Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Thursday, April 30, 2009

Sukarnya Mencari Nilai Persahabatan...

"Persahabatan" merupakan suatu ungkapan yang sering dan selalu kita dengarkan. Namun penilaian terhadap erti sebuah persahabatan itu juga sering kita dengar-dengarkan. Setiap manusia mempunyai pengertian yang berbeza mengenai erti sebuah persahabatan. Faktor yang membawa kepada timbulnya perbezaan ini kerana beberapa faktor utama, antaranya ialah manusia menilai sebuah persahabatan itu bergantung kepada keinginan hati mereka dan sudah tentu keinginan setiap manusia ini tidak sama, oleh itu wujudnya pandangan yang berbeza-beza mengikut hati dan naluri manusia. Ada juga manusia yang menjadikan penilaian kepada erti sebuah persahabatan ini kerana faktor agama yang dimiliki dan sifat baik yang ada pada diri seseorang sehinggakan dia mengatakan bahawa itulah sebaik-baik sahabat. Walau bagai mana pun, telah kita ketahui bahawa pengertian sebuah persahabatan ini mempunyai pelbagai pengertian yang cukup abstrak dan berbeza-beza mengikut pandangan setiap diri masing-masing. Ini kerana untuk menilai erti persahabatan ini masih belum ada kayu pengukur yang khusus bagi mengukur erti sebuah persahabatan dan diri individu itulah yang perlu dan layak mengukurnya kerana merekalah yang mencari dan mencipta persahabatan ini.
Begitu juga bagi penulis bahawa betapa sukarnya mencari persahabatan yang ada pada hari ini, tambah-tambah ketika kita berada di alam belajar di universiti. Ini kerana kebanyakkan masyarakat di sekeliling kita hanyalah mampu menjadi kenalan kita semata-mata dan tidak mampu untuk menjadi sahabat yang tulus ikhlas. Bagi penulis pengertian sebuah sahabat ialah orang yang kita kenal, mampu meletakkan harapan dan amanah, dia juga perlulah bersama kita dalam apa jua keadaan dan kemungkinan serta jiwanya mestilah serasi dengan jiwa kita. Itulah yang diertikan oleh penulis berkaitan dengan sahabat. Namun di universiti tempat penulis belajar ini boleh dikatakan ramai yang hanya mampu menjadi kenalan semata-mata dan jauh untuk diiktiraf sebagai sahabat. Ini kerana mungkin manusia hari sibuk dengan tugas dan tanggung jawab sehinggakan mereka tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Sebagai contohnya kebanyakkan orang hari ini suka bersahabat ketika sahabatnya berada di dalam keadaan senang, maka dialah sahabat sejatiku. Namun sekiranya sahabatnya ditimpa kesusahan dia hilang entah ke mana-mana dan meninggalkan sahabatnya itu di dalam kesusahan seorang diri. Inilah yang diertikan oleh penulis bahawa sahabat perlu ada sifat tanggung jawab dan boleh diamanahkan.
Namun jika kita lihat dalam situasi pembelajaran di universiti hari ini, rata-rata pelajar mengatak "oh itu sahabat aku". Tetapi jika ditanya bagaimana latar belakang dirinya?, keluarganya?, mereka kelu untuk menjawab kerana mereka hanya mengenali dia hanya kerana dia tinggal di satu kolej kediaman yang sama tanpa mengetahui latar belakang sahabatnya itu. Inilah yang terjadi di alam kehidupan masyarakat kampus. Ada kala juga penulis membuat sedikit kajian, berkenaan kehidupan masyarakat kampus ini, bila ditanya siapakah jiran biliknya? ada yang mengatakan bahawa dia tidak mengenali siapakan jiran biliknya, dia hanya kenal "roomatenya" sahaja dan juga "pakwe" atau "mak we" mereka sahaja. Jiran-jiranya langsung tidak diambil peduli. Adakah ini yang dikatakan sebagai seorang sahabat? Andalah yang menjawabnya sendiri.
Sahabat bukan orang yang mampu memberi kesengan kepada kita semata-mata, tetapi kita juga kena fikir bahawa apakah sumbangan kita terhadap sahabat. Sekiranya kita mempunyai kesengan, apa salahnya jika kesengan itu kita berkongsi dengan sahabat. Ada pun jika sahabat kita mempunyai kesukaran dan masalah, kenapa kita tidak berkongsi masalah rakan atau sahabat kita itu. Sekiranya kita hanya mahu mengambil kesempatan di atas kesengan sahabat kita dan kita tidak mahu mengambil kesusahan dan masalah dari sahabat kita untuk dikongsi bersama kita, maknanya bagi penulis kita bukanlah seorang sahabat yang baik tetapi kitalah musuhnya yang nyata.
Di sini penulis membahagikan dan mengkelaskan tentang sebuah persahabatan dan andalah yang menentukan sendiri maksud dan pengertiannya. Dalam hidup ini, manusia mempunyai kenalannya, iaitu mereka hanya kenal semata-mata tetapi mereka tidak tahu budi pekerti dan biasanya mereka hanya kenal dalam jangka masa yang singkat sahaja. Ini dikatakan sebagai "kenalan". Adapun mereka bersahabat, namun tidaklah akrab dan persahabatan mereka hanya bau-bau bacan sahaja. Dialah rakan dalam kuliah dan di tempat makan tetapi jarang-jarang untuk bertegur sapa. Mereka ini dikatogerikan sebagai "kawan". Adapun mereka sudah baru sahaja kenal, tetapi selalu bertegur sapa, bertanya khabar, berkongsi cerita suka duka, namun mereka tidak mampu untuk berkongsi hati dan perasaan, mereka tidak mampu memegang amanah sahabat, mereka ini dikategorikan sebagai "kawan baik". Namun yang terakhir ini, mereka ini saling kenal mengenali antara satu sama lain, berkongsi suka dan duka, sanggup membela sahabatnya dan memegang amanah erti sebuah persahabatan, sehati dan sejiwa dengan jiwa dan perasaan mereka, memimpin sahabatnya kearah kebaikkan dan sebagainya, mereka inilah dikategorikan sebagai "SAHABAT". Itulah sebaik-baik perhubungan. Namun perhubungan inilah yang sukar dicari kerana manusia mempunyai kehendak dan keinginan yang berbagai-bagai.
Walau apa pun, harus diingati bahawa bersahabat ini perlulah menjaga hati dan perasaan sahabat kita sepertimana kita mahu mereka menjaga perasaan kita sebagai sahabatnya. Oleh itu kepada mereka yang mempunyai sahabat yang peling akrab di dunia ini, hargailah erti sebuah persahabatan kerana persahabatan itu sukar dicari ganti. Sekiranya ada berlaku perselisihan antara kita dengan sahabat, maka cepat-cepatlah kita meminta maaf dan mengakui kesilapan kita. Kepada mereka yang ada sahabat juga, kita perlulah sentiasa menghubungi mereka dan bertanya khabar kepada mereka walaupun kita berada jauh jaraknya kerana keserasian itu terletak kepada perhubungan. Hantarlah khabar berita darimu kepada sahabatmu sekiranya kamu kasih dan cintakan sahabatmu itu. Semakin banyak kita terima khabar berita, maka semakin inteemlah persahabatan kita itu.
sekian....
Ibnu Ad-Daudi
Machang
Kelantan

No comments:

My Picture