Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Saturday, July 17, 2010

Di Kala Hati Yang Menilai....

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Allah swt sebagai Zat Yang Wajib Disembah, dipanjatkan syukur tatkala diri masih diberi peluang untuk bersyukur sebelum diri ini diperhitungkan atas nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw di kala diri ini masih mampu berselawat ke atasnya sebelum tiba di kala hari memerlukan syafaat darinya.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun lagi maha penyayang, ampunkanlah dosaku, ayah dan umieku, ahli keluargaku dan seluruh ummat Islam. Jika Engkau tidak mengampuni dosa-dosa kami, maka menjadilah kami orang yang rugi Ya Allah.."

Di kala hati merindui mahabbah (kecintaan) dari-Mu, aku banyak menghabiskan masa dan saat perjalananku di atas puncak bukit, sambil memburu aku menikmati keindahan alam ciptaan-Mu. Di kala hati memerhati setiap ciptaan-Mu, hati ini terfikir dengan keajaiban dan keagungan setiap makhluk-Mu. Betapa indahnya alam ini Ya Allah, di kala diri berada tinggi, sayup hati ini kerna betapa kerdilnya diri aku ini jika dibandingkan dengan makhluk-Mu yang lain.

Ku perhatikan setiap kejadian, dari bawah bukit, hingga ke atas langit, betapa indahnya ku perhatikan dan betapa syukurnya diri ini kerna dikurniakan nikmat mata yang mampu melihat, nikmat memikirkan hal kejadiaan-Mu hingga menginsafkan diri ini, dan nikmat yang paling besar ialah iman dan Islam yang mengenalkan diri ini pada Mu Ya Allah.

Hiasan

Hampir setiap hari itulah runtin harian setelah melawat kebun-kebun dan ladang-ladang. Bertemankan selaras senjata yang menjadi teman penghibur dikala diri kebosanan. Itulah nikmat kehidupan di kampung yang permai lagi indah.
Sekali tersilap tembak yang ni dah semalam...

Dalam kerinduan hati ini, aku berbicara dengan Allah swt di mana ayat-ayatnya amat memberi motivasi kepada diri ini. Firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat ke 216 yang bermaksud:

"Diwajibkan ke atas kamu untuk berperang, sedangkan kamu tidak menyukainya. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu adalah yang terbaik bagi kamu, dan boleh jadi sesuatu yang kamu cintai itu adalah yang terburuk bagi kamu, dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"

Inilah ayat yang memberi semangat kepadaku untuk meneruskan setiap langkah perjuangan. Biarlah orang lain tidak menyukainya asalkan Allah swt menyukainya. Biarlah kita dihina dan dibenci asalkan Allah swt tetap menyayangi diri kita.

Ana juga menerima satu email dari seorang sahabat di facebook yang mana emailnya amat menyentuh hati dan menginsafi diri yang hina lagi kerdil ini. Antara emailnya ana ingin berkongsi di sini ialah :

"Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa..Segagah mana pun diri, bukan pahlawan namanya jika nafsu tidak mampu dilawan..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukan namanya ratu jika buruk tingkah laku..Setinggi mana pun darjat, bukan mulia namanya jika tiada iman di dada..Melangit mana pun ilmu di dada, bukan bijaksana namanya jika tidak diamal dan diguna..Selama mana pun usia, bukanlah berkat namanya jika hilang rasa syukur dan taat..."

Ana termenung dan merenungkan setiap kata-kata dari emailnya ini. Ini kerana ana cukup memahami setiap apa yang ingin disampaikannya. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian untuk mengingatkan diri ini. Sesekali fikir, betapa lemahnya, betapa kurangnya diri ini dalam meneruskan kehidupan bagi mencapai mardhatillah. Banyak lagi yang perlu diusahakan untuk ke arah itu kerna diri ini masih jauh dari-Nya. Pesanan dari saya kepada sesiapa sahaja yang bersih hatinya untuk renung-renungkanlah kata-kata di atas.

Sekali ingat, alhamdulillah juga ada orang gila. Kerna kita boleh tahu tahap kegilaan diri kita ini. Sekali termenung, syukur juga ada orang bodoh kerna kita boleh mengukur tahap kebodohan kita. Dan setiap apa yang Allah swt jadikan itu ada hikmah dan kebaikkan untuk kita semua. Alhamdulillah betapa syukurnya diri ini atas apa sahaja yang dikurniakan Allah swt baik merupakan nikmat, rezeki, ujian, sakit dan sihat serta apa jua.

Akhir kata "Ya Allah, kurniakan diri ini ilmu yang bermanfaat agar dapat dijadikan amalan yang ikhlas kepada Allah swt. Ya Allah, jadikan diri ini manfaat untuk orang lain kerna tiada amalan yang lebih kekal melainkan sedekah, ilmu dan anak yang soleh. Ya Allah, jadikanlah diri ini seorang yang taat kepada setiap perintah-Mu agar diri ini menjadi hamba yang taat dalam perintah dan larangan Mu Ya Allah..amen"

sekian
"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Yang Esa"

Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

1 comment:

srikandi mujahid said...

alhamdulillah ...assalamualaikum....tatkala mata menjlari setiap bait kata yang tertulis di ruangan ini.. hati sentiasa berkata2 ...bersyukurlah kerana dunia masih mempunyai insan2 sepertimu yang sentiasa mengingstkan tentang iman insan2 lain...syukur ya Allah kerana ana masih mampu untuk melihat dan membaca peringatan dari Allah melalui dirimu.. semoga Allah membantu dirimu untuk menbantu insan2 lain ...moga Alah menajamkan ilmu2 mu... terima kssh atas perkongsian....

My Picture