Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, August 1, 2010

Salam Kerinduan Dalam Perjuangan....

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah seterusnya Alhamdulillah dan selamanya Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat dan seluruh ummat Islam. Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku dan kedua ibu ayahku serta seluruh ummat Islam.

Ana mencoretkan dan menyusun blog kata-kata yang dilahirkan dari hati dan diterbitkan ke tangan untuk dikongsi dengan sahabat pembaca. Penyusunan kata demi penyusunan bersama dengan kerinduan yang teramat sangat dalam erti perjuangan. Di samping membuka album-album gambar kenangan semasa menjalankan aktiviti dakwah, rindu hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahu. Rindu pada nafas perjuangan, pada sahabat-sahabat seperjuangan dan seluruh yang bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti dakwah.

Bila teringat kenangan berdakwah di dalam hutan, ana teringat sejarah perjuangan kepada masyarakat orang asli di Gerik, Kuala Kangsar dan Tapah, Perak. Di Kelantan pula di Gua Musang. Aktiviti 2 kali setahun yang menjadi perkara wajib keluar untuk menyebarkan dakwah Islam agar ianya sampai ke seluruh pelusuk tanah air. Berbekalkan semangat dan sokongan daripada rakan-rakan dan PERKIM serta Jabatan Orang Asli, ana bersama rakan-rakan dengan satu tekad untuk meredah belantara, menyebarangi sungai dan sebagainya. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Membalas atas apa yang telah diusahakan selama ini.

Adakala perjalanan ke perkampungan orang asli perlu menyeberangi sungai


Berdakwah bilhal, solat beramai-ramai berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi. Tika inilah saat paling mencemaskan, kerana menjamu pesta darah kepada nyamuk-nyamuk hutan.


Masyarakat orang asli yang jauh di belantara.


Ana masih ingat lagi di saat pertama kali menjalankan aktiviti dakwah bila masa mengikuti sahabat-sahabat Perkim UUM untuk turun ke Gerik, Perak. Masa itu ana baru semester pertama di UUM. Di situlah bermulanya nafas perjuangan sehinggalah ana sendiri turun bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain. Daripada mengikuti untuk berdakwah, ianya mendidik diri ana untuk terus berdakwah hingga ana sendiri yang menganjurkan program tersebut. Adakalanya ana terfikir bila melihat photo kenangan dan ana membuat kesimpulan seperti berikut :
" Semangat perjuangan/ dakwah ini harus dibentuk dan di didik agar ia subur di dalam diri kita. Jika kita tidak berbuat demikian, kita tidak akan merasai nikmat perjuangan atau dakwah. Namun perjalanan dakwah tidak akan terhenti, kerana kita bukan mencipta kerja dakwah, tetapi kita adalah penyambung kerja dakwah. Oleh itu, sekiranya kita tidak buat kerja dakwah, sudah pasti ada orang lain yang menjalankannya"

Jika berdakwah di hutan belantara (berdakwah kepada masyarakat orang asli), memang banyak cabaran yang terpaksa di hadapi, baik berbentuk cabaran mental dan spritual, fizikal dan emosi. Ini kerana hanya mereka yang pernah melalui sahaja mengetahui, namun segala-galanya Allah swt jua yang Maha Mengetahui. Jika berdakwah di dalam hutan, hutan belantara menjadi saksi atas perjalanan dakwah kami. Air sungai yang kami harungi menjadi bukti yang kami telah sampai ke sana untuk berdakwah. Menjelajah rimba, hingga bertemu gajah di tengah jalan, cuma tidak terserempak dengan raja rimba sahaja (harimau) maklumlah kami masuk ke tempatnya tanpa memaklumkan kepadanya, mungkin dia tahu kedatangan kami dan tidak mahu bertemu dengan kami. Menjamu darah dalam pesta nyamuk dan pacat, sudah menjadi kepastian bagi mereka yang berdakwah ke hutan. Hanya mereka yang melalui jalan dakwah ini sahaja yang mengetahu hakikat kemanisan berjuang.

Itulah kisah berdakwah di dalam hutan belantara. Namun begini pula kisah berdakwah di dalam bandar. Berdakwah di dalam hutan tidak sama di dalam bandar kerana di dalam bandar tidak menjerumus kepada dakwah untuk menyampaikan Syiar Islam. Di dalam bandar, berdakwah hanya untuk mengingati mereka yang alpa dan lalai dari ajaran agama. Ana melihat gambar-gambar kenangan bersama rakan semasa berdakwah di Sungai Petani bersama dengan sahabat dari UUM dan USM. Berdakwah di dalam hutan memang mencabar, namun berdakwah di bandar sangat lagi mencabar kerana kami kena kaut dari segi emosi, mental dan spritual. Al-maklumlah kadang-kadang orang yang kami dakwah itu terdiri daripada mereka yang berilmu agama. Biasalah dalam dunia ini, mereka yang arif lebih ramai berbuat dosa dan maksiat berbanding dengan orang yang jahil.


"Bersama Ustz Kamaruddin semasa aktiviti Landas di S.Petani, Kedah"

Berbekalkan semangat dan kekuatan, pengorbanan masa, tenaga dan sumber kewangan, kami gagahi juga dakwah agar mengingatkan anak remaja agar mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya. Ini kerana sepanjang perjalanan dakwah di bawah LANDAS, kami berhadapan dengan pelbagai cabaran dan pengalaman. Antaranya remaja yang berkhalwad, minum arak, hidu gam dan lari dari rumah serta pelbagai lagi gejala sosial yang merisaukan generasi pemimpin bangsa. Bagi kami, tiada erti masa rehat kerana perjalanan dakwah hingga sampai ke waktu subuh.


sahabat seperjuangan menunjukkan botol arak semasa membanteras gejala sosial di S.Petani, Kedah

Sahabat sedang memerhatikan gelagat ramaja dalam usaha mencegah gejala sosial di S.Petani, Kedah


Alhamdulillah ana bersyukur kepada Allah swt kerana memberi peluang dan kekuatan kepada ana untuk menjalankan dakwah demi melihat syiar Islam diaplikasikan dengan cara yang terbaik untuk kemakmuran alam. Semua kenangan itu tetap menjadi kenangan dan hari ini ana merindui semua rakan seperjuangan agar kita dapat bersama lagi untuk di lain waktu. Semua kenangan ini telah diabadikan di dalam photo ana dan ada juga yang telah hilang. Namun semua kenangan itu telah disaksikan dan tidak langsung hilang dari simpanan Allah swt.

Ana menulis ini bukan untuk berbangga, tetapi untuk menyatakan kerinduan diri untuk terus berdakwah dan rindu nafas dakwah serta sahabat-sahabat seperjuangan. Bilakah ada masa lagi untuk kita duduk bersama, makan bersama, tidur bersama dan yang paling penting berdakwah bersama di jalan Allah swt. Ana tulis ini juga adalah untuk membangkitkan semangat sahabat-sahabat untuk turut serta dalam menjalankan kerja dakwah kerana setiap orang perlu buat kerja dakwah dalam apa jua cara sekali pun. Ingatlah, perjuangan ini bukan kita yang wujudkan, kita hanya penyambun
g kerja sahabat-sahabat Rasulullah dan kerja dakwah ini tidak akan berakhir tika ketiadaan kita nanti. Malah ia pasti akan diganti oleh mereka yang hadir selepas kita. Kerana ini ana merasa sayu hati ingin mengikuti kerja dakwah setelah melihat gambar-gambar adik-adik di PERKIM UUM keluar berjuang menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam di perkampungan orang asli. Tahniah dan syabas kepada adik-adik PERKIM UUM yang ada sekarang. Mudah-mudahan adik-adik teruskan kerja dakwah dan perjuang selagi hayat dikandung badan.


Sahabat-sahabat dari UUM dan Perkim menjalankan dakwah di perkampungan orang asli di Gerik, Perak.


Kesimpulan, hidup harus diteruskan. Perjuangan tidak akan berakhir di sini, malah ianya perlu diteruskan. Sekiranya kita tidak berbuat apa-apa, orang lain akan menyambung kerja dakwah. Oleh itu, buatlah sekadar yang kita mampu dan ianya pasti mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah swt sekiranya kerja yang kita jalankan ini dengan penuh keikhlasan kepada-Nya.

Sekian
Wassalam
"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Allah swt"

Rozlan Ibnusoleh Ad-Daudi
18500 Machang


No comments:

My Picture