Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Friday, April 24, 2009

Cintailah Amal....

Baru-baru ini semasa dalam musafir ibnusoleh dalam perjalanan menutut ilmu, beliau berkesempatan untuk bertemu dengan seorang ustaz di salah sebuah masjid di negeri Kedah. Ustaz yang berasal dari salah sebuah kampung di negeri sembilan itu sempat berduduk berbual dengan ibnusoleh tidak lama, iaitu antara waktu magrib dan isyak. Pertemuan yang sekejap itu sebenarnya banyak pengajaran yang telah diambil untuk menjadi bekalan hidup ibnusoleh.
Antara nasihat yang telah diberikan oleh ustaz itu ialah berkenaan dengan pemilihan pasangan hidup. Katanya, sekiranya kita silap memilih kita akan menanggung akibat. Dalam soal memilih pasangan hidup baik untuk dijadikan sahabat kita atau lebih-lebih penting ialah untuk menjadi isteri atau suami kita. Dalam konteks pemilihan ini penting untuk menggambarkan corak dan haluan serta halatuju perjalanan hidup kita. Nabi Saw bernah bersabda di dalam salah sebauh hadisnya yang bermaksud : "Sekiranya kamu berkawan dengan seorang tukang besi, nescaya baju kamu akan tembus akibat terkena percikan api, manakala sekiranya kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, necaya kamu juga akan berbau wangi". Begitulah perumpamaan yang dibuat dalam kontek berkawan kerana kawanlah banyak membentuk jati diri dan banyak mempengaruhi corak hidup kita.
Pada hari ini kita lihat banyak gejala sosial yang berlaku dikalangan anak-anak remaja akibat daripada ikut-ikut kawan. Anak-anak gadis pula mudah ikut lelaki dan percaya sepenuh hati walaupun baru mengenalinya dalam masa tiga hari atau kurang berbanding dengan percayakan ayah dan ibu yang mereka sudah kenal dari usianya 1 hari lagi. Inilah pengaruh kenalan dan rakan. Anak-anak buat mengikut apa yang mereka lihat kawan-kawan mereka buat. Oleh itu, kata ustaz itu lagi, pandai-pandailah memilih sahabat. Sesiapa yang bersahabat dengan orang yang sibuk waktunya dengan benda-benda yang tidak berfaedah, maka kita juga akan mengikuti langkahnya. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang selalu pergi ke masjid, maka kita juga akan ke masjid bersama dengannya. Begitulah hebatnya nilai pengaruh seorang kawan.
Namun adapun dalam soal memilih pasangan hidup yang bergelar isteri, katanya lagi kepada ibnusoleh, hendaklah kamu memilih yang beragama. Kerana dengan agama ia tidak akan menyesatkan kamu. Namun dalam konteks agama pun perlu dilihat dan diberi perhatian juga, sebabnya ada dikalangan kamu yang memang arif bab ilmu agama, tetapi tidak beramal dengan ilmu yang dia miliki. Oleh itu, pilihlah pasangan kamu sepertimana kehendak hatimu. Sekiranya kamu jenis suka dan cinta kepada amalan-amalan sunat, maka pilihlah pasangan kamu yang suka berbuat amalan sunat kerana dengan sefahaman ini rumah tangga kamu akan bahagia. Hendaklah kamu cintakan pasangan kamu kerana pasangan kamu mencintai Allah swt kerana di situ terletaknya kalimah ketakwaan. Dari situlah lahirnya cinta Ilahi dan sesungguhnya Allah swt akan memberi kebahagiaan kepada mereka yang saling mencintai antara satu sama lain kerana cintakan Allah swt. Jangan kamu sekali-kali memilih pasangan kamu kerana nafsu kamu, sebab nafsu kamu suka yang tidak kekal. Nafsu kamu selalu menipu diri kamu. Jangan pilih keran kecantikkannya sebab kecantikan tidak memberi kebahagian, kecantikan tidak kekal lama. Kecantikan akan hilang dimamah usia. Namun hendaklah kamu memilih kecantikan dari sudut agama yang ada dihatinya dan amalan yang dibuktikan oleh anggotanya.
Wahai ibnusoleh, jangan kamu memilih pasangan kamu kerana hartanya, sebab kerana hartanya kamu akan miskin. Kerana hartanya itu banyak menyusahkan kamu dan kerana hartanya itu kamu akan membuat orang lain bermusuh. Kerana dengan harta, kamu akan dilihat miskin oleh mereka yang berada, terutamanya ahli keluarganya. Kamu akan miskin kerana kamu bergantung kepada hartanya dan bukan harta kamu sendiri. Kerana dengan hartanya kamu akan tinggalkan untuk orang lain suatu hari nanti iaitu sebagai pusaka untuk anak-anak kamu dan kemungkinan mereka akan bermusuhan sesama mereka akibat daripada perebutan harta tersebut. Namun pilihlah harta yang ada pada diri pasangan kamu ialah harta keimanan dan keilmuan. Harta yang paling berharga ialah sifat rendah diri. Kerana dengan harta ini, walaupun kamu tinggal tetapi ianya tetap ada di sisi kamu dan menjadi manfaat kepada kamu setelah kamu meninggal suatu hari nanti.
Kemudian ustaz menyambung lagi dengan nasihat, janganlah kamu memilih kerana nafsu kamu untuk bersuka ria dengannya. Ini kerana ketika kamu duka dia tidak akan membantu untuk menghiburkan hatimu malah kesukaan itu bukanlah selama-lamanya. Perkahwinan kamu nanti adalah untuk membina generasi yang taat kepada Allah swt dan membawa kesinambungan kemuliaan agama. Oleh itu hendaklah kamu memilih dari yang baik agar kamu akan membentuk generasi yang baik. Pilihlah atas dasar agama kerana kamu akan melahirkan generasi agama. Ini kerana kehidupan ini tidak hanya sekadar di dunia, malah kehidupan juga ada di akhirat. Di sebabkan adanya kehidupan di akhirat inilah maka hendaklah kamu memilih yang terbaik di dunia ini kerana apa kebaikan yang kamu buat di dunia ini akan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak dan sekiranya kamu memilih yang buruk di dunia ini maka keburukan juga yang kamu akan nikmati di akhirat kelak.
Pertemuan anta ibnusoleh dengan ustaz ini berakhir dengan masuknya waktu solat isyak. Mudah-mudahan pertemuan antara kami berterusan sehingga ke akhirat kelak, insyallah..
Ibnusoleh
Machang

No comments:

My Picture