Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Thursday, August 12, 2010

Terkenang Zaman Remaja..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terhitung. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat serta kaum muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah sudah 2 hari menjalani ibadah puasa, nikmat Islam dan sihat untuk beribadah adalah nikmat yang tidak ternila
i dalam hidup ini. Tiada apa yang lebih berharga di dalam dunia seisinya melainkan nikmat Iman dan Sihat. Namun apa yang penting bagi kita sebagai ummat Islam, marilah kita bersyukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan kepada kita semua nikmat yang tidak terhitung nilainya.

Bila masuk sahaja bulan ramadhan, ana akan terkenang di zaman remaja suatu ketika dahulu. Zaman itu ialah zaman ana di sekolah menengah. Bulan ramadhanlah bulan yang ditunggu-tunggu oleh ana dan beberapa sahabat sekampung. Ini kerana pada bulan ini, pelbagai aktiviti yang melibatkan hobi kami dapat dilaksanakan. Pendek kata, siang hari mahu
pun di malam hari, kami sentiasa dengan aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Tiada istilah penat bagi kami dalam menjalankan semua aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Kami berpuasa seperti orang lain juga berpuasa, namun kepenatan kami terbayar setelah setiap hobi kami berjaya dilakukan. Memang semua orang mempunyai hobi yang tersendiri dan mereka tidak jemu dalam melaksanakan hobi mereka. Ada orang hobinya memancing, ada pula hobi membaca dan lain orang lain hobinya.

Begitu juga dengan kami, hobi kami hanya banyak dijalan
kan di sepanjang bulan ramadhan. Kerna itulah kami sering merindui kedatangan bulan ramadhan dan kami sentiasa menghitung hari menunggu kedatangan bulan yang mulia ini. Bila teringat kisah zaman remaja, kedatangan bulan ramadhan merupakan suatu yang dinantikan. Ini kerana pada bulan ini, kami akan membuat persiapan untuk berperang. Segala kelengkapan perang yang merupakan senjata, hinggalah kepada meriam kami akan sediakan. Jika dibayangkan, macam sunah Nabi la kerana berperang pada bulan puasa, tetapi kami tidak berperang hingga mengorbankan jiwa, tapi hanya berperang teknologi. Peperangan akan berlaku antara kumpulan kami dengan penduduk kampung sebelah. Jika anda berada di tempat kami, suasananya semacam anda akan berada di dalam suasana perang. Namun itu hanyalah perang teknologi dan perang senjata.

Ana masih ingat lagi, 2 hari sebelum masuknya bulan puasa, kami akan membuat persiapan awal untuk berperang. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang ahli yang mana ada tugas tetap tersendiri. Boleh dikata
kan mereka ini adalah pakar dalam tugas tersendiri. Jika orang lain mengambilalih tugas orang lain, semestinya tidak sehebat pakar yang mengendalikan. Ada yang ditugaskan sebagai juru tembak, pembacuh bahan letupan, jurutera senjata dan yang lain adalah logistik. Ana ingat lagi, meriam kami menjuarai 5 tahun berturut-turut dalam kategori bunyi paling kuat. Meriam yang kami buat mampu menggegarkan kampung dan bunyinya boleh didengari sejauh 6-7 buah kampung yang lain. Kepakaran ini terserlah setelah jurutera menemui teknologi rendaman buluh. Teknologi ini terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan sejagat.

Pada siang hari, persiapan perang akan dibuat dan kami masing-masing akan buat senjata tersendiri dengan kepakaran di pantau oleh jurutera. Ini kerana jika tersilap langkah, kesulitan hingga mengorbankan jiwa kami sendiri dan alhamdulillah setakat ini hanya kecederaan ringan sahaja yang kami terpaksa alami. Setelah 5 tahun menjuarai meriam buluh di sepanjang bulan ramadhan, kami terpaksa menukar teknologi kepada meriam tanah atas sebab-sebab keselamatan dan sebagainya.

Bila bercerita bab meriam buluh, memang tiada tandingan dan kumpulan kami hingga hari ini mencatat nama sebagai penera
ju teknologi meriam buluh yang paling kuat bunyinya. Kami selalu bermain di atas tanah perkuburan dan selalunya di buru oleh orang kampung dan kadang kala lari daripada buruan polis. Namun biasalah zaman remaja, yang orang marah itulah yang hendak dibuatnya.

sekadar hiasan : Jangan tiru aksi ini kerana tiada kelulusan daripada sirim macam ini.


Bila menceritakan senjata api yang lain, ana masih ingat lagi bom ciptaan ana yang ana namakan sebagai bom samaran. Bila dibuang / baling, orang akan menjangkakan ianya tin kosong yang dibaling, dan dalam masa 10 saat ia akan meletup. Bom ini biasanya digunakan sebagai persiapan bagi menangkis serangan pihak musuh. Ini kerana ada kadang kala kami dibaling dengan bom oleh mereka yang tidak dijangkakan dan untuk menyerang balas, kami akan menggunakan bom samaran ini. Bahaya bom samaran ini ana katakan ianya boleh mencederakan sesiapa sahaja yang berada di tempat letupan dan ujian telah dibuat ia mampu membunuh kerana sepihan besi yang dikeluarkan boleh menembusi badan. Namun bom ini diharamkan penggunaanya setelah jurutera mendapati kesannya teramat bahaya.

Sepanjang peperangan di bulan ramadhan, pelbagai bom diperkenalkan dan ana masih ingat lagi bom starter yang jurutera perkenalkan bagi menyerang rumah musuh. Ana masih ingat lagi semasa ana menyerang rumah musuh, letupan sebiji sudah cukup memadai dan kesannya hingga kepada beberapa rumah jiran yang lain. Namun kerana kerasnya hati, ana tidak kisah apa yang berlaku yang penting kami menyerang target kami.

Bom jangka sememangnya tidak dinafikan dalam peperangan. Bom jangka ini ana masih gunakan sampai sekarang dan bom ini amat strategi untuk digunakan. Ini kerana, bom jangka adalah bom yang paling selamat setakat ini. Ini kerana, pihak musuh tidak mengetahui siapa yang membuat
serangan, kami juga turut terselamat daripada bahaya letupan dan sebagainya. Bom jangka memang merupakan bom yang sebati dalam perjuangan.

Kini, meriam buluh, bom samaran dan beberapa bom lain tidak lagi digunakan. Hanya bom jangka sahaja yang masih ada dalam simpanan dan ia akan digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja. Namun, ana merindui semua ini. Di manakah sahabat ana semua? Bilakah kita dapat berjumpa lagi untuk kembalikan kenangan semua ini. Ana tahu, tiada pengganti bagi kami. Tiada anak remaja hari ini yang mampu lahir dengan kemahiran dan kepakaran teknologi persenjataan.Bom yang masih digunakan sampai sekarang (sekadar hiasan)

Kini juga telah wujud bom tanah yang menggantikan meriam buluh dan ana tidak lagi terlibat secara langsung dalam jurutera bom tanah ini. Maklumlah sekarang ini sudah banyak insaf dalam mengikuti aktiviti perang. Ingat last ana diminta untuk menjadi jurutera pada malam raya tahun lepas. Ini kerana rumah sahabat ana diserang oleh beberapa remaja dan ana turun untuk membuat bom jangka. Dan alhamdulillah 2 biji bom sudah mengalahkan mereka dan hingga hari ini mereka tidak lagi mahu berlawan teknoperang dengan kami.

Sekarang ini, bila masuk sahaja bulan ramadhan, hati merindui rakan-rakan perang, terkenang zaman remaja yang sememangnya nakal dengan teknologi ketenteraan. Hinggakan kami dipanggil geng hutan oleh kebanyakka orang kampung kerana kami selalu berada di dalam hutan untuk menguji teknologi kami. Dan alhamdulillah ahli kumpulan kami kini kebanyakkan dari lulusan universiti. Jika diberi peluang kedua, pasti ana tidak akan lepaskan kerana ia mengingatkan kehidupan ana di zaman remaja.

Akhir kata, semua menjadi kenangan dan telah tercatat dalam sejarah kehidupan ana sebagai seorang insan yang membesar di kampung dengan penuh aktiviti disepanjang bulan ramadhan. Boleh dikatakan bila datangnya bulan ramadhan, kami semua merindui kenangan ini kerana ia sudah berlalu hampir 8 tahun yang lampau.

sekian

Rozlan Ibnusoleh
18500 Machang

No comments:

My Picture