Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, February 8, 2009

Program Kembara Ilmu

Kelab Fasilitator Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia telah mengadakan satu program Baktisiswa yang bertemakan "Kem kembara Ilmu" di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling Kedah pada 5 Feb hingga 7 Feb 2009 baru-baru ini. Program yang diketuai oleh saudara Mohd Azlan yang merupakan bekas pelajar Sek. Men. Keb. Baling dengan dianggotai oleh 23 orang fasilitator telah menjalankan tanggung jawab kepada pelajar sekolah tersebut dengan jayanya.

Baktisiswa ini merupakan program tahunan Fasilitator Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia dan pemilihan Sek.Men.Keb. Baling kali ini merupakan suatu peluang yang baru yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh barisan fasi yang melaksanakan program ini dan juga adik-adik yang yang mengikutinya sehingga hari akhir. Program ini merupakan kem motivasi kepada adik-adik yang tinggal di asrama Sek.Men.Keb. Baling. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memotivasi pelajar sekolah dalam usaha mereka mencari ilmu pengetahuan agar kejayaan yang lebih gemilang diperolehi. Di samping itu, program ini juga lebih mengfokuskan kepada pendidikan agama yang perlu di serapkan dalam diri remaja hari ini.

Antara aktiviti sepanjang tiga hari di sekolah tersebut ialah, ceramah motivasi, ceramah agama yang menekankan kepentingan solat untuk kejayaan, latihan dalam kumpulan, kuliah agama, solat berjemaah dan tahajjud, riadah dan lain-lain lagi. Aturcara program sepanjang tiga hari itu memang cukup bermakna bagi barisan fasilitator dan adik-adik Sek.Men.Keb. Baling.

Menurut Cikgu Malik yang merupakan Guru Penolong Kanan 1 Sek.Men.Keb.Baling, program ini amat bermakna kepada pihak sekolah kerana motivasi amat penting kepada pelajar-pelajarnya untuk lebih berjaya lagi di dalam pendidikan. Tambah juga program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia yang menjadi contoh dan dorongan kepada pelajarnya untuk lebih berusaha bagi mencapai cita-cita untuk memasuki ipta suatu hari nanti. Pihak sekolah juga meminta agar sekolah program baktisiswa seperti ini dijadikan program tahunan sekolah bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk lebih berjaya di dalam peperiksaan.
Perasmian penutup dirasmikan oleh Ustaz Yusnaidi Muhamad Sabri yang merupakan Pegawai Islam Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia. Beliau memberi penekanan kepada pendidikan yang cemerlang haruslah digabungkan antara kecemerlangan jasmani dan rohani di samping kejayaan akademik dan juga kejayaan dalam akhlak.

Program baktisiswa Kembara Ilmu berakhir pada jam 2.30 petang 7 Feb 2009, namun kenangannya pasti tidak dapat dilupakan oleh semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh En. Fairuz Abd. Majid


Menghayati ceramah yang disampaikan

Sesi latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator


Sesi muhasabah diri yang melimpahkan air mata sebagai kenangan kepada ibu bapa

Fasilitator kehormat di Lata Bayu, Baling Kedah.

Semasa kepulangan fasilitator, mereka menerima banyak surat cinta dari adik-adik Sek.Men.Keb.Baling yang mengenangkan sejarah dan menghargai pengorbanan semua fasilitator dan berharap berjumpa lagi selepas ini. Banyak kata-kata yang membawa maksud sejuta erti dalam memori sejarah telah diukirkan di dalam surat cinta tersebut. Kepada adik-adik SMK Baling, kami barisan fasilitator Kelab Rakan Masjid Universiti Utara Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik. Amin...

Sekian.

No comments:

My Picture