Selamat Datang..

Selamat Datang kepada semua pengunjung ke blog ini untuk kita sama-sama berkongsi idea, buah fikiran dan bertukar-tukar pandangan demi memartabatkan Islam yang ada di dalam diri kita seterusnya meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Tuesday, March 9, 2010

Malunya Kenal Engkau....

Bismillahi Rahmani Rahim

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt di atas segala nikmat-Nya yang tidak mampu aku menghitung banyaknya. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, Muhammad saw, para ahli keluarga dan sahabat baginda. Ku mohon keampuanan dari-Mu Ya Allah di atas segala kekurangan diriku ini, ampun juga buat kedua ibu bapaku yang tidak putus-putus memberikan kebaikkan kepada diriku.

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak bersama dengan blog saya ini kerana kesibukkan dalam menyiapkan beberapa tugasan yang lebih penting untuk memperolehi ijazah nanti insyallah. Buat pengunjung sekalian, saya mendoakan kebahagiaan atas kesetiaan mengunjungi blog saya yang tidak seberapa ini, maklumlah menulis dalam kejahilan. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya kepada pembaca sekalian dan harap kita semua mengambil iktibar dari pengalaman ini. Pengalaman ini berlaku sendiri pada saya dengan salah seorang bekas pensyarah saya.

Kejadian ini berlaku di salah sebuah hotel Sri Malaysia di dalam salah sebuah negeri yang mana saya pada malam itu lepas je solat isyak saya ada forum perniagaan di hotel berkenaan. Lepas sahaja solat isyak saya memandu Grand Livina milik kawan kerana dia malas nak memandu katanya. Tiba di hotel, saya mencari tempat parking dan alhamdulillah tempatnya betul-betul di hadapan pintu utama, so tidaklah jauh sangat dan saya dapat masuk terus nanti kerana seminar tersebut telah bermula. Setiba di pintu hotel, saya bertemu dengan salah seorang bekas pensyarah saya dan dia juga menjadi kawan baik saya kerana selalu keluar bersama bermain golf di Black Forest, Bukit Kayu Hitam, Saujana Golf Club UUM, dan selalu berlatih bersama semasa di matrikulasi dahulu. Atas sebab kenal dan pertemuan yang tidak disangkakan ini menjadikan kami saling berteguran dan bersalaman. Maklumlah sejak aku meninggalkan alam matrikulasi, dan dia juga telah naik pangkat menjadi salah seorang timbalan pengarah di salah sebuah matrikulasi menjadikan kami memang sudah lama tidak bertemu. Bila bertemu, bersalam dan bertanya khabar seterusnya dia memberi satu ucapan yang membuatkan aku terasa sedikit dan terus menegur sikapnya. Bagiku, sebagai seorang anak murid tidak salah memberi teguran kepada gurunya, begitu juga sebagai seorang sahabat yang sayangkan sahabatnya seharus menegur sekiranya sahabat tersebut membuat sesuatu yang silap dan tidak membencinya.

Kata-kata yang keluar dari mulutnya "nasib baik awak baru datang, kalau datang 10 minit awal tadi malu saya". Lantas aku bertanya kenapa encik? Jawabnya, "kalau tidak MALU AKU KENAL KAU....."Tadi ada rombongan ketua bahagian matrikulasi datang, so aku kena hantar dia... Kalau kau(merujuk kepada saya) ada tadi, tidak tahu la aku nak cakap apa nanti." Itulah kata-kata yang keluar dari seorang pensyarah yang memiliki master. Namun bagi aku, aku sedar yang aku ini hanyalah seorang yang jahil, belum ada kerja dan masih lagi belajar. Seorang pelajar tidak boleh bertegur sapa dengan pensyarahnya (itu mungkin bagi pandangan dia lah)... Lantas aku katakan padanya, encik maafkan saya kerana saya membuatkan encik malu. Kerana encik kenal saya menjadikan encik bertambah malu. Maklumlah encik, saya ini hina dan lebih hina dari seorang tukang sapu di hotel ini sehingga encik malu kenal dengan saya. Tetapi encik kena ingat, hari ini encik ada jawatan, encik kenal dengan menteri, encik berkawan baik dengan ketu-ketua pengarah, encik kenal ramai orang dan semua yang terbaik adalah milik encik. Bagi saya semuanya hina kerana saya masih lagi hina. Tapi encik, jawatan yang encik ada sekarang ini tidak kekal dan saya akan tunggunya nanti. Ingat encik, encik boleh bermegah dengan jawatan encik kerana dia milik encik sekarang ini. namun jawatan tidak kekal encik, orang pandang encik ketika encik ada jawatan, nanti bila jawatan sudah tiada lagi saya ingin melihat bagaimana kedudukan encik. Encik jangan lupa, saya yang hina ini tidak hina untuk selama-lamanya. Kerana mungkin jawatan encik sekarang ini akan saya gantikannya nanti. Encik, kita jangan hina orang walau kita rasa diri kita hebat. Kalau encik malu nak jumpa saya, encik jangan tegur saya lagi.

Itulah kata-kata akhir dariku untuk bekas pensyarah aku. Kemudian aku mohon diri untuk masuk ke seminar perniagaan di hotel Sri Malaysia dan meninggalkannya dengan kata-kataku yang mungkin membuatkannya terfikir sejenak. Semasa dalam seminar, aku terfikir kenapa dia boleh mengeluarkan kata-kata " Malunya aku kenal Engkau" sedangkan sebelum ini dia memang baik denganku. Bukan dia sahaja, malah anak-anak dan isterinya cukup mengenali diriku kerana mereka selalu menjemputku untuk menjadi khalifah bacaan yassin di rumah mereka setiap 2 minggu sekali. Aku membiarkan apa yang dikatakan kepadaku kerana sememangnya benar apa yang dikatakannya. Aku yang tidak mempunyai apa-apa ini tidak boleh berkawan dengannya yang memiliki jawatan yang tinggi. Aku ingat lagi macam mana ayah angkat aku dahulu hilang jawatan kerananya...

Bagi sahabat pembaca sekalian, nasihat dariku adalah kita jangan menghina orang hatta kepada seekor binatang sekali pun kerana kita tidak layak untuk menghinanya. Apa hak kita untuk kita menghina orang lain sedangkan mereka itu adalah Allah swt yang menciptakan dan kita juga adalah dicipta oleh Tuhan yang sama. Kita tiada hak untuk menghina mereka kerana kita adalah sama-sama hamba kepada Allah swt. Wahai sahabatku, jika engkau memegang apa sahaja jawatan penting, maka janganlah kamu lupa bahawa jawatan itu tidak kekal untukmu. Kamu boleh buat apa sahaja yang kamu suka semasa kamu ada jawatan, tapi ingat orang akan buat apa sahaja kepada kamu ketika kamu tiada jawatan. Oleh itu, semakin besar jawatan yang kamu pegang, maka semakin rendahkanlah dirimu kerana jawatan itu adalah ujian. Wahai pembaca semua, selalulah kamu mengenang apa sahaja budi orang kepada kamu dan jangan sekali-kali kamu mengenang jasa kamu kepada orang. Kerana dengan mengenang jasa mereka akan membuatkan kamu lebih bersyukur dan mengingatkan erti hidup kamu.

Dengan itu, sekian untuk kali ini. Dalam kesibukkan tugas ku mohon doa semoga Allah swt permudahkan segala urusanku dan kita semua. Insyallah...

Wallahu A'lam.

Erti hidup dalam mengabdikan diri kepada Allah swt.

Rozlan Daud
Machang

3 comments:

Asma' Suardi said...

salam perjuangan ya akhie...

nice, syukran atas perkongsian artikel nie juga atas kata2 yg diberikan... na'am..btl tu, semua itu adalah nikmat sementara di dunia & akan jadi bala jika disalah guna tika diakhirat...

moga terus kuat dlm menghadapinya...

wassalam..

syauqahwardah1209 said...

salam warahmatullah..

bersetuju dgn ukhti bidadari besi.
segala apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah. Tak guna untuk kita sbg manusia mahu berbangga2 dgn apa yg bukan milik kita..

Rawatlah luka di hati dengan mengingati Allah.. insyaAllah, Allah akan selamatkan kita dunia dan akhirat..

teruskan bersabar.. Allah mengiringi langkah hambaNya yang bersabar.. insyaAllah.

Rozlan Daud said...

Bidadari Besi:

Salam Perjuangan kembali,

Syukran ukhti.Iye betul tu,setiap nikmat kurnian yg Allah swt berikan kpd kita adalah sebagai ujian dan jika disalah guna ia akan menjadi bala pada kita...

Sauqahwardah 1209...

Waalaikumsalam warahmatullah.
Jazakillah ya ukhti, insyallah setiap apa yg berlaku itu perlu diiringi dengan kesabaran kerana Allah swt bersama dengan hamba-Nya yang sabar..

*Dunia adalah medan pertempuran bagi setiap insan. Pertempuran terdiri dari kumpulan Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw dan juga kumpulan Syaitan Laknatullah di bawah pimpinan Azazil..Pertempungan ini berterusan sehingga ke akhir zaman (kiamat).
Ingatlah wahai sahabat sekalian, musuh kita terdiri daripada Syaitan dan kuncu-kuncunya, juga terdiri dari nafsu kita yang tidak terdidik dengan keimanan, juga terdiri daripada golongan manusia yang menjadi tali barut syaitan..
Ingatlah, siapa yang berada di dalam kumpulan Islam, mereka perlu byk bersabar dan sesungguhnya kumpulan Islamlah yang pasti akan mencapai kemenangan.

"Erti Hidup Pada Mengabdikan Diri Kepada Allah swt"

My Picture