Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Thursday, July 15, 2010

Semakin Bertambahnya Rindu Di hati ini....

Bismillahi Rahmani Rahim. (In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful)

Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ini kepada Mu Ya Allah, yang Maha Agung atas segala sesuatu. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan juga para sahabat seperjuangan. Dalam kesempitan waktu dan kesibukkan urusan dunia untuk keakhirat, aku luangkan sedikit masa untuk dikongsi bersama harap ianya juga menjadi sebahagian daripada kebajikan untuk mengadap Allah swt suatu masa nanti.

Dulu, semasa tibanya bulan Allah swt, iaitu bulan Rejab, diri ini telah tekad untuk melakukan ibadah sunat seberapa
yang mampu dan bulan Rejab adalah bulan yang sangat memenatkan bagiku kerna terpaksa menghadiri beberapa jemputan ceramah. Maklumlah, bulan Rejab adalah satu bulan yang sepatutnya diingati oleh seluruh ummat Islam kerana di dalamnya berlaku peristiwa besar iaitu Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad saw. Dari sebalik peristiwa inilah, seluruh ummat Islam wajib melakukan ibadah solat sepertimana yang diwajibkan ke atas hamba sebelum kita. Jadi pada bulan ini, setiap masjid akan membaca kisah Isra' dan Mikraj untuk memperingati hari besar di dalamnya. Para penceramah, mengulas panjang lebar dengan cerita-cerita dan kisah-kisah yang dikaitkan dengan peristiwa ini. Namun kini, Rejab berlalu pergi meninggalkan kita.

Sekarang masuk pula bulan Nabi iaitu bulan Sya'ban. Dalam bulan ini juga terdapat kisah dan peristiwa besar dan di dalamnya juga ada malam Nisfu Sya'ban yang merupakan proses pertukaran buku amalan kita untuk tahun tersebut. Pendek kata, fail tahun ini telah tutup dan buka fail baru. Apabila masuknya Sya'ban, hati ana ini semakin terasa kerinduan yang luar biasa. Iaitu mengharapkan pertemuan kembali dengan bulan kita semua iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga ada peristiwa besarnya tersendiri.


sekadar hiasan.

Peristiwa untuk seluruh ummat nabi Muhammad saw iaitu malam lailatu Qadr, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan dan banyak lagi peristiwa besar yang lain seperti perang Badr dan sebagainya. Pada bulan ini juga syaitan akan dibelenggukan agar tidak mengganggu umat Islam untuk menjalankan ibadah sepanjang bulan Ramadhan, malah semua siksa dan azan ke atas ummat Islam di alam Barzah ditangguhkan dan digantikan dengan rahmat dari Allah swt.


hiasan

Kerinduan untuk bertemu kembali kian terasa, bagai seorang yang bercinta dengan kekasihnya yang sudah seribu tahun tidak berjumpa (penggunaan metafora ditahap yang melampau-lampau). Biarlah apa orang nak cakap sekali pun memang ana menunggu-nunggu kedatangannya. Kalau hari ini iklan raya dah mula diiklankan, hampir semua peniaga di saat ini mengfokuskan pasaran mereka untuk raya, namun bagi ana mengharapkan kedatangan Ramadhan.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kesihatan,umur yang panjang untuk bertemu dengan Ramadhan. Hati ini merindui kedatangnya kembali kerana kami mengharap pelbagai kurniaan daripada Mu Ya Allah pada bulan tersebut. Sebagai hamba, apalah yang kami mampu dan mahu melainkan daripada rahmat kurnian Mu jua Ya Allah...ameen"

Persediaan awal telah ana buat untuk menunggu saat tibanya Ramadhan. Ini kerana Ramadhan tahun lepas merupakan yang terburuk dalam hidupku. Banyak rahmat dan kurniaan Allah yang aku terlepas. Banyak amalan sunat yang aku tinggalkan. Bayangkan sekiranya Allah swt menaburkan Rahmat dan kurniaan Nya kepada seluruh penduduk dunia ini, namun ana adalah orang yang sombong tidak menghiraukan rahmat dan kurnia Allah swt. Ampunkanlah jua ya Allah atas kelalaian diriku yang lalu.


hiasan

Untuk Ramadhan kali ini, tahun ini ana menulis awal memperingatkan kita semua untuk membuat persediaan awal bagi menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Atas pengalaman lalu, ana sedar akan kelalaian diri hingga tidak menghiraukan rahmat dan kurniaan dari Allah serta keampunanNya, ana ingin mengingatkan diri ana dan pembaca untuk membuat persediaan awal menyambutnya agar kita semua mendapat Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Kita tidak tahu, mungkin tahun ini merupakan Ramdhan yang terakhir untuk kita. Oleh itu, manfaatkanlah peluang yang ada agar kita semua mendapat setiap rahmat dan kurniaan Allah swt dengan melakukan amal ibadah kepada Allah swt setiap saat yang berlalu pada bulan Ramadhan nanti.

Ramdhan adalah bulan Rahmat dan Keberkatan, kerna di dalamnya kita akan temui pelbagai yang kita ingini yang mana ianya tiada di bulan yang lain. Sesiapa yang mengharapkan keampunan dan rahmat Allah swt, dia pasti akan mendapatnya dan sesiapa pula yang mengharapkan pertemuan dengan jualan kuih muih yang banyak serta pakaian yang indah-indah untuk dipakai pada hari raya, dia juga akan menemuinya pada bulan Ramadhan nanti. Maka semuanya bergantung pada diri dan usaha kita. Oleh itu, pilihlah apa yang kita inginkan sama ada berupa yang sementara untuk kemewahan dan kemegahan dunia atau yang merupakan bekalan kekal untuk di negeri akhirat nanti. Mudah-mudahan kita semua termasuk di dalam golongan orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah swt nanti insyallah..

sekian..

"Hati Yang Merindui.."

Rozlan Ibnu Al-Daudi
18500 Machang

1 comment:

Anonymous said...

Ramadhan akan dtg lg, moga kita masih dipanjangkan umur utk melalui Ramadhan, moga kita akan keluar dari Ramadhan dengan jiwa yg suci bersih dari dosa yg lampau..insyaAllah.

My Picture