Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sunday, February 1, 2009

Kekejaman Manusia Abad 21

Seringkali kita mendengar kekajaman manusia yang membunuh dan menyerang negara lain sepertimana yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan yang terbaru di Palestin. Namun itu semua angkara manusia yang sememangnya dijelaskan oleh Allah swt di dalam al-Quran yang mana orang-orang kafir ini sangat memusuhi orang Islam. Sebaliknya yang berlaku dikalangan ummat Islam kita sendiri, ramai yang lupa bahawa kekejaman itu jauh lebih teruk jika dibanding dengan kekajaman orang-orang kafir, buktinya ialah ada ummat Islam yang sanggup membuang anak kecil yang tidak berdosa, yang tidak bertenaga di merata-rata tempat dan yang terbaru di dalam tanda awam di utara semenanjung tanah air.

Apa yang tersentak dijiwa penulis ialah kes pembuangan bayi yang berlaku di tandas awam di Perkampungan Tradisi, Lembah Keriang dekat Changlun, Kubang Pasu pada 14/12/2008 yang mana bayi yang baru dilahirkan ditinggal dalam keadaan bertali pusat. Penulis berasa tersentak di jiwa kerana kes ini berlaku terlalu hampir dengan tempat tinggal penulis, kerana penulis masih lagi dalam memikul amanah untuk memegang dan menyahut seruan Ilahi bagi menuntut ilmu di sini. Namun bagi penulis tidaklah hairan kerana kes pembuangan bayi boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira kawasan tersebut bandar atau pekan kecil seperti yang berlaku ini. Namun apa yang membuatkan penulis sedih ialah nasib kepada anak yang dilahirkan sudahlah tahu nasab keturunannya malah ditinggalkan tanpa ada belas kasihan daripada seorang ibu. Ibunya tidak langsung menhargai nilai kasih sayang, sepertimana dia tidak menilai harga dirinya yang sanggup memberi kehormatan dirinya kepada si lelaki yang tidak bertanggung jawab kepada anak tersebut.

Inilah gambar bayi yang dijumpai di dalam tandas awam yang mana semasa ditemui bayi tersebut masih lagi hidup dan menghisap jari berkemungkinan kelaparan. Bayi ini bersemangat untuk bertarung nasib demi menuruskan hidupnya berbanding semangat si ibu yang luntur untuk menjaganya walaupun perbuatannya itu sangat hina dan juga semangat si bapanya yang tidak wujud langsung untuk bertanggung jawap ke atas anak tersebut.

Bayi yang cukup sifat ini bernasib malang apabila ditinggalkan tanpa erti nilai kasih sayang oleh si ibunya. Penulis yakin, penulis tidak mampu untuk mengubah zaman jahiliah pada abad ke 21 ini bersendirian. Oleh itu penulis mengajak semua sahabat baik di kalangan para ibu bapa khususnya, para ilmuan Islam, alim ulama', para umarak dan juga pemerintah agar kita sama-sama membendung penyakit keruntuhan nilai ini daripada terus merebak di dalam masyarakat kita. Marilah kita banterasnya dari awal lagi kerana parahnya lebih hebat daripada kenser kerana kenser hanya merosak diri individu yang terkena sahaja tetapi penyakit ini akan merosakkan masyarakat umumnya. Kita tahu bahawa tiada ubat yang boleh merawat penyakit ini melainkan kembali kepada Agama kerana Agamalah yang mampu mengubat segala penyakit yang melibatkan kerosakkan nilai dan akhlak.

Wallahu A'lam.

No comments:

My Picture