Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Thursday, September 4, 2008

Hubungi Saya

Kepada semua pembaca yang ingin berkongsi artikel, idea, pengalaman dan sebarang ilmu pengetahuan ataupun persoalan bolehlah email kepada saya di alamat el_farouq14@yahoo.com ataupun cendikiawanislam@yahoo.com. Oleh yang demikian, manfaatkanlah peluang yang ada untuk mencapai redha Ilahi.

Sekian Terima Kasih

2 comments:

Anonymous said...

salam...
aku buknlah seorang yg tinggi agama.tapi benda ni dah terg lagi bersuluh.aku ada
lah nasihat seorg kwn aku ni.mula2 die trma tapi lepas bbrapa hari die wat muka lak.tgr pun sikit2 je.bkn aku sorg yg tegur, tapi ad bbrapa org kwn aku gak yg tgr die.kwn2 aku pun ad mslh ngan dfie gak.tapi reaksi tetp sme.mcm mane nk wat?lagi satu die pg cerita plak kat org lain hal aku ngan die.
tlg lah bagi nasihat ke, car ke, nk handle org cam ni...

Rozlan Daud said...

wasalam,
Terima kasih kepada saudara/i yg bertanya. Alhamdulillah memberi teguran yg membina kpd sahabat itu adalah suatu perkara yg baik. Ini kerana sabda Nabi saw yg bermaksud: "sesiapa yg melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (menegurnya) dengan tangan (hukum). Jika ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan (teguran/nasihat). Jika ia tidak mampu, maka hendaklah ubah dengan hati (membenci kemungkaran) dan itulah selemah-lemah iman".
Oleh yg demikian, nasihat yg saudara/i buat utk sahabat saudari itu adalah satu kaedah yg terbaik kerana ingin melihatnya sentiasa dlm keadaan yg terbaik.
Berkenaan dia pergi cerita pd org lain itu adalah hak dia, dan kita sbg sahabat yg memberi nasihat ini perlu bersabar. Ini kerna untuk menasihati org lain kita perlu perbanyakkan kesabaran kerana mgkin dia akan memarahi/ membenci kita. Biarlah apa yg dia ingin katakan pd kita, yg penting Allah swt lebih menyayangi kita kerana kita mengingatkan sahabat lain pd jalan yg benar.
Untuk handle org macam tu, kita kena lebih dekat dengan dia. Biarlah dia membenci kita, yg penting kita kena berbaik sangka dengan dia dan sentiasa berbuat baik padanya.Insyallah suatu masa nnti Allah swt akan tunjukkan sesuatu yg terbaik kepada kita dan dia hasil dr kesan kita menasihatinya.

wallahu A'lam.

My Picture