Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, August 8, 2010

Alhan Wa Sahlan Ya Ramadha..

In The Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt yang tidak terhingga atas kurniaan Rahmat dan kasih sayang -Nya kepada kita semua. Selawat dan salam buat junjungan Mulia Nabi Allah, Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda serta seluruh ummat Islam.

Alhamdulillah, "Allahumma bariklana fi Sya'ban, wa ballighna fi Ramadha (Ya Allah, berkatilan pada kami dalam bulan Sya'ban yang lalu dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan ini)". Alhamdulillah, insyallah esok (11/08/2010) kita seluruh ummat Islam akan menjalani bulan
tarbiah jiwa iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan yang diperintahkan oleh Allah swt untuk kita berpuasa padanya dan bulan bonus untuk kita seluruh ummat Islam yang dijanjikan oleh Allah swt kepada kita. Pada bulan ini seluruh manusia, baik yang hidup mahupun yang meninggal dunia bersyukur dengan kedatangan bulan ini. Penghulu segala bulan, bulan keampunan, bulan rahmat dan bulan yang mendidik dan mendekatkan diri kita dengan pencipta.

Sabda Nabi saw yang bermaksud:


"Apabila tibanya bulan Ramadhan, maka pintu-pin
tu syurga akan dibuka, manakala pintu-pintu neraka akan ditutup serta sekalian syaitan akan dibelenggu" (riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaei)

"Daripada Abu Hurairah ra berkata, Nabi saw pernah bersabda: sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, diampuni segala dosanya yang telah lalu" (hadis riwayat Nasaie, Inbu Majah dan Baihaki)



Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan bonus yang dijanjikan Allah swt kepada seluruh ummat Islam. Setiap amalan sunat yang dikerjakan diberi pahala seperti amalan fardu manakala amalan fardu yang dilaksanakan dilipat ganda pahala sebanyak 70 kali ganda dan lebih. Itulah kelebihan yang dijanjikan Allah swt kepada kita untuk terus meningkatkan amalan pada bulan Ramadhan dan meninggalkan segala perkara yang dimurkai oleh Allah swt.

Sabda Rasulullah saw:


"Pada awalnya keampunan, pertengahannya rahmat dan diakhirnya dijauhkan dari api neraka"


Pada bulan Ramadhan juga diturunnya Al-Quran yang menjadi panduan hidup. Setiap bacaan al-Quran dinilai oleh Allah swt dari huruf ke huruf. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan bacaan al-Quran dan mentadabburkan ia agar kita berpeluang mendapat manfaat daripada apa yang dijanjikan oleh Allah swt untuk kita.




Selain itu, pada bulan Ramadhan juga adanya malam Lailatul Qadr yang mana setiap amalan yang kita kerjakan akan digandakan oleh Allah swt seperti 1000 bulan amalan. Kelebihan ini tiada pada umat yang lain melainkan hanya untuk kita seluruh ummat Islam.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Oleh yang demikian, saya menyeru pada diri saya marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dan misikanlah ia sebagai ramadhan yang terakhir dalam hidup kita. Oleh itu, hayatilah ia dan rebutlah peluang yang ada ini sebaik yang mungkin. Insyallah panjang umur kita beroleh Ramadhan tahun akan datang.

Di kesempatan ini juga saya memohon jutaan kemaafan daripada semua sahabat saya, semua yang mengenali diri saya, semua pembaca seluruhnya dan sesiapa sahaja yang pernah berinteraksi dengan saya. Saya merendah diri memohon maaf sempena bulan keampuanan ini daripada sahabat semua.

Sekian

Rozlan Bin Daud
18500 Machang

No comments:

My Picture