Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Biodata Penulis

Nama diberi ialah Rozlan Bin Daud yang merupakan anak jati negeri Kelantan Darul Naim. Anak kelahiran Machang ini yang berasal di Kampung Pangkal Jenereh yang merupakan salah sebuah kampung yang terpencil yang jauh dari kesibukkan bandar. Anak yang kelima daripada lapan orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal dari Sek. Keb. Pangkal Jenereh dan seterusnya menyambung keperingkat menengah di SMU (A) Syamsul Maarif (L) Labok, Machang yang mana merupakan salah sebuah sekolah milik kerajaan Negeri Kelantan. Saya belajar selama empat tahun di SMU (A) Syamsul Maarif (L) dalam jurusan agama dan kemudian menyambung pula ke aliran sains tulen di Sek. Men. Keb. Agama Wataniah Machang. 
Dari segi latar pendidikan pula, setelah tamat tingkatan lima, saya menyambung keperingkat yang lebih tinggi di Kolej Matrikulasi Perlis di dalam bidang sains hayat selama dua tahun sebelum menyambung keperingkat universiti di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sekarang ini saya masih belajar di UUM dalam jurusan Sains Pengurusan Perniagaatani dengan kepujian. 
Dalam aktiviti berpersatuan dan kelab, saya memang antara yang aktif semenjak dari sekolah rendah lagi dan sampai sekarang ini. Semasa di sekolah rendah dahulu, saya pernah memegang semua jawatan yang ada, iaitu sebagai seorang pelajar biasa, ketua kelas, pengawas perpustakaan dan pengawas sekolah. Manakala di peringkat menengah pula pernah dilantik menjadi Pengerusi Kelab Rekreasi, dan Pengerusi Persatuan Islam dan ketua Planton Persatuan Pengakap sekolah. Semasa di kolej, pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pusat Islam KMP dan Pengerusi Kelab Kembara KMP. Di peringkat universiti pula pernah memegang jawatan sebagai ahli kelab PERKIM, Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Penasihat Persatuan anak negeri dan pernah menjadi Fasilitator SDG (Self Development Group) dan Fasilitator Kelas Tamadun Islam Dan Asia (TITAS), dan seringkali menjadi fasilitator sekolah dan program kecemerlangan akademik pelajar-pelajar STPM. Ada kalanya juga, saya menjadi fasilitator Biro Tatanegara dan ianya bergantung pada jemputan daripada pihak BTN. 
Berlatar belakang kehidupan sebagai seorang anak kampung, maka tidaklah hairan kepada saya untuk aktif dalam sukan lasak dan aktiviti outdoor. Giat aktif dalam sukan menembak dan berpengalaman selama lebih sepuluh tahun dalam bidang menembak. Kerana kehidupan yang mengajarnya cara menjadi seorang pemburu dan matlamat dan falsafah saya juga adalah lebih kepada kehidupan sebagai seorang pemburu. Ini kerana kehidupan ini adalah suatu pertandingan, siapa yang hebat dia pasti akan berjaya. Falsafah hidup saya "Hiduplah seperti pemburu yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu dan bukan seperti pemancing yang sering menanti" dan dengan motto inilah antara dorongan kepada saya untuk terus berusaha sehingga sekarang ini.
Jadi nasihat saya kepada semua, manfaatlah teknologi yang ada ini untuk kita mencari redha Allah swt kerana apalah erti teknologi sekiranya kita tidak menggunakannya dengan sebaik yang mungkin. Ingatlah semua bahawa Allah swt akan membangkitkan kita suatu hari nanti dan pasti Dia akan tanya tentang apakah yang kita telah buat dengan rezeki yan dikurniakan-Nya kepada kita, adakah kita memanfaatkan rezeki tersebut atau kita kufur dengannya? Maka saudara pemabaca dan saya sendiri akan menjawabnya di suatu masa yang dijanjikan nanti Insyallah.
Oleh yang demikian apa yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang lemah dan kurang itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri yang perlu banyak tunjuk ajar daripada kalangan pembaca sekalian.
Sekian Terima Kasih
"Berikanlah Manfaat kepada Orang Lain....."

My Picture