Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Saturday, April 25, 2009

Allah swt Menegur sikapku.....

Pada malam ini (25/04/09), Allah swt telah menegur sikap ku terhadap sahabat baikku sehingga aku merasa tidak selesa dan cuba merenung kembali tingkahlaku aku terhadapnya. Kisahnya begini, sahabatku yang umurnya jauh lebih berusia daripadaku dan aku menganggap dia sebagai ayah kerana dia selalau memberi nasihat kepada kami semasa menetap di kampus. Dia selalu mengajar kami sebagai anak-anak untuk lebih matang dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Keakraban kami memang tidak dapat dinafikan kerana aku menganggapnya sebagai seorang ayah yang banyak membetulkan hala tuju hidupku dan rakan-rakan yang lain.
Nak dijadikan kisah, dia datang kebilikku dan meminta sesuatu daripadaku. Oleh kerana aku menganggapnya sebagai sahabat baik, aku memenuhi apa yang dihajatinya. Namun pemberianku itu sama sepertimana aku memberikan sesuatu kepada sahabat-sahabat yang lain. Dek kerana aku sibuk dengan study untuk exame, aku hanya membaca buku dan hanya menjawab "umm" sahaja apabila dia meminta daripadaku. Dia minta untuk kali kedua dan aku masih lagi jawab "umm dan ambilah". Tapi wajahku tidak pandangpun kearahnya dan aku masih lagi membaca buku. Aku menganggap seperti rakan-rakan yang lain yang datang ke bilikku untuk meminta sesuatu dan aku memberi hanya dengan kata "umm dan ambilah" cukup sekadar itu dan rakan-rakan aku faham bahawa aku sibuk dan telah izinkan untuk diaorang mengambilnya.
Namun bagi sahabat aku yang lebih usia daripada aku ini tidak, mungkin disebabkan usia dan pengalamannya yang lebih dahulu daripada aku memakan garam kehidupan ini, dia tidak begitu. Dia balik tanpa mengambil apa yang aku berikan kepadanya. Semasa aku masih lagi membaca dan dia telah kembali ke biliknya, aku ditegur oleh Allah swt di dalam hatiku dengan ilham-Nya "kamu tidak sepatutnya layan orang yang berumur macam mana kamu melayan sahabat-sahabat kamu yang lain, dia memiliki perasaan sama dengan kamu, tetapi perasaannya jauh lebih sensitif. Oleh itu, bila kamu melayanya atau memberi sesuatu kepadanya maka berilah dengan tangan dan wajahmu sekali dan bukan hanya dengan mulut sahaja". Selepas itu aku pun rasa lain jer dalam diri aku dan aku lihat benda yang aku bagi tadi masih lagi ada di atas katil aku dan sahabat aku yang tadi tidak mengambilnya. Aku beristighfar kepada Allah swt kerana kesilapan yang aku buat dan aku bersyukur kerana Allah swt mengajarkan kepadaku dengan mengilhamkan sesuatu yang amat berguna di dalam hidupku. Allah swt mangajar aku supaya melayan orang yang berumur ini tidak boleh sama dengan sahabat-sahabat kita yang lain, kerana dia mempunyai perasaan yang mudah sensitif.
Lepas itu, aku pun berfikir mungkin dia tidak ambil ini kerana dia ingat aku memberi kepadanya dengan cara yang tidak ikhlas. Ataupun aku macam tidak suka untuk memberikan kepadanya. Dan dengan itu aku terus membawa barang yang dia minta itu kepadanya dan aku meminta maaf sebab tidak melayannya semasa di bilik tadi atas sebab aku tengah study untuk exame. So aku memberikan barang tersebut dan dia kata dia minta tadi hanya bergurau sahaja, dia tidak mahupun. Tetapi aku faham jiwanya bahawa itu alasan dia untuk tidak aku terasa apa-apa padanya. Aku tetap memberi juga walaupun dia menolak dan akhir dia ambil juga sebab aku tahu dia amat memerlukannya. Inilah orang yang berusia, dia jauh lebih matang daripada kita dan kita kena memahaminya.
Kesimpulannaya:
1) Aku bersyukur sebab Allah swt mengajarkan kepadaku suatu ilmu yang sangat berguna untuk aku amalkan dalam mengharungi perjalan hidup ini. Iaitu, perlu melayan atau memberikan sesuatu kepada orang yang lebih berusia daripada kita dengan tangan dan wajah kita yang manis dan bukan hanya dengan mulut semata-mata. Jangan melayan mereka sama dengan kita melayan sahabat kita yang seusia dengan kita kerana mereka lebih sensitif.
2) Aku perlu memahami jiwa mereka yang berusia ini kerana mereka sedaya upaya untuk tidak menunjukkan yang mana mereka hanya melawak sahaja wal hal mereka amat memerlukan.
3) Mudah-mudahan Allah swt sentiasa mengajarkan kepadaku setiap masa dan menegurkan kesilapan yang aku buat secara terus agar aku tidak lupa. Astarghfirullahal azim...
Nukilan
Rozlan Daud
Machang.

No comments:

My Picture