Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, May 2, 2010

Waras....Sepagi Di Stesen Bas Machang

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, bagi Allah swt jualah roh ini berada di dalam genggaman tangan-Nya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda, para sahabat dan ikutan di atas jalan yang diredhai Allah swt. Ya Allah, setiap saat hamba-Mu ini berdosa kepada-Mu kerana setiap saat aku sering melupai-Mu. Ampunkanlah segala dosa-dosaku di atas kealpaan aku mengurus dunia ini. Begitu juga buat kedua ibu dan ayahku, ampunilah dosa mereka dan rahmatilah mereka seperti mana mereka mengasihi aku sewaktu aku kecil.

Alhamdulillah, setiap saat sepatutnya kita bersyukur kepada Allah swt kerana nikmat-Nya yang mencurah-curah yang tidak terhitung banyaknya. Nikmat bernafas dan menghirup udara yang segar lagi nyaman dengan tiada sedikitpun bayaran perkhidmatan yang dikenakan tidak seperti air dan elektrik serta beberapa bil-bil lain.

Pagi tadi ana memulakan expidisi kembara hidup untuk memperhatikan gelagat manusia. Perkara ini ana sudah lama tidak buat dan hari ini ana cuba sekadar beberapa jam sahaja di stesen bas Machang. Bermula tepat jam 9.00 pagi, ana duduk di stesen bas sambil memerhatikan gelagat manusia. Namun di sini ana tidak hendak mendedahkan keburukan sesiapa kerana ana ingin berkongsi dengan saudara pembaca agar kita sama-sama bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan. Ana meletakkan kereta di parkin dalam stesen bas dan duduk dikerusi menunggu bersama dengan beberapa orang yang ingin menaikki bas. Semasa ana sampai, ada sebuah bas yang hendak ke Tanah Merah belum bergerak dan dihadapan bas tersebut ana melihat ada seorang remaja yang ana rasa usianya baru seawal 20 tahun. Gelagat remaja terbabit ana perhatikan dan tidak semena-mena lelaki tersebut mengeluarkan walkman/vcd player dari beg miliknya. Gelagat dia yang bersila di hadapan bas tersebut membuatkan semua orang memerhatikannya. Di sebelahnya ada beg plastik yang diisi dengan bateri, raga, dan sebuah beg galas. Dari jauh ana memerhatikan, kenapa remaja terbabit duduk bersila kerana sebelum ini ana tidak pernah menjumpainya.





sekadar hiasan


Tetiba di bertepuk tangan sambil berdikir barat ala kontemporari siap dengan bangun berjoget lagi membuatkan ramai yang ada di stesen bas gembira dan gelak tawa kepadanya. Ana sekadar memerhati dan tidak menampakkan kelucuan setiap aksi yang dibuatnya. Ana bangun dan mengambil sebuah buku dan mencatatkan apa yang saya perhatikan. Di sudut hati yang tidak ingin merendah-rendahkan dia yang kurang warasnya, ana melihat gelagat yang dibuat olehnya. Terlintas di sudut hati ini, "Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau memberi nikmat akal yang boleh aku waras dengannya, yang boleh aku berfikir kebesaran Engkau dan dengan akal juga aku dapat menyebut nama Engkau Yang Maha Esa".

Sambil berjoget dan menyanyi, remaja tadi mengambil bakul berwarna hijau dan berjalan-jalan menuju ke tempat duduk (seats) penumpang bas. Di dalam bakul dia ada beberapa duit dan dia meminta sedekah daripada setiap penumpang dan alhamdulillah ramai juga rakyat Kelantan yang bermurah hati memberi sedekah kepadanya. Setelah semua ditemunya, dia mengemaskan barang miliknya dan beredar daripada stesen bas menuju ke sebuat restauran bersebelahan kedai buku. Di dalam benak fikiranku menafsirkan yang mana mungkin dia kehausan kerana penat berjoget dan menyanyi tadi dan berehat sebentar untuk minum dan sebagainya. Ataupun juga mungkin kerana dia belum bersarapan lagi hari ini sebab ketiadaan wang untuk membeli, so setelah ada beberapa ringgit kurniaan ramai, dia segera mendapatkan bekalan untuk alas perutnya. Setiap gelagat aku tulis untuk mengingatkan diriku di atas kesempurnaan nikmat yang banyak yang Allah swt berikan kepadaku, apakah aku masih lagi tidak bersyukur???


Stesen Bas Machang yang sering dipenuhi penumpang


Setelah 5 minit remaja terbabit hilang dari pandangan, datang pula lelaki berumur dan anggapan ana mungkin umur dia dalam lingkungan 50 tahun. Berjalan susun mengalahkan perempuan dengan gelagat membawa botol air. Yang peliknya dia ni tidaklah setidak waras dari yang tadi. Siap dengan kain pelikat di bahu dan berkemeja. Turun daripada bas terus memohon maaf daripada semua orang kerana dia terlewat datang katanya. Di hati saya memang sah dia ni XXXXX....Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui hakikat hamba-Nya.

Lepas sahaja mohon maaf daripada semua orang, dia melaporkan diri untuk bertugas sebagai penjaga tandas awam di stesen bas. Ini satu perkara pelik yang mana orang yang kurang normal boleh menjalankan aktiviti seperti orang yang normal lagi waras. Setiap gelagatnya ana tulis kerana kelebihan yang ada padanya di dalam kelemahan dia. Pendek kata, yang ni jenis specil sikit.

Lama memerhati gelagat dia, tetiba datang lak seorang lelaki mungkin berusia dalam lingkungan 30-an. Awal-awal tidaklah menyangka dia ni jenis kurang normal, dengan berkopiah dan berbaju kemeja berseluar jeans. Aku ingatkan dia salah seorang penumpang bas ke Kuala Lumpur or sebagainya. Namun sekali terpandang pada jarinya, Ya Allah panjang kukunya mengalahkan langsuir. Begitu juga kuku kakinya yang panjang, mungkin dah lebih 5 tahun tidak potong. Sah dia ni anggota geng tadi kata hatiku. Tetiba dia datang duduk sebelah ana dan menanggalkan bajunya. Memang terbukti dia ni sorang jenis tidak normal kerana boleh menanggalkan baju dihadapan orang ramai. Sesekali aku lihat pada diri dia, mana tahu mungkin dia ini jenis polis yang menyamar. Aku melihat tanda-tanda dia seorang polis namun tidak ana temui kerana kebiasaannya jika polis menyamar menjadi seorang yang tidak waras, ada tanda-tanda dia ni sememangnya waras dan ketidak warasan itu adalah rekaan semata-mata. Dibukanya plastik bungkusannya dan mengeluarkan rokok daun lalu menghisapnya. Pelik juga aku melihatnya, dengan cara dia tidak berbaju, pergi berjalan ke hulu dan ke hilir mencari sesuatu. Entah apa yang dicarinya. Mungkin duit orang yang jatuh untuk membeli makanan, mungkin juga mencari sesuatu yang berharga baginya dan menjadi sampah oleh orang lain.

Apa yang lebih memeranjatkan aku sepanjang pemerhatian selama 3 jam berada di stesen bas adalah pelbagai gelagat manusia. Ada manusia yang waras pemikirannya, tetapi perangai jauh lebih teruk dari mereka yang tidak waras. Ini kerana apa yang ana jumpa, ada mereka yang waras dianggapnya, namun tidak berseluar dan berbaju. Mereka pakai baju namum bajunya terbelah sana dan sini. Mereka berseluar tetapi seluarnya menampakkan lurah bilut yang tidak berpenghujung. Pendek kata selama 3 jam itu pelbagai manusia yang ana jumpa dan yang lebih teruk ialah ana juga terkena tempias dosa sepanjang pemerhatian berkenaan gelagat manusia.

Ada yang membawa anak, lagi selamba menyusu anak dihadapan orang ramai. Tidakkah perbuatan ini dikatakan lebih teruk daripada yang duduk berjoget sambil berdikir barat. Ada yang bercouple dengan lelaki, tidak segan silu berpeluk dan meraba sana meraba sini. Ini lebih teruk daripada lelaki yang menanggalkan bajunya dihadapan orang ramai dek kerana kepanasan siang hari.

Kebanyakkan manusia yang ana jumpa tidaklah semuanya bermasalah, ada juga yang baik budi bahasanya, sopan santun manis pula wajahnya dengan keayuan diri disirami nur iman dan akhlak yang terpuji. Namun kesimpulan awal yang boleh saya buat ialah jumlah mereka seperti ini adalah lebih kuran 2 peratus sahaja manusia jenis ini di stesen bas. Maka ini menunjukkan bahawa semakin kurang manusia yang betul-betul waras dengan sebenar-benarnya. Waras dengan cahaya keimanan. Apa pun alhamdulillah ana panjatkan syukur kepada Allah swt kerana mengajar ana berkenaan dengan erti waras yang sebenar-benarnya. Bersyukur juga kerana Allah swt menyedarkan diri ini agar tidak menjadi orang yang tidak waras di masa akal masih waras.

Akhir kata, jadilah diri kita sebagai seorang manusia yang waras pemikiran kita dengan selalu mentaati setiap perintah dan suruhan Allah swt dikala akal kita masih waras. Perbanyakkan syukur kepada Allah swt kerana dia memberi hidayah dan petunjuk kepada kita agar lebih bersedia menghadapi hakikat dunia sebenar yang semakin hari semakin pupus kewarasan akhlah dan keimanan.

Sekian.

Rozlan
Machang.

No comments:

My Picture