Semasa aku menetap di utara semenanjung tanah air yang tercinta, aku sering terdengar kicauan burung setiap pagi selepas solat subuh, kicauan disahut pula oleh kokokan ayam hutan dan unggas serta mawas-mawas di hutan Sintok kerana hostel aku yang berada di Bukit Kachi. kicauan burung-burung yang keriangan di waktu pagi itu membuatkan diriku terfikir, adakah ini merupakan nikmat Tuhan yang ingin mengajar aku supaya bangkit awal dari tidur dan kejutkan rakan-rakan yang lain untuk sama-sama bangkit menunaikan kewajiban pada yang Esa. Atau adakah kicauan burung itu merupakan zikirnya kepada Allah swt sebagai Tuhan yang menjadikan kita semua. Dalam fikiran aku itu juga mengajar diriku bahawa aku perlu tingkatkan amal ibadah aku dengan berzikir sepertimana riuhnya kicauan burung dikala dingin.Namun dalam lamunan aku itu juga, aku teringatkan sejenak saat ketika kecil, yang mana aku suka membela burung dan pelbagai jenis burung yang aku miliki. Namun setelah aku meninggalkan kampung halaman, hanya tinggal beberapa jenis sahaja, itupun ayah aku menjaganya. Walau bagaimana pun, aku tetap suka dan sayangkan burung-burung kerana ia antara binatang yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Masih lagi teringat dikala kecil dahulu, aku suka sangat melastik burung dan setiap burung yang berjaya dilastik itu aku akan bakar bersama kawan-kawan aku. Sekarang baru aku terfikir bahawa burung yang dijadikan oleh Allah swt itu adalah sejenis makhluk yang menjadi pelbagai manfaat kepada manusia, antaranya ia adalah sumber rezeki kepada manusia, ia mengajar manusia dalam proses kehidupan sepertimana kisah gagak yang mengajarkan Qabil menanam mayat saudaranya habil, begitu juga peristiwa penggalian telaga zam zam oleh Abdul Mutalib juga diajarkan oleh seekor burung gagak. Di sini menjelaskan kepada kita bahawa burung ini bukan hanya sebagai sumber rezeki tetapi ia adalah menjadi guru kepada manusia yang berfikir tentang ayat-ayat Allah swt.
Namun dalam pemerhatian aku itu, aku sedar bahawa burung itu dijadikan oleh Allah swt dalam keadaan yang cukup sempurna dengan keriangannya di waktu pagi dan petang.Berbalik kepada perjalan aku dan burung, aku juga teringat tentang burung yang mengajar aku semasa aku bermusafir ke Kelantan semasa cuti semester baru-baru ini. Semasa dalam perjalanan ke sana, aku singgah rehat di Pulau Banding, iaitu di tengah-tengah hutan di negeri Perak di bahagian Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan antara Perak dan Kelantan. semasa aku rehat di Pulau tersebut, seperti biasalah aku suka melihat gelagat binatang-binatang yang ada di situ. Maklumlah di situ merupakan kawasan hutan tebal dan aku telah banyak terserempak dengan pelbagai binatang liar semasa pulang ke Kelantan, antaranya ialah gajah liar, harimau yang melintas di hadapan aku semasa drive, kumpulan beruk, ayam hutan, seladang, lembu hutan dan banyak lagi. Semasa aku rehat, aku melihat sepasang burung hutan yang cantik warna dan bulunya, jadi disebabkan aku tidak pernah melihat burung seperti ini sebelum ini, ia menjadi tarikkan perhatian aku untuk melihatnya dengan penuh perhatian. Aku memerhati sepasang burung ini dan dalam pemikiran aku bahawa burung ini adalah sepasang suami isteri kerana mereka terbang bersama-sama untuk mencari makan bersama-sama. Lama aku termenung memerhatikan gelagatnya aku tiba-tiba aku lihat salah seekor burung tadi menemui makanan dan pada masa yang sama aku lihat ianya memanggil burung yang satu lagi untuk makan bersama. Yang menjadi kepelikkan dan pengajaran kepada aku ialah mereka berkongsi makanan yang mereka jumpa dan jarang benda ini berlaku dalam kumpulan burung melainkan makanan yang dicari untuk anak-anak mereka sahaja yang mereka akan sanggup kongsi pada yang lain. Tetapi kali ini tidak, mereka makan bersama-sama.
Burung tadi mengajar saya bahawa dalm hidup ini tidak perlu berkerja teruk untuk mendapatkan rezeki yang banyak sehingga lupakan kewajipan-kewajipan yang lain terutamanya hak Allah swt. Dalam mencari rezeki ini kita perlu berusaha bersama-sama terutama bila berumah tangga dan sekiranya rezeki yang dapat itu tidaklah banyak tetapi ia sudah memadai untuk hari itu dan yang penting jangan lupa hak-hak yang lebih penting untuk kita tunaikan. Jangan sekali-kali kita berusaha mencari rezeki yang halal tetapi meninggalkan perkara-perkara yang wajib dan sekiranya perkara yang wajib itu kita tinggalkan maka rezeki yang kita perolehi itu juga adalah haram, seperti sekiranya kita tinggal solat dan sebagainya.
Aku juga terfikir tentang pengajaran yang diberikan oleh burung itu kepada aku dalam konteks pendidikan. Bahawa semasa menuntut ilmu pengetahuan, kita jangan sekali-kali kedekut ilmu sehingga tidak mahu mengajar orang lain untuk pandai seperti mana kita pandai. Kita tidak mahu memberitahu orang lain tentang idea kita. Tapi biasalah kebanyakkan sifat orang melayu tidak mahu melihat orang lain berjaya, biar kita jer yang berjaya. Inilah yang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita yang mana, orang yang pandai diasingkan daripada bercampur dengan pelajar yang kurang pandai. Bagi mereka orang yang pandai ini takut menjadi tidak pandai setelah bercampur dengan orang yang tidak pandai. Inilah masalah besar kepada rakyat negara ini dan jika di fikir balik bilakah orang yang tidak pandai itu mampu menjadi pandai kerana mereka bercampur sesama mereka di dalam golongan kurang pandai. Bagi saya, semasa belajar janganlah kedekut ilmu dan jikalau boleh, ajarlah kawan-kawan kita supaya mereka berjaya sepertimana kita berjaya dan kejayaan kita itu tidak sedikit pun kurang sekiranya kita membantu rakan-rakan kita untuk berjaya bersama kita.
impulan awal bahawa disebabkan berbeza ini adalah kerana mereka hidup di kawasan yang berbeza dan perbezaan burung itu adalah berpunca daripada persekitaran. Jadi pengajaran yang aku dapati adalah, faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam mendidik diri kita. Di tempat yang baik akan mendidik diri dan jiwa kita ke arah kebaikkan dan sekirannya persekitaran yang kurang baik, risiko untuk menjadi kurang baik adalah lebih tinggi peratusannnya. Ini kerana kehidupan kita diadaptasi oleh persekitaran.Akhir kalam daripada penulis, didiklah diri kita untuk menjadi insan yang sempurna walau pun kita tahu bahawa kita sebagai manusia adalah tidak sempurna. Namun usaha kita ke arah kesempurnaan itu akan kita perolehi.



No comments:
Post a Comment