Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Thursday, September 2, 2010

Nikmat Dari Ilahi....

In The Name Of Allah swt, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana nikmat dan rahmat-Nya yang tidak terhitung oleh kalkulator dunia ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, disepanjang perjalanan bulan Ramadhan ini ana dapat lalui dengan sempurna dan diharapkan begitu juga untuk sahabat sekalian. Untuk kali ini ana ingin berkongsi berkenaan dengan nikmat Allah swt untuk manusia. Hampir seminggu ana membuat kajian berkenaan bijih besi dan sampai hari ini ana memuji keajaiban ciptaan Allah swt ini. Ini kerana ana tidak mampu untuk berfikir dengan tepat bagaimana kejadian bijih besi ini terbentuk.


Papan tanda untuk ke Kampung Bukit Besi, Temangan

Minggu lepas ana ke Kg. Bukit Besi, yang terletak kira-kira 5 km dari rumah ana. Di sana kewujudan bijih besi memang tidak dinafikan kerana ianya sudah terbentuk sejak zaman penjajahan Jepun lagi. Ini kerana (menurut cerita orang-orang terdahulu) zaman pendudukan Jepun, bijih besi diangkut dengan keretapi untuk dibawa pulang ke Jepun. Dan pada zaman pemerintahan Jepun, bijih itu telah habis dipunggah oleh tentera Jepun untuk dibawa pulang ke negara matahari terbit itu. Ini juga terbukti dengan wujudnya kubu Jepun di bukit besi.

Bijih dari lombong di Bukit Besi, Temangan Machang.

Kehabisan stok besi yang ada dibukit itu tidak berakhir pada zaman Jepun, ini kerana pada hari ini ia kembali wujud di Kampung Bukit Besi, Temangan. Inilah nikmat kurniaan Allah swt kepada seluruh rakyat negeri Kelantan terutamanya kepada penduduk sekitar lombong tersebut. Setelah penafian royalti minyak oleh kerajaan persekutuan, Allah swt gantikan dengan logam ferum (fe26). Inilah nikmat limpahan kepada negeri yang ditakbir oleh seorang hamba yang taat akan perintah Allah swt. Ana teringat ayat al-Quran dalam surah Al-A'raf ayat ke 96 yang bermakud:

"jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan limpahkan keberkatan dari langit dan keberkatan dari bumi,..."

Inilah bukti rahmat Allah swt ke atas mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Walau pun kerajaan persekutuan yang ditakbir di bawah parti politik yang kotor, maka mereka menafikan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan. Tulisan saya ini bukan untuk menghasut, tetapi kes penafian ini diketahui umum oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ketulan bijih besi seperti batuan.

Namun kali ini saya tidak membincangkan hal penafian royalti tersebut, tetapi apa yang ana rasa ingin untuk membincangkan ialah berkenaan dengan proses kejadian bijih besi. Ini kerana ana mengambil masa 5 hari mengkaji tentang proses pembentukkan bijih tersebut, namun menemui jalan buntu. Kesimpulan awal yang saya buat ialah, akal saya tidak mampu hendak fikir hebatnya ciptaan Allah swt dari seketul batu berubah beransur-ansur menjadi besi. Proses pembentukkan besi ini (sepertimana yang ana perhatikan) ianya seperti akar pokok yang menjalar di dalam tanah. Begitulah hakikat kejadian besi. Ia bermula dari satu jalur yang kecil seperti akar halus yang baru tumbuh dari akar tunjang, dan ia membesar di celah batuan. Proses tumbesaran besi inilah yang menjadi tanda tanya di sebalik keagungan ciptaan Ilahi ini. Subhannallah...

Jika akar pokok, proses tumbesaran adalah apabila zat-zat makanan yang hasil dari proses percernaan di daun, yang memperolehi sumber zat galian dari bumi, telah disimpan di dalam kambium dan floem yang ada di dalam akar pokok. Akar pokok adalah hasil dari pembentukkan tisu dan sel yang hidup dan berkembang besar tidak menghairankan otak kerana ia adalah suatu yang hidup dan setiap yang hidup pasti akan membesar. Namun disebalik kejadian besi ini, adalah satu jenis logam yang mustahil hidup, tetapi bagaimana ia boleh membesar seperti akar pokok. Sememang tidak dapat difikirkan dengan akal dan saya bergantung sepenuhnya pada kekuasaan dan keagungan ciptaan Allah swt.

Memang orang kata, proses kejadian besi ini memakan masa berpuluh-puluh tahun. Ini kerana besi yang benar-benar matang sukar untuk terbentuk. Proses pembentukan yang terjadi di dalam perut bumi ini menyukarkan kajian kerana ia mengambil masa yang lama. Ada sesetengah pendapat mengatakan proses kejadian ferum ini terbentuk di dalam kerak bumi yang keluar secara sedikit demi sedikit di dalam batuan. Memang banyaklah pendapat dan pandangan yang saya dengar dari mereka yang bertauliah dan yang ramainya yang tidak bertauliah.

Walau apa pun, prosesk kejadian bijih besi ini membuktikan keagungan ciptaan Ilahi kerana proses kejadiannya sangat unik yang hampir 98% sama dengan bentuk batuan di tanah. Jika diperhatikan dengan mata kasar, kita mengatakan itu adalah batu berwarna hitam, sedangkan ianya adalah bijih besi yang masih bercampur dengan batuan. Memang tidak dinafikan bahawa hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahui hakikat apa yang Dia telah ciptakan untuk kita. Ini kerana bijih besi itu jika disimpan di dalam tanah, ia akan berkembang membesar seperti akar pokok, sedangkan kita teramat jahil untuk mengetahui hakikat pertumbuhannya.

Insyallah saya akan teruskan usaha untuk mengkaji lebih mendalam berkenaan dengan proses kejadian bijih besi ini. Ini kerana ia mampu mendekatkan diri saya dengan Yang Maha Mencipta. Kepada sahabat yang mempunyai ilmu berkenaan proses ini, bolehlah kongsi dengan saya untuk menambahkan pengetahuan saya sepertu bijih besi yang terus mengembang apabila ia berada di dalam tanah.

Akhir kata, kami sebagai rakyat negeri Kelantan mengucapkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hasil bumi yang tidak diganggu gugat oleh kerajaan persekutuan. Ini kerana, menurut beberapa sumber, lombong bijih besi di Kelantan di percayai membunyai beberapa tempat antaranya di Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.


Sekian terima kasih

RozlanDaud
18500 Machang

gambar kurang jelas...mohon kemaafan

Tambahan artikel
http://ms.wikipedia.org/wiki/Besi

No comments:

My Picture