Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, May 7, 2010

Mengeluh VS Kecewa

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Mu Ya Rahman di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik contoh untuk ummat manusia.

Semalam ana terdengar kata-kata seorang sahabat ana, jangan mengeluh dalam perjuangan kerana dengan sifat mengeluh ini semua perjuangan kita adalah sia-sia. Di awal perbualan ana senyap dan memerhati setiap apa yang diucapkan olehnya. Ini kerana ana ingin memahami setiap apa yang diucapkan olehnya. Namun selepas dia habis bercakap, ana membuka alaun untuk memberi sedikit pandangan.

Bagi pandangan ana yang teramat jahil dalam bidang agama ini menyatakan bahawa mengeluh itu tidak bermakna kita kecewa. Mengeluh adalah perasaan yang lahir untuk menyatakan keadaan diri kita namun kecewa adalah perasaan yang lahir dari hati untuk menyatakan ketidak puasan kita dalam sebarang tindakan yang kita buat. Ini bermakana apa yang kita kecewakan itu ialah kita tidak berpuas hati dengan apa yang kita telah buat. Sebagai contoh, kita rasa kecewa menolong sahabat kita dalam kesusahan apabila dia tidak berterima kasih pun kepada kita. Adapun berbalik kepada mengeluh, ia merupakan tindakkan kita untuk menyatakan perasaan hati kita seperti menyatakan yang kita ini penat, lapar dan sebagainya. Mengeluh tidak bererti kecewa tetapi jika tidak terkawal ia boleh membawa kepada kekecewaan.

Mengeluh di dalam perjuangan bukan bererti kita kecewa dengan perjuangan yang kita laksanakan tetapi kita menyatakan kepada Allah swt keadaan diri kita. Allah swt memang Maha mengetahui namun kita perlu menyatakan untuk meminta. Sebagai contohnya, jika kita mengalami kepenatan, Allah swt mengetahui keadaan kita yang penat namun kita menyatakan kepenatan untuk memberitahu Allah swt yang diri kita penat supaya Allah swt menambahkan lagi tenaga untuk kita lebih berusaha dalam meneruskan perjuangan.

Perkara ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam surah Al-Fatihah tentang keadaan untuk seseorang itu berdoa. Allah swt mengajar kita tentang kaedah berdoa di dalam surah al-Fatihah dan di dalam doa tersebut kita perlu menyatakan tentang diri kita yang lemah ini. Insyallah pada masa akan datang saya akan menafsirkan sedikit ilmu saya berkenaan dengan surah al-Fatihah dan saya akan menekankan berkenaan dengan konsep doa.

Oleh yang demikian, janganlah kita kecewa dengan apa yang telah kita lakukan terutama dalam perkara jihad untuk menegakkan agama Allah swt. Kita boleh menyatakan keadaan kita yang lemah ini sebagai mengeluh untuk memohon bantuan daripada Allah swt. Namun apa yang kita takut ialah pengeluhan yang dibuat itu lebih kepada kekecewaan. Moga Allah swt melindungi kita daripada perkara yang tidak diingini.

Akhir kata, perbualan saya dengan sahabat adalah untuk menghiburkan hatinya yang sepi lagi layu. Sebagai kesimpulannya, konsep doa itu penting bagi kehidupan seseorang manusia dan mengeluh itu perlu di dalam doa. Insyallah saya akan menjelaskan tentang konsep doa yang Allah swt jelaskan di dalam surah Al-Fatihah pada masa akan datang. Selain itu, jika berpeluang saya akan jelaskan berkenaan doa ini berdasarkan kepada hukum tarikkan "The Law Of Attraction".

Bersambung pada siri akan datang berkenaan dengan konsep doa.

Sekian terima kasih.

Rozlan Daud.

My Picture