Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, April 20, 2010

Kerana Sebiji Telur....

In The Name Of Allah, Most Gracious, Most Merciful..

Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat. Ya Allah, ampuni segala dosaku, ayah dan umie ku serta ahli keluargaku dan seluruh ummat Islam.
Alhamdulillah, pertama kali aku mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana segala tugasan aku selama beberapa minggu ini siap sempurna cuma menunggu masa untuk menghantarkannya sahaja. Dalam keadaan yang begitu busy sehingga kurangnya tidur dan masa untuk bersama dengan sahabat-sahabat pun turut kurang. Namun, berkat kesabaran dan kesungguhan, alhamdulillah akhirnya siap juga akhirnya.

"Kerana Sebiji Telur", inilah tajuk perbincangan dan perkongsian yang akan ana kupaskan sebagai sekadar berkongsi dengan pembaca sekalian. Siapakah yang tidak mengenali telur? Pendek kata hampir semua orang kenal telur dan mungkir ramai yang sukakan telur. Pelbagai persoalan juga timbul di sebalik telur, cuma ana belum menemui lagi seseorang yang telah mendapat PhD kerana kajiannya terhadap telur. Bila sebut pasal telur, ana teringat satu perdebatan ana dengan seorang pensyarah ana di UUM dulu. Kata pensyarah yang ada PhD sekarang ini dan dia adalah lulusan agama dari universiti timur tengah itu bahawa antara telur dengan ayam kita tidak mengetahui yang mana dahulu. Namun saya memberi jawapan sehingga membuatkannya terfikir kerana persoalan ini dia timbulkan di dalam kuliah yang membuatkan ramai yang memberi pandangan dan hujjah masing-masing. (sekiranya anda ingin mendapat jawapan berkenaan dengan ayam dan telur yang mana dahulu, emailkan kepada kami di el_farouq14@yahoo.com )

Namun untuk kali ini ana bukanlah ingin menceritakan berkenaan antara telur dan ayam, apa yang ingin dikongsi adalah kerana sebiji telur yang boleh menyelamatkan kita semua daripada api neraka Allah swt. Ana teringat, semalam ana ke kedai makan, dan order nasi goreng ikan masin, telur dan sup kosong. Itulah antara makanan yang ana paling suka. Namun setelah semuanya selesai, ana membayarkan apa yang ana makan dan ana kembali ke bilik. Bila sampai ke bilik, hati ana rasa tidak selesa dan ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang ana makan. Bila diingatkan kembali, ana rasa ana bayar semua apa yang ana makan, namun kenapa keadaan seperti ini berlaku. Ana tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketidak selesaan itu menggannggu ketenangan yang ana alami.


sekadar hiasan

Alhamdulillah pada malam tersebut sangat mudah ana tidur jika dibandingkan dengan tidur pada malam sebelum ini. Dan ana bersyukur sangat kerana Allah swt kurniakan kepada ana mimpi yang sangat mengajar dan mengingatkan kepada ana. Inilah mimpi yang mengajar ana suatu yang menyelamatkan ana daripada makan suatu yang tidak halal. Allah swt mengajarkan kepada saya di dalam mimpi dengan memberi ilham mimpi tersebut. Di dalam mimpi itu, apa yang berlaku adalah sama dengan apa yang ana buat pada petang tadi yang mana pergi ke kedai dan membeli makanan dan sebagainya. Namun dalam mimpi itu mengatakan yang ana tidak membayar harga telur yang ana makan kerana ana terlupa untuk menyatakan tentang telur tersebut. Dan kerana telur itulah yang menyebabkan ana rasa tidak selesa.

Lalu pada keesokkan harinya, ana pergi ke kedai tersebut dan membayar harga telur dengan harga RM0.50. Alhamdullillah kerana sebiji telur ini mungkin ana rasa ini adalah ujian dari Allah swt agar ana lebih berhati-hati semasa makan dan membayar. Alhamdulillah juga ana panjatkan syukur kerana Allah swt mengingatkan diri ana yang pelupa ini untuk membayar balik melalui mimpi yang disampaikan. Ana teringat pada hadis nabi saw. yang bermaksud : "Daging yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram, maka nerakalah selayak baginya". Jadi ana memohon kepada Allah swt supaya apa-apa yang masuk ke dalam diri ana ini agar semuanya yang halal kerana ana takut apa yang masuk dan menyebabkan tumbuhnya daging yang haram dan turut melahirkan zuriat yang tidak sempurna kerana hasil daripada makanan yang haram. Kerana makananlah yang mempengaruhi zuriat kita suatu masa nanti. Ingatlah kisah ayah syeikh Abdul Qadir al-Jailani yang mana ayahnya telah memakan sebiji epal yang hanyut daripada sungai. Lalu dikisahkan kerana takut epal itu tidak halal, maka ayahnya pergi mendapatkan tuannya. Dan alhamdulillah kerana berkat usaha mencari tuan epal itu, dia mendapat isteri yang terbaik yang telah ditetapkan oleh Allah swt kepadanya dan hasilnya dikurniakan seorang ketua para wali yang bernama Abdul Qadir al-Jailani.

Kesimpulannaya, wahai sahabat sekalian ingatlah, jagalah pemakanan kita agar apa sahaja yang kita makan itu jelas hukumnya halal. Jangan sesekali kita makan makanan yang haram dan subhah. Ini kerana dua perkara tersebut mengharamkan diri kita daripada mendapatkan syurga Allah swt. Ingatlah, anak-anak yang soleh, kebanyakkannya lahir daripada hasil makanan yang halal yang dijaga sepenuhnya oleh kedua ibu bapa mereka. Oleh itu, sekiranya kita ingin mendapatkan zuriat yang soleh lagi baik, jagalah pemakanan kita. Kerana sebiji telur yang beharga RM0.50 mungkin ana diazab oleh Allah swt sekiranya ana tahu dan ana tidak membayarnya setelah ana tahu. Mungkin kerana sebiji telur itu adalah ujian kepada diri ana untuk tidak malu menyatakan perkara yang halal dan yang haram. Itulah menguatkan hati ana untuk membayarnya pada hari esoknya. Oleh itu, jagalah pemakanan kita supaya apa yang kita makan itu adalah halal lagi baik.

wallahu a'lam.

Rozlan
Machang.

My Picture