Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan Kini Di Fasa terakhir...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt atas kurniaan dan rahmat Allah swt ke atas seluruh hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad saw. ahli keluarga baginda dan seluruh ummat Islam yang bertungkus-lumus dalam menghabiskan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah swt.

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik sekarang ini sudah sampai ke penghujung Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu hingga tidak sempat untuk menghitung saat-saat bermakna dalam Ramadhan yang mulia ini. Hari ini sudah masuk ke fasa terakhir di bulan Ramadhan yang mana fasa ini merupakan fasa Allah swt menjauhkan hamba-Nya daripada api neraka. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“…وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار -

dan dia (bulan Ramadhan) itu bulan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah(pengampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api Neraka…”




Pada fasa inilah Allah swt dengan rahman-Nya mengurniakan pelbagai kelebihan dan kurniaan kepada hamba-Nya yang benar-benar mengharapkan keredhaan-Nya. Pada fasa ini Allah swt ku
rniakan Lailatul Qadr, yang mana ganjarannya adalah pahala seperti seribu bulan beribadah. Selain itu, banyak lagi kelebihan-kelebihan yang Allah swt sediakan untuk hamba-Nya. Pada fasa ini juga, Nabi saw. mengambil peluang yang diberikan oleh Allah swt untuk meningkatkan amal ibadah. Ini kerana pada malam 10 akhir bulan Ramadhan ini, baginda berjaga malam untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Begitu hebatnya baginda saw. yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah swt tetapi berusaha untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang ada pada malam 10 terakhir ini. Oleh yang demikian, kita sebagai ummat Nabi saw seharusnya brusaha lebih untuk mendapatkan setiap ganjaran yang Allah swt sediakan pada fasa terakhir bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amal ibadah. Jangan kerana puasa sudah hampir habis, manakala raya sudah dekat, maka inilah masa untuk keluar shopping hingga tidak ingat dunia sebagai persiapan raya. Ingatlah, raya pasti hadir untuk sehari pada 1 syawal sahaja, dan ia pergi berlalu begitu sahaja. Manakala mati juga tetap hadir dalam diri kita, dan bekalan kita sesudah mati adalah ibadah dan ia kekal sampai bila-bila.

Wahai sahabat sekalian, di sini ana mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri ana yang serba -serbi kekurangan ini untuk sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah swt dengan berusaha gigih untuk melaksanakan ibadah kepada Allah swt. Janganlah kita berputus asa dalam mendapat rahmat Allah swt yang tersedia untuk kita. Jadikan dua fasa pertama yang lalu sebagai medan tarbiyah (pendidikan) untuk melatih kita supaya lebih bersedia pada fasa terakhir ini. Ingatlah, fasa yang ter
akhir inilah merupakan fasa yang begitu pantas kerana kebanyakkan antara kita telah mengfokuskan pada 1 Syawal. Tidak salah kita membuat persiapan untuk raya, dan tidak salah jika kita tinggalkan kelebihan yang Allah swt sediakan untuk kita pada fasa terakhir ini. Namun kitalah orang yang paling rugi kerana kita tidak mendapat apa-apa kelebihan yang disediakan dari rahmat Allah swt. Rebutlah peluang, berikanlah ruang untuk beramal kepada Allah swt kerana kita tidak tahu kita akan bertemu dengan ramadhan tahun berikutnya atau tidak.



Akhir kata dari ana, perbanyakkan doa pada fasa ini kerana Allah swt memakbulkan setiap doa yang baik daripada seluruh hamba-Nya. Tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah swt dan rebutlah peluang yang ada ini kerana jarang peluang itu datang untuk kali yang ke dua. Ingatlah, janganlah kita berputus asa untuk berusaha dalam mendapat rahmat Allah swt dan sesungguhnya rahmat Allah swt itu melata di atas muka buminya dan pada fasa terakhir ini, Allah swt menambahkan dan menggandakan rahmat-Nya ke seluruh pelusuk alam. Rugilah kita jika kita tidak mendapat sedikit pun dari rahmat yang diberikan oleh Allah swt itu.

sekian.

selamat beribadah.

Rozlan Daud
18500 Machang

No comments:

My Picture