Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Wednesday, November 5, 2008

Harga Seorang Yang Bergelar Guru.....

Apabila aku berdiri di tepi tasik Sime Darby yang dahulunya terkenal dengan nama Guthrie, di situlah aku termenung mengenangkan kejayaan yang semakain hampir aku ciptakan. Aku terfikir kejayaan ini adakah hasil usaha aku atau kejayaan yang aku capai kerana jasa orang lain yang sanggup berkorban demi kejayaan aku itu. Aku teringat guru aku bermula dari sekolah rendah lagi sehinggalah yang mengajar aku sekarang bahawa tanpa mereka, siapalah aku. Engkaulah guru yang mengajar aku erti nilai kehidupan dan nilai budi bahasa.
Guru..
Apabila aku menyebut ungakapmu itu, hampir semua manusia yang lain tahu bahawa engakulah yang menabur jasa demi kejayaan orang lain. Engkau tidak pernah berfikir untuk kejayaan dirikau, tapi apa yang engaku fikir hanyalah kejayaan anak bangsamu. Walaupun hari ini siapa yang menjadi perdana menteri yang berkuasa, seorang raja yang menaiki tahta, seorang ulama' yang mulia, seorang peguam yang menang bicara, seorang president sesebuah negara, semuanya itu adalah kerana jasa engkau wahai guru. Tanpamu aku tidak tahu di manakah kedudukan aku sekarang ini. Engkaulah yang boleh aku umpamakan seperti pokok yang dibajai subur, yang menghasilkan buah yang elok tapi hasilnya untuk orang lain. Jasamu bagaikan lilin yang sanggup berkorban diri sendiri demi menerangi orang lain. Umpama kain sehelai, hitam dan putih serta kotor dan cuci, jasamu guru yang meletakkan warna untuk membina generasi.
Wahai guru...
Aku tahu bahawa engkau tidak mementingkan kejayaan dirimu sendiri tapi apa yang engkau harapkan ialah kejayaan anak bangsamu. Engkaulah yang mencorakkan warna-warna kehidupan bangsamu. Engkau yang mengajarkan aku dari ukuran yang sejengkal sampailah cara mentadbir negara. Engkaulah yang mengajar bangsa mu mengenali hitam dan putih, mengajar bangsamu mengira sehingga mampu menghitung hari-hari kejayaan. Namun bagimu guru, engkau tidak pernah berfikir untuk menghitung kejayaan dirimu. Walaupun pada hari ini akulah profesor di peringkat tertinggi dan engkau guru di peringkat rendah, namun jika kita bersama, aku tunduk kepadamu guru kerana engkaulah yang mengajarkan aku warna-warna kejayaan.
Guru...
Namun kerana pengorbanamu itu yang menjadikan anak bangsamu berjaya sehinggakan ada yang terlebih pandai sehingga rosak iman dan punah budi kerana jasamu guru ada yang tidak pernah menilainya seperti kayu yang hangus dibakar api. Wahai guru, aku tahu bahawa engkau tidak pernah meminta untuk dibalas segala jasamu, namun andainya aku berjaya aku tahu jasamu itu tidak mampu aku membalasnya. Namun aku hanya mampu untuk mengingat dan mengenangkan sejarah pengorbanan yang engkau curahkan. Andai kata aku mampu berkawin madu, engkaulah guru yang memberi formula, inilah berkat keramat pesanan guru sehinggakan aku beroleh kejayaan. Berkat nikmat manis madu sehinggakan aku kaya sekalipun, semuanya itu adalah berkat jasamu guru dan aku tetap tidak akan melupakannya.
Guru...
Aku tahu bahawa jiwa mu memang terlalu sabar dalam mendidikku. Engkau bagaikan lilin rela dirimu hangus terbakar demi membimbingku kejalan kejayaan. Wahai guruku sekalian, bersabarlah bahawa aku sentiasa kasih dan sayang padamu, aku mengetahui jasa pengorbananmu. Penat dan sedih hatimu guru sehinggakan ke dalam hutan engkau pergi untuk menyampaikan ilmu. Aku yakin dengan pengorbananmu guru, mungkin lautan juga engkau sanggup harungi untuk melihat anak bangsamu berjaya.
Wahai guru...
Aku memohon berkat doamu dengan harapan aku beroleh kejayaan. Halalkanlah segala tunjuk ajar yang telah engkau berikan semoga segala jasamu itu hanya Tuhan yang mampu membalasnya.
Wahai sahabatku..
Hargailah jasa guru-gurumu, walau hanya sedenyut urat, walau jasanya sebesar debu. Didik asuh dan tegurannya yang membuatkan kamu beroleh kejayaan sehingga jauh lebih berjaya daripada gurumu itu. Mereka tidak pernah menuntut supaya jasanya dibalas setelah engkau berjaya.
Sekian..Hargailah jasa gurumu.....

No comments:

My Picture