Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya......

In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita meneruskan hidup ini untuk melalui perjalanan sebelum kita kembali kepada-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia, Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh ummat Islam.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat blogger, sahabat-sahabat pembaca dan seluruhnya yang mengenali sahabat baik yang pernah berinteraksi atau pun tidak. Ana memohon jutaan (infiniti) kemaafan kiranya ada salah dan silap di sepanjang perjalanan hidup ini, tersalah bahasa atau terkasar kata, pertentangan idea dan sebagainya. Sebaik-baik dendam yang terbuku di hati adalah dengan kemaafan, oleh itu ana terlebih dahulu memohon kemaafan di atas kekurangan diri ana ini.

Untuk itu, di kesempatan ini juga, ana ber
ikan kad raya untuk tahun ini sebagai ingat-ingatan untuk sahabat semua. Kerana lebih cepat dan cekap dengan menggunakan teknologi di sertakan lebih berinovasi, ana sertakan kad raya di sini untuk sahabat semua. Oleh itu, jika sahabat mahukan dalam bentuk sekeping kad, sahabat bolehlah print out dan menyimpannya (jgn kedekut ink printer).



Akhir kata dari ana, teruskan tingkat ibadah di bulan-bulan yang lain kerana Ramadhan 2010 pasti meninggalkan kita. Hasil dari tarbiyah Ramadhan kali ini, janganlah kita berputus asa untuk mendapatkan rahmat dari Allah swt. Selamat beribadah dan selamat menyambut hari lebaran untuk semua.

  • Mohon kemaafan zahir & batin
  • Jemput datang ke rumah di alamat;
lot 5319, Kg. Pangkal Jenereh,
18500 Machang Kelantan


"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Yang Esa"

Sekian,

Rozlan Daud/Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

Thursday, September 2, 2010

Nikmat Dari Ilahi....

In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhitung oleh kalkulator dunia ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, disepanjang perjalanan bulan Ramadhan ini ana dapat lalui dengan sempurna dan diharapkan begitu juga untuk sahabat sekalian. Untuk kali ini ana ingin berkongsi berkenaan dengan nikmat Allah swt untuk manusia. Hampir seminggu ana membuat kajian berkenaan bijih besi dan sampai hari ini ana memuji keajaiban ciptaan Allah swt ini. Ini kerana ana tidak mampu untuk berfikir dengan tepat bagaimana kejadian bijih besi ini terbentuk.


Papan tanda untuk ke Kampung Bukit Besi, Temangan

Minggu lepas ana ke Kg. Bukit Besi, yang terletak kira-kira 5 km dari rumah ana. Di sana kewujudan bijih besi memang tidak dinafikan kerana ianya sudah terbentuk sejak zaman penjajahan Jepun lagi. Ini kerana (menurut cerita orang-orang terdahulu)

My Picture