Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Monday, August 23, 2010

Ramadhan Kini Di Fasa Kedua Akhir...

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah dan seterusnya Alhamdulillah.
Bersyukur kepada Allah swt di atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah kerana sekali lagi kerana diberi peluang dan hidayah untuk kita semua agar meningkatkan amalan pada bulan yang mulia yang dilimpahkan segala kebaikkan padanya. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta seluruh sahabat dan ummat Islam yang bertungkus lumus menyebarkan syiar Islam untuk melihat bumi Allah swt ini ditadbir dengan cara yang diredhai oleh Allah swt.

Sekarang ini, sedar atau tidak sedar kita sudah menjengah ke sukuan kedua akhir bulan Ramadhan. Dalam erti kata yang paling mudah ialah kita sudah berada separuh di bulan mulia ini. Amat beruntunglah mereka yang tidak mensia-siakan peluang dan ruang yang ada di sepanjang separuh yang lalu. Maka rugilah mereka yang tidak menggunakan peluang yang telah berlalu. Namun bagi mereka yang sedar dengan hakikat ini, kita semua masih ada separuh lagi untuk ramadhan kali ini dan peluang yang ada di separuh akan datang ini kita masih diberi peluang untuk tingkatkan amalan kita dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Kini kita berada di sukuan "maghfirah" iaitu peluang keampunan yang Allah swt sediakan untuk hamba-Nya yang benar-benar mengharapkan keampuan dan keredhaan dari Allah swt. Oleh yang demikian, sekaranlah peluang kita untuk meningkankan taubat kita kepada Allah swt dan juga kepada makhluk-makhluk-Nya yang telah kita berinteraksi. Ini kerana, kita tidak tahu hakikat kita telah berbuat dosa kepadanya kerana dosa yang kita buat itu ada yang dilakukan secara sedar dan ada juga secara tidak sedar. Oleh itu, inilah peluang yang Allah swt berikan kepada kita.

Puasa adalah pelebur (kaffarah) kepada segala dosa-dosa kita yang lampau. Ini kerana dosa menyebabkan kecemasan dan ketakutan karena akibatnya yang buruk, manakala disediakan peleburnya, berarti kecemasan tersebut akan teratasi, pelakunya pun tenang dan berbahagia, sama halnya dengan peminum racun yang membahayakan, ketika penawarnya ditemukan, dia akan senang sekali. Nabi
shallallahu ‘alahi wasallam bersabda,

فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصَّوْمُ وَالصَّدَقَةُ
Ertinya:

"Fitnah (kelalaian) seseorang pada keluarga, harta, anak, dan tetangganya dapat dilebur dengan shalat, puasa dan sedekah.”

HR. al-Bukhari dari Mukhtashar Shahih al-Bukhari, no. 310

Bagi diri penulis, penulis memohon jutaan keampunan daripada semua sahabat terutamanya yang mengenali diri ini dan yang selalu berinteraksi dengan penulis. Penulis tahu mesti ada kekhilafan semasa berinteraksi dengan sabahat semua. Penulis juga mohon keampunan buat semua pembaca, baik yang mengenali diri ini atau yang tidak mengenali, kerna di penulis juga manusia yang tidak lari dari kesilapan dan kelemahan semasa menulis. Mungkin setiap pendapat yang dilontarkan menyakiti hati dan perasaan atau pendapat itu tidaklah tepat dan ianya semata-mata pendapat dari diri yang lemah ini. Sesungguhnya yang Alim itu Allah swt, yang bijaksana itu Allah swt dan yang hebat itu juga milik Allah swt.

Akhir kata dari penulis, tingkatkan amal ibadah di dalam bulan rahmat ini keran kita tidak tahu kita berpeluang lagi atau tidak untuk bertemu dengan ramadhan tahun hadapan. Oleh itu, marilah kita tingkatkan doa kita kepada Allah swt agar Allah swt menerima ibadah kita untuk tahun ini dan memanjangkan usia kita untuk kita bertemu dengan ramadhan tahun berikutnya. Insyallah..

Sekian
"Erti Hidup Dalam Mengabdikan Diri Kepada Yang Maha Esa"

Rozlan Daud.
18500 Machester
Qlate.

No comments:

My Picture