Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, June 15, 2010

MENJAWAB SOALAN PEMBACA : (KENAPA ORANG MELAYU/ISLAM LEMAH MEMBACA AL-QURAN)

In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, ana bersyukur kepada Allah swt di atas segala rahmat yang telah dikurniakan-Nya kepada ana dan kita semua. Selawat dan salam buat junjungan yang dikasihi baginda Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Alhamdulillah, dalam kesibukkan ana dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba untuk mengabdikan diri kepada Allah swt ini, ana berikan sedikit ruang dan waktu untuk ana menulis dalam blog ini bagi menjawab satu email yang dikirimkan dari seorang pembaca kepada ana. Al-maklumlah sudah lama ana tidak menulis dalam blog kerana kesibukkan diri untuk melayani karenah dan kehendak sahabat ana. Macam biasalah, bila musim cuti ini sudah pasti ramai sahabat-sahabat yang baru pulang ke kampung dan inilah masa dan peluang untuk bersama dan analah menjadi mangsa tempat mereka bertemu dan berkongsi segala-galanya.

Berdasarkan kepada email yang dihantarkan kepada ana, (kenapa orang melayu/Islam lemah membaca al-Quran), bagi ana soalan ini adalah bersifat subjektif kerana jawapan itu bergantung kepada penilaian (assessment) yang dibuat oleh setiap individu. Ini kerana, jika kita meyalahi ibu bapa dalam hal ini, bagi ana ianya tidak adil kerana kelemahan anak-anak membaca al-Quran disebabkan ibu bapa dan timbul pula persoalan kenapa kita tidak menyalahkan anak-anak itu sendiri. Jika kita menyalahi anak-anak pula kerana mereka lemah dalam membaca al-Quran, bagi ana ini juga tidak adil kerana ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak. Jika kita menyalahi anak-anak dan ibu bapa, ia juga tidak adil kerana sistem pendidikan kita yang terlampau yang mengfokuskan lebih kepada akademik yang membuatkan pelajar tidak ada ruang dan masa untuk belajar agama. Jika kelas agama ada di dalam sukatan mata pelajaran sekolah, saya rasa hanya 2 jam sahaja untuk satu minggu. Jadi siapakah harus kita persalahkan. Itulah sukarnya dan subjektifnya persoalan ini.

Walau bagaimana pun, ana akan menjawab soalan ini berdasarkan pengalaman ana sepanjang berjumpa dengan mereka yang tidak pandai membaca al-Quran. Bagi ana, ana tidak persalahkan kepada sesiapa sahaja dalam hal orang melayu atau Islam yang lemah membaca al-Quran. Ini kerana dalam hal ini kita perli lihat tanggungjawab masing-masing dan bukannya menyalahi setiap anggota masyarakat. Baik dari anak-anak, mereka sepatutnya rasa bertanggung jawab untuk mempelajari al-Quran dan bukan hanya mementingkan akademik semata-mata. Ini kerana al-Quran perlu difahami agar ia menjadi panduan hidup anak-anak pada hari ini dan pada masa akan datang. Meraka tidak boleh mengambil lewa hal ini kerana ianya melibatkan maruah agama dan kesucian Islam itu sendiri.

Bagi ibu bapa pula haruslah memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk terus cemerlang dalam bidang al-Quran dan tidak hanya pada akademik. Ini kerana kecemerlangan anak-anak yang hakiki adalah pada kecemerlangan mereka di dalam bidang agama mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak dengan memberi penekanan yang lebih di dalam bidang agama kerana ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka untuk menjadi siapa pada masa akan datang. Seperti mana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"anak-anak dilahirkan secara fitrah (bersih) dan ibu bapalah yang mecorakkan sama ada mereka ingin menjadi Yahudi, majusi atau Nasrani".

Jika dilihat kepada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa peranan ibu bapa itu penting di dalam melahirkan anak-anak atau generasi al-Quran. Ini kerana peranan mereka dalam mendidik anak-anak sangat serius kerana pendidikan itu bermula di rumah dan ibu bapalah merupakan guru yang pertama dalam melukis corak hidup anak-anak mereka.

Peranan kerajaan juga haruslah seiring dari segi pembangunan fizikal dan spiritual. Ini kerana, kecemerlangan bangsa adalah terletak pada sejauh mana sesuatu bangsa itu mengaplikasikan agama yang ada di dalam diri mereka. Jika bangsa itu jauh dengan agamanya, maka mundurlah manusia itu dari segi pembangunan spiritual mereka dan akhirnya berlakulah bala bencana seperti mala petaka alam, rasuah dan sebagainya dalam negara. Ini kerana manusia yang mentadbir sesuatu urusan itu telah meninggalkan kecemerlangan agama mereka dan sudah pasti saat kehancuran akan tiba.

Jadi kesimpulan yang boleh saya katakan adalah kelemahan orang melayu/Islam dalam membaca al-Quran itu perlulah digembelingkan oleh semua pihak agar hal seperti ini tidak seharusnya berlaku pada masa-masa akan datang. Semua pihak harus bekerjasama dalam mengurus hal ini agar ianya tidak membawa kesan negatif dalam urusan pentadbiran negara umumnya. Jangan kita mencari salah siapa dalam hal ini tetapi carilah jalan atau idea untuk membantu dalam menangani masalah ini.

wallahu a'lam

No comments:

My Picture