Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Soal Jawab Pembaca

Soalan 1 (04/02/2010): salam..sy ingin menanyakan beberapa soalan..LAYAKKAH SEORANG MUSLIMAH ITU MENGUJI BEBERAPA MUSLIMAH YANG LAIN DLM ERTI KATA PERSAHABATAN? SEDANGKAN UJIAN ITU SUDAH TERANG LAGI BERSULUH MENGUNTUNGKAN DIRINYA DAN MENYEBABKAN MEREKA YG DIUJI ITU MENDERITA JIWA & BATIN? BOLEHKAN DITERIMA AKAL BILA DIA MENGATAKAN DIA MAHU MENGETAHUI YANG MANA KAWAN YG BOLEH DIBUAT KAWAN DAN LAWAN? ADAKAH DIA SUDAH TERLAMPAU TINGGI ILMUNYA SEHINGGAKAN ORANG YG INGIN BERKAWAN DEGANNYA HARUS DIUJI OLEHNYA DAHULU? PERCAYALAH BAHAWA MEREKA2 YANG TELAH DI UJI INI PULA AKAN BERFIKIR 2,3 KALI UNTUK BERKAWAN....

Jawapan:
Terima kasih kepada saudara/i yang bertanya, berbalik kepada ujian sebenarnya adalah untuk kita menilai seseorang itu sama bagi menjadi sahabat baik kita. Ini kerana dengan ujianlah kita dapat mengenali seseorang dengan sebenar-benarnya. Bersahabat tidak sama dalam erti kata berkawan. Ini kerana kita perlu berkawan dengan semua orang dan tidak semua kawan kita menjadi sahabat baik kita. Sahabat sy mengkelaskan kepada mereka yang boleh memegang amanah dan kita boleh memberi kepercayaan kepada dia. Sahabat adalah manusia yang kita boleh berkongsi suka dan duka dengannya dan ianya tidak berlaku pada kawan kita or apatah lagi pada kenalan kita. Cuba anda fikir sejenak, adakah anda tidak pernah menceritakan hal-hal peribadi atau rahsia diri anda kepada sahabat anda? Jika anda jenis yang suka mencari sahabat untuk meluahkan perasaan, adakah anda menceritakan semuanya kepada kawan2 atau kenalan anda? Saya rasakan anda tidak berbuat begitu, tetapi hanya mereka yang tertentu dan terpilih sahaja yang anda ceritakan. Ini menunjukkan mereka itu telah anda pilih untuk menjadi sahabat baik anda kerana anda mengetahui hakikat dirinya.
Dalam perkongsian ilmu, ia tidak hanya tertumpu kepada rakan-rakan atau sahabat tertentu sahaja. Sesiapa sahaja yang datang kepada kita, atau kita datang kepada mereka untuk bertanyakan ilmu pengetahuan, maka jangan sekali-kali kita menguji mereka sama ada dia terbaik atau tidak. Ini kerana dalam perkongsian ilmu tidak mengenali hakikat rakan, sahabat atau kenalan. Perkongsian ilmu adalah untuk semua dan tidak perlu diuji. Maka berdosalah mereka yang menyimpan atau menyembunyikan ilmu kerana mereka hanya mahu berkongsi dengan rakan atau sahabat baik mereka sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan orang yang mereka tidak kenali.
Ini juga disarankan oleh Rasulullahi saw di dalam hadis baginda yang bermaksud:
"Jika ingin diketahui siapa sebenarnya kawan, maka bermusafirlah dengannya. au kama Qal-"

Jadi tujuan untuk bermusafir ini adalah untuk menguji seseorang sahabat kita baik dalam kesenangan mahupun kesusahan. Ingatlah dalam sesuatu perjalan seseorang itu akan menunjukkan ciri dan sifatnya yang tersembunyi sebelum ini. Bermusafir itu adalah salah satu ujian untuk mendalami seseorang sahabat sama ada dia betul-betul seseorang yang boleh diberi amanah atau tidak.

Wallahu a'lam
..................................................................................

My Picture