Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, August 12, 2011

Setiap Insan Pasti Merasainya.....


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."


Alhamdulillah dipanjatkan syukur yang tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk terus bernafas dibumi-Nya dan diberi peluang untuk menikmati segala rahmat-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam.

Hari ini (Jumaat, 12 Ogos 2011) genap 1 minggu nenek pergi meninggalkan kami. Pergi untuk selama-lamanya, pergi untuk mengadap Ilahi. Nenek dijemput oleh Allah swt tepat waktu azan maghrib (khamis, 4 Ogos 2011) bersamaan dengan 4 Ramadhan 1432H setelah 1 minggu diuji oleh Allah swt dengan sakit tua.

Tepatlah janji Allah swt, setiap insan yang hidup pasti akan merasai saat kematian, saat untuk berpisah dengan dunia yang fana', saat untuk berpisah dengan insan tersayang, saat di mana segala janji-janji Allah swt ditunaikan. Dan apabila tiba saat perpisahan ini, ianya tidak dipercepatkan atau diperlewatkan walau dalam 1 saat sekali pun. Firman Allah swt di dalam surah al-Munafiqun ayat ke 11 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. "


Inilah janji Allah swt, kematian itu pasti, alam kubur itu benar, syurga dan neraka itu benar, hari akhirat itu benar, pembalasan terhadap amal di dunia ini benar, pertemuan dengan Allah swt itu benar. Oleh itu, dengan kebenaran itu wajiblah bagi kita yang hidup ini perlu yakin dengan sungguh-sungguh dan beramal sebagai bekalan untuk perjalanan yang jauh nanti.


Firman Allah swt di dalam ayat yang lain pula bermaksud:

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertakwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)." (surah Nuh ayat 4)


Untuk nenek, pergilah mengadap Tuhanmu dan Tuhanku iaitu Allah swt dengan jiwa yang tenang. Ingatlah kebenaran janji-janji-Nya tatkala Dia menjadikan kita dahulu. Redhailah-Nya agar Dia meredhaimu.

Buat nenek, tiada apa yang dapat ku hulurkan melainkan kiriman doa dan pahala untukmu. Tiada lagi harta kekayaan yang bernilai buatmu melainkan setangkai doa dan juga fatihah sebagai bekalan untuk mengadap Ilahi.

Semoga nenek ditempat bersama dengan orang-orang yang beriman sepertimana firman Allah swt di dalam surah Yusuf ayat ke 101 yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".


Wednesday, August 3, 2011

Rahmatnya Ramadhan; Semua Berpuasa, Tapi.....

In The Name Of Allah The Most Gracious The Most Merciful

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah dan seterusnya Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad swt, ahli keluarga dan seluruh sahabat baginda. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku dan dosa-dosa seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, sudah enam hari menjalani ibadah puasa ini, diri masih diberi kekuatan dan ketabahan oleh Allah swt untuk menjalani tarbiyyah Ramadhan untuk tahun ini. Ya Allah, aku mengharapkan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

Bila bercakap pasal rahmat Ramadhan, seluruh makhluk di dunia ini mendapat rahmat dari Allah swt disebabkan kedatangan Ramadhan yang mulia ini. Saya fokuskan hanya untuk manusia, maka seluruh ummat manusia mendapat rahmat dari Ramadhan baik orang yang beriman ataupun yang tidak beriman, orang yang hidup dan orang yang sudah meninggal, budak-budak kecil mahupun dewasa, semuanya mendapat rahmat dari Allah swt.

Kedatangan Ramadhan membawa rahmat untuk orang-orang yang beriman ialah dengan melipat gandakan ganjaran pahala di sisi Allah swt. Setiap amalan sunat yang dilakukan diberi ganjaran oleh Allah swt sepertimana amalan wajib, amalan wajib pula digandakan sebanyak lebih 1000 kali ganda. Pada malam ini dikurniakan satu malam yang ganjarannya melebihi 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadr. Pada malam bulan Ramadhan dikurniakan solat sunat Tarawih yang mana tiada pada malam-malam pada bulan lain. Inilah rahmat yang Allah swt kurniakan untuk orang yang beriman iaitu ganjaran yang hebat di sisi Allah swt.
(p/s : amalan yang dilakukan jangan sekadar mengharapkan ganjaran pahala semata-mata, namun amalan tersebut biarlah ikhlas kepada Allah swt untuk mendapatkan redha Allah swt. Ganjaran pahala disebut di sini adalah menggambarkan kelebihan amalan di dalam bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lain).

Ramadhan juga turut menjadi rahmat bagi orang yang tidak beriman, yang mana mereka juga dapat menikmati pelbagai kemudahan dan kelebihan yang disediakan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan banyak juadah-juadah berbuka khusus untuk orang-orang yang berpuasa dijual di setiap sudut tempat baik di bandar dan desa, namun orang yang tidak puasa juga boleh membeli dan menikmati pelbagai makanan yang tidak terdapat pada bulan lain. Perhatikanlah di persekitaran anda, rasanya orang yang tidak berpuasa membeli-belah dipasar Ramadhan mengalahkan orang yang berpuasa. Itulah rahmat untuk mereka yang tidak beriman.

Ramadhan juga menjadi rahmat bagi mereka yang sudah meninggal yang mana pada bulan ini Allah swt menutupkan pintu-pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga. Allah swt menangguhkan azab kubur yang sekian lama mengazab orang-orang yang berdosa di alam barkhzah. Itulah Rahmatnya bulan Ramadhan.

Walau bagaimana pun, dalam bulan Ramadhan ini rahmat Allah swt bercucuran tersedia untuk hambaNya. Namun kita perlu ingat, disebalik rahmat ini ada juga sebilangan manusia yang tidak memperolehi rahmat tersebut. Ramai manusia yang tidak sedar, mereka menyangkakan mereka mendapat rahmat di sisi Allah swt namun hakikatnya tiada sedikit pun rahmat Allah swt di sisi-Nya. Mereka yang berpuasa tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Mereka yang beramal namun tidak berjaya memperolehi taqwa selepas tamatnya tarbiyah ramadhan. Oleh itu, beringatlah diri kita agar kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang rugi daripada mendapat rahmat Allah swt.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama tingkatkan kesedaran untuk mendapat rahmat di sisi Allah swt. Hendaklah kita perbetulkan niat Ramadhan kita agar ia menjadi suatu yang bermanfaat yang dapat menjadi perawat rohani kita. Ramadhan adalah doktor yang benar-benar dapat merawat penyakit jiwa jika kita melalui perjalanan ramadhan dengan sempurna.

Walau bagaimana pun, perlu diingatkan bahawa ramadhan adalah medan ujian yang disediakan Allah swt untuk hamba-hambaNya. Ujian yang sangat berat perlu dilalui oleh setiap insan walau di mana dia berada. Sebagai contoh aurat, baik lelaki lebih-lebih lagi wanita. Disebelah paginya kita berpuasa elok, tapi petangnya pahala semakin berkurangan. Puncanya ialah apabila kita mengunjungi pasar/bazar Ramadhan. Bukan kita teringin sangat melihat aurat wanita (saya fokuskan pada aurat wanita kerana pada diri wanita itu terlalu luas skop aurat yang perlu dijaganya), namun terpaksa melihat. Jika kita berjalan pejamkan mata, sudah pasti kita akan melanggar sesuatu, dan yang paling merisaukan melanggar wanita.

Jika ditanya pada wanita tersebut (yang tidak menutup aurat dengan sempurna), sudah pasti mereka menjawab mereka juga berpuasa. Tetapi pakaian mereka hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Tengok depan, seksinya pakaian dia. Pusing kiri, lagi seksi. Alih pandangan ke kanan, masya Allah!! nampak pusat lak. Aduh..nak pandang mana pula ye.. Begitulah reaksi sesiapa yang pernah berkunjung ke pasar ramadhan. Jika kita tidak perasan hal tersebut maka terbuktilah kita adalah golongan yang suka melihat wanita yang berpakaian begitu. Jika hal sedemikian berlaku, maka berkuranglah puasa kita setelah berkunjung ke pasar ramadhan.

Sekali terfikir, mana lagi tempat yang sepatutnya dilihat, atau mana lagi tempat yang patut dialihkan pandangan. Jawapan yang sebetulnya, bukan lagi mengalih pandangan tersebut, tetapi mengalihkan diri untuk tidak berkunjung ke pasar ramadhan. Carilah gerai-gerai kecil di jalanan untuk membeli kuih muih atau lauk pauk untuk berbuka, gerai yang tidak menjadi tumpuan orang ramai. Walau tidak banyak aneka pilihan lauk pauk, tetapi cukuplah sekadar untuk berbuka. Asalkan tidak berkumpul dosa dan tidak mengurangkan pahala.



(30) Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

(31)Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(surah an Nur, ayat ke 30 &31)



Itulah disebalik rahmatnya bulan puasa, ada juga yang tidak mendapat rahmat. Ada yang menjadi ujian dan ada juga yang menjadi bahan ujian. Begitulah Allah swt menguji setiap hambaNya kerana Dia ingin melihat siapakah yang paling layak untuk dianugerah pangkat taqwa di penghujung ramadhan.

Sekian.


Saturday, July 30, 2011

Rindunya Menanti Saat ini...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, ku panjatkan rasa syukur yang tidak terkira banyaknya, selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Allah, Saidina Muhammad saw., ahli keluarga baginda, para sahabat, ikutan dan seluruh ummat Islam.

Firman Allah swt:

maksudnya: "wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu semua untuk berpuasa di bulan Ramadhan sepertimana telah diwajibkan ke atas ummat yang terdahulu sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa.."


Terasa baru semalam menunaikan ibadah puasa Ramadhan untuk tahun 2010, dan esok pula akn tiba sekali lagi puasa Ramadhan untuk tahun 2011. Tempoh setahun yang berlalu begitu pantas hingga diri ini tidak terasa pantasnya masa yang berlalu. Sedar-sedar puasa kali ini sudah tiba.

Alhamdulillah, di kesempatan Ramadhan kali ini, pertama sekali ana memohon jutaan kemaafan buat buat ummi, ayah, adik beradik, saudara-mara, jiran tetangga dan buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini sama ada yang pernah berinteraksi secara langsung dan secara tidak langsung. Kedatangan Ramadhan membawa sejuta rahmat dan rahmat itu akan hadir bagi mereka yang bersih jiwanya daripada dosa. Malaikat Jibril berdoa kepada Allah swt apabila menjelangnya Ramadhan, "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
1)Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada ibu bapanya (jika masih ada)
2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami dan isteri
3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. (termasuk jiran, sahabat, kenalan dan sebagainya)

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memohon kemaafan terlebih dahulu sesama kita agar setiap ibadah yang kita lakukan pada bulan yang mulia ini diterima oleh Allah swt.

Untuk Ramadhan kali ini, marilah kita tekadkan hati kita agar Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Kita tidak tahu tentang saat kematian kita. Dengan itu, kita juga tidak tahu sama ada kita masih diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang atau pun tidak. Apa yang mapu kita lakukan ialah manfaatkan peluang Ramadhan kali ini dan berdoa agar kita diberi kesempatan dan peluang untuk berjumpa Ramadhan berikutnya.

Kesimpulannya, jom kita sama-sama tingkatkan ibadah kita kepada Allah swt pada bulan yang mulia ini kerana pada bulan ini adalah bulan BONUS untuk kita semua. Setiap ibadah yang kita lakukan, pasti akan dilipat kali ganda pahala yang Allah swt sediakan. Yang penting, niat ikhlas kerana Allah swt agar kita dapat melalui perjalanan Ramadhan kali ini dengan sebaik yang mungkin dan matlamat di akhir nanti kita sama-sama memperolehi ketaqwaan di sisi Allah swt.




Sekian

Rozlan Daud
18500 Machang

Tuesday, July 5, 2011

Isra' kah Kita ? Suatu Yang Perlu Diambil Pengajaran dari Isra' dan Mikraj...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.



"Maha suci (Allah swt) yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari, dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami (Allah swt) berkati sekelilingnya bagi memperlihatkannya sebahagian daripada tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya, Dia-lah (Allah swt) Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah dan kurnia-Nya diberi kesempatan untuk saya menukilkan dalam blog ini sebagai perkongsian ilmu yang sedikit ini. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda dan seluru ummat Islam. Di kesempatan kali ini saya ingin berbincang dengan pembaca berkenaan dengan "Isra' dan Mikraj". Pada kebiasaannya, bersempena dengan bulan Rejab, hampir seluruh masjid akan membuat ceramah bagi mengingati peristiwa bersejarah ini yang merupakan mukjizat bagi Nabi Muhammad saw. Sering kali kita ingat, apabila disebutkan kisah "Isra' dan Mikraj" ini, terbayang di minda kita berkenaan dengan kisah Nabi kita dijemput oleh Allah swt untuk datang mengadab-Nya dan menerima suatu ibadah yang penting dalam Agama, iaitu Solat Fardu.



Isra', merupakan perjalanan Nabi Muhammad saw. daripada Masjidil haram yang terletak di Makkah ke Masjidil Aqsa yang terletak di Palestin. Manakala mikraj pula adalah perjalanan Nabi Muhammad saw daripada Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan seterusnya ke Arasy Allah swt. Peristiwa ini wajib diimani oleh setiap ummat Islam kerana ia merupakan suatu mukjizat yang tidak dapat difikir oleh akal manusia yang terbatas ini. Sesiapa yang tidak mempercayainya atau ragu-ragu dengan peristiwa ini, maka dia telah terpesong dari pegangan Agama yang benar.

Saya tidak mahu menghuraikan berkenaan dengan peristiwa isra' dan mikraj ini secara detail, kerana saya beranggapan (assume) anda lebih arif dari saya berkenaan dengan kisah isra' dan mikraj in
i. Ada pun yang saya ingin kongsikan adalah "Apakah kita telah mengambil pengajaran dari kisah ini". Bagi merungkaikan mukjizat Nabi yang agung ini, kita sebagai ummat Islam wajib mengambil pelajaran darinya sebagai amalan di dunia ini dan bekalan di akhirat kelak.

Allah swt menjelaskan kepada kita tentang Isra' (perjalanan) Nabi saw dari masjid ke masjid, iaitu Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pada malam hari untuk memperlihatkan kebesaran dari tanda-tanda kekuasaanNya. Apa yang boleh kita ambil pelajaran daripada apa yang Allah swt jelaskan ini ialah, kita juga seharusnya mengisra'kan diri kita untuk menyaksikan kekuasaan Allah swt. Persoalan yang timbu di sini ialah, ke manakah kita ingin isra'kan diri kita? Dan mampukah untuk kita mengisra'kan diri kita?

Bagi merungkai dua persoalan pertama ini, Allah s
wt menjelaskan kepada kita bahawa Dia (Allah swt ) telah mengisra'kan nabi saw dari masjid ke masjid. Oleh itu, kita juga perlu mengisra'kan diri kita dari masjid ke masjid bertujuan untuk melihat kebesaran Allah swt di dalam ibadah kita. Allah swt menjelaskan kepada kita bahawa Dia telah menjalankan hambaNya pada malam hari. Kita juga sewajarnya mengisra'kan diri kita pada malam hari. Jika kita lihat hari ini, rata-rata dari kita bekerja dan tidak mampu untuk mengisra'kan diri kita ke masjid pada waktu siang, maka waktu malam antara maghrib dan isya' perlulah mengisra'kan diri kita ke masjid untuk sama-sama menyaksikan kebesaran Allah swt di dalam ibadah kita.


Gambar: Masjid Machang, Sekadar Hiasan


Selain itu juga, isra' untuk diri kita juga boleh diambil pelajaran untuk menuntut ilmu agama yang diadakan di masjid. Sebagai contoh, pada malam ini ada ceramah agama yang disampaikan di masjid Pangkal Jenereh, dan pada malam esok diadakan kuliah agama di masjid Machang. Sebagai seorang yang suka mengisra'kan diri, maka dia telah mengisra'kan dirinya dari dari masjid Pangkal Jenereh ke masjid Machang untuk mengikuti kuliah Agama dan seterusnya ke mana-mana masjid yang lain pula. Inilah yang dikatakan sebagai Isra' dari masjid ke masjid pada malam hari bagi melihat kebesaran Allah swt seterusnya mencari radha Allah swt.

Adapun mikraj yang berlaku kepada Nabi saw. seperti yang dijelaskan oleh Allah swt ialah daripada masjid ke sidratul Muntaha dan seterusnya Arasy Allah swt. Namun bagi kita sebagai hamba pula, isra' adalah hak Allah swt. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha dan berserah kepada Allah swt. Mikraj yang berlaku kepada kita adalah amal ibadah yang kita laksanakan di bumi ini. Setiap ibadah yang dilaksanakan oleh kita sebenarnya juga mengalami mikraj, iaitu diangkat oleh malaikat untuk diperlihatkan kepada Allah swt. Walau bagaimana pun, ada sesetengah ibadah tidak diterima oleh Allah swt kerana pelbagai faktor, terutamanya tidak ikhlas dalam melaksanakan ibadah tersebut. Maka ibadah itu ditolak oleh Allah swt.

Persoalan yang kedua ialah "Mampukah kita untuk isra'? Persoalan ini sebenarnya memiliki jawapan di dalam diri kita. Jika kita hendak mengisra'kan diri kita, maka kita akan berusaha untuk ke rumah-rumah Allah swt sebagai sebahagian dari tuntutan agama Islam. Jika kita tidak berkeinginan untuk ke masjid, maka sebenarnya kita tidak berkeinginan untuk mengisra'kan diri dalam mencari erti redha Allah swt.

Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama meningkatkan usaha kita untuk terus mengisra'kan diri kita dari masjid ke masjid dalam usaha kita untuk mendapat redha Allah swt. Seterusnya kita mengharapkan Allah swt memikrajkan semua ibadah kita ke sisiNya sebagai ibadah yang diterima olehNya. Selain itu, ibadah yang sedikit yang kita lakukan akan diberi ganjaran yang berlipat ganda dariNya. Insya Allah.


Sekian Terima Kasih.


Rozlan Daud
18500 Machang

Saturday, June 18, 2011

Solat yang ditunaikan tanpa ilmu...(sekadar lawak namun ada kebenarannya)..

"Solat Yang Menjauhkan Diri Kepada Allah swt."

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana diberi peluang dan kesempatan dalam kesuntukkan masa, selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw., ahli keluarga baginda, para sahabat yang banyak memperjuangkan dan menegakkan agama Islam yang mulia, seterusnya seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, di kesempatan ini saya menulis bagi menjawab persoalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca blog saya. Diharapakan penulisan yang sedikit ini memberi gambaran yang jelas untuk dikongsi bersama kerana sebagai ummat Islam, perkara ini dipandang serius kerana melibatkan perkara besar iaitu solat. Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 45 yang bermaksud:

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah swt) dengan sabar dan solat, dan (solat) itu sesungguhnya berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"

Solat merupakan suatu perkara asas bagi ummat Islam untuk dilaksanakan sebagai ibadah wajib. Ini kerana solatlah yang membezakan seseorang itu sama ada ia Islam atau bukan Islam. Hari ini ramai yang kita jumpa di sekitar kita, baik dalam ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, orang kampung kita, negeri kita, malah skop yang lebih luas dalam negara kita. Jika kita membuat semakan di dalam kad pengenalan mereka, sudah semestinya tertera status agama mereka ialah Islam, namun mereka tidak solat, sedangkan solatlah yang membezakan seseorang itu Islam atau bukan Islam.

Sekadar hiasan

Menurut pandangan sesetengah ulama, mereka mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat ini terkeluar daripada Islam dan mereka perlu melafazkan shahadah balik bagi mengembalikan mereka kepada Islam. Namun begitu, dalam mazhab Syafie, seseorang yang meninggalkan solat tidaklah terkeluar ia daripada agama Islam, namun seseorang itu berdosa besar dan wajib bertaubat dengan taubat nasuha serta menggantikan solat yang mereka tinggal itu.

Adapun dalam bab rezeki orang yang meninggalkan solat, rezeki yang mereka perolehi adalah tidak berkat malah kebanyakkan ulama mengatakan ianya haram walau pun pekerjaan yang mereka lakukan itu halal. Hal ini kerana mereka bekerja di dalam waktu solat, sebagai contoh, mereka melakukan sesuatu kerja bagi mendapatkan rezeki dan kerja yang mereka buat itu jelas halal, namun mereka meninggalkan solat zohor sehinggalah masuknya waktu asar. Maka rezeki di antara waktu zohor hingga ke waktu asar itu sudah menjadi haram dengan sebab mereka meninggalkan solat. Begitulah seterusnya jika dari asar hingga ke maghrib dan seterusnya.

Berbalik kepada tajuk di atas dan soalan yang dikemukan oleh pembaca, solat juga boleh menjauhkan seseorang kepada Allah swt. Sedangkan kita tahu bahawa solat dapat mencegah seseorang kepada perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
(al-Ankabut: 54)
Ini janji Allah swt kepada mereka yang mendirikan solat denga khusyuk. Kerana solat yang dapat mencegah seseorang daripada perkara keji dan mungkar. Namun hari ini ramai yang kita temui bahawa seseorang yang mendirikan solat, namun masih ramai juga yang melakukan dosa dan maksiat kepada Allah swt, maka sudah pasti ia bercanggah dengan janji Allah swt di atas dan di situ akan timbul pula persoalan "adakah solat kita tidak diterima oleh Allah swt, kerana Allah swt berjanji bahawa sesiapa yang mendirikan solat maka solatnya dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Persoalan ini seharusnya sentiasa bermain di fikiran kita, apakah kita sering melakukan dosa dan maksiat dengan sengaja? atau apakah solat kita tidak diterima oleh Allah swt kerana kita mendirikan solat dan mengapa kita masih mel akukan maksiat?..Fikir-fikirkan....


Di manakah solat kita, adakah kita seperti ini....fikir-fikirkan..


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan menjauhkan dirinya dari Allah.”


Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memuhasabah diri kita sejenak, adakah kita dalam kelompok mereka yang mendirikan solat tetapi masih melakukan dosa dan maksiat kepada Allah swt. Jika ya, maka marilah kita bersegera untuk bertaubat kepada Allah swt dan memeohon keampunan dari-Nya serta menerima solat kita. Ingatlah bahawa solatlah yang merupakan amalan yang pertama kali dihitung oleh Allah swt di hari akhirat kelak.

Akhir kata, jangan kita tinggalkan solat, sentiasa muhasabah solat kita, dan perbaikilah solat dari semasa ke semasa agar solat kita menjadi amalan yang diterima oleh Allah swt dan menjadi bekalan di hari yang tiada seorang pun yang dapat membela orang lain sedikit pun iaitu hari pembalasan (akhirat).

Sekian (**pss: Hayati video di atas...jika kita tiada ilmu dalam solat, akhirnya beginilah jadinya..sekadar lawak dalam nasihat...)

Rozlan Daud
18500 Machang

Sunday, June 12, 2011

Puisi Untukmu Isteri.....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur atas segala nikmat kurniaan-Nya, Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw., para sahabat dan seluruh ummat Islam. Kiranya terlalu lama ana tidak "up to date" blog ana ni. Maklum la, kesuntukkan masa yang sering kali menjadi alasan.huhuhu..

Namun untuk kali ini, di kesempatan ini, ana tuju khas "puisi" ini untuk bakal isteri. Tidak kiralah siapa pun dia, yang pasti dia seorang wanita, bukan isteri orang, dan bukan ahli keluarga terdekat (mahram).


Sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah...



Puisi ini bertajuk "Puisi Untuk Mu Isteri"...

Telah ditakdirkan lahirnya Engkau keranaku...
Demi menjadi suri hidupku...
Telah ditakdirkan engkau
lahir untuk menemani ranjau hidupku...
Begitu juga telah ditakdirkan lahirnya
Engkau kerana anak-anakku...

Telah ditakdirkan Engkau lahir
untuk sehati sejiwa denganku...
Melayari bahtera rumah tangga...
Merempuh pelbagai cabaran dan mehnah...
Demi kejujuran dan keihklasan...

Telah ditakdirkan Engkau...
Untuk hidup bersamaku...
Janganlah Engkau gadaik
an jujur setiamu...
Jangan pula Engkau noda damai kasihku...

Andai kata taufan melanda pelayara
n bahtera rumah tangga kita..
Maka Bersabarlah...
Kerana mungkin itu ujian kasih sayang antara kita...
Untuk dikurniakan rahmat dan keredhaan...

aku...
tidak mepunyai apa-apa...
melainkan dirimu dan anak-anak...
itulah hartaku yang paling berharga...
Sering ku ucapkan padamu...
Kan terus ku bimbing dirimu dengan benih-benih keimanan...
Kan ku sirami dirimu deng
an air ketaqwaan...
Redha dan kasihnya sang suami...
pada insan yang bergelar isteri...
hingga ke alam yang kekal abadi..
di syurga menanti...

Andai ditakdirkan aku lupa..
ingatkanlah janjiku ini...
Tatkala teruk
irnya janji...
disaat ijab qabul ku dihadapan wali...
Janjiku pada Ilahi...
Untukmu Isteri...

-Rozlan Daud, 12 Jun 2011-




Sekian.


Rozlan Daud

18500 Machang




Tuesday, May 24, 2011

SAINS DAN DUNIA REALITI VS ILMU AGAMA.......

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah dipanjatkan syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat kurniaan-Nya, Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Allah, Penyudah segala Nabi lagi Rasul, juga buat sahabat bagindan dan seluruh ummat Islam yang telah banyak membantu dalam memastikan Kesyumulan Islam.

"Andai kata sudah tiada lagi mereka yang berjuang menegakkan Islam hari ini, maka sudah pasti akan digantikan dengan mereka yang lain suatu hari nanti. Natijahnya Islam pasti terus bersinar.."

Realiti dunia hari ini menyaksikan bahawa rata-rata penganut Islam sudah tidak lagi bersyukur atas nikmat kurniaan Islam. Mungkin hal ini adalah kerana mereka memperolehi nikmat Islam itu secara mudah iaitu dilahirkan terus sebagai ummat Islam. Sesuatu yang diperolehi dengan mudah ini menjadi salah satu faktor mereka sukar untuk menghargai nikmat Islam itu berbanding dengan mereka yang memperolehinya dengan cara bersusah payah. Jika sesuatu itu sukar untuk diperolehi, sudah pasti mereka akan menghargainya sepertimana orang-orang terdahulu yang sukar untuk mendapatkan nikmat Islam. Ini kerana, Islam yang mereka terima suatu ketika dahulu adalah dengan cara yang sukar sehingga terpaksa berjuang hingga ke titisan darah berbanding dengan kita hari ini.


Penyatuan antara Ulama' Agama dengan Ulama' Sains menghasilkan Ilmuan Islam yang mantap dari segi fizikal dan mental.


Bersyukur merupakan satu sifat yang lahir dari hati yang subur hasil daripada siraman roh ketaqwaan. Ilmu tidak menjaminkan seseorang itu menjadi bersyukur. Tetapi dengan sedikit taqwa, ia mungkin menjadikan seseorang itu hampir dengan Allah swt. Teringat dengan hadis nabi saw yang bermaksud:

"Permulaan Agama itu ialah dengan mengenal Allah swt..."

Kerana inilah, seseorang yang ingin menjadikan dirinya lebih bersyukur, maka ia perlu mendekatkan diri dengan Allah swt. Kerana sifat syukur itu lahir dari hati yang ikhlas dan ia (sidat syukur) adalah pancaran dari "NUR" Allah swt. Dan untuk mendekatkan diri seseorang itu perlu mengenali Allah swt. Mana mungkin kita boleh rapat dengan Allah swt sekiranya kita tidak mengenali-Nya. Begitu juga dengan realiti kehidupan manusia, mana mungkin kita boleh dekat dengan seseorang jika kita tidak mengenalinya. Apatah lagi untuk menyangai dan mencintai. Namun cinta sesama makhluk itu tidaklah sehebat cinta kepada Allah swt dan janganlah menjadi hamba kepada "Cinta Makhluk"....

Sains membuktikan kebenaran al-Quran dan sains merupakan cabang ilmu yang membenarkan kebenaran agama Islam.


Menuntut ilmu Tuhid itu wajib ke atas seluruh ummat manusia kerana ia adalah merupakan jalan untuk mengenali Allah swt. Ada pun ilmu yang selain dari itu adalah fardu kifayah yang menuntutkan seseorang untuk mengusainya. Walau bagaimana pun, perbandingan ilmu sains dan ilmu agama ini sangat berbeza kerana ilmu sains menuntut kepada sesuatu yang realiti dan diterima akal. Ada pun ilmu agama ini melibatkan keimanan dan kepercayaan yang jauh di luar jangkaan akal manusia. Akal merupakan makhluk daripada makhluk-makhluk Allah swt dan apabila ia disebut sebagai makhluk, maka makhluk itu mempunyai kelemahan tersendiri. Mana mungkin sesuatu yang lemah itu hebat untuk berfikir sesuatu yang diluar jangkaan sepertimana dalam bab keimanan, hari kebangkitan dan sebagainya kerana ia menuntut kepada kepercayaan.

Walau bagaimana pun, ilmu sains ini adalah satu bidang ilmu yang menuntut kepercayaan akal. Kerana tanpa logik akal, ilmu sains tidak dapat untuk membuat hipotesis awal sebalum sesuatu kajian itu dibuat. Kerana itulah dalam sains tidak wujud bab roh dan ketuhanan apatah lagi bab-bab yang berkaitan hari kebangkitan serta syurga dan neraka. Semua perkara ini adalah sesuatu di luar kemampuan akal dan sudah pasti ia tidak dapat dibuat penyelidikan khusus untuknya. Namun dalam ilmu agama, ia dijelaskan oleh Allah swt kerana Allah swt yang menjadikan makhluk, dan Dia Yang Maha Mengetahui hakikat setiap kejadian yang telah ditetapkan-Nya. Oleh sebab itulah kita sebagai manusia perlu menerima sesuatu diluar jangkaan akal itu dengan penuh keyakinan dan keimanan sepenuhnya.


Proses kejadian hujan yang dijelaskan oleh ilmu sains yang bertepatan dengan apa yang dijalaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran..


Ada pun kehebatan ilmu sains ini terbukti dan sungguh membuktikan kebenaran ilmu agama. Dua cabang ilmu ini perlu diselaraskan bersama kerana di dalam agama terdapatnya ilmu sains dan ilmu sains yang realiti itulah membuktikan kebenaran agama. Penulis mengambil contoh satu persoalan yang timbul berabad-abad lamanya. Iaitu perkaitan antara "telur dan ayam". Di sini penulis mahu membuktikan kedua ilmu ini perlu diganding bersama untuk mencapai objektif bagi mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Jika dahulu kita sering bertanya, antara telur dan ayam, yang mana wujud paling awal? Bila kita katakan ayam, maka timbul pula persoalan ayam datang dari telur dan begitulah sebaliknya. Namun dalam ilmu agama, seseorang itu yakin bahawa Allah swt yang maha menciptakan. Dan ciptaan pertama ialah ayam itu sendiri baru kemudian dijadikan telur melalui ayam. Bukti ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam al-Quran. Contoh yang lain pula ialah Allah swt menjelaskan berkaitan bumi yang mati dan kemudian menjadi subur setelah disiram oleh hujan yang turun dari langit. Proses kejadian hujan tidak dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran namun sains yang membuktikan bagaimana proses itu berlaku. Inilah yang dikatakan bahawa sains membuktikan kebenaran agama Islam itu sendiri. Telah terbukti bahawa ilmu sains dan agama saling memerlukan untuk menjadikan seseorang itu hampir dengan Allah swt.

Manusia yang hebat ilmu sains sudah pasti kedudukannya terlalu hampir dengan Allah swt kerana mereka menuntut ilmu secara realiti berbanding dengan ilmu agama yang mana mereka hanya menerima secara hakikat tanpa realiti yang sebenarnya. Ilmu sains tanpa iman akan menyesatkan manusia kerana ia mengingkarkan akan wujudnya keagungan Allah swt. Walau begitu, ilmu agama tanpa ilmu sains membuatkan seseorang itu hanya menerima secara keyakinan tanpa mendatangkan bukti kebenaran.


Penyelidikan yang dijalankan hari ini mampu menemui pelbagai manfaat untuk kehidupan manusia sejagatnya.


"Hebatnya seseorang itu ialah apabila ia mengenal Allah swt melalui makrifatullah dan dibuktikan dengan kebenaran sains ke atas ciptaan-Nya sebagai asas untuk membenarkan wujudnya sifat Allah swt yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..."(Rozlan,2010)

Ilmu sains adalah cabang ilmu agama yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran dan sekarang ini baru sahaja diperkenalkan di dalam dunia moden. Semakin hari semakin jelas kebenaran "Kalam" Allah itu telah dibuktikan oleh sains moden. Penulis mengambil contoh tentang proses kejadian manusia yang mana Allah swt telah jelaskan lebih kurang 14 abad yang lalu dan dunia moden baru menemuinya separuh abad yang lalu. Kebenaran al-Quran itu tidak sedikit pun bercanggah dengan sains malah sains mengikuti dan mengakui kebenaran yang hakiki dari Kalam Allah swt itu.

Majoriti sainstis hari ini mengakui kebenaran dan kesahihan al-Quran dan rata-rata antara mereka telah memeluk Islam kerana mereka yakin bahawa Allah swt itu maha Berkuasa. Mereka memeluk Islam adalah kerana mereka yakin dengan sepenuh hati dan dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan dan akhirnya mereka menemui Allah swt berbanding kita yang sekadar yakin semata-mata.

Kesimpulannya, Ilmuan Islam tidak hanya pakar dalam bidang agama semata-mata, tetapi mereka turut pakar dan menjadi tempat rujukan dalam pelbagai bidang ilmu yang lain. Ulama' Islam sewajarnya menerima pandangan ulama' sains manakala ulama' sains perlu mengakui pandangan dan pendapat ulama Islam. Gabungan kerjasama yang erat ini mampu melahirkan generasi ummat Islam yang hebat dan tidak bergantung kepada orang bukan Islam.

Sekian,

Rozlan KMP 2011
06200 Arau

Tuesday, April 26, 2011

TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN "HAK" ISTERI....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Allah, Syaidina Mursalin, Muhammad SAW., ahli keluarga bagindan dan seluruh ummat Islam.

Sebenar-benar perkataan ialah Kalam (al-Quran) Allah swt, sebaik-baik agama ialah agama Nabi Ibrahim, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad saw., seburuk-buruk perkara ialah yang direka-reka (diada-adakan), dan setiap yang direka-rekakan itu adalah bida'ah, dan setiap yang bida'ah itu pasti ke neraka.

Alhamdulillah, dikesempatan dan peluang yang ada ini ana ingin berkongsi sesuatu untuk kita sama-sama mendapat sedikit manfaat agar ia menjadi bekalan hidup kita. Kali ini saya memilih tajuk " Tanggungjawab Suami dan Hak Isteri" merupakan ulasan ringkas untuk kehidupan di alam rumah tangga. Tidak dapat tidak, setiap manusia yang normal dan waras pula akal fikiran sudah pasti mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga. Namun, sebelum membina mahligai kebahagiaan itu, pelbagai keperluan yang diperlukan untuk memastikan kebahagiaan dicapai. Kata orang, "harta tidak menjamin kebahagiaan", tetapi ingatlah tanpa harta sudah pasti hidup tidak pasti bahagia. Hari ini, keperluan kepada meterial amat diperlukan tetapi janganlah kerana keperluan meterial itu kita mengabaikan keperluan yang lain.

Selain dari keperluan meterial, keperluan ilmu juga penting dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga. Ini kerana, dengan ilmu seseorang itu dapat mengaplikasikan agama yang mereka anuti. Tanpa agama, mana mungkin rumah tangga akan aman dan bahagia. Harta tidak mampu untuk membeli kebahagiaan kerana kebahagiaan itu milik Allah swt dan sudah pasti Allah swt akan mengurniakan kebahagiaan itu kepada hamba-Nya yang taat pada perintah-Nya.

Ingatan bagi lelaki yang bakal bergelar suami, apabila kamu telah diakad nikah oleh wali, atau wakil wali kepada perempuan, maka sesungguhnya kamu telah memikul amanah dan tanggungjawab terhadap anak gadis mereka. Kamulah yang menjadi pemimpin untuk isteri dan anak-anak kamu nanti. Semua keperluan dan hak asasi untuk mereka adalah di bawah tanggungjawab kamu, baik dari segi keperluan asas seperti makan, minum, pakai, dan sebagainya. Malah keperluan ilmu pendidikan, akhlak, sosial dan sebagainya adalah kewajiban yang tertanggung di atas kamu. Oleh itu, mampukan kamu berakad nikah sebelum diri kamu belum cukup bersedia di atas keperluan tersebut? Jika persoalan "adakah kamu mahu berkahwin?" ditanyakan kepada lelaki, sudah pasti mereka menjawab mereka ingin berkahwin. Dan bila ditanya lagi, "adakah mereka bersedia?", sudah pasti jawapan mereka (lelaki); ya kami sudah bersedia. Tetapi hakikatnya apakah "persediaan" yang dikatakan oleh lelaki itu yang mereka sudah bersedia.

Persediaan harta benda adalah tidak cukup untuk membahagiakan keluarga. Tetapi tanpa persediaan harta benda seperti tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya juga tidak akan membahagiakan rumah tangga kerana keperluan hari ini memerlukan kepada harta benda. Cuba anda bayangkan, hari ini manusia lahir sahaja memerlukan wang. Wang untuk membayar kos rawatan dan perkhidmatan hospital, wang untuk pendaftaran kelahiran, wang untuk lampin dan sebagainya. Pendek kata, lahir sahaja manusia, sudah pasti perlu kepada kewangan.

Persediaan ilmu berkenaan rumah tangga juga perlu dalam mengurus rumah tangga. Jika tiada ilmu rumah tangga yang secukupnya, maka mudah sahaja kebahagiaan rumah tangga itu digoyahkan dan akhirnya berlakulah penceraian. Hari ini, jika kita bertanya kepada pejabat agama, atau di mahkamah syariah, terdapat banyak kes penceraian yang berlaku. Di mana puncanya? Salah siapa? Fikir-fikirkan.

Selain itu, keperluan ilmu agama adalah juga merupakan tanggung jawab suami. Walaupun mendidik anak ini adalah tugas bersama dengan isteri, namun sebagai ketua dalam keluarga, keperluan untuk mengetahui asas agama adalah tanggungjawab suami. Mana mungkin suami yang jahil agamanya dapat melaksanakan keperluan agama di dalam rumah tangga mereka seperti mana yang dilandaskan oleh syariat. Mana mungkin suami yang jahil agamanya dapat mengajar isteri dan anak-anak mereka tentang ilmu agama. Ingatlah wahai mereka yang bergelar suami atau bakal bergelar suami, sesungguhnya kebahagiaan itu adalah milik Allah swt untuk hamba-Nya. Ia (kebahagiaan) tidak dapat dibeli atau ditukar ganti dengan harta benda yang bersifat fizikal, tetapi kebahagiaan itu adalah kurniaan dari Allah swt untuk hamba-Nya yang bertaqwa. Mana mungkin seseorang itu dapat menjadikan dirinya bertaqwa selagi mereka tidak memiliki asas ilmu agama kerana ilmu agamalah yang mengajar erti taqwa. Oleh itu, keperluan dalam persediaan untuk memiliki ilmu agama ini adalah tanggungjawab kepada setiap lelaki dan perempuan dalam mencapai keredhaan dan kebahagiaan dalam pelayaran alam rumah tangga.

Jika kita perhati dalam kehidupan kita hari ini, semakin ramai lelaki yang kurang ilmu agamanya, bukan tiada, tetapi majoritinya ramai yang semakin jahil ilmu agamanya. Bukan itu sahaja, malah mereka juga turut jahil dalam menguasi ilmu fardu kifayah. Buktinya, golongan lelaki ini semakin mengalami kepupusan di universiti atau di institut pengajian tinggi. Rata-rata yang kita jumpa di tempat pendidikan tinggi ini adalah golongan wanita. Ke manakah lelaki? Adakah lelaki semakin "bodoh" sehinggakan mereka tidak mampu untuk belajar di menara gading? Atau kerana golongan wanita telah mengalami transgenik yang menjadikan mereka "super intelligent"? Saya yakin anda ada jawapannya. Ini kerana lelaki yang diberi amanah sudah pasti mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengurus amanah tersebut. Tetapi disebabkan pelbagai punca, mereka (lelaki) tidak mengetahui kekuatan yang mereka miliki itu dan mereka tidak tahu menggunakan kekuatan dan kelebihan yang mereka ada.

Suami mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri mereka. Para suami bukan sahaja wajib menyediakan makan dan pakai serta tempat tinggal untuk isteri seperti yang difahami oleh kebanyakkan kita. Tetapi suami turut bertanggungjawab dalam memberi didikan agama ke atas para isteri mereka. Suami juga perlu menyediakan kemudahan asas untuk isteri hatta perlu menyediakan tukang gaji jika diperlukan. Suami juga perlu mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat.

Bersambung.........

Sekian.

Friday, April 1, 2011

Aku Terima Nikahnya..." Bercinta Hingga Ke Syurga"

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah dipanjatkan syukur yang tidak terhingga atas segala nikmat yang Allah swt kurniakan untuk kita semua dari alam roh hingga ke alam roh yang berikutnya. Sesungguhnya setiap saat yang berlalu kita sentiasa mengambil rahmat dariNya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pemurah. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw. ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam yang gigih berjihad dalam menegakkan agama Allah swt.

Alhamdulillah pertama sekali ana memohon jutaan kemaafan kerana terlalu lama tidak menjengok blog ana ni. Di kesempatan yang ada ini ana tergerak hati untuk menulis berkenaan pasal cinta dan jodoh. Sudah menjadi fitrah insan yang waras akalnya pasti mempunyai perasaan untuk mengasihi dan dikasihi. Oleh itu, perasaan itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun hatta seorang rahib di dalam gereja sekali pun mempunyai soal cinta di hati mereka.

Perasaan kasih mengasihi itu pasti akan dibuktikan dengan sebuah perkahwinan. Sebab itulah juga dalam semua agama, pasti perkahwinan ada. Baik dalam agama Islam sendiri, agama Kristian, Hindu dan apa sahaja termasuklah masyarakat pribumi yang tidak tahu apa pegangan agama mereka sekali pun mereka tetap mempunyai adat dan cara perkahwinan tersendiri. Ini membuktikan agama yang ada di dunia ini TIDAK menghalalkan penzina tetapi agama yang mereka anuti mengiktiraf perkahwinan.

Pernahkah anda membaca buku "Aku Terima Nikahnya" dan " Bercinta Sampai Ke Syurga" karangan ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kali ini, bukan buku ini yang hendak dikongsi dengan anda walau tajuknya hampir sama. Tetapi apa yang hendak dikongsi kali ini ialah hanya serba ringkas berkenaan dengan cinta dan jodoh seperti mana yang ditetapkan oleh Allah swt untuk kita sebagai hambaNya.

Cinta merupakan suatu perasaan yang dikurniakan dari Allah swt untuk hambaNya. Perasaan cinta itu dikurniakan oleh Allah swt sekadar satu peratus sahaja di dunia ini untuk hamba-Nya manakala 99 peratus lagi adalah tersimpan untuk hamba-Nya di akhirat kelak. Yang satu peratus inilah kita cintakan Allah swt, untuk cintakan makhluk-Nya. Dengan satu peratus ini jugalah harimau di hutan menyayangi anak-anaknya dan dengan satu peratus ini juga, kita berkasih sayang semasa manusia. Oleh itu, manfaatkanlah satu peratus yang dikurniakan oleh Allah swt ini.

Perasaan cinta itu lahir dari hati, ianya tidak dipaksa dan tidak pula memaksa untuk menyayangi dan disayangi, ia lahir dari hati mereka yang waras akal fikirannya. Sebab itulah sering kali kita mendengar pepatah "Cinta Itu Buta". Terfikirkah kita kebenaran hakikat pepatah itu? Atau apakah butanya cinta kita? Fikir-fikirkan.

Bila bercakap pasal cinta, banyak pandangan dan pendapat yang dilontarkan oleh mereka kebanyakkan. Ada pandangan dari mereka yang pakar tentang erti cinta, ada pula dari kalangan masyarakat biasa dan yang tidak boleh tahan ada juga dari kalangan pelajar sekolah rendah pun turut sama menyatakan pandangan mereka terhadap erti cinta. Pendek kata, semua orang mahu memperkatakan tentang cinta. Itulah hebatnya cinta sampai secilik pelajar sekolah rendah pun memperkatakan tentang cinta.

Kerana cinta itu suatu perasaan, maka setiap antara kita yang waras tidak terlepas daripada memiliki perasaan cinta ini. Jarang sekali kita mendengar mereka yang tidak suka atau sudi untuk bercinta hatta dalam dunia moden ini semakin ramai yang kita jumpa cinta sejenis, (moga Allah melindungi kita dan keturunan kita daripada terlibat dengan cinta sejenis). Apabila ia merupakan suatu perasaan, maka ia juga berkait rapat dengan perasaan menyayangi dan disayangi.

Bila bercakap pasal cinta, kita selalu dengar cinta itu seharusnya dibuktikan dengan perkahwinan. Jika tidak, maka sia-sialah erti cinta. Kerna itulah tertulisnya tajuk "Aku Terima Nikahnya" sebagai bukti cinta yang dirancang. Cinta memerlukan pengorbanan, cinta juga memerlukan kesabaran, cinta juga perlu dihiasi dengan persefahaman dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Ia bertujuan untuk merealisasikan impian sebuah cinta yang dirancangan untuk diakhiri dengan sebuah perkahwinan.

Betul ke orang cakap jodoh ini ditetapkan?

Bila bercakap pasal jodoh, ramai "ulama-ulama" cinta memperkatakan sesuatu tentang jodoh. Ulama' pertama memperkatakan jodoh ini ditetapkan oleh Allah swt dan seharusnya berserah pada takdir tanda membuat perancangan dan usaha. Mereka lebih memperkatakan bercinta itu "haram" hukumnya. Berdalil kepada nas mana pun saya tidak pasti. Mereka menolak sehabis-habisan cinta sesama makhluk. Yang mereka harapkan ialah cinta dari Allah swt dan jodoh itu adalah dikurniakan oleh Allah swt.

Ulama' kedua memperkatakan jodoh ini berdasarkan kepada usaha kita tanpa bersandar terus kepada kekuasan Allah swt. Bagi mereka, cinta ini perlu untuk mendirikan rumah tangga. Dengan siapa jodoh kita adalah berdasarkan kepada usaha mereka "mengayat" atau "tackle" mana-mana perempuan. Akhirnya bila persetujuan ditetapkan maka terjadilah sebuah perkahwinan. Bagi mereka jodoh adalah usaha mereka semata-mata. Maka pandangan sebegini ana katakan sesat dari ajaran Islam.

Ulama' berikutnya memperkatakan soal jodoh ini adalah kekuasan Allah swt menentukan siapa yang terbaik untuk hamba-Nya. Namun Allah swt itu tidak zalim dan memberi peluang kepada hamba-Nya untuk membuat perancangan dan pemilihan. Jika perancangan yang dibuat oleh hamba-Nya itu adalah yang terbaik sejajar dengan perancangan Allah swt, maka Allah swt menerima perancangan hamba-Nya itu. Namun jika perancangan hamba-Nya itu bukan perancangan yang terbaik disisi-Nya, maka Allah swt membuat perancangan yang terbaik untuk hamba-Nya selaras dengan firman-Nya yang bermaksud;

"Kamu merancangan, dan Allah juga merancang, Dan sesungguhanya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah swt"

Perancangan dan pemilihan yang dibuat oleh hamba-Nya ini pula ana ketegorikan kepada empat faktor untuk mencapai matlamat sebuah perkahwinan. Kerana indahnya cinta itu apabila ia dibuktikan dengan sebuah perkahwinan, maka dengan itulah manusia bersusah payah menjaga hati dan perasaan kekasihnya untuk merealisasikan sebuah perkahwinan. Faktor untuk mencapai matlamat perkahwinan ini, ada diklangan hamba Allah itu mengikut syariat sebagai jalan dan landasan untuk membuat pemilihan terhadap jodohnya. Ada juga yang membelakangi syariat hingga sanggup berbuat apa sahaja yang penting matlamat mereka untuk mencapai jodoh dan berkahwin itu tercapai. Kata orang "matlamat menghalalkan cara". Tapi kata Agama "Matlamat tidak menghalalkan cara", oleh itu fikir-fikirkan yang mana yang anda ingin mengikuti sama ada kata orang atau kata agama.

Faktor pertama perancangan atau pemilihan seseorang itu terhadap jodohnya ialah dengan mereka meminta bantuan daripada orang lain. Sebagai contohnya mereka dipertemukan dan membuat perancangan berdasarkan perancangan orang tua mereka atau saudara mara yang terdekat. Mereka ini tidak pernah berjumpa apatah lagi ingin untuk berbuat sesuatu yang diharamkan oleh agama, semua perancangan diatur oleh orang tua atau saudara mereka. Dan perancangan ini juga diterima oleh Allah swt. Biasanya perancangan perkahwinan seperti ini diamalkan oleh orang tua-tua kita dahulu tapi ianya masih diamalkan lagi oleh sedikit golongan remaja hari ini.

Faktor perancangan dan pemilihan jodoh yang kedua adalah dengan usaha sendiri. Sebagai contoh, dua insan bertemu, dan bercinta kerana Allah swt. Mereka menjaga syariat-syariat yang ditetapkan dan tidak melanggar batasan agama. Mereka membuat perjanjian untuk saling mengenali hati budi dan memahami antara satu sama lain dan berdoa mengharapkan Allah swt mempertemukan mereka dan membuktikan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan. Dalam usaha mereka untuk mengenali dan memahami dua hati itu mereka tidak lupa akan syariat dan Allah swt. Cinta seperti inilah yang sukar untuk ditemui kerana yang selalu kita jumpa ialah ramai yang bercinta tetapi ramai pula yang lupakan syariat dan batasan Allah swt. Kesimpulan awalnya ialah dua hati yang bertemu, bercinta dan menjaga hubungan kerana Allah swt dan mengharap pertolongan dari Allah swt untuk membuktikan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan.

Faktor ketiga pula ialah mereka bertemu, mereka bercinta dan mereka membuat maksiat iaitu mengambil jalan mudah dengan melakukan penzinaan. Akhirnya kerana perhubungan haram itulah mereka melangsungkan perkahwinan. Jodoh mereka juga terbukti tetapi jalannya adalah suatu yang bertentangan dengan agama. Mungkin kerana inilah yang amat ditakuti oleh sesetengah "ulama' " yang secara lantang mengharamkan terukirnya sebuah percintaan itu. Kerana Islam tidak menetapkan matlamat menghalalkan cara.

Faktor keempat yang berkaitan dengan tercapainya jodoh seseorang melalui perancangan dan pemilihan ialah; ada segolongan manusia baik lelaki ataupun wanita datang menemui bomoh atau pengamal ilmu hitam untuk meminta pertolongan bagi mencapai jodoh mereka. Usaha mereka dengan menggunakan cara yang tidak elok iaitu mungkin dengan menjampi gambar orang yang mereka berkenan atau dengan menggunakan minyak guna-guna yang sering kita dengar dan pelbagai cara lain yang selalu diamalkan oleh bomoh. Biasanya bomoh ini meminta pertolongan dari jin atau syaitan. Hasilnya orang yang dijampi itu akan mengikut kehendak mereka dan akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan tanpa kerelaan dari sebelah pihak yang terkena jampi serampah tersebut. Cara ini juga diperkenan oleh Allah swt kerana usaha manusia itu mendapatkan perkhidmatan bomoh. Jelas cara ini juga adalah haram disisi Islam.

Ketahuilah bahawa jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah swt. Oleh itu jagalah perhubungan dengan Allah swt sebaik-baiknya agara Allah swt menjaga hubungan kita dengan pasangan kita sebaik-baiknya. Ingatlah bukti cinta itu ialah dengan terjalinnya sebuah perkahwinana (aku terima nikahnya..) dan ingatlah sebaik-baik perkahwinan ialah bercinta hingga ke syurga. Ingatlah, tempat kesudahan kita ialah di negeri akhirat dan sebaik-baik tempat kembali ialah di syurga yang kekal abadi. Jika di dunia kita ingin hidup bersama dengan pasangan yang kita cintai, tidakkah kita juga sudi untuk hidup bersamanya di syurga nanti? Ana tinggalkan persoalan ini untuk sahabat semua sebagai panduan untuk kita sama-sama fikirkan.

Akhir kata, katakanlah kepada orang yang anda cintai itu "Aku terima engkau seadanya kerana Allah swt yang menjadikan engkau. Oleh itu, terimalah aku seadaanya (baik dan buruk) kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna (perfect) di dunia ini. Jika engkau cintakan aku kerana paras rupaku, ketahuilah bahawa ia tidak kekal dan pasti dimamah usia. Jika engkau cintakan aku kerana hartaku, nescaya ia akan membuatkan engkau menjadi miskin. Jika engkau cintakan aku kerana keturunanku, ketahuilah bahawa ia akan menjadikan engkau hina. Jangan cintakan aku kerana ilmuku, kerana bila aku jahil engkau akan meninggalkan aku. Tapi cintalah aku kerana Allah swt yang menjadikan aku sebagai pasangan. Oleh itu, kekalkan kami dalam cinta yang abadi hingga ke syurga. "

Sekian.

Rozlan Daud
18500 Machang

Wednesday, February 2, 2011

Kebangkitan Islam....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, kemudian alhamdulillah dan seterusnya alhamdulillah. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Allah Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seterusnya seluruh para sahabat yang memperjuangkan Islam.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

(surah al-Imran ayat ke 26)

Pertama sekali ana memohon jutaa kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Kali ini ana meluangkan sedikit masa sekadar untuk berkongsi dengan sahabat pembaca sekalian. Rata-rata sudah dimaklumkan berkenaan denga berita rusuhan yang berlaku menggemparkan dunia terutamanya kepada sekutu kuat kuffar Amerikan dan Israel laknatullah. Rusuhan yang bermula di Tunesia hingga memaksakan Perdana Menterinya meletakkan jawatan sekaligus membubarkan parlimen yang dikuasainya selama ini. Rusuhan yang menyebabkan kerugian harta benda malah hingga terpaksa mengorbankan nyawa penduduk awam.

Belum pun redha rusuhan yang berlaku di Tunesia, sekali lagi dunia digemparkan dengan rusuhan yang sama turut berlaku di Mesir, sebuah kerajaan sekutu barat yang berselindung di bawah naungan dan kegemilangan Islam. Rusuhan di Mesir jauh lebih teruk berbanding dengan apa yang berlaku di Tunesia, mungkin kerana Presidennya Husni Mubarak enggan melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih 30 tahun. Hari ini rakyat Mesir yang sudah berani membuat protes besar-besaran akibat tiupan pengaruh daripada negara jirannya iaitu Tunesia, hingga menggulingkan kerajaan yang ditadbir secara diktator.


Rusuhan yang berlaku di Mesir baru-baru ini..

Kemasyhuran Mesir bukan kerana negaranya memiliki piramid yang binaannya menjadi bahan sejarah dunia, bukan juga kerana kegemilangan Mesir kerana sejarah kekejaman pemerintah dari zaman Firaun lagi, tetapi kemasyhuran Mesir adalah kerana buminya yang diutus beberapa Rasul oleh Allah swt. Di sana juga terdapatnya Al-Azhar yang merupakan universiti tertua di dunia, yang melahirkan ulama'-ulama' agung ke seluruh pelusuk dunia. Malah rakyat kita yang menuntut daripada universiti al-Azhar melebihi 30 ribu. Namun disebalik keagungan Al-Azhar itu wujudnya pentadbiran yang menyokong kuat barat hingga menindas sesama Islam. Hal ini berlaku apabila kita membuka lembaran sejarah Palestin yang diserang oleh Israel. Banyak negara-negara yang ingin menghulurkan bantuan termasuk negara kita sendiri. Apabila bantuan ingin dihantar ke Palestin melalui jalan Mesir, Mesir tutup pintu sempadan dan tidak mahu memberi laluan kepada sukarelawan untuk menghantar bantuan untuk rakyat Palestin yang ditindas. Itulah antara tanda-tanda yang membuktikan bahawa kerajaan di bawah Husni Mubarak enggan untuk membantu ummat Islam yang memerlukan bantuan seperti Palestin.

Dan pada hari ini, rakyat Mesir bangkit menentang kezaliman kerajaan Mesir yang ada. Kerana kesedaran yang tinggi dengan nafas semangat yang berkobar-kobar akibat tiupan semangat rakyat Tunesia bangkit menggulingkan kerajaannya. Rakyat yang semakin sedar tentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. Dengan semangat yang sedikit itulah rakyat bangun membuat demonstrasi untuk meminta agar kerajaan Mesir yang ada turun. Rakyat Mesir mahukan satu transformasi besar-besaran untuk melihat kemuliaan Islam itu terpancar dari negeri meraka bertepatan dengan wujudnya sebuah universiti yang melahirkan ulama'- ulama' Islam yang hebat di serata dunia.

Jika kita perhatikan ke setiap genap dari tanda-tanda hampirnya kiamat ialah apabila berlaku banjir di seluruh dunia. Dan petanda itu sudah jelas kelihatan. Kemudian Islam akan gemilang untuk menentang Yahudi laknatullah. Dan ianya dalam proses untuk membangunkan negara Islam yang berani untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam bagi menentang Yahudi. Dan kebangkitan itu tengah bermula hari ini. Sudah pasti Yahudi atau Israel semakin takut dengan kebangkitan ummat Islam yang sedang menggulingkan beberapa sekutunya di Asia Barat sekarang ini. Selepas ini kerajaan Jordan pula akan membubarkan parlimennya kerana atas dasar pemintaan dari rakyat negera mereka. Kita akan dapat saksi kebangkitan ummat Islam semakin hari semakin bertambah untuk menghimpitkan kerajaan kafir di bawah naungan Israel dan Amerika.

"Sesungguhnya kekuasaan adalah milik Allah swt..."

Seperti ayat al-Quran yang saya selipkan di atas tadi daripada surah Al-Imran ayat ke 26, bahawasanya kekuasaan adalah milik Allah swt dan Allah swt mampu memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakki-Nya dan Allah swt mampu menjatuhkan sesiapa yang dikehendakki-Nya berdasarkan peraturan dan ketetapan-Nya.

Oleh yang demikian, sekiranya kita panjang umur, kita akan menjadi saksi untuk melihat kebangkitan Islam dan menjatuhkan semua kerajaan kafir terutama Yahudi laknatullah. Kesimpulannya, marilah kita sama-sama tiupkan semangat dan turut sama-sama bangkit untuk menegakkan kegemilangan Islam dengan apa cara sekali pun. Jika hari ini kita mambu memboikot barangan Israel, boikatlah habis-habisan, jika kita mampu memberi sumbangan fizikal untuk kebangkitan Islam, berilah bantuan. Mudah-mudahan segala apa yang kita usahakan itu dikira ibadah oleh Allah swt dan dibalas dengan balasan yang berlipat ganda oleh-Nya.

sekian.

Oleh:
Rozlan Daud
18500 Machang

Thursday, January 6, 2011

Di Kala Pertemuan Itu....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran hanya untuk Allah swt, tiada Tuhan yang wajib disembah melainkan hanya kepada-Nya sahaja. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam yang tidak jemu-jemu berjuang untuk menegakkan agama Allah swt yang mulia.

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitab Allah swt (al-Quran), dan sebaik-baik agama, ialah agama Nabi Ibrahim, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Nabi Muhammad saw. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan setiap yang diada-adakan adalah bida'ah. Dan setiap yang bida'ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu adalah ke neraka.

Pertama sekali ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru, tahun 2011, walaupun ianya sudah berlalau hampir seminggu yang lalu. Ini bererti ana sudah hampir seminggu tidak mengemaskini blog ana untuk tahun baru ini. Ana memohon jutaan kemaafan kerana pelbagai urusan yang perlu ana selesaikan dalam tempoh itu. Kadang-kala walau ada masa yang terluang, ana gunakan untuk merehatkan diri dan minda, so itu juga adalah keperluan.

Alhamdulillah, kali ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup ana. Maklumlah bila masuk tahun baru ini, terasa usia diri ini semakin meningkat dan juga pengalaman juga wajib ditingkatkan seiring dengan peningkatan umur. Namun dari segi usia, ana katakan ianya semakin berkurang dan semakin hampir untuk dijemput oleh Allah swt bagi dipertanggungjawab ke atas setiap saat yang berlalu. Ingatlah bahawa masa itu amanah dan bekerja itu ibadah. Mudah-mudahan dengan setiap apa yang kita lakukan sehari-harian ini dikira sebagai ibadah oleh Allah swt, insya-Allah.

Bila disebut pertemuan, rata-rata antara kita mengatakan bahawa ianya pertemuan dua orang insan atau lebih. Atau pertemuan seseorang dengan sesuatu barangan atau pertemuan antara barangan dengan barangan yang lain. Pendek kata, pertemuan itu wujud seiring dengan perpisahan. Bak kata pepatah, pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah kehidupan. Pertemuan itu kadang kala terjadi tanpa kita rancang atau kita sedari. Inilah yang dikatakan takdir yang ditetapkan oleh Allah swt. Begitu juga dengan perpisahan yang mungkin berlaku tanpa kita menduga. Ada orang, pertemuan berlaku disebabkan usahanya, dan ada juga atas usaha orang lain. Apa juga method yang terjadi untuk mewujudkan pertemuan itu pastinya berbagai-bagai, namun yang pastinya jodoh pertemuan, takdir perpisahan itu adalah urusan Allah swt yang telah mentakdirkan untuk setiap hamba-Nya.


sekadar hiasan


Memanglah, kehendak hati kita seboleh mungkin inginkan pertemuan itu berkekalan tanpa harus ada perpisahan. Kenapa perlu ada pertemuan seandainya ia berakhir dengan perpisahan. Memang kita semua tahu, pertemuan yang terhasil atas dasar ikhlas dan limpahan rahmat Allah swt itu manis hinggakan kemanisannya tidak dapat ditafsirkan oleh mana-mana kamus yang ada di dalam dunia ini. Dan kita juga tahu bahawa perpisahan yang terjadi itu pahit hinggakan kita tidak sanggup menelannya. Ya, itulah yang dikatakan dengan kehidupan. Tiada siapa yang merancang untuk terjadinya pertemuan dan tiada pula yang menduga terjadinya perpisahan. Hidup ini ibarat seperti roda yang silih berganti, kadang-kadang hidup itu indah dan kadang-kala ianya tidak seindah yang diharapkan.

Jika kita merujuk kepada sejarah Islam itu sendiri, semua orang tahu dengan sejarah kebangkitan Islam dan kegemilangan tamadunya. Kita sendiri berbangga dengan kehebatan tamadun Islam yang terbina itu kerana kita yakin hanya Islam adalah contoh terbaik dalam membangunkan manusia dan peradaban. Namun keindahan yang kita bangga-banggakan itu tidak kekal kerana takdir Allah swt ianya jatuh dan pupus hinggakan tidak dirasainya lagi hingga ke hari ini. Yang kita bangga-banggakan adalah sejarahnya, namun kesannya tidak sedikit pun dirasai oleh ummat Islam hari ini.

Siapakah harus dipersalahkan? Takdir? Dalam hal ini bukan siapa yang salah ingin dibongkarkan. Jauh sesekali untuk menunding jari kearah mereka yang terlibat dalam kejatuhan kegemilangan Islam itu sendiri. Namun yang kita perlu lakukan adalah belajar dari kesilapan tersebut hingga jatuhnya sebuah tamadun Islam yang besar lagi hebat di mata dunia. Mungkin apa yang berlaku itu (kejatuhan tamadun Islam dan peradaban Muslim) ada hikmah yang tersirat yang kita sukar memahami hakikatnya. Apa yang penting ialah kita sebagai ummat Islam yang ada pada hari ini seharusnya merancang pelbagai strategi dan bersiap siaga dengan kekuatan yang ada pada diri kita untuk mengembalikan kegemilangan Islam yang telah menjadi sejarah itu.

Pertemuan atas dasar agama sememangnya indah


Dalam usaha mencapai matlamat ini, kita tak perlukan Umar Abdul Aziz, Salehuddin Al Ayyubi atau Sultan Muhammad Al-Fateh kerana kesemua mereka sudah pergi meninggalkan kita untuk bertemu dengan Allah swt. Kita tidak perlu seseorang yang gagah dan berani seperti Umar bin Al-Khattab, Khalid bin Al-Walid dalam hal ini. Namun apa yang kita inginkan ialah adalah anak muda Islam yang ada jati diri, keperibadian akhlak dan roh semangat perjuangan seperti individu dan tokoh yang disebutkan tadi. Secara mudahnya, sebagai contoh, kalau dulu Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi yang membuka Al-Quds, hari ini kita memerlukan generasi baru Islam untuk menjayakan matlamat ini. Matlamat yang sama tetapi orangnya dan usahanya berbeza.

Berbalik kepada hal pertemuan tadi, setiap pertemuan dan persahabatan yang terjalin, kita perlu pertahankannya atas dasar tarbiyah (Islam & Iman) dan kasih sayang yang terjalin ikhlas kerana Allah swt. Method inilah yang diaplikasikan oleh baginda Rasulullah saw ketika mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin di Madinah. Perlu diingatkan bahawa tiada sebarang paksaan yang dipaksakan oleh Rasulullah dalam ikatan pertemuan tersebut. Apa yang terjadi, ia berlaku dengan kasih-sayang dan kerelaan hati masing-masing.

Begitu juga dengan perpisahan, semua orang tidak inginkan perpisahan termasuklah saidina Umar Al-Khattab yang tidak boleh menerima berita kewafatan Rasulullah saw. Beliau sambil menghunus pedang melarang sesiapa pun mengatakan bahawa Muhammad sudah wafat. Mujurlah ada saidina Abu Bakar As-Siddiq, dengan tenang memujuk

“ Siapa yang menyembah Muhammad, maka kini Muhammad sudah wafat. Dan siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati”.

Lantas Abu Bakar membacakan sepotong ayat Quran yang bermaksud:

"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (Ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

(surah Al-Imran, ayat ke 144)


Mendengarkan itu, lalu sedarlah Umar bahawa Rasulullah saw telah pun pergi meninggalkan dunia ini. Betapa sakit dan sedihnya para sahabat melalui detik perpisahan itu. Meskipun begitu, kisah sini mengajar kita supaya belajar menerima dan meredhai sesuatu perpisahan itu. Bukankah, tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di mahsyar kelak antaranya adalah mereka yang bertemu & berpisah kerana Allah s.w.t.

Kesimpulannya, dalam setiap sudut pertemuan itu, bakal wujud di dalamnya saat perpisahan yang tidak diketahui bila dan di mana berlaku noktahnya (apakah maut yang akan memisahkannya). Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan satu-satunya tempat untuk kita berserah segalanya setelah menjaga pertemuan yang tidak dipaksakan itu. Ingatlah, kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik (wallahu khairul makirin).

“YA ALLAH, SEANDAINYA PERTEMUAN KAMI INI PERTEMUAN YANG MENDEKATKAN DIRI KAMI KEPADA MU, MAKA KAMI REDHA YA ALLAH, TETAPI JIKA ENGKAU MENGKEHENDAKI PERPISAHAN ANTARA KAMI, MAKA KAMI POHON AGAR ENGKAU DAMAIKANLAH HATI KAMI DENGAN KETENTUAN MU ITU”


pss// Tulisan ini ana tujukan kepada seorang sahabat agar beliau lebih bersedia dengan perpisahan setelah beliau bergembira dengan pertemuan. Diharapkan pertemuan dengannya hingga ke syurga...


sumber rujukkan: www.cangkulhijau.wordpress.com

My Picture