Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, July 4, 2010

Hanya 24 Jam Sahaja Untuk Kita.....

Demi Masa..Sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang saling mengingatkan tentang kebenaran dan mereka yang saling mengingatkan tentang kesabaran..
(surah al-A's)


In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt di atas kurnian pelbagai nikmat-Nya. Selawat dan salam buat Rasul mulia, Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta sahabat.

Alhamdulillah, di kesempatan masa yang ada, ana ringankan jari jemari ini untuk menekan keyboad laptop ana untuk agar ianya menerbitkan satu maksud dan tujuan untuk dikongsi bersama sebagai manfaat untuk diri ana dan pembaca. Pertama sekali ana ingin memohon jutaan maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini (up to date) blog ana ini. Maklumlah, banyak kerja yang ana perlu lakukan sehingga tidak ruang dan peluang untuk menulis dalam ini. Namun ana tahu dan sedar, selepas kesibukkan sudah pasti ada ruang dan waktu ketenangan dan untuk itu ana manfaatkan ruang ini sebelum datangnya waktu sibuk.

Jadi untuk kali ini ana ingin berkongsi masa dengan pembaca sekalian. Bila kita bercakap tentang masa, kita selalu dengan beberapa ungkapan tentang masa. Ada di antaranya, saya tiasa masa, ala masa sudah tidak lama lagi, masa terluang ini kita main dan pelbagai lagi yang kita dengar ianya dikaitkan dengan masa. Namun sedar tidak sedar, setiap ungkapan masa yang ada sudah pasti ianya tidak sama antara kita semua. Ini kerana ada orang yang banyak masa freenya dan ada orang tidak ada langsung masa free. Begitu juga dengan diri ana ini yang sangat jarang ada masa free kerana bagi ana, masa yang ada untuk diri ana ini tidak cukup.

Walau bagaimana pun, hakikatnya masa setiap orang ini sama banyak sahaja. Ini kerana sifat Adil Allah swt terhadap hamba-Nya, Dia (Allah swt) memberikan masa terhadap makhluknya sebanyak 24 jam sehari. Tidak ada seorang pun yang memperolehi lebih daripada itu atau pun terkurang. Namun yang menjadikan masa tidak cukup atau terlebih itu adalah dari segi pengurusan seseorang hamba atau makhluk Allah swt itu sendiri. Jadi sesiapa yang menggunakan masanya untuk kebaikkan maka sudah pasti ianya tidak cukup dengan 24 jam. Ada pun mereka yang tidak memanfaatkan masa yang ada, mereka sudah pasti mempunyai banyak masa yang terluang. Dan bagi mereka yang memanfaatkan dengan sebaik mungkin masa yang ada, mereka cukup masa yang diberikan oleh Allah swt.

Ana mengklasifikasikan penggunaan masa untuk setiap manusia ini kepada 3 bahagian seperti mana dijelaskan di atas. Iaitu mereka yang tidak cukup masa, mereka yang cukup masa dan mereka yang terlebih masa.

1) Bagi mereka yang tidak cukup masa ini ialah mereka yang selalu menggunakan masa yang ada ini untuk berbuat kebaikkan atau ibadah kepada Allah swt. Mereka ini sudah pasti sentiasa rindu untuk membuat kebaikkan kepada makhluk Allah swt yang lain. Mereka tidak mempunyai masa yang ada kerana mereka tahu banyak kebaikkan yang mereka boleh buat sedangkan masa yang ada amat terhad untuk mereka. Mereka sering memburu masa sedangkan mereka tahu bahawa masa bergerak tanpa mengenal erti penat untuk berhenti.

2) Ada pun bagi mereka yang mempunyai masa yang cukup dengan 24 jam, mereka sebenarnya memanfaatkan masa yang ada. Ini kerana mereka tidak mengsia-siakan masa yang diberikan baik dalam pelbagai aktiviti baik yang berfaedah mahupun tidak berfaedah. Bagi mereka, mereka buat apa yang mereka ingin buat.

3) Namun ada juga mereka yang banyak masa terluang dan mereka inilah orang yang tidak memanfaatkan masa yang dikurniakan dengan sebaik yang mungkin. Hidup mereka bagaikan makhluk Allah swt yang tidak ditaklifkan khitabullah (khitabullah = ketetapan yang diperintahkan kepada Allah swt terhadap mukallaf) kepada mereka.

Bagi ana, ana tahu setiap masalah yang ana hadapi setiap hari terlalu banyak dan ana anggap ianya adalah ujian dari Allah swt kepada ana untuk ana selesaikan. Ana rasa setiap masalah yang ana hadapi tidak cukup masa yang ada untuk di selesaikan, dalam erti kata yang mudah, setiap masalah yang kita hadapi ini lebih banyak jika dibandingkan dengan masa yang kita ada.

Ana teringat semasa menjadi ahli majlis MPP UUM suatu ketika dahulu yang mana ana terlalu kesempitan masa. Suatu hari ana terfikir, macam mana orang yang mempunyai jawatan besar dalam kerajaan yang mana mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dan masa mereka sudah pasti terbahagi kepada banyak cabang iaitu masa untuk kerajaan, masa untuk rakyat, masa untuk diri, masa untuk keluarga dan anak-anak. Namun apa yang ana fikir, sudah pasti minda ana akan memberi jawapan untuk diri ini lebih sabar dan meneruskan perjuangan. Fikiran ana memberi jawapan kepada diri ana bahawa, " setiap kerja yang kita lakukan tidak boleh dilakukan seorang diri, kerana masa yang kita ada tidak cukup. Tapi bekerjalah beramai-ramai atau secara berjemaah kerana setiap orang akan berkongsi masa dan sudah pasti masa yang ada akan menjadi banyak apabila ianya dikongsi". Ana pun teringat akan kelebihan berjemaah baik dalam apa jua bidang kerja yang kita lakukan. Ini kerana bukan solat sahaja banyak kelebihannya jika kita lakukan secara berjemaah, tetapi apa-apa sahaja kita perlu melakukan secara berjemaah kerana masa yang kita ada kita akan berkongsi dengan semua orang. Dan setiap orang mempuyai 24 jam dan apabila ia dikumpul secara berkumpulan ianya menjadi lebih banyak dan inilah yang saya akan aplikasikan dalam business saya.

Ana teringat juga semasa istiadat konvokesyen ke 19 UUM yang mana ana diberi peluang untuk berada di atas pentas bersama dengan ahli majlis eksekutif universiti. Semasa ana berada di pentas, ana berpeluang untuk bertanya dengan mereka yang memegang jawatan besar dalam universiti ini berkenaan dengan masa. Kerana ana tahu mereka terlalu sibuk dengan pengurusan universiti, penyelidikan, penulisan dan sebagainya. Ana bertanya kepada salah seorang dari mereka yang berada disebelah ana berkenaan dengan masa kerana beliau mengajak ana untuk main golf pada sebelah petangnya. Ana tanya adakah beliau ada masa untuk turun padang bermain golf? Dia tidak menjawab soalan ana directly tetapi dia lebih berkias dan jawapan itulah yang mengajar saya erti masa. Jawabnya : Kita diberi masa, dan kitalah yang menguruskan masa. Sebenarnya masa itu ada ditangan kita dan kitalah yang memberi ruang dan peluang untuk masa. Mereka yang tiada masa adalah mereka yang tidak memberikan kepada masa ruang dan peluang. Malah mereka yang banyak masa, sebenarnya mereka bodoh untuk menggunakan masa.

Jadi dengan jawapan yang diberikan kepada ana, ana faham tentang maksudnya iaitu kitalah yang menguruskan masa dan kitalah yang memberikan ruang dan peluang kepada masa. Ini kerana kita sebagai pengurus kepada masa dan masa itu ditangan kita. Sebagai contohnya, jika kita diberikan masa sebanyak 24 jam, 8 jam adalah untuk bekerja, 8 jam lagi untuk bersosial dan 8 jam lagi untuk keperluan. Ada pun 8 jam untuk bersosial itulah yang kita gunakan untuk bersukan, dan sebagainya. Adapun hari ini ramai yang tidak bersukan atas alasan mereka tiada masa untuk bersukan sedangkan kitalah yang memberi ruang dan peluang untuk bersukan. Sebagai contohnya, jika kita tetapkan jam 6 petang untuk bersukan, maka tepat jam 6 petang kita bersukan dan tidak kisahlah di mana sahaja untuk kita bersukan kerana kita memberi peluang dan ruang untuk bersukan. Yang menjadi tiada masa ini adalah kerana kita memberi ruang dan peluang kepada benda lain sebagai contoh jam 6 petang sepatutnya kita bersukan tetapi kita gunakan untuk tidur. Jadi ruang dan peluang tidurlah yang kita perolehi pada hari itu.

Sebagai kesimpulannya, manfaatkanlah masa yang ada agar ianya dikira sebagai ibadah oleh Allah swt dan ianya dibalas dengan sebaik yang mungkin di akhirat nanti. Kitalah yang menguruskan masa dan kitalah yang menentukan arah tuju masa kita. Jika sekarang ini saya menulis diruangan ini, ruang dan peluang untuk menulislah saya gunakan dan saya terpaksa korbankan ruang dan peluang yang lain seperti menembak dan sebagainya.

Sekian. "Erti Hidup Pada Mengabdikan Diri Kepada Allah swt"

Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

No comments:

My Picture