Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, April 17, 2009

Antara Dua Hati.....

Di kala aku menunggu untuk menghabiskan waktu petang, aku sering ke taman rusa di UUM atau pun sering juga ke tempat padang golf dan tempat memanah. Di situlah menjadi tempat untuk aku menghabiskan kebanyakkan waktu petang sebelum menunggu malam menjelma. Di tempat itu aku tidak seperti sahabat mahasiswa yang lain, kerana aku ke sana bersendirian namun sahabat mahasiswa kebanyakkannya datang ke taman rusa berteman. Si pak we berjalan ditemani si mak we nya di sisi. Namun tujuan aku ke taman itu bukanlah untuk mencari sesiapa sebagai teman apatah lagi untuk mencari kasih atau mengharapkan kasih dari seseorang. Tujuanku adalah untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi kerana di situ banyak idea-idea baru yang aku dapat.

Kali ini aku tidak mahu menceritakan berkenaan taman rusa di UUM tetapi aku ingin menceritakan tentang diriku ini. Di taman rusa itulah idea aku untuk menulis cerita ini sebagai renungan buat semua. Tajuk seperti di atas iaitu "Antara Dua Hati". Aku sering berfikir tentang diriku, tentang kejadian cipataan Ilahi yang Maha Agung ini. Dia (Allah swt) menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan, kalau langit pasangannya adalah bumi, lelaki pasangannya wanita, telingan ada sepasang dan banyak lagi yang lain. Namun aku terfikir tentang hati, kenapakan Allah swt yang Maha Agung itu menciptanya sebagai satu dan tidak dua. Apakah hati kita ini tidak sempurna dan perlu kepada hati yang lain untuk sempurnakannya? Atau apakah hati kita ini hebat sangat sehingga tidak perlu kepada pasangannya? Semua persoalan itu bermain di fikiran aku semasa aku menghabiskan waktu petang atau lebih senang dengan tajuk "Sepetang di Taman Rusa".

Aku berfikir bahawa kejadian diriku yang sempurna ini adalah diciptakan oleh Allah swt melalui dua hati yang saling kasih mengasihi antara satu sama lain, iaitu hati ayah dan umie aku. Kerana dua hati mereka yang bersetuju untuk bersama dan saling kasih itulah menjadi punca kepada adanya aku di dunia ini, begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain dan kebanyakkan di antara kita. Cuba sahabat bayangkan sekiranya kedua hati mereka tidak kasih dan sayangkan kita, sudah pasti kita tidak akan lahir ke dunia ini dan jika lahir pun mungkin mereka tidak akan menjaga kita. Kerana sifat saling kasih sayang itulah mereka menjaga dan mendidik kita untuk menjadi insan yang sempurna dan cemerlang. Oleh yang demikian, wahai sahabat semua aku menyeru kepada diriku dan kamu semua agar kita perbanyakkan syukur kepada Allah swt kerana melahirkan kita melalui dua insan yang terbaik untuk kita iaitu ibu dan ayah kita. Bersyukurlah kepada keduanya kerana mereka menghabiskan banyak masa, tenaga, harta dan sebagainya untuk besarkan kita. Kasih sayang antara dua hati merekalah yang membesarkan kita.



sekadar gambar hiasan.
(gambar masyarakat asli dari kaum Batek yang diambil di Taman Negara Kuala Koh, Pahang)



Kerana kasih ibu dan ayah kepada kita, mereka sanggup berkorban untuk kita. Tidak kira kita di mana atau siapa sahaja kita. Ibu dan ayahlah yang bersatu hati untuk melihat kita berjaya dan tiada antara dua mereka ingin melihat kita gagal dalam hidup ini. Berdasarkan gambar itu menunjukan bahawa kuasa kasih sayang yang dikurniankan oleh Allah swt itu tidak kira siapa pun kita. Semua ibu dan ayah mempunyai sifat kasih dan sayang terhadap anak-anak. Aku terfikir bahawa sekiranya hati si ayah atau si ibu sahaja tidak cukup untuk melahirkan kita, mesti berdua. Namun untuk membesarkan kita mungkin salah seorang sahaja pun sudak cukup. Inilah yang menjadi bukti kepada saya bahawa anak-anak yang bakal dilahirkan ke dunia ini melalui saya ayahnya dan Allah swt sudah tentukan hati ibu si anak tersebut untuk bersatu dengan hati aku ini. "Ya Allah, Engkau temukan hatiku ini dengan hati seorang yang kasih dan cintakan pada Mu, kerana cinta kepadaMu jualah Ya Allah yang Berkekalan" Amin.....
Wahai sabahatku sekalian, kita semua akan menempuh hari-hari mendatang dan tidak ada sesipa yang boleh patah balik ke hari belakang. Oleh yang demikian, marilah kita tingkatkan amal baik kita terhadap ibu dan ayah kita kerana kita juga pasti akan ada anak dan cucu kita suatu hari nanti. Sekiranya kita ingin mereka berbuat baik kepada kita suatu hari kelak, marilah kita buat baik terhadap ibu dan ayah kita bermula dari sekarang lagi. Usia kita tidak lama, sekiranya sekarang kita tidak mahu berbakri kepada kedua orang tua kita, bila lagi kita ingin berbakti kepada mereka? Adakah kita ingin berbakti setelah mereka tiada lagi di sisi kita atau kita duhulu meninggalkan mereka. Sebagai anak yang baik, mereka perlulah berfikir bagaimana cara untuk berbakti kepada orang tuanya yang telah banyak berkorban untuknya.


Kasih binatang terhadap anaknya
(Gambar hiasan)




Binatang juga mempunyai kasih sayang terhadap anak-anak mereka, inilah yang dikatakan bahawa kasih sayang itu adalah fitrah yang dikurniakan di dalam hati setiap makhlukNya. Hatta singa di hutan tidak pernah membuang anaknya dan juga tidak pernah memakan anak sendiri malah melindungi anaknya daripada musuh. Itulah fitrah kasih sayang yang Allah kurniakan kepada makhlunkNya. Oleh yang demikian wahai sahabat semua, bersyukurlah kita kepada Allah swt yang mengurnikan kita nikmat kasih sayang yang tidak terhingga nilainya. Jangan sekali-kali kita kufur dengan nikmat kasih sayang tersebut dengan melupa kepada perintahnya atau melakukan maksiat kepadaNya.
Sebagai akhir kata dari penukil blog ini, aku kongsikan doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw agar kita semua dapat beramal dengannya Doanya:
"Ya Allah, Kurniakanlah rezeki nikmat kasih sayangMu kepadaku, kurniakanlah kepadaku untuk bersama dengan orang-orang yang kasihkan Engkau Ya Allah, dan kurnikanlah kepadaku nikmat kasih terhadap amalan yang mendekatkan diriku kepada Mu...."
Sekian
Rozlan Daud
Machang, Kelantan.

No comments:

My Picture