Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Monday, May 31, 2010

Bagaimana Jika Perempuan Melamar Lelaki?

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana diberi kekuatan dan hidayah. Selawat dan salam untuk junjungan Mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga serta sahabat baginda. Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesalahanku kerana kejahilan dan sifatku yang lemah. Ampunkanlah juga dosa kedua ibu dan ayahku dan rahmatilah mereka seperti mana mereka telah mengasihini diriku sejak aku dilahirkan.

Alhamdulillah, kali ini saya akan berkongsi pandangan dengan saudara semua berkaitan dengan tajuk di atas. Ini kerana topik ini sering diperhebat dan diperhangatkan oleh ramai sahabat-sahabat ana di atas beberapa faktor. Maklumlah, setiap kali cuti sekolah, cuti raya dan pelbagai cuti lagi, tidak sah jika kita tidak dijemput untuk menghadiri mana-mana majlis kenduri perkahwinan baik saudara kita, sahabat handai kita dan juga jiran tetangga. Pendek kata, cuti adalah ruang dan masa untuk mendirikan istana rumah tangga.

Namun dalam melangsungkan rumah tangg
a, syarat wajib bagi sesuatu ijab qabul berlaku adalah kerana adanya mereka yang ingin berkahwin, dalam erti kata yang mudah mesti ada pasangan untuk berkahwin iaitu si dara dan teruna. Dalam era alaf 21, dunia mengalami krisis di mana lelaki kurang. Namun di Malaysia, perkara seperti ini masih belum berada pada tahap kritikal di mana lelaki masih lagi mampu bertahan dan jika diikut nisbah pun lelaki masih lagi ramai. Walau bagaimana pun, bumi Malaysia menyaksikan kekurangan berlaku pada lelaki yang berkerjaya. Hal ini diakui diperingkat universiti lagi yang mana krisis kepupusan lelaki amat nyata jika dibandingkan dengan kaum hawa. Hal ini seterusnya membawa kepada alam kerjaya yang mana di dalam bidang profesional majoriti jawatan telah diambil alih oleh kaum wanita.

Krisis ini telah menimbulkan pelbagai masalah jika tidak terkawal. Ini kerana timbul juga masalah krisis moral dan ak
hlak di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah berpunca daripada kekurangan mereka yang bergelar lelaki sebagai pendidik. Namun kali ini bukan soal ini yang ingin ana kongsikan dengan semua. Berbalik kepada tajuk, Patutkah wanita melamar lelaki? Satu persoalan yang merisaukan diri yang bergelar hawa kerana mereka inginkan seorang lelaki sebagai teman dihati bagi menghiburkan jiwa yang sepi, dan sebagainya, kerana fitrah manusia yang bergelar lelaki memerlukan wanita begitu juga mereka yang bergelar wanita memerlukan lelaki. Ana pernah bertanya kepada lebih 30 wanita dan semuanya menyatakan mereka inginkan kepada lelaki yang berkerjaya dan baik akhlak dan perangainya. Sedikit sahaja yang inginkan lelaki yang dari kalangan ahli agama seperti mereka yang hafiz al-Quran. Manakala teramat sedikit mereka yang inginkan lelaki yang biasa sahaja dengan maksud lelaki yang tidak bekerjaya yang penting ianya lelaki.


sekadar hiasan

Bagi lelaki, inilah peluang keemasan mereka kerana harga mereka telah melambung naik di pasaran saham mereka. Apa yang penting mereka itu perlu beriman dan baik akhlaknya. Ini kerana rata-rata wanita inginkan lelaki yang baik dan bersopan. Namun hari ini dunia Malaysia juga menyaksikan ramai lelaki yang kurang arif dalam ilmu agamanya, apatah lagi untuk menjadi hafiz al-Quran. Ramai lelaki yang jahil ilmu agama dan yang lebih parah lagi ialah mereka yang telah rosak akhlak dek kerana dikatakan mengikut arus kemodenan. Pendek kata jika kaum wanita memperolehi lelaki yang hafiz al-Quran dan ilmuan Islam, mereka telah memperolehi permata di dunia yang pasti menjadi bekalan hingga ke syurga.

Bagi wanita, jika anda mempunyai kawan atau sahabat atau jiran yang digelarkan sebagai permata Agama (mahir dalam ilmu agama dan baik akhlaknya) maka peganglah(buatlah ikatan) dengan mereka jika anda inginkan keluarga yang bahagia hingga ke syurga. Anda boleh melamar mereka dan jika malu (kerana sifat anda sebagai seorang wanit
a) maka hantarlah wakil anda untuk menyatakan isi hati anda terhadapnya. Ini kerana anda telah mendapati banyak kebaikan demi kebaikkan yang ada pada dirinya, maka buatlah ikatan dengannya dan jangan sesekali anda menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt setelah ikatan itu dibuat. Ini kerana yang menghalalkan antara anda dengan si dia hanyalah melalui ikatan perkahwinan sahaja. Anda sebagai wanita harus melamar lelaki, hal ini dibuktikan sendiri oleh Saidatina Khadijah bt Khualid yang mana beliau sendiri yang telah melamar nabi Muhammad saw atas dasar beliau mendapati banyak kebaikkan dan kejujuran yang ada pada lelaki yang bernama Muhammad ini.


sekadar hiasan


Bagi wanita, lebih baik anda menghantar wakil untuk menyatakan isi hati anda terhadap dia dan yang lebih baik ialah melalui ahli keluarga anda. Ini kerana pertalian keluarga sebenarnya lebih suci sesuatu ikan itu dimetrikan dan seseorang lelaki jarang membuat hal-hal yang tidak elok atas dasar perhubungan yang dibina itu melalui keluarga. Ingatlah wahai kaum wanita, jarang sangat anda bertemu dengan lelaki yang jujur jika pertemuan itu dibuat sendiri atas dasar nafsu semata-mata. Kebanyakkan lelaki adalah ingin mengambil kesempatan ke atas kelemahan dirimu jua untuk memuaskan nafsunya semata-mata. Namun jika perhubungan itu melalui orang tua kamu, maka amatlah risau di dalam hatinya untuk melakukan hal yang tidak elok kerana orang tua mu menjalinkan hubungan dengan orang tuanya.

Sebenarnya adat melayu sahaja yang menggunakan istilah perigi mencari timba sehinggakan orang kita takut melanggar pantang larang tersebut. Sepanjang menjalani pemerhatian berkaitan hal ini, ada juga wanita yang menyatakan jika mereka yang melamar lelaki, maka mereka telah menjatuhkan air muka mereka dan hal ini sudah terbalik sehingga ada yang mengumpamakan seperti hujan telah naik kelangit. Wal hal dunia hari ini telah menyebabkan semuanya berubah, dan jika kita tidak mahu perubahan tinggallah kita bersendirian dan akhirnya yang menjadi suami kita adalah orang yang tidak berperancangan dan tiada masa depan yang jelas. Dan yang lebih parah lagi yang inginkan kita adalah mereka yang berlatar belakang yang tidak elok akhlak dan dirinya. Wanauzubillahi min za lik...

Oleh yang demikian, hari ini saya ingin berpesan kepada kawan-kawanku, pembaca dan sesiapa sahaja yang bergelar wanita, lamarlah lelaki yang telah kamu yakin mereka dapat membahagiakanmu yang mana mereka ada ilmu agama dan baik akhlaknya dan jangan kamu menunggu mereka melamar kamu. Ini kerana persaingan yang terpaksa kamu hadapi ialah betapa sengitnya kerana ramai dikalangan kamu yang jauh lebih berjaya dan ramai lelaki inginkan mereka yang berjaya dari kalangan isteri mereka. Oleh itu, lamarlah mereka dan ikatlah perhubungan secara yang sah dengan mereka agar mereka dapat membahagiakan kamu di dunia dan di akhirat. Jangan tunggu hingga esok kerana esok belum pasti dia datang padamu. Oleh itu bersegeralah kamu kerana ini peluang kamu dan ingatlah, jangan sesekali kamu menyerahkan segala-galanya kepada lelaki kerana lelaki suka mengambil kesempatan kepada mu. Ingatlah pintu kebaikkan dan keburukan ada padamu wahai kaum wanita.

Akhir kata, ana mendoakan kepada kalian semua agar memperolehi pasangan yang terbaik hingga ke syurga dan ingatlah lelaki adalah nakhoda ke arah itu. Jika silap arah panduannya, maka nerakalah tempat yang dituju oleh kamu semua. Pandulah arah ke syurga dengan bantuan peta al-Quran dan hadis nabi sebagai kompasnya. Insyallah ada berjaya...Ameen

Sekian terima kasih

Rozlan Daud
18500 Machang

Thursday, May 27, 2010

Akhirnya Ke Tanah Jua....

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur pada Allah swt, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw atas hidayah dan petunjuk yang di bawa baginda ke alam buana ini. Ya Allah, rahmatilah kedua ibu dan ayahku sepertimana mereka telah menjaga aku sewaktu aku kecil dan lemah dahulu, ampunilah dosaku dan dosa mereka hingga akhir hayat mereka.

Alhamdulillah pagi ini (27 Mei 2010) aku bangun awal kerana bersiap untuk solat subuh dan membuat persiapan kerana hari ini ada pertandingan menembak. Pertandingan menembak anjuran Jabatan Pertanian untuk menembak haiwan perosak seperti tupai dan kera. Setiap penembak akan diberi sebanyak 10 biji peluru dan pemenang akan dikira berdasarkan jumlah hasil tembakkan.

Seawal jam 8.30 pagi, semua peserta diminta untuk mendaftarkan diri. Setiap penembak akan ditempatkan mengikut kawasan dan setiap kumpulan mesti terdiri daripada 2 penembak sahaja. Alhamdulillah saya bersama dengan orang kampung sendiri untuk diberi tanggung jawab memburu musuh pertanian.

senapang yang digunakan (sekadar haisan)

Setelah tiba di tempat menembak, saya meninjau kawasan untuk melihat kedudukan tupai dan alhamdulillah terlihat seekor tupai yang melompat-lompat di atas pohon binjai. Apa lagi, damm!!! saya memuntahkan sebiji peluru dari muncung senapang dan menjatuhkan seekor tupai yang merupakan raja pokok itu. Teringat kata-kata orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Bagitu la orang tua kita mengambil pengajaran daripada tupai akibat daripada perbuatan jahat akhirnya terima jua balasannya.

Tembakkan demi tembakan dilepaskan dari muncung senapang, akhirnya jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan masa menembak telah tamat. Jumlah tembakkan yang dilepaskan sebanyak 7 das manakala tupai yang jatuh sebanyak 4 ekor. 2 ekor yang tembak jatuh tapi lari naik ke atas pokok kembali mungkin kerana tembakkan yang tepat tetapi tidak jitu. Manakala 1 das lagi tidak langsung mengenai sasaran kerana di awal menembak tangan masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan senapang.

Antara yang menjadi sasaran

Apa pun, hari ini begitu puas sekali dapat menembak tupai dalam pertandingan menembak anjuran jabata pertanian. Moga pertemuan dengan sahabat menembak untuk masa hadapan di permudahkan lagi kerana banyak pengalaman dan ilmu tentang menembak diperolehi sekiranya saya bersama dengan mereka. Baik kata orang, jika nak belajar memasak, duduklah bersama dengan mereka yang pandai memasak, jika nak pandai dalam pelajaran, berkawanlah dengan mereka yang pandai dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud: " Bertanyalah kepada mereka yang mengetahu sekiranya kamu tidak mengetahui"

Sekian

Rozlan Machang
Kelantan

Tuesday, May 11, 2010

Yang Pelik Tapi Benar..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah ku panjangkan syukur kepada Allah swt kerana mengurniakan kepadaku nikmat yang banyak sehinggakan aku tidak mampu untuk memperhitungkannya. Selawat dan salam ku panjatkan buat junjungan mulia dan juga para sahabat baginda. Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana aku sering berdosa kepada-Mu, begitu juga kepada ibu dan ayahku serta ahli keluargaku.
Alhamdulillah, sekarang ini ana berada di Kolej Matrikulasi Perlis bersama dengan beberapa sahabat yang lain membantu pihak kolej dalam mengurus Minggu Pengambilan Pelajar Baru (MPPB) sesi 2010/2011. Alhamdulillah menjadi AJKO kali ini sangat berpuas hati lagi setakat ini kerana ramai sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menjayakan MPPB ini. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat di bahagian kad matrik khususnya Majidah, hidayah dan Diyana serta sahabat lain yang turut membantu.

Kolej Matrikulasi Perlis

Pengurusan di bahagian kad matrik turut mencabar seperti di bahagian-bahagian lain kerana kami perlu menyiapkan semua kad matrik pelajar dalam masa beberapa hari sahaja bagi memastikan semua pelajar dapat memakainya pada hari akhir MPPB sesi 2010/2011. Tugas memasukkan gambar setiap pelajar ke dalam sistem pengkalan data merupakan suatu yang merumit kerana ianya perlu dipastikan dengan betul-betul agar tidak berlaku kesilapan. Tambahan juga, kami terpaksa membuat double checking ke atas sistem pengkalan datar agar ianya memang benar-benar milik individu tersebut. Walau bagaimana pun, setiap kesukaran pasti ada jalan penyelesaiannya, yang penting kita perlu bersabar dan bekerja sama untuk mencari jalan penyelesaian.

Penggerak Utama di bahagian kad matrik

Rozlan


Majidah


Hidayah


Diyana

Memang tidak dinafikan sepanjang tempoh membuat kad matrik pelajar merupakan tempoh yang benar-benar mencabar kerana kami terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk memastikan setiap data pelajar lengkap. Bagi ana sendiri, sudah 3 hari ana tidak tidur dan semasa mencoretkan tulisan ini pun kadang kala terlelap. Ini kerana setiap hari saya akan berada dihadapan komputer sehingga lewat malam. Biasanya saya akan menutup makmal komputer pada jam 3 pagi dan akan keluar makan dengan rakan-rakan. Lepas makan ana akan ke padang untuk memukul bola golf pula. Memang benar orang kata jika kita kurang tidur, otak kita sukar untuk menilai sesuatu keputusan kerana badan terlalu penat dan otak tidak dapat membezakan yang mana logik, yang mana waras dan sebagainya. Bermain golf setiap malam sepanjang menjadi AJKO merupakan suatu perbuatan "gila" yang tidak dibuat orang. Namun itulah perbuatan saya bersama seorang sahabat bernama Amir yang sememangnya dah nak "gila" dek kerana tidak cukup tidur. Namun apa yang kami lakukan adalah perkara biasa dan sememangnya best sangat.

Amir yang selalu main golf bersama

Lepas main golf jam menunjukkan pukul 5 pagi dan ana dengan Amir akan mengejutkan pelajar-pelajar untuk bangun daripada tidur dan bersiap untuk solat subuh di masjid. Memang "gile-gile" kerja kerana kami kejutkan pelajar dengan kayu golf untuk mereka takut dan bangun terus daripada tidur. Gaya ala tentera la pelajar tu di layan oleh kami.

Pengalaman menjadi AJKO KMP sesi 2010/2011 memang sangat best kerana dapat anak buah yang sangat spoting. Apa pun mungkin inilah kali terakhir ana jadi AJKO kerana lepas ini ana akan fokus pada kerjaya atau menyambung pelajaran lak. Akhir kata, thanks so much to all my freinds especially for those who working together with me. May be Allah swt bless you all.

See u all next time..ok

Rozlan Daud
Manchester Qlate.

Friday, May 7, 2010

Mengeluh VS Kecewa

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Mu Ya Rahman di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik contoh untuk ummat manusia.

Semalam ana terdengar kata-kata seorang sahabat ana, jangan mengeluh dalam perjuangan kerana dengan sifat mengeluh ini semua perjuangan kita adalah sia-sia. Di awal perbualan ana senyap dan memerhati setiap apa yang diucapkan olehnya. Ini kerana ana ingin memahami setiap apa yang diucapkan olehnya. Namun selepas dia habis bercakap, ana membuka alaun untuk memberi sedikit pandangan.

Bagi pandangan ana yang teramat jahil dalam bidang agama ini menyatakan bahawa mengeluh itu tidak bermakna kita kecewa. Mengeluh adalah perasaan yang lahir untuk menyatakan keadaan diri kita namun kecewa adalah perasaan yang lahir dari hati untuk menyatakan ketidak puasan kita dalam sebarang tindakan yang kita buat. Ini bermakana apa yang kita kecewakan itu ialah kita tidak berpuas hati dengan apa yang kita telah buat. Sebagai contoh, kita rasa kecewa menolong sahabat kita dalam kesusahan apabila dia tidak berterima kasih pun kepada kita. Adapun berbalik kepada mengeluh, ia merupakan tindakkan kita untuk menyatakan perasaan hati kita seperti menyatakan yang kita ini penat, lapar dan sebagainya. Mengeluh tidak bererti kecewa tetapi jika tidak terkawal ia boleh membawa kepada kekecewaan.

Mengeluh di dalam perjuangan bukan bererti kita kecewa dengan perjuangan yang kita laksanakan tetapi kita menyatakan kepada Allah swt keadaan diri kita. Allah swt memang Maha mengetahui namun kita perlu menyatakan untuk meminta. Sebagai contohnya, jika kita mengalami kepenatan, Allah swt mengetahui keadaan kita yang penat namun kita menyatakan kepenatan untuk memberitahu Allah swt yang diri kita penat supaya Allah swt menambahkan lagi tenaga untuk kita lebih berusaha dalam meneruskan perjuangan.

Perkara ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam surah Al-Fatihah tentang keadaan untuk seseorang itu berdoa. Allah swt mengajar kita tentang kaedah berdoa di dalam surah al-Fatihah dan di dalam doa tersebut kita perlu menyatakan tentang diri kita yang lemah ini. Insyallah pada masa akan datang saya akan menafsirkan sedikit ilmu saya berkenaan dengan surah al-Fatihah dan saya akan menekankan berkenaan dengan konsep doa.

Oleh yang demikian, janganlah kita kecewa dengan apa yang telah kita lakukan terutama dalam perkara jihad untuk menegakkan agama Allah swt. Kita boleh menyatakan keadaan kita yang lemah ini sebagai mengeluh untuk memohon bantuan daripada Allah swt. Namun apa yang kita takut ialah pengeluhan yang dibuat itu lebih kepada kekecewaan. Moga Allah swt melindungi kita daripada perkara yang tidak diingini.

Akhir kata, perbualan saya dengan sahabat adalah untuk menghiburkan hatinya yang sepi lagi layu. Sebagai kesimpulannya, konsep doa itu penting bagi kehidupan seseorang manusia dan mengeluh itu perlu di dalam doa. Insyallah saya akan menjelaskan tentang konsep doa yang Allah swt jelaskan di dalam surah Al-Fatihah pada masa akan datang. Selain itu, jika berpeluang saya akan jelaskan berkenaan doa ini berdasarkan kepada hukum tarikkan "The Law Of Attraction".

Bersambung pada siri akan datang berkenaan dengan konsep doa.

Sekian terima kasih.

Rozlan Daud.

Sunday, May 2, 2010

Waras....Sepagi Di Stesen Bas Machang

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, bagi Allah swt jualah roh ini berada di dalam genggaman tangan-Nya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda, para sahabat dan ikutan di atas jalan yang diredhai Allah swt. Ya Allah, setiap saat hamba-Mu ini berdosa kepada-Mu kerana setiap saat aku sering melupai-Mu. Ampunkanlah segala dosa-dosaku di atas kealpaan aku mengurus dunia ini. Begitu juga buat kedua ibu dan ayahku, ampunilah dosa mereka dan rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihi aku sewaktu aku kecil.

Alhamdulillah, setiap saat sepatutnya kita bersyukur kepada Allah swt kerana nikmat-Nya yang mencurah-curah yang tidak terhitung banyaknya. Nikmat bernafas dan menghirup udara yang segar lagi nyaman dengan tiada sedikitpun bayaran perkhidmatan yang dikenakan tidak seperti air dan elektrik serta beberapa bil-bil lain.

Pagi tadi ana memulakan expidisi kembara hidup untuk memperhatikan gelagat manusia. Perkara ini ana sudah lama tidak buat dan hari ini ana cuba sekadar beberapa jam sahaja di stesen bas Machang. Bermula tepat jam 9.00 pagi, ana duduk di stesen bas sambil memerhatikan gelagat manusia. Namun di sini ana tidak hendak mendedahkan keburukan sesiapa kerana ana ingin berkongsi dengan saudara pembaca agar kita sama-sama bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan. Ana meletakkan kereta di parkin dalam stesen bas dan duduk dikerusi menunggu bersama dengan beberapa orang yang ingin menaikki bas. Semasa ana sampai, ada sebuah bas yang hendak ke Tanah Merah belum bergerak dan dihadapan bas tersebut ana melihat ada seorang remaja yang ana rasa usianya baru seawal 20 tahun. Gelagat remaja terbabit ana perhatikan dan tidak semena-mena lelaki tersebut mengeluarkan walkman/vcd player dari beg miliknya. Gelagat dia yang bersila di hadapan bas tersebut membuatkan semua orang memerhatikannya. Di sebelahnya ada beg plastik yang diisi dengan bateri, raga, dan sebuah beg galas. Dari jauh ana memerhatikan, kenapa remaja terbabit duduk bersila kerana sebelum ini ana tidak pernah menjumpainya.





sekadar hiasan


Tetiba di bertepuk tangan sambil berdikir barat ala kontemporari siap dengan bangun berjoget lagi membuatkan ramai yang ada di stesen bas gembira dan gelak tawa kepadanya. Ana sekadar memerhati dan tidak menampakkan kelucuan setiap aksi yang dibuatnya. Ana bangun dan mengambil sebuah buku dan mencatatkan apa yang saya perhatikan. Di sudut hati yang tidak ingin merendah-rendahkan dia yang kurang warasnya, ana melihat gelagat yang dibuat olehnya. Terlintas di sudut hati ini, "Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau memberi nikmat akal yang boleh aku waras dengannya, yang boleh aku berfikir kebesaran Engkau dan dengan akal juga aku dapat menyebut nama Engkau Yang Maha Esa".

Sambil berjoget dan menyanyi, remaja tadi mengambil bakul berwarna hijau dan berjalan-jalan menuju ke tempat duduk (seats) penumpang bas. Di dalam bakul dia ada beberapa duit dan dia meminta sedekah daripada setiap penumpang dan alhamdulillah ramai juga rakyat Kelantan yang bermurah hati memberi sedekah kepadanya. Setelah semua ditemunya, dia mengemaskan barang miliknya dan beredar daripada stesen bas menuju ke sebuat restauran bersebelahan kedai buku. Di dalam benak fikiranku menafsirkan yang mana mungkin dia kehausan kerana penat berjoget dan menyanyi tadi dan berehat sebentar untuk minum dan sebagainya. Ataupun juga mungkin kerana dia belum bersarapan lagi hari ini sebab ketiadaan wang untuk membeli, so setelah ada beberapa ringgit kurniaan ramai, dia segera mendapatkan bekalan untuk alas perutnya. Setiap gelagat aku tulis untuk mengingatkan diriku di atas kesempurnaan nikmat yang banyak yang Allah swt berikan kepadaku, apakah aku masih lagi tidak bersyukur???


Stesen Bas Machang yang sering dipenuhi penumpang


Setelah 5 minit remaja terbabit hilang dari pandangan, datang pula lelaki berumur dan anggapan ana mungkin umur dia dalam lingkungan 50 tahun. Berjalan susun mengalahkan perempuan dengan gelagat membawa botol air. Yang peliknya dia ni tidaklah setidak waras dari yang tadi. Siap dengan kain pelikat di bahu dan berkemeja. Turun daripada bas terus memohon maaf daripada semua orang kerana dia terlewat datang katanya. Di hati saya memang sah dia ni XXXXX....Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui hakikat hamba-Nya.

Lepas sahaja mohon maaf daripada semua orang, dia melaporkan diri untuk bertugas sebagai penjaga tandas awam di stesen bas. Ini satu perkara pelik yang mana orang yang kurang normal boleh menjalankan aktiviti seperti orang yang normal lagi waras. Setiap gelagatnya ana tulis kerana kelebihan yang ada padanya di dalam kelemahan dia. Pendek kata, yang ni jenis specil sikit.

Lama memerhati gelagat dia, tetiba datang lak seorang lelaki mungkin berusia dalam lingkungan 30-an. Awal-awal tidaklah menyangka dia ni jenis kurang normal, dengan berkopiah dan berbaju kemeja berseluar jeans. Aku ingatkan dia salah seorang penumpang bas ke Kuala Lumpur or sebagainya. Namun sekali terpandang pada jarinya, Ya Allah panjang kukunya mengalahkan langsuir. Begitu juga kuku kakinya yang panjang, mungkin dah lebih 5 tahun tidak potong. Sah dia ni anggota geng tadi kata hatiku. Tetiba dia datang duduk sebelah ana dan menanggalkan bajunya. Memang terbukti dia ni sorang jenis tidak normal kerana boleh menanggalkan baju dihadapan orang ramai. Sesekali aku lihat pada diri dia, mana tahu mungkin dia ini jenis polis yang menyamar. Aku melihat tanda-tanda dia seorang polis namun tidak ana temui kerana kebiasaannya jika polis menyamar menjadi seorang yang tidak waras, ada tanda-tanda dia ni sememangnya waras dan ketidak warasan itu adalah rekaan semata-mata. Dibukanya plastik bungkusannya dan mengeluarkan rokok daun lalu menghisapnya. Pelik juga aku melihatnya, dengan cara dia tidak berbaju, pergi berjalan ke hulu dan ke hilir mencari sesuatu. Entah apa yang dicarinya. Mungkin duit orang yang jatuh untuk membeli makanan, mungkin juga mencari sesuatu yang berharga baginya dan menjadi sampah oleh orang lain.

Apa yang lebih memeranjatkan aku sepanjang pemerhatian selama 3 jam berada di stesen bas adalah pelbagai gelagat manusia. Ada manusia yang waras pemikirannya, tetapi perangai jauh lebih teruk dari mereka yang tidak waras. Ini kerana apa yang ana jumpa, ada mereka yang waras dianggapnya, namun tidak berseluar dan berbaju. Mereka pakai baju namum bajunya terbelah sana dan sini. Mereka berseluar tetapi seluarnya menampakkan lurah bilut yang tidak berpenghujung. Pendek kata selama 3 jam itu pelbagai manusia yang ana jumpa dan yang lebih teruk ialah ana juga terkena tempias dosa sepanjang pemerhatian berkenaan gelagat manusia.

Ada yang membawa anak, lagi selamba menyusu anak dihadapan orang ramai. Tidakkah perbuatan ini dikatakan lebih teruk daripada yang duduk berjoget sambil berdikir barat. Ada yang bercouple dengan lelaki, tidak segan silu berpeluk dan meraba sana meraba sini. Ini lebih teruk daripada lelaki yang menanggalkan bajunya dihadapan orang ramai dek kerana kepanasan siang hari.

Kebanyakkan manusia yang ana jumpa tidaklah semuanya bermasalah, ada juga yang baik budi bahasanya, sopan santun manis pula wajahnya dengan keayuan diri disirami nur iman dan akhlak yang terpuji. Namun kesimpulan awal yang boleh saya buat ialah jumlah mereka seperti ini adalah lebih kuran 2 peratus sahaja manusia jenis ini di stesen bas. Maka ini menunjukkan bahawa semakin kurang manusia yang betul-betul waras dengan sebenar-benarnya. Waras dengan cahaya keimanan. Apa pun alhamdulillah ana panjatkan syukur kepada Allah swt kerana mengajar ana berkenaan dengan erti waras yang sebenar-benarnya. Bersyukur juga kerana Allah swt menyedarkan diri ini agar tidak menjadi orang yang tidak waras di masa akal masih waras.

Akhir kata, jadilah diri kita sebagai seorang manusia yang waras pemikiran kita dengan selalu mentaati setiap perintah dan suruhan Allah swt dikala akal kita masih waras. Perbanyakkan syukur kepada Allah swt kerana dia memberi hidayah dan petunjuk kepada kita agar lebih bersedia menghadapi hakikat dunia sebenar yang semakin hari semakin pupus kewarasan akhlah dan keimanan.

Sekian.

Rozlan
Machang.

Saturday, May 1, 2010

Apakah Engkau Belum Memahami?

In name of Allah, The Most Gracious, The Most Graciful

Alhamdulillah,ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt yang telah memberikan nikmat yang berlimpah ruah kepadaku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para ahli keluarga baginda dan juga sahabat serta ikutan. Ya Allah, ku mohon keampunan dari Mu di atas segala kesalahan dan dosa yang telah aku buat sama ada aku sedar atau tidak sedar, ampunkanlah juga dosa-dosa ayah dan ibuku serta ahli keluargaku, guru-guru dan rakan semua serta kaum muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, pertama sekali ana bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan ruang dan peluang untuk ana kembali menulis demi meneruskan perjuangan dakwah untuk mengingatkan diri ana yang lemah disamping memberi nasihat kepada hati-hati yang mahu mendengar. Ana memohon jutaan kemaafan kepada rakan-rakan pembaca yang melayari blog ana. Ini kerana hampir sebulan ana tidak mengemaskini blog ini kerana dalam kesuntukkan masa yang ada. Banyak perkara yang lebih penting untuk ana siapkan dan ada juga beberapa perkara yang ana perlu siapkan sebelum datangnya perkara lain yang membebankan diri ini.

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan kepada sahabat-sahabat setia yang sudi membantu ana sama ada bantuan yang diberikan secara metarial atau spiritual yang berbentuk nasihat dan semangat. Biasalah dalam perjuangan, bukan ramai orang yang ingin membantu kita. Jika ada pun hanyalah sekadar menghormati kita sebagai sahabatnya, jika tidak mereka sama sahaja dengan kebanyakkan orang.

Di sini ana ingin berkongsi cerita yang menyentuh jiwa ana di sepanjang berehat lama daripada menulis ini. Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati namun jadikanlah pengajaran dan nasihat untuk kita semua.

..............................*************.......................................

Syarifah merupakan seorang pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM dan kini menyambung pelajaran di dalam bidang syariah di salah sebuah universiti dalam negara. Kewarakkan dan kesopanan seorang wanita yang bergelar mujahidah Islam itu dipakainya dek kerana dia merupakan seorang pelajar dalam bidang agama yang mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu agama. Hampir setiap masa, waktu akan dihabiskannya dengan aktiviti dakwah dan kerohanian untuk mengajak kebanyakkan rakan-rakan agar kembali kepada agama. Amat bagus sekali sifatnya kerana ingin mengembalikan dan menyedarkan mereka-mereka yang lalai.

Pada suatu hari, semasa di dalam kuliah, Syarifah yang selalu memakai tudung labuh ini memasukki kelas kewangan Islam yang merupakan salah satu subjek di dalam jurusannya. Semasa di dalam kuliah, Syarifah memang dengan ciri kewanitaan Islamnya melambangkan yang dia merupakan seorang yang sangat menitik berat soal agama. Semasa di dalam kelas, dia mencari tempat yang diisi dengan member-member tudung labuhnya untuk duduk bersama, dan dia sukar untuk duduk bersama di dalam kelas bersama dengan wanita lain yang memakai tudung singkat malah lagi tidak dimahunya untuk bersama dengan wanita yang tidak bertudung apatah lagi jika ada lelaki di situ. Kewarakkan dia ini memang bagus kerana menjaga adab seorang wanita, namun dalam bidang dakwah, Syarifah masih banyak lagi perlu mempelajarinya.

Di pendekkan cerita, suatu hari ditakdirkan oleh Allah swt si Syarifah ini disapa oleh seorang lelaki yang bernama Ikram. Di sebalik pertemuan mereka itu membuatkan mereka mengenali antara satu sama lain. Namun disebalik persahabatan yang terbina itu, mereka saling menjaga hubungan antara satu sama lain kerana kedua-dua memahami ajaran agama. Si Ikram ini tidak langsung menampakkan cirinya seorang yang beragama walaupun kelulusan dan kefahaman agama yang ada padanya teramat tinggi. Perwatakkannya hanyalah biasa sahaja namun keseluruhan jiwa dan raganya adalah di atas kalimah Islam. Pada suatu hari, Ikram dijemput ke satu majlis di masjid di universiti mereka kerana ada satu forum dakwah. Dengan pakaian yang simple si Ikram ini masuk ke masjid. Hampir semua orang melihatnya, maklumlah dengan seluar dan tidak berkopiah. Orang yang melihatnya pula seakan-akan si Ikram ini seorang yang asing yang amat tidak tahu langsung hal-hal agama. Setelah selesai majlis, semua tetamu dijemput makan dan semasa itulah Syarifah bertemu dengan Ikram. Terkejut besar Syarifah apabila melihat Ikram yang hanya memakai pakaian biasa ke majlis ilmu dan tidak seperti orang lain yang berbaju melayu dan berkopiah. Ramai rakan dan sahabat Syarifah tertanya-tanya adakah Syarifah mengenali lelaki yang dianggap asing itu. Dengan nada biasa Syarifah mengatakan dia tidak mengenalinya dan membuatkan hati kecil Ikram terasa dengan sikap Syarifah yang mementingkan diri sendiri. Namun bagi si Ikram, dia tidak kisah langsung jika itulah balasan seorang sahabat yang dianggap baik padanya. Ikram dengan caranya yang simple itu berlalu meninggalkan Syarifah.

Dua hari selepas peristiwa itu, Syarifah menghubungi Ikram dengan mengatakan bahawa dia malu kepada sahabatnya kerana berkawan dengan Ikram yang tidak menampakkan kewarakkan. Mungkin apa yang diingini oleh Syarifah adalah agar semua kawan-kawannya ini tergolong daripada mereka yang tinggi ilmu agamanya dan warak pula sifatnya. Namun bagi Ikram yang menunjukkan ciri yang biasa ini menjadi punca Syarifah malu kepada kawan-kawannya yang lain sehingga sanggup mengatakan dia tidak mengenali Ikram.

Namun Allah swt maha kaya kerana Dia-lah yang mengaturkan pertemuan dan Dia-lah juga mengaturkan perpisahan. Hampir 2 semester Ikram dan Syarifah tidak bertemu dan tidak bertegur sapa. Ini kerana, setiap kali Syarifah menghantarkan mesej atau email, tidak dijawab oleh Syarifah wal hal mesej tersebut merupakan persoalan yang harus dijawab seperti bertanya pasal perkara-perkara yang ilmu dan agama. Namun bagi Ikram, dia tidak mudah mengeluh kerana apa yang berlaku dianggap simple sahaja dan bukanlah suatu perkara yang berat baginya. Ditakdirkan Allah swt bahawa mereka berdua kembali bertemu di dalam satu majlis ilmu yang dianjurkan oleh pusat Islam. Pertemuan yang tidak disangka-sangkan ini terjadi apabila si Ikram dijemput sebagai salah seorang panel penceramah berganding dengan beberapa penceramah jemputan yang lain.

Majlis ilmu tersebut berkisarkan kepada doktrin Islam dan Sains yang mana Ikram menerangkan kebenaran Islam yang dibuktikan dengan Sains. Seperti dahulu juga, si Ikram ini tidak berubah sifatnya, dengan tidak berkopiah apabila dijemput memberi ceramah di majlis agama, apatah lagi untuk berserban seperti yang diimpikan oleh si Syarifah. Apabila masa Ikram memberi ceramah, semua yang ada berasa kagum mendengar setiap hujjah dan bukti yang dikemukakan oleh Ikram. Pendek kata semua yang ada berasa kagum melihat seorang lelaki yang biasa sahaja dari sudut pakaiannya, namum memiliki kefahaman agama yang begitu tinggi.

Setelah habis majlis berkenaan, Syarifah datang berjumpa dengan Ikran dan bertanyakan beberapa soalan. Antaranya Syarifah bertanya berkenaan latar belakang pendidikan Syarifah kerana apa yang Syarifah tahu tentang diri Ikram ini adalah seorang yang baru ingin berjinak-jinak dengan agama. Tetapi hari ini Ikram datang sebagai seorang yang bercakap pasal agama di hadapan ratusan orang yang mendengarnya. Ikram hanya senyum dan menjawab Masihkah Engkau Belum Memahaninya?
.....................********************..................................

Berdasarkan cerita di atas, bukan perhubungan antara Ikram dan Syarifah yang ingin penulis fokuskan tetapi apa yang ingin dinyatakan adalah berkenaan dengan diri seseorang. Janganlah kita memperlekehkan seseorang kerana pakaiannya, baik orang tersebut adalah orang yang kita kenal apatah lagi orang yang kita tidak kenal. Apalah ada sangat pada pakaian mereka, ini kerana pakaian seseorang tidaklah menggambarkan ilmu yang mereka miliki, tidak pula menggambarkan akhlak seseorang, malah pakaian hanya menunjukkan ketaatan seseorang itu pada Agamanya. Ini kerana sekiranya apa yang mereka pakai itu memang bertepatan dengan kehendak dan syariat agama, maka sudah cukup bagi mereka dan pakai baju melayu bersongkok atau berkopiah itu hanyalah sebagai adat dan budaya sesuatu bangsa atau sunat sahaja.

Kita janganlah merendahkan orang yang kita kenali dengan mengatakan kita tidak mengenalinya dihadapan sahabat kita. Ini kerana kita memperlekehkan dengan mengatakan kita tidak mengenalinya. Biarlah betapa hebatnya ilmu agama yang kita miliki, tetapi ingatlah kita tidak ada hak untuk memperlekehkan atau merendah-randahkan hamba dan makhluk Allah swt yang lain hatta kepada seekor anjing. Begitu juga orang yang diperlekehkan, janganlah kita membencinya kerana kita juga tidak ada hak untuk membenci makhluk Allah swt namun apa yang boleh dibencikan adalah sekadar perangai buruk yang diamalkannya.

Syarifah yang merasakan hebat di dalam agama sehingga merendah-rendahkan Ikram kerana dia tidak mengenali hakikat yang sebenarnya berkenaan diri Ikram. Oleh itu, betapa pentingnya kita mengenali seseorang sahabat sebelum kita mengatakan sesuatu terhadapnya. Syarifah yang dikatakan hebat berjuang di dalam bidang dakwah masih belum memahami erti dan hakikat kedudukan agama yang tidak terletak pada pakaian dan paras rupa. Begitu juga dengan sahabat-sahabat kita, jangan kita memperkecilkannya kerana apa yang dipakainya, ini kerana kita tidak tahu kehebatan mereka dengan hanya melihat pakaian mereka. Ini kerana ada juga mereka yang berjubah dan berserban mengalahkan pak aji, namun hakikat agama yang mereka ada boleh diibaratkan seperti tin kosong yang bila diketuk kuat bunyinya namun tidak ada apa-apa manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Kesimpulannya, kepada sahabat, hargailah erti persahabatan yang kita miliki kerana setiap sahabat yang kita ada itu mempunyai kelebihan yang tersendiri terutama sahabat kita yang tidak menunjuk-nunjuk di dalam ilmu yang mereka miliki malah tidak langsung sombong dan bermegah dengannya. Mereka sebenarnya lebih arif berbanding dengan orang yang banyak mengatakan itu haram, ini halal dan sebaliknya. Malah mereka juga lebih dekat kepada Allah swt kerana mereka yang simple biasanya tidak mengejar kebanggaan dan pujian makhluk malah mereka menunggu balasan dan pujian daripada Allah swt. Hargailah sahabat anda.......





(cerita di atas tiada kaitan antara mereka yang hidup atau telah meninggal dunia, tetapi hanyalah rekaan semata-mata berdasarkan kepada pengalaman seseorang sahabat yang dihina moga menjadi pengajaran kepada kita yang memikiki sahabat)

Rozlan Daud
Machang Kelantan

My Picture