Selamat Datang..
Saturday, June 18, 2011
"Solat Yang Menjauhkan Diri Kepada Allah swt."
Alhamdulillah, di kesempatan ini saya menulis bagi menjawab persoalan yang ditanya oleh salah seorang pembaca blog saya. Diharapakan penulisan yang sedikit ini memberi gambaran yang jelas untuk dikongsi bersama kerana sebagai ummat Islam, perkara ini dipandang serius kerana melibatkan perkara besar iaitu solat. Firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke 45 yang bermaksud:
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah swt) dengan sabar dan solat, dan (solat) itu sesungguhnya berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
Solat merupakan suatu perkara asas bagi ummat Islam untuk dilaksanakan sebagai ibadah wajib. Ini kerana solatlah yang membezakan seseorang itu sama ada ia Islam atau bukan Islam. Hari ini ramai yang kita jumpa di sekitar kita, baik dalam ahli keluarga kita, jiran tetangga kita, orang kampung kita, negeri kita, malah skop yang lebih luas dalam negara kita. Jika kita membuat semakan di dalam kad pengenalan mereka, sudah semestinya tertera status agama mereka ialah Islam, namun mereka tidak solat, sedangkan solatlah yang membezakan seseorang itu Islam atau bukan Islam.
Menurut pandangan sesetengah ulama, mereka mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat ini terkeluar daripada Islam dan mereka perlu melafazkan shahadah balik bagi mengembalikan mereka kepada Islam. Namun begitu, dalam mazhab Syafie, seseorang yang meninggalkan solat tidaklah terkeluar ia daripada agama Islam, namun seseorang itu berdosa besar dan wajib bertaubat dengan taubat nasuha serta menggantikan solat yang mereka tinggal itu.
Adapun dalam bab rezeki orang yang meninggalkan solat, rezeki yang mereka perolehi adalah tidak berkat malah kebanyakkan ulama mengatakan ianya haram walau pun pekerjaan yang mereka lakukan itu halal. Hal ini kerana mereka bekerja di dalam waktu solat, sebagai contoh, mereka melakukan sesuatu kerja bagi mendapatkan rezeki dan kerja yang mereka buat itu jelas halal, namun mereka meninggalkan solat zohor sehinggalah masuknya waktu asar. Maka rezeki di antara waktu zohor hingga ke waktu asar itu sudah menjadi haram dengan sebab mereka meninggalkan solat. Begitulah seterusnya jika dari asar hingga ke maghrib dan seterusnya.
Berbalik kepada tajuk di atas dan soalan yang dikemukan oleh pembaca, solat juga boleh menjauhkan seseorang kepada Allah swt. Sedangkan kita tahu bahawa solat dapat mencegah seseorang kepada perbuatan keji dan mungkar. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Persoalan ini seharusnya sentiasa bermain di fikiran kita, apakah kita sering melakukan dosa dan maksiat dengan sengaja? atau apakah solat kita tidak diterima oleh Allah swt kerana kita mendirikan solat dan mengapa kita masih mel akukan maksiat?..Fikir-fikirkan....
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan menjauhkan dirinya dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Akhir kata, jangan kita tinggalkan solat, sentiasa muhasabah solat kita, dan perbaikilah solat dari semasa ke semasa agar solat kita menjadi amalan yang diterima oleh Allah swt dan menjadi bekalan di hari yang tiada seorang pun yang dapat membela orang lain sedikit pun iaitu hari pembalasan (akhirat).
Sekian (**pss: Hayati video di atas...jika kita tiada ilmu dalam solat, akhirnya beginilah jadinya..sekadar lawak dalam nasihat...)
Rozlan Daud
18500 Machang
Sunday, June 12, 2011
Puisi Untukmu Isteri.....
Namun untuk kali ini, di kesempatan ini, ana tuju khas "puisi" ini untuk bakal isteri. Tidak kiralah siapa pun dia, yang pasti dia seorang wanita, bukan isteri orang, dan bukan ahli keluarga terdekat (mahram).
Puisi ini bertajuk "Puisi Untuk Mu Isteri"...
Demi menjadi suri hidupku...
Telah ditakdirkan engkau
lahir untuk menemani ranjau hidupku...
Begitu juga telah ditakdirkan lahirnya
Engkau kerana anak-anakku...
Telah ditakdirkan Engkau lahir
untuk sehati sejiwa denganku...
Melayari bahtera rumah tangga...
Merempuh pelbagai cabaran dan mehnah...
Demi kejujuran dan keihklasan...
Telah ditakdirkan Engkau...
Untuk hidup bersamaku...
Janganlah Engkau gadaikan jujur setiamu...
Jangan pula Engkau noda damai kasihku...
Andai kata taufan melanda pelayaran bahtera rumah tangga kita..
Maka Bersabarlah...
Kerana mungkin itu ujian kasih sayang antara kita...
Untuk dikurniakan rahmat dan keredhaan...
aku...
tidak mepunyai apa-apa...
melainkan dirimu dan anak-anak...
itulah hartaku yang paling berharga...
Sering ku ucapkan padamu...
Kan terus ku bimbing dirimu dengan benih-benih keimanan...
Kan ku sirami dirimu dengan air ketaqwaan...
Redha dan kasihnya sang suami...
pada insan yang bergelar isteri...
hingga ke alam yang kekal abadi..
di syurga menanti...
Andai ditakdirkan aku lupa..
ingatkanlah janjiku ini...
Tatkala terukirnya janji...
disaat ijab qabul ku dihadapan wali...
Janjiku pada Ilahi...
Untukmu Isteri...
Sekian.
Rozlan Daud
18500 Machang
Tuesday, May 24, 2011
SAINS DAN DUNIA REALITI VS ILMU AGAMA.......
"Andai kata sudah tiada lagi mereka yang berjuang menegakkan Islam hari ini, maka sudah pasti akan digantikan dengan mereka yang lain suatu hari nanti. Natijahnya Islam pasti terus bersinar.."
Realiti dunia hari ini menyaksikan bahawa rata-rata penganut Islam sudah tidak lagi bersyukur atas nikmat kurniaan Islam. Mungkin hal ini adalah kerana mereka memperolehi nikmat Islam itu secara mudah iaitu dilahirkan terus sebagai ummat Islam. Sesuatu yang diperolehi dengan mudah ini menjadi salah satu faktor mereka sukar untuk menghargai nikmat Islam itu berbanding dengan mereka yang memperolehinya dengan cara bersusah payah. Jika sesuatu itu sukar untuk diperolehi, sudah pasti mereka akan menghargainya sepertimana orang-orang terdahulu yang sukar untuk mendapatkan nikmat Islam. Ini kerana, Islam yang mereka terima suatu ketika dahulu adalah dengan cara yang sukar sehingga terpaksa berjuang hingga ke titisan darah berbanding dengan kita hari ini.
Penyatuan antara Ulama' Agama dengan Ulama' Sains menghasilkan Ilmuan Islam yang mantap dari segi fizikal dan mental.Bersyukur merupakan satu sifat yang lahir dari hati yang subur hasil daripada siraman roh ketaqwaan. Ilmu tidak menjaminkan seseorang itu menjadi bersyukur. Tetapi dengan sedikit taqwa, ia mungkin menjadikan seseorang itu hampir dengan Allah swt. Teringat dengan hadis nabi saw yang bermaksud:
"Permulaan Agama itu ialah dengan mengenal Allah swt..."
Kerana inilah, seseorang yang ingin menjadikan dirinya lebih bersyukur, maka ia perlu mendekatkan diri dengan Allah swt. Kerana sifat syukur itu lahir dari hati yang ikhlas dan ia (sidat syukur) adalah pancaran dari "NUR" Allah swt. Dan untuk mendekatkan diri seseorang itu perlu mengenali Allah swt. Mana mungkin kita boleh rapat dengan Allah swt sekiranya kita tidak mengenali-Nya. Begitu juga dengan realiti kehidupan manusia, mana mungkin kita boleh dekat dengan seseorang jika kita tidak mengenalinya. Apatah lagi untuk menyangai dan mencintai. Namun cinta sesama makhluk itu tidaklah sehebat cinta kepada Allah swt dan janganlah menjadi hamba kepada "Cinta Makhluk"....
Sains membuktikan kebenaran al-Quran dan sains merupakan cabang ilmu yang membenarkan kebenaran agama Islam.Menuntut ilmu Tuhid itu wajib ke atas seluruh ummat manusia kerana ia adalah merupakan jalan untuk mengenali Allah swt. Ada pun ilmu yang selain dari itu adalah fardu kifayah yang menuntutkan seseorang untuk mengusainya. Walau bagaimana pun, perbandingan ilmu sains dan ilmu agama ini sangat berbeza kerana ilmu sains menuntut kepada sesuatu yang realiti dan diterima akal. Ada pun ilmu agama ini melibatkan keimanan dan kepercayaan yang jauh di luar jangkaan akal manusia. Akal merupakan makhluk daripada makhluk-makhluk Allah swt dan apabila ia disebut sebagai makhluk, maka makhluk itu mempunyai kelemahan tersendiri. Mana mungkin sesuatu yang lemah itu hebat untuk berfikir sesuatu yang diluar jangkaan sepertimana dalam bab keimanan, hari kebangkitan dan sebagainya kerana ia menuntut kepada kepercayaan.
Walau bagaimana pun, ilmu sains ini adalah satu bidang ilmu yang menuntut kepercayaan akal. Kerana tanpa logik akal, ilmu sains tidak dapat untuk membuat hipotesis awal sebalum sesuatu kajian itu dibuat. Kerana itulah dalam sains tidak wujud bab roh dan ketuhanan apatah lagi bab-bab yang berkaitan hari kebangkitan serta syurga dan neraka. Semua perkara ini adalah sesuatu di luar kemampuan akal dan sudah pasti ia tidak dapat dibuat penyelidikan khusus untuknya. Namun dalam ilmu agama, ia dijelaskan oleh Allah swt kerana Allah swt yang menjadikan makhluk, dan Dia Yang Maha Mengetahui hakikat setiap kejadian yang telah ditetapkan-Nya. Oleh sebab itulah kita sebagai manusia perlu menerima sesuatu diluar jangkaan akal itu dengan penuh keyakinan dan keimanan sepenuhnya.
Proses kejadian hujan yang dijelaskan oleh ilmu sains yang bertepatan dengan apa yang dijalaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran..Ada pun kehebatan ilmu sains ini terbukti dan sungguh membuktikan kebenaran ilmu agama. Dua cabang ilmu ini perlu diselaraskan bersama kerana di dalam agama terdapatnya ilmu sains dan ilmu sains yang realiti itulah membuktikan kebenaran agama. Penulis mengambil contoh satu persoalan yang timbul berabad-abad lamanya. Iaitu perkaitan antara "telur dan ayam". Di sini penulis mahu membuktikan kedua ilmu ini perlu diganding bersama untuk mencapai objektif bagi mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Jika dahulu kita sering bertanya, antara telur dan ayam, yang mana wujud paling awal? Bila kita katakan ayam, maka timbul pula persoalan ayam datang dari telur dan begitulah sebaliknya. Namun dalam ilmu agama, seseorang itu yakin bahawa Allah swt yang maha menciptakan. Dan ciptaan pertama ialah ayam itu sendiri baru kemudian dijadikan telur melalui ayam. Bukti ini dijelaskan sendiri oleh Allah swt di dalam al-Quran. Contoh yang lain pula ialah Allah swt menjelaskan berkaitan bumi yang mati dan kemudian menjadi subur setelah disiram oleh hujan yang turun dari langit. Proses kejadian hujan tidak dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran namun sains yang membuktikan bagaimana proses itu berlaku. Inilah yang dikatakan bahawa sains membuktikan kebenaran agama Islam itu sendiri. Telah terbukti bahawa ilmu sains dan agama saling memerlukan untuk menjadikan seseorang itu hampir dengan Allah swt.
Manusia yang hebat ilmu sains sudah pasti kedudukannya terlalu hampir dengan Allah swt kerana mereka menuntut ilmu secara realiti berbanding dengan ilmu agama yang mana mereka hanya menerima secara hakikat tanpa realiti yang sebenarnya. Ilmu sains tanpa iman akan menyesatkan manusia kerana ia mengingkarkan akan wujudnya keagungan Allah swt. Walau begitu, ilmu agama tanpa ilmu sains membuatkan seseorang itu hanya menerima secara keyakinan tanpa mendatangkan bukti kebenaran.
Penyelidikan yang dijalankan hari ini mampu menemui pelbagai manfaat untuk kehidupan manusia sejagatnya.Ilmu sains adalah cabang ilmu agama yang telah dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran dan sekarang ini baru sahaja diperkenalkan di dalam dunia moden. Semakin hari semakin jelas kebenaran "Kalam" Allah itu telah dibuktikan oleh sains moden. Penulis mengambil contoh tentang proses kejadian manusia yang mana Allah swt telah jelaskan lebih kurang 14 abad yang lalu dan dunia moden baru menemuinya separuh abad yang lalu. Kebenaran al-Quran itu tidak sedikit pun bercanggah dengan sains malah sains mengikuti dan mengakui kebenaran yang hakiki dari Kalam Allah swt itu.
Majoriti sainstis hari ini mengakui kebenaran dan kesahihan al-Quran dan rata-rata antara mereka telah memeluk Islam kerana mereka yakin bahawa Allah swt itu maha Berkuasa. Mereka memeluk Islam adalah kerana mereka yakin dengan sepenuh hati dan dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan dan akhirnya mereka menemui Allah swt berbanding kita yang sekadar yakin semata-mata.
Kesimpulannya, Ilmuan Islam tidak hanya pakar dalam bidang agama semata-mata, tetapi mereka turut pakar dan menjadi tempat rujukan dalam pelbagai bidang ilmu yang lain. Ulama' Islam sewajarnya menerima pandangan ulama' sains manakala ulama' sains perlu mengakui pandangan dan pendapat ulama Islam. Gabungan kerjasama yang erat ini mampu melahirkan generasi ummat Islam yang hebat dan tidak bergantung kepada orang bukan Islam.
Sekian,
Rozlan KMP 2011
06200 Arau
Tuesday, April 26, 2011
TANGGUNGJAWAB SUAMI DAN "HAK" ISTERI....
Sebenar-benar perkataan ialah Kalam (al-Quran) Allah swt, sebaik-baik agama ialah agama Nabi Ibrahim, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad saw., seburuk-buruk perkara ialah yang direka-reka (diada-adakan), dan setiap yang direka-rekakan itu adalah bida'ah, dan setiap yang bida'ah itu pasti ke neraka.
Alhamdulillah, dikesempatan dan peluang yang ada ini ana ingin berkongsi sesuatu untuk kita sama-sama mendapat sedikit manfaat agar ia menjadi bekalan hidup kita. Kali ini saya memilih tajuk " Tanggungjawab Suami dan Hak Isteri" merupakan ulasan ringkas untuk kehidupan di alam rumah tangga. Tidak dapat tidak, setiap manusia yang normal dan waras pula akal fikiran sudah pasti mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga. Namun, sebelum membina mahligai kebahagiaan itu, pelbagai keperluan yang diperlukan untuk memastikan kebahagiaan dicapai. Kata orang, "harta tidak menjamin kebahagiaan", tetapi ingatlah tanpa harta sudah pasti hidup tidak pasti bahagia. Hari ini, keperluan kepada meterial amat diperlukan tetapi janganlah kerana keperluan meterial itu kita mengabaikan keperluan yang lain.
Selain dari keperluan meterial, keperluan ilmu juga penting dalam mencapai kebahagiaan rumah tangga. Ini kerana, dengan ilmu seseorang itu dapat mengaplikasikan agama yang mereka anuti. Tanpa agama, mana mungkin rumah tangga akan aman dan bahagia. Harta tidak mampu untuk membeli kebahagiaan kerana kebahagiaan itu milik Allah swt dan sudah pasti Allah swt akan mengurniakan kebahagiaan itu kepada hamba-Nya yang taat pada perintah-Nya.
Ingatan bagi lelaki yang bakal bergelar suami, apabila kamu telah diakad nikah oleh wali, atau wakil wali kepada perempuan, maka sesungguhnya kamu telah memikul amanah dan tanggungjawab terhadap anak gadis mereka. Kamulah yang menjadi pemimpin untuk isteri dan anak-anak kamu nanti. Semua keperluan dan hak asasi untuk mereka adalah di bawah tanggungjawab kamu, baik dari segi keperluan asas seperti makan, minum, pakai, dan sebagainya. Malah keperluan ilmu pendidikan, akhlak, sosial dan sebagainya adalah kewajiban yang tertanggung di atas kamu. Oleh itu, mampukan kamu berakad nikah sebelum diri kamu belum cukup bersedia di atas keperluan tersebut? Jika persoalan "adakah kamu mahu berkahwin?" ditanyakan kepada lelaki, sudah pasti mereka menjawab mereka ingin berkahwin. Dan bila ditanya lagi, "adakah mereka bersedia?", sudah pasti jawapan mereka (lelaki); ya kami sudah bersedia. Tetapi hakikatnya apakah "persediaan" yang dikatakan oleh lelaki itu yang mereka sudah bersedia.
Persediaan harta benda adalah tidak cukup untuk membahagiakan keluarga. Tetapi tanpa persediaan harta benda seperti tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya juga tidak akan membahagiakan rumah tangga kerana keperluan hari ini memerlukan kepada harta benda. Cuba anda bayangkan, hari ini manusia lahir sahaja memerlukan wang. Wang untuk membayar kos rawatan dan perkhidmatan hospital, wang untuk pendaftaran kelahiran, wang untuk lampin dan sebagainya. Pendek kata, lahir sahaja manusia, sudah pasti perlu kepada kewangan.
Persediaan ilmu berkenaan rumah tangga juga perlu dalam mengurus rumah tangga. Jika tiada ilmu rumah tangga yang secukupnya, maka mudah sahaja kebahagiaan rumah tangga itu digoyahkan dan akhirnya berlakulah penceraian. Hari ini, jika kita bertanya kepada pejabat agama, atau di mahkamah syariah, terdapat banyak kes penceraian yang berlaku. Di mana puncanya? Salah siapa? Fikir-fikirkan.
Selain itu, keperluan ilmu agama adalah juga merupakan tanggung jawab suami. Walaupun mendidik anak ini adalah tugas bersama dengan isteri, namun sebagai ketua dalam keluarga, keperluan untuk mengetahui asas agama adalah tanggungjawab suami. Mana mungkin suami yang jahil agamanya dapat melaksanakan keperluan agama di dalam rumah tangga mereka seperti mana yang dilandaskan oleh syariat. Mana mungkin suami yang jahil agamanya dapat mengajar isteri dan anak-anak mereka tentang ilmu agama. Ingatlah wahai mereka yang bergelar suami atau bakal bergelar suami, sesungguhnya kebahagiaan itu adalah milik Allah swt untuk hamba-Nya. Ia (kebahagiaan) tidak dapat dibeli atau ditukar ganti dengan harta benda yang bersifat fizikal, tetapi kebahagiaan itu adalah kurniaan dari Allah swt untuk hamba-Nya yang bertaqwa. Mana mungkin seseorang itu dapat menjadikan dirinya bertaqwa selagi mereka tidak memiliki asas ilmu agama kerana ilmu agamalah yang mengajar erti taqwa. Oleh itu, keperluan dalam persediaan untuk memiliki ilmu agama ini adalah tanggungjawab kepada setiap lelaki dan perempuan dalam mencapai keredhaan dan kebahagiaan dalam pelayaran alam rumah tangga.
Jika kita perhati dalam kehidupan kita hari ini, semakin ramai lelaki yang kurang ilmu agamanya, bukan tiada, tetapi majoritinya ramai yang semakin jahil ilmu agamanya. Bukan itu sahaja, malah mereka juga turut jahil dalam menguasi ilmu fardu kifayah. Buktinya, golongan lelaki ini semakin mengalami kepupusan di universiti atau di institut pengajian tinggi. Rata-rata yang kita jumpa di tempat pendidikan tinggi ini adalah golongan wanita. Ke manakah lelaki? Adakah lelaki semakin "bodoh" sehinggakan mereka tidak mampu untuk belajar di menara gading? Atau kerana golongan wanita telah mengalami transgenik yang menjadikan mereka "super intelligent"? Saya yakin anda ada jawapannya. Ini kerana lelaki yang diberi amanah sudah pasti mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk mengurus amanah tersebut. Tetapi disebabkan pelbagai punca, mereka (lelaki) tidak mengetahui kekuatan yang mereka miliki itu dan mereka tidak tahu menggunakan kekuatan dan kelebihan yang mereka ada.
Suami mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas isteri mereka. Para suami bukan sahaja wajib menyediakan makan dan pakai serta tempat tinggal untuk isteri seperti yang difahami oleh kebanyakkan kita. Tetapi suami turut bertanggungjawab dalam memberi didikan agama ke atas para isteri mereka. Suami juga perlu menyediakan kemudahan asas untuk isteri hatta perlu menyediakan tukang gaji jika diperlukan. Suami juga perlu mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat.
Bersambung.........
Sekian.
Friday, April 1, 2011
Aku Terima Nikahnya..." Bercinta Hingga Ke Syurga"
Alhamdulillah pertama sekali ana memohon jutaan kemaafan kerana terlalu lama tidak menjengok blog ana ni. Di kesempatan yang ada ini ana tergerak hati untuk menulis berkenaan pasal cinta dan jodoh. Sudah menjadi fitrah insan yang waras akalnya pasti mempunyai perasaan untuk mengasihi dan dikasihi. Oleh itu, perasaan itu tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun hatta seorang rahib di dalam gereja sekali pun mempunyai soal cinta di hati mereka.
Perasaan kasih mengasihi itu pasti akan dibuktikan dengan sebuah perkahwinan. Sebab itulah juga dalam semua agama, pasti perkahwinan ada. Baik dalam agama Islam sendiri, agama Kristian, Hindu dan apa sahaja termasuklah masyarakat pribumi yang tidak tahu apa pegangan agama mereka sekali pun mereka tetap mempunyai adat dan cara perkahwinan tersendiri. Ini membuktikan agama yang ada di dunia ini TIDAK menghalalkan penzina tetapi agama yang mereka anuti mengiktiraf perkahwinan.
Pernahkah anda membaca buku "Aku Terima Nikahnya" dan " Bercinta Sampai Ke Syurga" karangan ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Kali ini, bukan buku ini yang hendak dikongsi dengan anda walau tajuknya hampir sama. Tetapi apa yang hendak dikongsi kali ini ialah hanya serba ringkas berkenaan dengan cinta dan jodoh seperti mana yang ditetapkan oleh Allah swt untuk kita sebagai hambaNya.
Cinta merupakan suatu perasaan yang dikurniakan dari Allah swt untuk hambaNya. Perasaan cinta itu dikurniakan oleh Allah swt sekadar satu peratus sahaja di dunia ini untuk hamba-Nya manakala 99 peratus lagi adalah tersimpan untuk hamba-Nya di akhirat kelak. Yang satu peratus inilah kita cintakan Allah swt, untuk cintakan makhluk-Nya. Dengan satu peratus ini jugalah harimau di hutan menyayangi anak-anaknya dan dengan satu peratus ini juga, kita berkasih sayang semasa manusia. Oleh itu, manfaatkanlah satu peratus yang dikurniakan oleh Allah swt ini.
Perasaan cinta itu lahir dari hati, ianya tidak dipaksa dan tidak pula memaksa untuk menyayangi dan disayangi, ia lahir dari hati mereka yang waras akal fikirannya. Sebab itulah sering kali kita mendengar pepatah "Cinta Itu Buta". Terfikirkah kita kebenaran hakikat pepatah itu? Atau apakah butanya cinta kita? Fikir-fikirkan.
Bila bercakap pasal cinta, banyak pandangan dan pendapat yang dilontarkan oleh mereka kebanyakkan. Ada pandangan dari mereka yang pakar tentang erti cinta, ada pula dari kalangan masyarakat biasa dan yang tidak boleh tahan ada juga dari kalangan pelajar sekolah rendah pun turut sama menyatakan pandangan mereka terhadap erti cinta. Pendek kata, semua orang mahu memperkatakan tentang cinta. Itulah hebatnya cinta sampai secilik pelajar sekolah rendah pun memperkatakan tentang cinta.
Kerana cinta itu suatu perasaan, maka setiap antara kita yang waras tidak terlepas daripada memiliki perasaan cinta ini. Jarang sekali kita mendengar mereka yang tidak suka atau sudi untuk bercinta hatta dalam dunia moden ini semakin ramai yang kita jumpa cinta sejenis, (moga Allah melindungi kita dan keturunan kita daripada terlibat dengan cinta sejenis). Apabila ia merupakan suatu perasaan, maka ia juga berkait rapat dengan perasaan menyayangi dan disayangi.
Bila bercakap pasal cinta, kita selalu dengar cinta itu seharusnya dibuktikan dengan perkahwinan. Jika tidak, maka sia-sialah erti cinta. Kerna itulah tertulisnya tajuk "Aku Terima Nikahnya" sebagai bukti cinta yang dirancang. Cinta memerlukan pengorbanan, cinta juga memerlukan kesabaran, cinta juga perlu dihiasi dengan persefahaman dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Ia bertujuan untuk merealisasikan impian sebuah cinta yang dirancangan untuk diakhiri dengan sebuah perkahwinan.
Betul ke orang cakap jodoh ini ditetapkan?
Bila bercakap pasal jodoh, ramai "ulama-ulama" cinta memperkatakan sesuatu tentang jodoh. Ulama' pertama memperkatakan jodoh ini ditetapkan oleh Allah swt dan seharusnya berserah pada takdir tanda membuat perancangan dan usaha. Mereka lebih memperkatakan bercinta itu "haram" hukumnya. Berdalil kepada nas mana pun saya tidak pasti. Mereka menolak sehabis-habisan cinta sesama makhluk. Yang mereka harapkan ialah cinta dari Allah swt dan jodoh itu adalah dikurniakan oleh Allah swt.
Ulama' kedua memperkatakan jodoh ini berdasarkan kepada usaha kita tanpa bersandar terus kepada kekuasan Allah swt. Bagi mereka, cinta ini perlu untuk mendirikan rumah tangga. Dengan siapa jodoh kita adalah berdasarkan kepada usaha mereka "mengayat" atau "tackle" mana-mana perempuan. Akhirnya bila persetujuan ditetapkan maka terjadilah sebuah perkahwinan. Bagi mereka jodoh adalah usaha mereka semata-mata. Maka pandangan sebegini ana katakan sesat dari ajaran Islam.
Ulama' berikutnya memperkatakan soal jodoh ini adalah kekuasan Allah swt menentukan siapa yang terbaik untuk hamba-Nya. Namun Allah swt itu tidak zalim dan memberi peluang kepada hamba-Nya untuk membuat perancangan dan pemilihan. Jika perancangan yang dibuat oleh hamba-Nya itu adalah yang terbaik sejajar dengan perancangan Allah swt, maka Allah swt menerima perancangan hamba-Nya itu. Namun jika perancangan hamba-Nya itu bukan perancangan yang terbaik disisi-Nya, maka Allah swt membuat perancangan yang terbaik untuk hamba-Nya selaras dengan firman-Nya yang bermaksud;
"Kamu merancangan, dan Allah juga merancang, Dan sesungguhanya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah swt"
Perancangan dan pemilihan yang dibuat oleh hamba-Nya ini pula ana ketegorikan kepada empat faktor untuk mencapai matlamat sebuah perkahwinan. Kerana indahnya cinta itu apabila ia dibuktikan dengan sebuah perkahwinan, maka dengan itulah manusia bersusah payah menjaga hati dan perasaan kekasihnya untuk merealisasikan sebuah perkahwinan. Faktor untuk mencapai matlamat perkahwinan ini, ada diklangan hamba Allah itu mengikut syariat sebagai jalan dan landasan untuk membuat pemilihan terhadap jodohnya. Ada juga yang membelakangi syariat hingga sanggup berbuat apa sahaja yang penting matlamat mereka untuk mencapai jodoh dan berkahwin itu tercapai. Kata orang "matlamat menghalalkan cara". Tapi kata Agama "Matlamat tidak menghalalkan cara", oleh itu fikir-fikirkan yang mana yang anda ingin mengikuti sama ada kata orang atau kata agama.
Faktor pertama perancangan atau pemilihan seseorang itu terhadap jodohnya ialah dengan mereka meminta bantuan daripada orang lain. Sebagai contohnya mereka dipertemukan dan membuat perancangan berdasarkan perancangan orang tua mereka atau saudara mara yang terdekat. Mereka ini tidak pernah berjumpa apatah lagi ingin untuk berbuat sesuatu yang diharamkan oleh agama, semua perancangan diatur oleh orang tua atau saudara mereka. Dan perancangan ini juga diterima oleh Allah swt. Biasanya perancangan perkahwinan seperti ini diamalkan oleh orang tua-tua kita dahulu tapi ianya masih diamalkan lagi oleh sedikit golongan remaja hari ini.
Faktor perancangan dan pemilihan jodoh yang kedua adalah dengan usaha sendiri. Sebagai contoh, dua insan bertemu, dan bercinta kerana Allah swt. Mereka menjaga syariat-syariat yang ditetapkan dan tidak melanggar batasan agama. Mereka membuat perjanjian untuk saling mengenali hati budi dan memahami antara satu sama lain dan berdoa mengharapkan Allah swt mempertemukan mereka dan membuktikan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan. Dalam usaha mereka untuk mengenali dan memahami dua hati itu mereka tidak lupa akan syariat dan Allah swt. Cinta seperti inilah yang sukar untuk ditemui kerana yang selalu kita jumpa ialah ramai yang bercinta tetapi ramai pula yang lupakan syariat dan batasan Allah swt. Kesimpulan awalnya ialah dua hati yang bertemu, bercinta dan menjaga hubungan kerana Allah swt dan mengharap pertolongan dari Allah swt untuk membuktikan cinta mereka dengan sebuah perkahwinan.
Faktor ketiga pula ialah mereka bertemu, mereka bercinta dan mereka membuat maksiat iaitu mengambil jalan mudah dengan melakukan penzinaan. Akhirnya kerana perhubungan haram itulah mereka melangsungkan perkahwinan. Jodoh mereka juga terbukti tetapi jalannya adalah suatu yang bertentangan dengan agama. Mungkin kerana inilah yang amat ditakuti oleh sesetengah "ulama' " yang secara lantang mengharamkan terukirnya sebuah percintaan itu. Kerana Islam tidak menetapkan matlamat menghalalkan cara.
Faktor keempat yang berkaitan dengan tercapainya jodoh seseorang melalui perancangan dan pemilihan ialah; ada segolongan manusia baik lelaki ataupun wanita datang menemui bomoh atau pengamal ilmu hitam untuk meminta pertolongan bagi mencapai jodoh mereka. Usaha mereka dengan menggunakan cara yang tidak elok iaitu mungkin dengan menjampi gambar orang yang mereka berkenan atau dengan menggunakan minyak guna-guna yang sering kita dengar dan pelbagai cara lain yang selalu diamalkan oleh bomoh. Biasanya bomoh ini meminta pertolongan dari jin atau syaitan. Hasilnya orang yang dijampi itu akan mengikut kehendak mereka dan akhirnya mereka melangsungkan perkahwinan tanpa kerelaan dari sebelah pihak yang terkena jampi serampah tersebut. Cara ini juga diperkenan oleh Allah swt kerana usaha manusia itu mendapatkan perkhidmatan bomoh. Jelas cara ini juga adalah haram disisi Islam.
Ketahuilah bahawa jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah swt. Oleh itu jagalah perhubungan dengan Allah swt sebaik-baiknya agara Allah swt menjaga hubungan kita dengan pasangan kita sebaik-baiknya. Ingatlah bukti cinta itu ialah dengan terjalinnya sebuah perkahwinana (aku terima nikahnya..) dan ingatlah sebaik-baik perkahwinan ialah bercinta hingga ke syurga. Ingatlah, tempat kesudahan kita ialah di negeri akhirat dan sebaik-baik tempat kembali ialah di syurga yang kekal abadi. Jika di dunia kita ingin hidup bersama dengan pasangan yang kita cintai, tidakkah kita juga sudi untuk hidup bersamanya di syurga nanti? Ana tinggalkan persoalan ini untuk sahabat semua sebagai panduan untuk kita sama-sama fikirkan.
Akhir kata, katakanlah kepada orang yang anda cintai itu "Aku terima engkau seadanya kerana Allah swt yang menjadikan engkau. Oleh itu, terimalah aku seadaanya (baik dan buruk) kerana sesungguhnya tiada manusia yang sempurna (perfect) di dunia ini. Jika engkau cintakan aku kerana paras rupaku, ketahuilah bahawa ia tidak kekal dan pasti dimamah usia. Jika engkau cintakan aku kerana hartaku, nescaya ia akan membuatkan engkau menjadi miskin. Jika engkau cintakan aku kerana keturunanku, ketahuilah bahawa ia akan menjadikan engkau hina. Jangan cintakan aku kerana ilmuku, kerana bila aku jahil engkau akan meninggalkan aku. Tapi cintalah aku kerana Allah swt yang menjadikan aku sebagai pasangan. Oleh itu, kekalkan kami dalam cinta yang abadi hingga ke syurga. "
Sekian.
Rozlan Daud
18500 Machang
Wednesday, February 2, 2011
Kebangkitan Islam....
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Belum pun redha rusuhan yang berlaku di Tunesia, sekali lagi dunia digemparkan dengan rusuhan yang sama turut berlaku di Mesir, sebuah kerajaan sekutu barat yang berselindung di bawah naungan dan kegemilangan Islam. Rusuhan di Mesir jauh lebih teruk berbanding dengan apa yang berlaku di Tunesia, mungkin kerana Presidennya Husni Mubarak enggan melepaskan jawatan yang dipegangnya lebih 30 tahun. Hari ini rakyat Mesir yang sudah berani membuat protes besar-besaran akibat tiupan pengaruh daripada negara jirannya iaitu Tunesia, hingga menggulingkan kerajaan yang ditadbir secara diktator.
Kemasyhuran Mesir bukan kerana negaranya memiliki piramid yang binaannya menjadi bahan sejarah dunia, bukan juga kerana kegemilangan Mesir kerana sejarah kekejaman pemerintah dari zaman Firaun lagi, tetapi kemasyhuran Mesir adalah kerana buminya yang diutus beberapa Rasul oleh Allah swt. Di sana juga terdapatnya Al-Azhar yang merupakan universiti tertua di dunia, yang melahirkan ulama'-ulama' agung ke seluruh pelusuk dunia. Malah rakyat kita yang menuntut daripada universiti al-Azhar melebihi 30 ribu. Namun disebalik keagungan Al-Azhar itu wujudnya pentadbiran yang menyokong kuat barat hingga menindas sesama Islam. Hal ini berlaku apabila kita membuka lembaran sejarah Palestin yang diserang oleh Israel. Banyak negara-negara yang ingin menghulurkan bantuan termasuk negara kita sendiri. Apabila bantuan ingin dihantar ke Palestin melalui jalan Mesir, Mesir tutup pintu sempadan dan tidak mahu memberi laluan kepada sukarelawan untuk menghantar bantuan untuk rakyat Palestin yang ditindas. Itulah antara tanda-tanda yang membuktikan bahawa kerajaan di bawah Husni Mubarak enggan untuk membantu ummat Islam yang memerlukan bantuan seperti Palestin.
Dan pada hari ini, rakyat Mesir bangkit menentang kezaliman kerajaan Mesir yang ada. Kerana kesedaran yang tinggi dengan nafas semangat yang berkobar-kobar akibat tiupan semangat rakyat Tunesia bangkit menggulingkan kerajaannya. Rakyat yang semakin sedar tentang kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah. Dengan semangat yang sedikit itulah rakyat bangun membuat demonstrasi untuk meminta agar kerajaan Mesir yang ada turun. Rakyat Mesir mahukan satu transformasi besar-besaran untuk melihat kemuliaan Islam itu terpancar dari negeri meraka bertepatan dengan wujudnya sebuah universiti yang melahirkan ulama'- ulama' Islam yang hebat di serata dunia.
Jika kita perhatikan ke setiap genap dari tanda-tanda hampirnya kiamat ialah apabila berlaku banjir di seluruh dunia. Dan petanda itu sudah jelas kelihatan. Kemudian Islam akan gemilang untuk menentang Yahudi laknatullah. Dan ianya dalam proses untuk membangunkan negara Islam yang berani untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam bagi menentang Yahudi. Dan kebangkitan itu tengah bermula hari ini. Sudah pasti Yahudi atau Israel semakin takut dengan kebangkitan ummat Islam yang sedang menggulingkan beberapa sekutunya di Asia Barat sekarang ini. Selepas ini kerajaan Jordan pula akan membubarkan parlimennya kerana atas dasar pemintaan dari rakyat negera mereka. Kita akan dapat saksi kebangkitan ummat Islam semakin hari semakin bertambah untuk menghimpitkan kerajaan kafir di bawah naungan Israel dan Amerika.
"Sesungguhnya kekuasaan adalah milik Allah swt..."
Seperti ayat al-Quran yang saya selipkan di atas tadi daripada surah Al-Imran ayat ke 26, bahawasanya kekuasaan adalah milik Allah swt dan Allah swt mampu memberikan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakki-Nya dan Allah swt mampu menjatuhkan sesiapa yang dikehendakki-Nya berdasarkan peraturan dan ketetapan-Nya.
Oleh yang demikian, sekiranya kita panjang umur, kita akan menjadi saksi untuk melihat kebangkitan Islam dan menjatuhkan semua kerajaan kafir terutama Yahudi laknatullah. Kesimpulannya, marilah kita sama-sama tiupkan semangat dan turut sama-sama bangkit untuk menegakkan kegemilangan Islam dengan apa cara sekali pun. Jika hari ini kita mambu memboikot barangan Israel, boikatlah habis-habisan, jika kita mampu memberi sumbangan fizikal untuk kebangkitan Islam, berilah bantuan. Mudah-mudahan segala apa yang kita usahakan itu dikira ibadah oleh Allah swt dan dibalas dengan balasan yang berlipat ganda oleh-Nya.
sekian.
Oleh:
Rozlan Daud
18500 Machang
Thursday, January 6, 2011
Di Kala Pertemuan Itu....
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitab Allah swt (al-Quran), dan sebaik-baik agama, ialah agama Nabi Ibrahim, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Nabi Muhammad saw. Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan setiap yang diada-adakan adalah bida'ah. Dan setiap yang bida'ah itu adalah sesat dan setiap yang sesat itu adalah ke neraka.
Pertama sekali ana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru, tahun 2011, walaupun ianya sudah berlalau hampir seminggu yang lalu. Ini bererti ana sudah hampir seminggu tidak mengemaskini blog ana untuk tahun baru ini. Ana memohon jutaan kemaafan kerana pelbagai urusan yang perlu ana selesaikan dalam tempoh itu. Kadang-kala walau ada masa yang terluang, ana gunakan untuk merehatkan diri dan minda, so itu juga adalah keperluan.
Alhamdulillah, kali ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang perjalanan hidup ana. Maklumlah bila masuk tahun baru ini, terasa usia diri ini semakin meningkat dan juga pengalaman juga wajib ditingkatkan seiring dengan peningkatan umur. Namun dari segi usia, ana katakan ianya semakin berkurang dan semakin hampir untuk dijemput oleh Allah swt bagi dipertanggungjawab ke atas setiap saat yang berlalu. Ingatlah bahawa masa itu amanah dan bekerja itu ibadah. Mudah-mudahan dengan setiap apa yang kita lakukan sehari-harian ini dikira sebagai ibadah oleh Allah swt, insya-Allah.
Bila disebut pertemuan, rata-rata antara kita mengatakan bahawa ianya pertemuan dua orang insan atau lebih. Atau pertemuan seseorang dengan sesuatu barangan atau pertemuan antara barangan dengan barangan yang lain. Pendek kata, pertemuan itu wujud seiring dengan perpisahan. Bak kata pepatah, pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah kehidupan. Pertemuan itu kadang kala terjadi tanpa kita rancang atau kita sedari. Inilah yang dikatakan takdir yang ditetapkan oleh Allah swt. Begitu juga dengan perpisahan yang mungkin berlaku tanpa kita menduga. Ada orang, pertemuan berlaku disebabkan usahanya, dan ada juga atas usaha orang lain. Apa juga method yang terjadi untuk mewujudkan pertemuan itu pastinya berbagai-bagai, namun yang pastinya jodoh pertemuan, takdir perpisahan itu adalah urusan Allah swt yang telah mentakdirkan untuk setiap hamba-Nya.
Memanglah, kehendak hati kita seboleh mungkin inginkan pertemuan itu berkekalan tanpa harus ada perpisahan. Kenapa perlu ada pertemuan seandainya ia berakhir dengan perpisahan. Memang kita semua tahu, pertemuan yang terhasil atas dasar ikhlas dan limpahan rahmat Allah swt itu manis hinggakan kemanisannya tidak dapat ditafsirkan oleh mana-mana kamus yang ada di dalam dunia ini. Dan kita juga tahu bahawa perpisahan yang terjadi itu pahit hinggakan kita tidak sanggup menelannya. Ya, itulah yang dikatakan dengan kehidupan. Tiada siapa yang merancang untuk terjadinya pertemuan dan tiada pula yang menduga terjadinya perpisahan. Hidup ini ibarat seperti roda yang silih berganti, kadang-kadang hidup itu indah dan kadang-kala ianya tidak seindah yang diharapkan.
Jika kita merujuk kepada sejarah Islam itu sendiri, semua orang tahu dengan sejarah kebangkitan Islam dan kegemilangan tamadunya. Kita sendiri berbangga dengan kehebatan tamadun Islam yang terbina itu kerana kita yakin hanya Islam adalah contoh terbaik dalam membangunkan manusia dan peradaban. Namun keindahan yang kita bangga-banggakan itu tidak kekal kerana takdir Allah swt ianya jatuh dan pupus hinggakan tidak dirasainya lagi hingga ke hari ini. Yang kita bangga-banggakan adalah sejarahnya, namun kesannya tidak sedikit pun dirasai oleh ummat Islam hari ini.
Pertemuan atas dasar agama sememangnya indahDalam usaha mencapai matlamat ini, kita tak perlukan Umar Abdul Aziz, Salehuddin Al Ayyubi atau Sultan Muhammad Al-Fateh kerana kesemua mereka sudah pergi meninggalkan kita untuk bertemu dengan Allah swt. Kita tidak perlu seseorang yang gagah dan berani seperti Umar bin Al-Khattab, Khalid bin Al-Walid dalam hal ini. Namun apa yang kita inginkan ialah adalah anak muda Islam yang ada jati diri, keperibadian akhlak dan roh semangat perjuangan seperti individu dan tokoh yang disebutkan tadi. Secara mudahnya, sebagai contoh, kalau dulu Umar Al-Khattab dan Salahuddin Al-Ayyubi yang membuka Al-Quds, hari ini kita memerlukan generasi baru Islam untuk menjayakan matlamat ini. Matlamat yang sama tetapi orangnya dan usahanya berbeza.
Berbalik kepada hal pertemuan tadi, setiap pertemuan dan persahabatan yang terjalin, kita perlu pertahankannya atas dasar tarbiyah (Islam & Iman) dan kasih sayang yang terjalin ikhlas kerana Allah swt. Method inilah yang diaplikasikan oleh baginda Rasulullah saw ketika mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin di Madinah. Perlu diingatkan bahawa tiada sebarang paksaan yang dipaksakan oleh Rasulullah dalam ikatan pertemuan tersebut. Apa yang terjadi, ia berlaku dengan kasih-sayang dan kerelaan hati masing-masing.
Begitu juga dengan perpisahan, semua orang tidak inginkan perpisahan termasuklah saidina Umar Al-Khattab yang tidak boleh menerima berita kewafatan Rasulullah saw. Beliau sambil menghunus pedang melarang sesiapa pun mengatakan bahawa Muhammad sudah wafat. Mujurlah ada saidina Abu Bakar As-Siddiq, dengan tenang memujuk
“ Siapa yang menyembah Muhammad, maka kini Muhammad sudah wafat. Dan siapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati”.
Lantas Abu Bakar membacakan sepotong ayat Quran yang bermaksud:
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (Ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberikan balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."
(surah Al-Imran, ayat ke 144)
Mendengarkan itu, lalu sedarlah Umar bahawa Rasulullah saw telah pun pergi meninggalkan dunia ini. Betapa sakit dan sedihnya para sahabat melalui detik perpisahan itu. Meskipun begitu, kisah sini mengajar kita supaya belajar menerima dan meredhai sesuatu perpisahan itu. Bukankah, tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di mahsyar kelak antaranya adalah mereka yang bertemu & berpisah kerana Allah s.w.t.
Kesimpulannya, dalam setiap sudut pertemuan itu, bakal wujud di dalamnya saat perpisahan yang tidak diketahui bila dan di mana berlaku noktahnya (apakah maut yang akan memisahkannya). Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan satu-satunya tempat untuk kita berserah segalanya setelah menjaga pertemuan yang tidak dipaksakan itu. Ingatlah, kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik (wallahu khairul makirin).
“YA ALLAH, SEANDAINYA PERTEMUAN KAMI INI PERTEMUAN YANG MENDEKATKAN DIRI KAMI KEPADA MU, MAKA KAMI REDHA YA ALLAH, TETAPI JIKA ENGKAU MENGKEHENDAKI PERPISAHAN ANTARA KAMI, MAKA KAMI POHON AGAR ENGKAU DAMAIKANLAH HATI KAMI DENGAN KETENTUAN MU ITU”
pss// Tulisan ini ana tujukan kepada seorang sahabat agar beliau lebih bersedia dengan perpisahan setelah beliau bergembira dengan pertemuan. Diharapkan pertemuan dengannya hingga ke syurga...
sumber rujukkan: www.cangkulhijau.wordpress.com
Saturday, December 25, 2010
Gagal Temuduga Untuk Belajar Al-Quran...
Alhamdulillah, bersyukur pada Zat Yang Maha Esa, kerana dikurniakan nafas untuk terus bernyawa, dikurniakan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dan dikurniakan nikmat iman dan Islam yang tiada banding nilainya. Walau bagaimana pun, nikmat yang sering melalai dan melekakan kita ialah nikmat sihat dan masa lapang. Ini kerana, dua nikmat ini sememangnya melalaikan setiap manusia melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh sebagai bekalan untuk di negeri akhirat.
Pertama sekali ana ingin memohon jutaan kemaafan buat sahabat semua kerana sudah lama tidak mengemaskini (up to date) blog ana ni kerana kesuntukkan masa yang ada untuk dimanfaatkan pada perkara yang lebih penting dahulu. Dan Alhamdulillah masa yang ada ini ana ingin manfaatkan sebaik yang mungkin. Untuk kali ini ana ingin berkongsi sedikit cerita atau kisah perjalanan hidup ana semasa menduduki peperiksaan SPM.
Setelah menduduki peperiksaan percubaan SPM, ana cuba memohon untuk memasuki Darul Quran Wal Qiraat. Dan alhamdulillah ana dipanggil untuk temuduga bagi memasuki Darul Quran. Maklumlah, hati berkobar-kobar untuk belajar bidang al-Quran yang menjadi kitab panduan untuk setiap orang Islam, teringin sangat untuk menguasainya. Apabila tiba hari yang dijanjikan untuk sesi temuduga, ana dan beberapa orang sahabat dari sekolah yang sama hadir untuk temuduga tersebut. Kami diberi taklimat bahawa interview akan diadakan dalam dua sesi. Sesi pertama ialah setiap dari kami akan dipanggil interview dengan panel dari Darul Quran. Jika lulus sesi interview tersebut, kami akan diberi masa 1 jam untuk ujian hafazan.
sekadar hiasanNamun lepas satu soalan demi satu soalan ditanya, soalan yang memang susah nak jawab ialah bila dia tanya kenapa nak study di Darul Quran sedangkan saya tidak pandai BI dan apakah bukti yang mampu untuk menguasai BI. Bukan saya tidak faham soalannya, tapi saya tidak tahu nak jawab dalam BI macam mana. Dan dengan sebab itulah saya dikira gagal oleh penemu duga tersebut. Walau bagaimana pun saya menganggap semua itu adalah ujian bagi saya untuk menguasai ilmu Al-Quran. Sesekali terfikir juga bahawa pentingnya BI untuk belajar al-Quran di Darul Quran.
Namun begitu, hakikat kepentingan BI ini sememangnya tidak dinafikan lagi hari ini. Kerana hampir semua organisasi hari ini mengambil pekerjanya yang berkebolehan untuk berbahasa Inggeris. Dan dengan sebab itu juga dasar pendidikan kita mula berubah kerana pentingnya bahasa inggeri ni. Sehinggakan ia memberi kesan yang teruk kepada anak-anak di luar bandar yang kurang bahan dan keperluan untuk menguasai BI. Dengan sebab ini jugalah ibu dan ayah kita hari ini menghantarkan anak-anak mereka ke kelas-kelas tusyen BI untuk memastikan anak-anak mereka hebat dan mengusai betul-betul bahasa asing ni. Tidak cukup dengan belajar di sekolah sahaja, ibu ayah sanggup menghabiskan duit dan masa menghantarkan anak-anak mereka ke kelas-kelas BI. Bukan sahaja di siang hari malam turut kelas-kelas malam. Malah ibu dan ayah sanggup menghantar anak-anak mereka hingga ke pintu kelas dan sanggup menunggu anak-anaknya habis kelas. Alangkah perkara sedemikian yang dilakukan oleh ibu dan ayah untuk memastikan anak-anak mereka menguasai ilmu agama Allah swt.
Namun yang menyedihkannya ialah, kerana ibu bapa mementingkan BI untuk anak-anak mereka, hingga ramai yang mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka menguasai ilmu agama dan ilmu al-Quran ini. Jika ada pun jarang kita dapati ibu bapa sanggup menghantarkan anak-anak mereka untuk ke kelas agama. Yang mereka tahu, mereka biarkan anak-anak mereka pergi sendiri ke kelas agama tanpa menghantarnya dan mengambilnya. Kerana terlalu membiarkan, kadang-kadang kita dapati anak-anak mereka tidak pun ke kelas agama, malah pergi ke tempat yang lain. Dan yang paling parah lagi apabila ada ibu bapa mengatakan jika belajar agama tidak menjamin masa depan anak-anak mereka.
Dan Alhamdulillah semalam kita diumumkan dengan kejayaan pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR yang begitu cemerlang sekali. Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu. Keputusan PMR 2010 keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran semalam. Keputusan ini sememangnya menjadi kebanggaan semua lapisan masyarakat. Bermula dengan pelajar yang menduduki PMR, guru-guru yang mengajar, ibu dan ayah di rumah malah orang kampung dan jiran-jiran turut bangga dengan pencapaian dan kejayaan anak-anak kita ini.
Jika kejayaan seperti yang dicapai oleh mereka di dalam bidang agama, alangkah baiknya kerana agama yang dijadikan asas. Sebagai contoh dapat semua A dalam semua subjek agama seperti Al-Quran, hadis, feqah, sirah dan sebagainya. Peranan ini adalah tanggungjawab pelajar tersebut, ibu bapa, jiran tetangga, kerajaan dan semuanya. Namun hari ini, yang menjadi kepentingan ialah BI dan bukan lagi bidang Agama. Ibu dan ayah sudah lagi tidak kisah jika anak-anak mereka tidak pandai membaca al-Quran, tetapi resah dan gelisah jika anak-anak tidak pandai berbahasa Inggeris. Ibu bapa tidak kisah jika anak tidak solat, tapi susah hati jika anak-anak tidak dapat A dalam subjek BI. Hakikat dunia hari ini, ramai yang tidak dapat membezakan antara kewajipan dan kelebihan. Kewajiban bagi ayah dan ibu ialah memberi pendidikan agama untuk anak-anak mereka dan kewajiban anak-anak ialah mereka kena menguasai ilmu agama kerana ilmu agama adalah wajib setiap orang mengetahuinya. Namun begitu bahasa Inggeris ini adalah kelebihan. Sesiapa yang menguasainya bererti ia melebihi dari orang lain yang tidak menguasai BI. Namun ianya tidak wajib seperti ilmu agama. Sedihlah kerana ramai yang tidak dapat membezakan antara yang wajib dengan kelebihan.
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama tingkatkan ilmu agama kita disamping kita menguasai bahasa Inggeris dan ilmu-ilmu lain kerana ilmu agama itu penting dan menjamin kebahagiaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Risaulah anak-anak jika tidak pandai membaca al-Quran kerana ia adalah panduan hidup untuk setiap orang. Malah al-Quran ini dari Allah swt, Tuhan sekalian alam dan bukan dari manusia. Susah hatilah jika anak tidak pandai solat kerana solat akan menyelamatkan mereka dari perkara-perkara buruk baik di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Sekian
"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Allah swt"
Rozlan
18500 Machang
Sunday, December 12, 2010
Janji Yang Mendapat Pahala Kerana Memungkirinya...
In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.
Alhamdulillah, terasa sudah lama ana tidak membuka blog ini untuk berkongsi dengan kalian semua. Maklumlah bila berada di rumah dan bercuti ini, banyak pula program yang tidak tersenarai dalam jadual (hobi) terpaksa di utamakan. Kerana memenuhi permintaan sahabat sekampung, maka pelbagai program telah diikuti hingga terlupa atau buat-buat lupa untuk berkongsi dengan sahabat semua.
Untuk kali ini, ana ingin berkongsi berkenaan dengan janji. Bila sebut perkataan janji, semua di kalangan kita terus membuat mindset di dalam mindanya bahawa ianya (janji) wajib ditunaikan, dan berdosa jika tidak menunaikan janji dengan sengaja. Namun sedarkah kita akan janji yang tidak wajib ditunaikan. Malah berdosa jika kita menunaikannya. Maka persoalan tentang janji inilah yang saya akan kongsi dengan pembaca semua.
Janji, satu ungkapan kontrak yang pasti dan akan pasti untuk dilaksanakan atau ditinggalkan. Janji adalah satu ungkapan yang sering terbina di dalam sesuatu perhubungan. Orang yang dilamun cinta, lebih kerap membina janji, orang yang sudah berkahwin, membina janji untuk hidup dan mati bersama, sedangkan hal berkenaan dengan mati itu bukan urusan mereka tapi mereka berani untuk berjanji. Janji juga terbina bagi mereka yang ingin mencapai kejayaan dan berjanji akan berusah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, dan janji seperti ini amat digalakkan di dalam Islam. Apa pun ungkapan ringkas pasal janji ini sahabat boleh menilainya sendiri mengikut kehendak, pemahaman, ilmu dan keperluan yang sahabat inginkan kerana janji itu adalah ungkapan yang terbina untuk kebaikkan diri dan masyarakat.
Janji sememangnya wajib dan perlu dilaksanakan kerana ia adalah sebuah ikatan yang termetri atau aqad yang wajib dilaksanakan atau ditinggalkan. Jika seseorang itu tidak pasti ianya dapat melaksanakan janjinya maka hendaklah ia bersandarkan kepada Allah swt sebagai Tuhan yang berkuasa dan membantu dirinya untuk melaksanakan janjinya. Sebab itulah kita sering mendengar perkataan "Insya Allah" sebagai sandaran kudrat kita yang lemah ini kepada Allah swt sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa. Ingatlah, janji yang dibina yang membawa kebaikkan atau bermatlamat untuk mencapai redha Allah swt, maka wajiblah ia tunaikan sekadar kemampuannya.
Ada pun janji yang wajib untuk tidak ditunaikan ialah janji yang membawa kepada dosa, maksiat dan kemurkaan Allah swt. Janji seperti ini bukan sahaja tidak wajib ditunaikan, malah ia wajib ditinggalkan. Atas sebab larangan Allah swt yang wajib dipatuhi, maka ia menghalang janji yang membawa kepada maksiat. Sebagai contoh, sepasangan couple berjanji yang untuk senantiasa mengambil berat antara satu sama lain kerana mereka ingin untuk hidup bersama dan membina keluarga dengan ikatan perkahwinan. Maka janji itu adalah harus dan baik kerana mereka ingin membina sebuah keluarga bersama. Ada pun akibat percaya dengan janji manis si lelaki, maka si perempuan menyerahkan segalanya hatta menyerahkan apa yang tidak sepatutnya, maka janji seperti ini tidak wajib untuk ditunaikan. Iaitu si perempuan tidak boleh menyerahkan segalanya kepada lelaki tersebut akibat daripada janji untuk hidup bersama. Walau janji itu baik, tetapi ia mengarahkan kepada maksiat kepada Allah swt, maka janji itu sudah menjadi wajib untuk TIDAK dilaksanakan.
Contoh lain, jika seseorang berjanji untuk ke tempat maksiat dan dosa, seperti ke pusat karaokae atau disko, tetapi dia melanggar janjinya untuk ke tempat tersebutkerana takutkan dosa dan maksiat kepada Allah swt, maka ganjaran pahala pasti untuknya kerana meninggalkan janji untuk melakukan dosa. Memungkiri janji seperti ini adalah wajib baginya kerana jika dia tidak memungkiri janji tersebut sudah pasti dirinya akan beroleh binasa.
Sebagai contoh lain untuk lebih memahami, seorang perempuan telah membuat ikatan perjanjian dengan seorang lelaki untuk melakukan zina. Sebagai balasan kepada perempuan itu, lelaki telah berjanji untuk mengambil perempuan tadi sebagai isterinya dan mereka berjanji untuk membina perkahwinan. Namun, sebelum tiba masa yang dijanjikan untuk berzina, lelaki tadi telah membatalkan perjanjiannya dengan perempuan tersebut kerana dia tahu bahawa zina itu adalah dosa. Maka janji untuk bertemu dan buat maksiat itu tidak wajib ditunaikan kerana janji tersebut membawa kepada perbuatan dosa dan maksiat walau janji itu dituntut oleh wanita tersebut.
Tidak kisahlah apa jua keadaan dan ruang serta peluang, janji yang membawa kepada maksiat dan dosa kepada Allah swt adalah wajib ditinggalkan dan jika memungkirinya pasti mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan dosa. Namun dari segi mentaliti masyarakat kita, jika memungkiri janji pasti akan berdosa. Namun jika janji kepada maksiat memungkirinya akan mendapat pahala di sisi Allah swt.
"Tidak wajib tunai janji yang mengarahkan kepada dosa dan maksiat..."
Sekian,
Ibnusoleh
18500 Machang






