Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Wednesday, August 4, 2010

PENDIDIKAN SEKS VS PENDIDIKAN AGAMA...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur yang teramat sangat kepada Allah swt, Tuhan yang wajib disembah dan Yang Maha memiliki apa yang ada di langit dan di bumi. Maha suci Allah swt daripada segala kelemahan dan kekurangan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, semalam ana terbaca satu berita dan turut disusuli dengan berita jam 7.00 am tadi berkenaan dengan cadangan kerajaan Melaka untuk mewujudkan sekolah hamil atau sekolah khas untuk pelajar hamil hingga ke peringkat kebangsaan. Terkejut dan terkeliru dengan cara pendekatan yang dibuat oleh kerajaan yang sepatutnya memikirkan tentang kebaikkan rakyat. Dan timbullah pula satu persoalan di minda ana, adakah cadangan penubuhan sekolah khas untuk pelajar hamil inikah cara yang terbaik yang difikirkan oleh kerajaan setakat ini? Kata seorang timbalan menteri, tujuan mewujudkan sekolah khas ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan remaja yang hamil. (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8029905.asp). Bagaimana pula kepada mereka yang belum hamil? Timbul lagi persoalan demi persoalan. Ini kerana bagi mereka yang belum hamil sudah pasti mereka mengatakan tidak mengapa sekiranya mereka buat maksiat (zina) hingga hamil kerana kehidupan mereka lebih terjamin selepas ini.

Jika dahulu kita lihat dasar kerajaan memberi jarum percuma kepada penagih atas alasa supaya mereka tidak berkongsi jarum bagi mengatasi masalah penyebaran penyakit AIDS dan HIV. Langkah ini juga gagal kerana penyakit semakin tersebar dan pertambahan mereka yang menagih dadah semakin bertambah hari demi hari. Sebab itulah hari ini kita lihat betapa banyak pusat pemulihan dadah di negara kita malah kelengkapan dan keselesaannya jauh lebih baik daripada institusi pengajian tinggi. Jika kita lihat berapa banyak sumber kewangan yang terpaksa kerajaan tanggung untuk menyedarkan mereka, namun mereka (yang menagih) tidak langsung mahu menyedarkan diri sendiri. Akhirnya, rakyat terpaksa menanggung beban mereka ini.

Berbalik kepada kes "Sekolah Hamil", langkah kerajaan untuk mewujudkan sekolah khas untuk mereka yang hamil, bagi ana ia bukanlah satu langkah yang baik untuk mengatasi gejala hamil luar nikah. Malah pertambahan kes pelajar yang hamil makin bertambah seperti mana bertambahnya kes penagihan dadah di negara ini. Pendidikan seks di sekolah suatu ketika dahulu diperkenalkan adalah untuk bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang akibat buruk dan kesan negatif daripada perhubungan haram ini. Pertambahan jumlah kes buang bayi dan pelajar yang hamil membuktikan pendidikan seks di sekolah adalah gagal.

Bagi ana, tiada lain jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan pedidikan agama di sekolah. Ini kerana jika kita lihat hari ini hanya berapa jam sahaja seminggu dan sebulan pendidikan agama diajar dan diterapkan untuk jiwa anak-anak remaja di sekolah. Itu belum dikira berapa lamakah mereka (pelajar) menghayati dan mengaplikasi setiap pendidikan agama yang diajarkan kepada mereka.

Ada juga sesetengah mengatakan bahawa pelajar agama juga turut terlibat dengan gejala tidak bermoral ini. Ada juga pelajar yang berpendidikan agama turut melakukan zina dan maksiat. Memang betul, yang itu ana tidak menafikan kewujudannya. Tetapi berapa peratuskah kes ini berlaku. Rata-rata hanyalah kes terpencil dan ianya masih terkawal. Hanya pendidikan agama sahaja yang dapat mengawal tingkah laku manusia baik berbentuk perhubungan sesama manusia, binatang, alam sekitar. Ini kerana rata-rata mereka yang berpendidikan agama mempunyai perhubungan dengan Allah swt. Jadi ana syorkan kepada kerajaan sepatutnya mengkaji balik dasar pendidikan negara agar lebih konsisten dan lebih berkesan kepada jiwa anak remaja. Dasar pendidikan agama sahaja yang dapat menyelesaikan masalah remaja terutama yang melibatkan masalah jiwa dan sebagainya.

Firman Allah swt di dalam surah an-Nisa' ayat ke 56, yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."

Jika kita lihat hari ini, rata-rata remaja Malaysia hari ini amat lemah dalam pengetahuan agama mereka. menurut sesetengah pendidik, kebanyakkan pelajar hari ini hampir lemah membaca al-Quran, apatah lagi untuk memahami isi al-Quran. Jika ini berterusan berlaku, sudah pasti generasi pemimpin negara yang akan datang amat jahil tentang agama mereka seperti mana yang diagung-agungkan di parlimen. Dasar pendidikan negara bukan sahaja dikaji semata-mata, tetapi perlu ada perubahan besar agar pelbagai masalah sosial di kalangan remaja dapat dikurangkan dan akhir sekali dapat di atasi.

Semua pihak seharusnya menggembeling tenaga dalam usaha mengatasi masalah pelajar hamil luar nikah ini. Kita jangan sesekali menunding jari menunjuk siapa yang bersalah tetapi sepatutnya sama-sama memikul tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. Baik di peringkat rumah, sekolah, sahabat handai dan kerajaan seharusnya memainkan peranan agar masalah ini dapat di atasi dan di selesaikan. Sebaik-baik jalan penyelesaian adalah kembali kepada ajaran agama Islam.

wallahu a'lam

"erti hidup dalam mengabdikan diri kepada yang Maha Esa"

Rozlan Ibnusoleh
18500 machang

No comments:

My Picture