Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, July 27, 2010

Siri Sirah An-Nabawiyyah s01 - Sebahagian Dari Tentera Sulaiman Bin Daud as..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

Alhamdulillah, Alhamdulillan dan Alhamdulillah.

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Allah Muhammad saw, para sahabat dan ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam. Alhamdulillah diruangan kali ini ana ingin berkongsi dengan pembaca semua berkenaan dengan kisah Nabi Allah Sulaiman as. Ana teringat kisah ini tatkala semasa menuntu di Maahad Syamsul Maarif (L) suatu ketika dahulu di dalam subjek "Sirah An-Nabawi" yang disampaikan oleh Ust Mustafa bin Sulaiman. Tika itu ana baru berusia 14 tahun, pendek kata 12 years ago.


Di kisahkan Sulaiman bin Daud ini mewarisi pangkat kenabian dan kerajaan ayahandanya Nabi Daud as. Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt di dalam surah An-Naml ayat yang ke 16 - 19. Firman Allah swt yang bermaksud:

(16) "Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata."

(17) "Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.


(18) "(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.

(19) "Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engka
u kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

Antara kelebihan yang Allah swt kurniakan kepada Nabi Sulaiman ialah baginda menguasai pentadbiran dunia yang mana tentera baginda meliputi dari kalangan jin, manusia, angin dan sebagainya. Baginda juga memahami pertuturan haiwan. Kesemua tenter
a baginda ini disusun rapi dalam melaksanakan segala perintah baginda. Dikisahkan bahawa jin adalah tentera yang diperintahkan untuk menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkan mutiara, manakala angin pula adalah sebagai kenderaan baginda. Firman Allah swt di dalam surah al-Anbia' ayat ke 81, yang bermaksud:

"Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


Sekadar hiasan: angin yang menjadi pengangkutan kepada Nabi Sulaiman


Kesemua ini adalah nikmat kurniaan Allah swt ke atas hamba-Nya untuk mentadbir alam ini. Namun pada hari ini tiada seorang pun yang mempnyai keistimewaan seperti Nabi Allah Sulaiman kerana Nabi Sulaiman sendiri pernah berdoa kepada Allah swt agar tidak ada seorang pun manusia selepasnya yang memiliki pelbagai kelebihan hingga menguasai seluruh alam dunia ini hatta jin dan syaitan tunduk dan patuh kepada perintah baginda.

Semua kekayaan baginda adalah terhad dan kekayaan yang hakiki adalah Allah swt. Walau pun Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang hebat dan seluruh makhluk tunduk pada perintahnya, tetapi kerajaan yang mutlak adalah milik Allah swt.

Bagaimana pun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya menjadi tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang penuh dengan sifat kedhaifan. Hal ini diketahui sendiri oleh seekor semut seperti mana yang diriwayatkan bahawa pernah Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut berkenaan dengan jumlah rezeki yang Allah swt kurniakan kepadanya dalam masa satu tahun. Jawab si semut, "sebesar biji gandum".

Kemudian Nabi Sulaiman memberikan kepada semut sebiji gandum lalu memeliharanya di dalam botol. Setelah genap satu tahun, Nabi Sulaiman membuka botol itu untuk melihat nasib si semut tadi. Namun di dapati semut tadi hanya memakan sebahagian sahaja dari sebiji gandum.

Nabi Sulaiman bertanya kepada semut "mengapa engkau hanya memakan sebahagian sahaja dan tidak menghabiskannya?"

Jawab si semut: "Dahulu aku bertawakal kepada Allah swt dan pasrah kepada-Nya. Dengan bertawakkal kepada-Nya, aku yakin bahawa Dia (Allah) tidak melupakan kepadaku. Tika aku pasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga aku boleh memperolehi sebiji gandum lagi atau engakau akan melupakan kepadaku. Kerna itu, aku harus tinggalkan sebahagian daripada gandum ini sebagai bekal untuk tahun berikutnya."

Kerna itulah si semut tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman lantaran sifat manusiawinya.

Kesimpulannya, lantaran daripada kisah di atas,bertawakallah dan berpasrahlah diri kita semua hanya kepada Allah swt dan bukan kepada manusia. Kerna janji Allah swt itu adalah benar.

Sekian. (Siri Sirah akan datang berkenaan dengan Nabi Sulaiman dan Ratu Negeri Saba')

Rozlan IbnuSoleh
18500 Machang

No comments:

My Picture