Alhamdulillah pagi ini (27 Mei 2010) aku bangun awal kerana bersiap untuk solat subuh dan membuat persiapan kerana hari ini ada pertandingan menembak. Pertandingan menembak anjuran Jabatan Pertanian untuk menembak haiwan perosak seperti tupai dan kera. Setiap penembak akan diberi sebanyak 10 biji peluru dan pemenang akan dikira berdasarkan jumlah hasil tembakkan.
Seawal jam 8.30 pagi, semua peserta diminta untuk mendaftarkan diri. Setiap penembak akan ditempatkan mengikut kawasan dan setiap kumpulan mesti terdiri daripada 2 penembak sahaja. Alhamdulillah saya bersama dengan orang kampung sendiri untuk diberi tanggung jawab memburu musuh pertanian.
Setelah tiba di tempat menembak, saya meninjau kawasan untuk melihat kedudukan tupai dan alhamdulillah terlihat seekor tupai yang melompat-lompat di atas pohon binjai. Apa lagi, damm!!! saya memuntahkan sebiji peluru dari muncung senapang dan menjatuhkan seekor tupai yang merupakan raja pokok itu. Teringat kata-kata orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Bagitu la orang tua kita mengambil pengajaran daripada tupai akibat daripada perbuatan jahat akhirnya terima jua balasannya.
Tembakkan demi tembakan dilepaskan dari muncung senapang, akhirnya jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan masa menembak telah tamat. Jumlah tembakkan yang dilepaskan sebanyak 7 das manakala tupai yang jatuh sebanyak 4 ekor. 2 ekor yang tembak jatuh tapi lari naik ke atas pokok kembali mungkin kerana tembakkan yang tepat tetapi tidak jitu. Manakala 1 das lagi tidak langsung mengenai sasaran kerana di awal menembak tangan masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan senapang.

Apa pun, hari ini begitu puas sekali dapat menembak tupai dalam pertandingan menembak anjuran jabata pertanian. Moga pertemuan dengan sahabat menembak untuk masa hadapan di permudahkan lagi kerana banyak pengalaman dan ilmu tentang menembak diperolehi sekiranya saya bersama dengan mereka. Baik kata orang, jika nak belajar memasak, duduklah bersama dengan mereka yang pandai memasak, jika nak pandai dalam pelajaran, berkawanlah dengan mereka yang pandai dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud: " Bertanyalah kepada mereka yang mengetahu sekiranya kamu tidak mengetahui"
Sekian
Rozlan Machang
Kelantan