Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Saturday, August 14, 2010

Alhamdulillah...Semakin Bertambah....

Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt di atas seluruh nikmat yang tidak terhingga . Selawat dan salam buat junjunga Mulia Nabi Muhammad saw yang membawa utusan Allah swt untuk disampaikan kepada sekalian makhluk yang ada. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku, kedua ibu dan ayahku, tetapkan hatiku ini terus berada di atas kebenaran agama-Mu Ya Rahman.


Alhamdulillah, dalam menghitung saat demi saat, jam demi jam, hari demi hari hinggalah tahun demi tahun. Kini ana bersyukur kepada Allah swt kerana memberi ruang waktu kepada ana untuk terus hidup di dalam bumi Allah swt untuk tempoh genap setahun. Semestinya setiap orang mempunyai tarikh keramat ini dan sememangnya kita semua menantikan kedatangan tarikh tersebut. Namun pengisian pada tarikh tersebut yang membeza-bezakan setiap individu.


Alhamdulillah, dalam perhitungan ini genaplah umur ana 25 tahun dan sudah 25 tahun Allah swt memberi nikmat hidup di dunia ini dan juga pelbagai nikmat-nikmat yang lain yang sewaktu dengannya. Perhitungan masa ini amat pantas dan ana sendiri merasakan bahawa hidup ana ini baru sahaja, namun dalam nisbah perkiraan ana sudah mengjangkau hampir separuh hayat ana di dunia ini (mengikut perhitungan sebagai ummat Nabi Muhammad saw hanya 60-70 tahun sahaja). Kepantasan masa yang berlalu begitu cepat hinggakan ana masih merasakan diri ini masih lagi serba kekurangan dari sudut segala-galanya. Baik dari sudut ilmu pengetahuan, nilai dan kebaikkan dan sebagainya termasuklah serba kekerangan dalam melakukan ibadah kepada Allah swt.


Jadi bersempena dengan ulang tahun kali ini, tambah pula ia dalam bulan ramadhan. Dengan 1 tekat, 1 matlamat (bukan 1 Malaysia) dengan sejuta impian yang ingin dicapai, ana berazam untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai 1 tekat untuk mendapat redha Allah swt (mardhatillah). Setiap orang ada matlamat dan impiannya tersendiri dan bagi ana tiada yang lebih penting daripada mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt.


"Jika hari ini aku mengira masa,
sudah pasti ia akan berlalu jua...
Jika hari ini aku menghitung usia,
ia pasti akan bertambah jua...

Apa yang harus aku kira adalah amalku,
cukup sekadar berkualiti dan bukan berkuantiti..
Tidak pula bermatlamatkan syurga,
cukuplah untuk mendapat redha & maghfirah Ilahi...

(Rozlan Daud, 14/08/2010, Machang)

Kepada semua sahabat yang mendoakan dan mengucapkan "birthday" pada ana, ana ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan semoga Allah swt membalas yang terbaik untuk semua. Ana mendoakan kepada semua sahabat agar kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati dalam hidup ini insyallah. Ameen.

Sekian.

"Ya Allah, tetapkanlah diriku di dalam kalimah tauhid Mu dan di dalam kebenaran agama Mu ini"

"Erti hidup dalam mengabdikan diri pada Yang Esa"

Rozlan bin Daud
Machang.

No comments:

My Picture