Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, June 15, 2010

MENJAWAB SOALAN PEMBACA : (KENAPA ORANG MELAYU/ISLAM LEMAH MEMBACA AL-QURAN)

In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, ana bersyukur kepada Allah swt di atas segala rahmat yang telah dikurniakan-Nya kepada ana dan kita semua. Selawat dan salam buat junjungan yang dikasihi baginda Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Alhamdulillah, dalam kesibukkan ana dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah swt ini, ana berikan sedikit ruang dan waktu untuk ana menulis dalam blog ini bagi menjawab satu email yang dikirimkan dari seorang pembaca kepada ana. Al-maklumlah sudah lama ana tidak menulis dalam blog kerana kesibukkan diri untuk melayani karenah dan kehendak sahabat ana. Macam biasalah, bila musim cuti ini sudah pasti ramai sahabat-sahabat yang baru pulang ke kampung dan inilah masa dan peluang untuk bersama dan analah menjadi mangsa tempat mereka bertemu dan berkongsi segala-galanya.

Berdasarkan kepada email yang dihantarkan kepada ana, (kenapa orang melayu/Islam lemah membaca al-Quran), bagi ana soalan ini adalah bersifat subjektif kerana jawapan itu bergantung kepada penilaian (assessment) yang dibuat oleh setiap individu. Ini kerana, jika kita meyalahi ibu bapa dalam hal ini, bagi ana ianya tidak adil kerana kelemahan anak-anak membaca al-Quran disebabkan ibu bapa dan timbul pula persoalan kenapa kita tidak menyalahkan anak-anak itu sendiri. Jika kita menyalahi anak-anak pula kerana mereka lemah dalam membaca al-Quran, bagi ana ini juga tidak adil kerana ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak. Jika kita menyalahi anak-anak dan ibu bapa, ia juga tidak adil kerana sistem pendidikan kita yang terlampau yang mengfokuskan lebih kepada akademik yang membuatkan pelajar tidak ada ruang dan masa untuk belajar agama. Jika kelas agama ada di dalam sukatan mata pelajaran sekolah, saya rasa hanya 2 jam sahaja untuk satu minggu. Jadi siapakah harus kita persalahkan. Itulah sukarnya dan subjektifnya persoalan ini.

Walau bagaimana pun, ana akan menjawab soalan ini berdasarkan pengalaman ana sepanjang berjumpa dengan mereka yang tidak pandai membaca al-Quran. Bagi ana, ana tidak persalahkan kepada sesiapa sahaja dalam hal orang melayu atau Islam yang lemah membaca al-Quran. Ini kerana dalam hal ini kita perli lihat tanggungjawab masing-masing dan bukannya menyalahi setiap anggota masyarakat. Baik dari anak-anak, mereka sepatutnya rasa bertanggung jawab untuk mempelajari al-Quran dan bukan hanya mementingkan akademik semata-mata. Ini kerana al-Quran perlu difahami agar ia menjadi panduan hidup anak-anak pada hari ini dan pada masa akan datang. Meraka tidak boleh mengambil lewa hal ini kerana ianya melibatkan maruah agama dan kesucian Islam itu sendiri.

Bagi ibu bapa pula haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk terus cemerlang dalam bidang al-Quran dan tidak hanya pada akademik. Ini kerana kecemerlangan anak-anak yang hakiki adalah pada kecemerlangan mereka di dalam bidang agama mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan memberi penekanan yang lebih di dalam bidang agama kerana ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka untuk menjadi siapa pada masa akan datang. Seperti mana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"anak-anak dilahirkan secara fitrah (bersih) dan ibu bapalah yang mecorakkan sama ada mereka ingin menjadi Yahudi, majusi atau Nasrani".

Jika dilihat kepada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa peranan ibu bapa itu penting di dalam melahirkan anak-anak atau generasi al-Quran. Ini kerana peranan mereka dalam mendidik anak-anak sangat serius kerana pendidikan itu bermula di rumah dan ibu bapalah merupakan guru yang pertama dalam melukis corak hidup anak-anak mereka.

Peranan kerajaan juga haruslah seiring dari segi pembangunan fizikal dan spiritual. Ini kerana, kecemerlangan bangsa adalah terletak pada sejauh mana sesuatu bangsa itu mengaplikasikan agama yang ada di dalam diri mereka. Jika bangsa itu jauh dengan agamanya, maka mundurlah manusia itu dari segi pembangunan spiritual mereka dan akhirnya berlakulah bala bencana seperti mala petaka alam, rasuah dan sebagainya dalam negara. Ini kerana manusia yang mentadbir sesuatu urusan itu telah meninggalkan kecemerlangan agama mereka dan sudah pasti saat kehancuran akan tiba.

Jadi kesimpulan yang boleh saya katakan adalah kelemahan orang melayu/Islam dalam membaca al-Quran itu perlulah digembelingkan oleh semua pihak agar hal seperti ini tidak seharusnya berlaku pada masa-masa akan datang. Semua pihak harus bekerjasama dalam mengurus hal ini agar ianya tidak membawa kesan negatif dalam urusan pentadbiran negara umumnya. Jangan kita mencari salah siapa dalam hal ini tetapi carilah jalan atau idea untuk membantu dalam menangani masalah ini.

wallahu a'lam

Friday, June 4, 2010

Pemerintahan Warisan Firaun.....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah dan seterusnya Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas segala nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhingga kepada kita semua, baik yang berbendu, fizikal dan juga spritual. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan juga para ahli keluarga baginda dan semua para sahabat dan ikutan yang banyak memperjuangkan agama Islam demi kelangsungan hingga ke hari Kiamat. Ya Allah, kurniakanlah keampunan kepada ku atas segala kesalahan dan dosa ku, begitu juga untuk umie dan ayahku dan juga semua sahabatku.

Alhamdulillah, kali ini saya mengambil kesempatan di atas membicarakan isu semasa yang hangat di perkatakan bukan sahaja di Malaysia tetapi hampir seluruh dunia memperkatakan isu ini. Boleh dikatakan hampir semua pemimpin-pemimpin dunia memperkatakan sesuatu berkenaan dengan hal ini, ada yang menyokong dan ramai pula yang mengutuknya. Pendek kata semua orang mengutuk tindakan kejam komandan Israil laknatullah yang menyerang 9 buah kapal bantuan kemanusiaan dari pelbagai buah negara yang membawa barangan dan bantuan kepada rakyat Palestin. Memang majority negara mengutuk tindakan kejam Israel itu dan hanya Amerika dan beberapa buah negara lain yang senyap tanpa mengutuk langsung tindakan tersebut yang membawa kepada kematian. Kalau ada pun hanya sekadar meminta kepada siasatan dibuat atas alasan tidak mahu dunia mengatakan kepadanya berat sebelah dan pro kepada Israel. Namun tindakan tersebut bukanlah mudah untuk memperbodohkan dunia lain kerana perbuatan tersebut hanya menampakkan kepada dunia betapa bodohnya tindakan negara tersebut yang dikatakan sebagai polis dunia.

Hiasan


Dalam kehangatan isu ini diperkatakan, majoriti dunia mengutuk tindakan kejam Israel ini termasuk kebanyakkan sahabat ana sendiri dan ana juga mengutuk tindakkan kejam ini. Namun yang ana lebih mengutuk bukanlah tindakkan kejam Israel kerana Israel sememangnya kejam dan ini telah dijelas sendiri oleh Allah swt yang bermaksud :

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu."
(surah al-Baqarah- ayat 120)



Jadi kekejaman Israel tidak hairanlah bagi kita seluruh ummat Islam kerana Allah swt sendiri menyatakan kekejaman israel di dalam al-Quran. Namun yang menghairankan dan menyedihkan saya ialah kekejaman yang dibuat oleh orang Islam itu sendiri terhadap saudara seIslam. Tidakkah kita merasakan benci yang teramat sangat (benci tahap puaka) terhadap mereka yang memusuhi dan merosakkan saudara kita sehingga membawa kepada pembunuhan yang tragis. Di manakah hilangnya perasaan sifat ihsan kita terhadap sesama Islam? Anda sendiri mampu berfikir dengan rasional lagi waras.

Bagi ana, kekejaman Israel laknatullah ini bukanlah perkara baru di dalam sejarah kaum Yahudi atau Israel. Permusuhan antara kita dengan mereka telah lama sejak dahulu lagi iaitu sebelum kedatangan Rasulullah saw. lagi. Jika kita amati sejarah Israel, mereka (Israel) ini adalah anak keturunan Nabi Allah Yaakub as. dan Israel itu adalah gelaran bagi Nabi Yaakub. Di dalam al-Quran, Allah swt menyebut banyak ayat berkenaan dengan (Ya Bani Israel = wahai anak cucu Nabi Yaakub). Anak nabi Yaakub terdiri daripada 12 orang dan dengan sebab itulah bangsa Yahudi terdiri daripada 12 golongan. Jadi kekejaman Israel terhadap orang Islam ini tidak langsung menghairankan ana kerana jika kita berbalik kepada sejarah anak-anak nabi Yaakub sendiri pun mereka bermusuh-musuhan sehingga kepada tahap membunuh. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Yusuf as yang mana Nabi Yusuf sendiri yang merupakan anak kepada Nabi Yaakub. Semasa kecil nabi Yusuf as sendiri dibuang ke dalam sebuah telaga / perigi oleh saudara mereka. Sejarah ini dinukilkan di dalam al-Quran surah Yusuf ayat ke 6 - 18 dan anda sendiri boleh merujuknya di dalam al-Quran.


Hiasan


Sejarah ini terus kekal hingga ke hari kiamat. Ini kerana kezaliman kaum Israel ini sudah jelas bukan sahaja terhadap orang-orang Islam khususnya rakyat Palestin tetapi juga adik mereka sendiri yang bernama Yusuf itu pun mereka sanggup membunuhnya. Hal kekejaman bangsa Israel ini juga dinukilkan di dalam sejarah para nabi, yang mana mereka (bangsa Israel) membunuh beberapa ramai nabi Allah tanpa sebarang alasan yang kukuh. Sebagai contohnya, Nabi Allah Zakaria as. bangsa Israel membunuhnya dengan tragis sekali yang mana mereka menggergajikan nabi Zakaria yang berada di dalam sebatang pokok semasa menyelamatkan diri daripada kekejaman bangsa Israel ini. Banyak contoh-contoh kekejaman yang kita tahu dari kezaliman bangsa Israel ini yang telah lama bermusuh dengan kaum muslimin. Jadi bagi ana, tidaklah hairan kerana Allah swt sendiri menyatakan kezaliman mereka.

Namun apa yang menyedihkan dan memilukan ana sendiri ialah kezaliman yang dilakukan oleh orang yang seagama Islam dengan kita iaitu kerajaan Mesir itu sendiri yang berjiran dengan Palestin. Kita tahu bahawa Mesir ini merupakan sebuah negara Islam dan di Mesir lah ramai tokoh-tokoh agama dilahirkan di sana. Namun kezaliman kerajaan Israel sememangnya menyerlah dan inilah yang dikatakan KERAJAAN FIRAUN KONTEMPORARI. Dengan rasa kecewa itulah ana memilih tajuk Pemerintah Warisan Firaun. Kita tahu bahawa mesir yang merupakan jiran paling hampir dengan Palestin dan sepatutnya mereka membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran. Jika mereka tidak mahu membantu dari segi ketenteraan, cukuplah dengan membuka jalan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan sumber makanan dan keperluan untuk melangsungkan kehidupan meraka. Ini tidak, hampir kesemua jalan-jalan utama yang menghubungkan antara Mesir dan Palestin ditutup dengan perkataan mudah mereka tidak mahu mengadakan perhubungan langsung dengan Palestin. Buktinya sepertimana kita tahu bahawa rakyat Palestin membina terowong-terowong bawah tanah untuk menyeludup keperluan hidup akibat jalan-jalan utama ditutup oleh kerajaan mesir. Bagi ana, kekejaman kerajaan Mesir yang ada ini lebih teruk dari kerajaan Firaun dari segi pentadbirannya. Ini kerana kerajaan Mesir yang ada hari ini belum lagi mengaku dia Tuhan, namun dari segi pemerintahannya jauh lebih zalim dari kerajaan Firaun. Ini kerana kerajaan Firaun hanya membunuh anak-anak lelaki dan membiarkan anak-anak perempuan hidup. Namun kerajaan Mesir yang tidak membantu malah menutupi sumber keperluan rakyat Palestin ini bukan sahaja membunuh anak-anak lelaki malah turut membunuh anak-anak perempuan dan orang tua. Pendek kata semua orang boleh terbunuh akibat kekurangan bekalan keperluan seperti makanan dan sebagainya.


Kedudukan Mesir yang bersempadan dengan Palestin


Namun kehangatan isu ini di seluruh dunia, ada negara yang senyap tanpa mengatakan sesuatu pun terhadap tindakan kejam Israel itu. Tak tahu la apa alasan sebenarnya namun alasannya tidak mahu mencampuri urusan luar negara orang. Dalam soal ini, bukan soal alasan yang diberikan namun yang perlu di perkatakan adalah sesuatu kekejaman itu perlu menyatakan kekejaman. Ini kerana jika kita senyam membisu, kita juga seperti merestui kekejaman yang dibuat. Hal ini juga bertepatan dengan hadis Nabi saw. yang bermaksud:

"sesiapa yang melihat kemungkaran (kezaliman), maka hendaklah kamu mengubahnya (membaikki/ menegur) dengan tangan (jika kamu berkuasa ke atasnya), jika kamu tidak mampu (dengan tangan) maka hendaklah kamu mengubahnya dengan lidah (nasihat), jika kamu tidak mampu (dengan lidah) maka hendaklah kamu mengubahnya dengan hati, dan itulah (dengan hati) selemah-lemah iman."-(sahih muslim)

Maka jika kita menghayati hadis ini, perlukah kita menyatakan bahawa kita ini lemah dan hanya mampu untuk mengubah dengan hati semata-mata kerana kita tidak berkuasa untuk berbuat sedemikian. Tidak mampukah kita sedangkan kita adalah seorang yang diberi kuasa mentadbir sesebuah negara. Jika kita lihat semasa persidangan Islam sedunia (OIC) betapa ramai wakil daripada negara-negara Islam yang hadir dalam persidangan tersebut dan ada yang menyatakan dengan berani untuk membantu saudara kita di Palestin, kenapa kita masih takut lagi untuk membantu dengan membuka jalan-jalan untuk membawa bantuan kemanusian melalui negara kita sedangkan di belakang kita betapa ramai lagi wakil daripada pelbagai negara Islam. Akibatnya bantuan terpaksa melalui jalan air dan memudahkan zionis menyerangnya dan merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan dan turut membunuh aktivis-aktivis yang membawa bantuan. Jika kita bersikap sedemikian (dengan tidak membuka jalan untuk memudahkan bantuan kepada saudara seagama kita) maka kita telah mewarisi kezaliman Firaun yang kejam. Maka fikir-fikirkanlah kerana Allah swt mengurniakan akal yang terbaik untuk kita semua. Sesiapa yang berkelakuan sedemikian, maka mereka itulah termasuk dalam golongan yang akan dibangkitkan oleh Allah swt bersama Firaun, Qarun dan Hamman suatu masa nanti dan kita mohon kepada Allah swt menyelamatkan kita dari keadaan sedemikian.

Sekian. wassalam....

My Picture