam bumi Allah swt untuk tempoh genap setahun. Semestinya setiap orang mempunyai tarikh keramat ini dan sememangnya kita semua menantikan kedatangan tarikh tersebut. Namun pengisian pada tarikh tersebut yang membeza-bezakan setiap individu.


Alhamdulillah, dalam perhitungan ini genaplah umur ana 25 tahun dan sudah 25 tahun Allah swt memberi nikmat hidup di dunia ini dan juga pelbagai nikmat-nikmat yang lain yang sewaktu dengannya. Perhitungan masa ini amat pantas dan ana sendiri merasakan bahawa hidup ana ini baru sahaja, namun dalam nisbah perkiraan ana sudah mengjangkau hampir separuh hayat ana di dunia ini (mengikut perhitungan sebagai ummat Nabi Muhammad saw hanya 60-70 tahun sahaja). Kepantasan masa yang berlalu begitu cepat hinggakan ana masih merasakan diri ini masih lagi serba kekurangan dari sudut segala-galanya. Baik dari sudut ilmu pengetahuan, nilai dan kebaikkan dan sebagainya termasuklah serba kekerangan dalam melakukan ibadah kepada Allah swt.


Jadi bersempena dengan ulang tahun kali ini, tambah pula ia dalam bulan ramadhan. Dengan 1 tekat, 1 matlamat (bukan 1 Malaysia) dengan sejuta impian yang ingin dicapai, ana berazam untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai 1 tekat untuk mendapat redha Allah swt (mardhatillah). Setiap orang ada matlamat dan impiannya tersendiri dan bagi ana tiada yang lebih penting daripada mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt.


"Jika hari ini aku mengira masa,
sudah pasti ia akan berlalu jua...
Jika hari ini aku menghitung usia,
ia pasti akan bertambah jua...

Apa yang harus aku kira adalah amalku,
cukup sekadar berkualiti dan bukan berkuantiti..
Tidak pula bermatlamatkan syurga,
cukuplah untuk mendapat redha & maghfirah Ilahi...

(Rozlan Daud, 14/08/2010, Machang)

Kepada semua sahabat yang mendoakan dan mengucapkan "birthday" pada ana, ana ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan semoga Allah swt membalas yang terbaik untuk semua. Ana mendoakan kepada semua sahabat agar kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati dalam hidup ini insyallah. Ameen.

Sekian.

"Ya Allah, tetapkanlah diriku di dalam kalimah tauhid Mu dan di dalam kebenaran agama Mu ini"

"Erti hidup dalam mengabdikan diri pada Yang Esa"

Rozlan bin Daud
Machang.

Thursday, August 12, 2010

Terkenang Zaman Remaja..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat serta kaum muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah sudah 2 hari menjalani ibadah puasa, nikmat Islam dan sihat untuk beribadah adalah nikmat yang tidak ternila
i dalam hidup ini. Tiada apa yang lebih berharga di dalam dunia seisinya melainkan nikmat Iman dan Sihat. Namun apa yang penting bagi kita sebagai ummat Islam, marilah kita bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan kepada kita semua nikmat yang tidak terhitung nilainya.

Bila masuk sahaja bulan ramadhan, ana akan terkenang di zaman remaja suatu ketika dahulu. Zaman itu ialah zaman ana

Sunday, August 8, 2010

Alhan Wa Sahlan Ya Ramadha..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt yang tidak terhingga atas kurniaan Rahmat dan kasih sayang -Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Allah, Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, "Allahumma bariklana fi Sya'ban, wa ballighna fi Ramadha (Ya Allah, berkatilan pada kami dalam bulan Sya'ban yang lalu dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan ini)". Alhamdulillah, insyallah esok (11/08/2010) kita seluruh ummat Islam akan menjalani bulan
tarbiah jiwa iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang diperintahkan oleh Allah swt untuk kita berpuasa padanya

Wednesday, August 4, 2010

PENDIDIKAN SEKS VS PENDIDIKAN AGAMA...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur yang teramat sangat kepada Allah swt, Tuhan yang wajib disembah dan Yang Maha memiliki apa yang ada di langit dan di bumi. Maha suci Allah swt daripada segala kelemahan dan kekurangan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, semalam ana terbaca satu berita dan turut disusuli dengan berita jam 7.00 am tadi berkenaan dengan cadangan kerajaan Melaka untuk mewujudkan sekolah hamil atau sekolah khas untuk pelajar hamil hingga ke peringkat kebangsaan. Terkejut dan terkeliru dengan cara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan yang

Sunday, August 1, 2010

Salam Kerinduan Dalam Perjuangan....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah seterusnya Alhamdulillah dan selamanya Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat dan seluruh ummat Islam. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku dan kedua ibu ayahku serta seluruh ummat Islam.

Ana mencoretkan dan menyusun blog kata-kata yang dilahirkan dari hati dan diterbitkan ke tangan untuk dikongsi dengan sahabat pembaca. Penyusunan kata demi penyusunan bersama dengan kerinduan yang teramat sangat dalam erti perjuangan. Di samping membuka album-album gambar kenangan semasa menjalankan aktiviti dakwah, rindu hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahu. Rindu pada nafas perjuangan, pada sahabat-sahabat seperjuangan dan seluruh yang bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti dakwah.

Bila teringat kenangan berdakwah di dalam hutan,

My Picture